You are on page 1of 8

LAPORAN MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN

RAYA DAN BERBUKA PUASA ANAK-ANAK YATIM


SK SERKAM DARAT BERSAMA KOKO MINDA FOOD
INDUSTRIES (M) SDN.BHD.

Pada 11 Jun yang lalu, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah
membawa seramai 13 orang daripada 18 orang anak yatim sekolah ini ke
Majlis Penyampaian Sumbangan Raya dan Berbuka Puasa bersama Koko
Minda Food Industries (M) Sdn. Bhd. Majlis ini telah berlangsung di S.A
Hakimah Villa, Duyong Permai iaitu kediaman Encik Salim bin Salleh,
Pengurus Koko Minda. Alhamdulillah, pihak persatuan bersyukur kerana
pihak Koko Minda bersetuju meluluskan sumbangan yang telah dipohon
untuk anak-anak yatim ini sempena Hari Raya Aidilfitri 2016. Majlis ini
turut disertai oleh AJK PIBG dan wakil penjaga kepada anak-anak yatim
ini. Guru Besar SKSD dan GPK Kokurikulum juga turut sama hadir pada
majlis ini. Pihak persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pihak Koko Minda di atas budi dan jasa yang dihulurkan. Pada
majlis ini, anak-anak yatim telah diberikan hamper koko minda, wang
tunai RM150.00 seorang dan jamuan berbuka puasa. Pihak persatuan
berharap agar dapat memberikan lagi bantuan kepada anak-anak yatim
ini di masa-masa akan datang. Berikut adalah gambar-gambar yang
dapat diambil sekitar majlis ini berlangsung.

You might also like