You are on page 1of 4

LAPORAN

MAJLIS RIANG RIA SYAWAL


2018

TARIKH:
5 JULAI 2018(KHAMIS)

TEMPAT:
DEWAN AL-FALAH, SK SULAIMAN

ANJURAN:
UNIT BINA INSAN DENGAN
KERJASAMA
MUSOLLA AS-SYAKIRIN
DAN KELAB GURU SK SULAIMAN
LAPORAN RIANG RIA SYAWAL 2018

Tarikh : 5 Julai 2018 (Khamis)


Masa : 7.20-1.10 tgh
Tempat : Dewan Al-Falah, SK Sulaiman

1. PENDAHULUAN

Riang Ria adalah program tahunan yang disusun untuk meraikan seluruh warga sekolah
dalam menyambut syawal yang telah tiba.Program ini disusun untuk menzahirkan kegembiraan
kerana berjaya menghadapi ramadhan.Bahkan kita juga digalakkan meraikan syawal sebagai hari
kemenangan umat Islam .Di samping itu,Warga sekolah juga berpeluang beramah mesra dan
mengeratkan ukhuwah sesama mereka.

2. OBJEKTIF

2.1 Membentuk sahsiah diri yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian

2.2 Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan
boleh diraikan setiap kaum.

2.3 Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati antara satu
sama lain.

2.4 Memberi peluang kepada semua warga sekolah berkongsi kegembiraan dalam menyambut
Aidilfitri tanpa perbezaan kaya dan miskin.

3. SASARAN
Semua warga sekolah SK Sulaiman.

4.. LOKASI AKTIVITI


Dewan, SK Sulaiman

5. TARIKH SAMBUTAN
5 Julai 2018 (Khamis)
6. PENGISIAN AKTIVITI

AKTIVITI TARIKH Masa CATATAN

Tayangan Video 5 Julai 2018 8.30 pagi -

Pertandingan Takbir Raya 5 Julai 2018 11.00 pagi Semua kelas tahap 2

Jamuan 5 Julai 2018 9.30 pagi Semua guru dan murid

7. ANALISA PENILAIAN PROGRAM

7.1 Sambutan Riang Ria Syawal pada kali ini berjalan dengan lancar.Penglibatan
daripada semua murid serta guru-guru dan kakitangan sekolah dapat dilihat dalam melancarkan
aktiviti dalam program ini.Aktiviti berjalan dengan lancar.

7.2 Jamuan berjalan dengan meriahnya.Semua murid memberi kerjasama denga


membersikan kawasan masing-masing.

8. KEKUATAN PROGRAM

8.1 Sambutan yang baik daripada semua murid-murid dalam melibatkan diri didalam
aktiviti yang diadakan.

9. KELEMAHAN PROGRAM

9.1 Kawalan disiplin yang rendah memandangkan murid yang ramai.

10. CADANGAN UNTUK PENAMBAIKAN

Penambahbaikan perlu dilakukan agar segalanya berjalan lancar. Segala kelemahan perlu
diambil kira agar Sambutan Riang Ria Syawal pada tahun hadapan tidak akan mengalami masalah
dan kesukaran lagi. Segala perancangan harus di laksanakan awal dan gerak kerja berjalan lancar
dengan pembahagian tugas yang dibuat.

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Secara kesimpulanya, dapatlah dilaporkan bahawa program Riang Ria Syawal ini berjalan dengan
lancar walaupun terdapat beberapa kelemahan. Kerjasama semua guru dan pelajar menjadi tunjang
kekuatan dalam perlaksanaan sambutan ini. Diharapkan pada tahun hadapan ianya akan lebih berjaya
dan berlangsung dengan lebih baik.
Disahkan oleh,
Disediakan oleh :
_________________________
(PN. ARBINA BINTI ABDUL RAHMAN)
Guru Besar,
SK Sulaiman
_____________________________
(ZAINAL BIN BIDIN)
Penyelaras Riang Ria Syawal,
SK Sulaiman

You might also like