You are on page 1of 18

LAPORAN PROGRAM KEM TUNAS KREATIF

SK SERKAM DARAT 2016 ANJURAN PIBG SKSD


SESI 2016-2018

Pada 16 Julai 2016 yang lalu, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKSD
telah menganjurkan satu program iaitu Program Kem Tunas Kreatif
SKSD 2016. Program ini telah melibatkan seramai 100 orang murid yang
terdiri daripada murid kelas Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.
Program Kem Tunas Kreatif ini telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Azam
bin Ahmad, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jasin. Pihak persatuan
menganjurkan program ini dengan tujuan untuk memberi peluang kepada
murid-murid

memperkembangkan daya kreativiti dan perkembangan

psikomotor mereka melalui pergerakan kreatif dan permainan. Program


ini juga dapat meningkatkan kemahiran bahasa dan matematik murid
melalui aktiviti permainan bahasa dan matematik. Aktiviti-aktiviti
tersebut dihubungkaitkan antara satu komponen dengan komponen yang
lain

supaya

murid

mendapat

pengalaman

yang

bersepadu

dan

menyeluruh. Penglibatan aktif murid dalam aktiviti tersebut berupaya


menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor serta
memupuk nilai estetika. Selain itu juga program ini adalah satu inisiatif
dan usaha murni AJK PIBG sesi 2016-2018 dalam menunjukkan sokongan
padu dan kerjasama dengan pihak sekolah untuk sama-sama memajukan

pendidikan anak-anak SKSD. Program ini telah ditaja sepenuhnya oleh


HRN Training Consultancy dan SYOKO. Pihak persatuan merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan program ini. Berikut adalah gambar-gambar yang dapat
diambil sekitar majlis ini berlangsung.

You might also like