You are on page 1of 4

LAPORAN PENGLIBATAN AJK PIBG SESI 20162018 DALAM PROGRAM HARI KANTIN

SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT 2016


Pada 28 Julai 2016 yang lalu, pihak sekolah telah menganjurkan Hari
Kantin 2016. Program ini adalah anjuran Unit Kurikulum sekolah. Pada
program ini pihak sekolah juga telah menjemput AJK PIBG untuk samasama hadir membantu dan memeriahkannya. Alhamdulillah pihak
persatuan mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar kerana sudi
menjemput AJK PIBG. Pelbagai jualan makanan yang telah disediakan
untuk murid-murid dan ibu bapa yang hadir. Selain itu juga terdapat
pelbagai jenis permainan disediakan untuk memeriahkan lagi suasana
Hari Kantin pada tahun ini. Pihak persatuan mengucapkan tahniah dan
syabas kepada Unit Kurikulum sekolah kerana berjaya menganjurkan
satu program yang memberikan pengalaman sebenar kepada muridmurid merasai suasana Hari Kantin peringkat sekolah. Pihak persatuan
juga mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang berkesempatan
hadir pada program ini. Berikut adalah gambar-gambar penglibatan AJK
PIBG yang dapat diambil sekitar program ini berlangsung.

You might also like