You are on page 1of 1

LAPORAN HARI TERBUKA DAN KARNIVAL KOKURIKULUM SMK SIMPANGAN 2018

Pada 26 Julai 2018, pihak sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Simpangan telah mengadakan
Hari Terbuka dan Karnival Kokurikulum. Program ini telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan telah
dirasmikan oleh Pegawai Seranta Sekolah Daerah Kuala Selangor iaitu Inspektor Aizat bin Halim.
Program ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara warga sekolah dan juga ibu bapa serta
penduduk sekitar sekolah.

Tujuan utama program ini diadakan bagi memartabatkan sukan rakyat dalam kalangan murid
dan juga masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, sejak kebelakangan ini sukan rakyat tidak lagi
dimainkan oleh masyarakat terutama generasi muda. Impknya, melalui program ini murid-murid dan
penduduk setempat dapat didedahkan dengan jenis permainan rakyat dan cara untuk bermain
permainan tersebut.

Semasa program ini dijalankan, pelbagai acara menarik telah dipertandingkan. Antara aktiviti
yang dipertandingkan ialah Aktiviti Sukaneka iaitu Permainan Tradisional, Pertandingan Kawad Kaki,
serta Pameran Kelab dan Persatuan. Selain itu, jualan makanan dan minuman juga diadakan sepanjang
program berlangsung. Aktiviti yang diadakan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan
daripada murid dan pengunjung.

Pada kemuncak program, Tuan Pengetua telah melahirkan rasa kesyukuran kerana program
berjaya dilaksanakan dengan baik dan lancar. Para pemenang setiap pertandingan telah diberikan
hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan.

Disediakan oleh,

(SHARIFAH AIRA BINTI AZMI)

Setiausaha Redaksi Majalah Sekolah,


Sam Tanjong Karang.

You might also like