You are on page 1of 1

Ruj. Kami : CBB.

0015-100-16/2/1 ( 22 )
Tarikh : 11 Ogos 2016

Kepada:

Yang Dipertua,
PIBG SK SULAIMAN.

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA DAN CERAMAH MOTIVASI.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan ini, Unit Bina Insan, Unit Kaunseling dan PIBG SK Sulaiman akan mengadakan
program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 1 September 2016 (Khamis)


Masa : 7.00 petang – 9.45 mlm
Tempat : Surau al-Syakirin SK Sulaiman.
Penceramah : Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak (PU Syed)
Juara Pencetus Ummah 2015

3. Untuk menjayakan program ini, pihak sekolah ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan
untuk menampung sebahagian perbelanjaan program.

4. Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah kami alu-alukan bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan
anak-anak dan melancarkan aktiviti sekolah. Segala kerjasama dari pihak tuan/puan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Yang benar,

..........................................
(ABDUL RASHID BIN MAHIDIN, PJK)
Guru Besar,
SK Sulaiman,
28700 Bentong
Pahang Darul Makmur.

You might also like