You are on page 1of 3

Faktor-faktor yang menyumbang kepada

perkembangan Kesultanan Melayu Melaka


dan faktor-faktor yang membawa kepada
kejatuhannya. Suatu penilaian kritis.
1.0. Latar belakang
Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara
pada sekitar tahun 1400. Apabila Parameswara telah berjaya membentuk Melaka baginda telah
menyususn strategi seperti sistem pemerintahan yang teratur, menjadikan Melaka bandar pelabuhan ,
hubungan diplomatik serantau dan antarabangsa diwujudkan. Melalui konsep ikatan daulat baginda
telah berjaya membangunkan Melaka bersama-sama dengan pembesar yang lain, bantuan orang
Laut, orang Melayu, dan orang Asli. Melaka telah menjadi negara Islam setelah Parameswara
memeluk Islam pada tahun 1409 dengan menggunakan gelaran Sultan Iskandar Syah. Kegemilangan
Melaka terus dilakukan oleh pemerintahan selepas Sultan Iskandar Syah terutamanya semasa
pemerintahan Sultan Mansur Syah. Kesultanan Melayu Melaka ini telah berjaya bertahan selama
lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas kepada Portugis pada tahun 1511 semasa pemerintahan
Sultan Mahmud Shah.
2.0 Faktor-Faktor Perkembangan Kesultanan Melayu Melaka
Perkembangan Kesultanan Melayu Melaka dapat dilihat sejak bermulanya pemerintahan
Parameswara sekitar 1400 sehingga kemangkatannya. Namun begitu berdasarkan pendapat
sejarawan telah menyatakan bahawa kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya berlaku
ketika pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459 1477). Terdapat tiga faktor utama yang
mempengaruhi perkembangan Kesultanan Melayu Melaka seperti berikut :
2.1. Kebijaksanaan Sultan Pemerintah Melaka.
Kebijaksanaan Sultan Melaka bermula dari pengasasnya sendiri iaitu Parameswara yang telah
membentuk sistem pentadbiran yang teratur iaitu melantik pembesar bertanggungjawab hal ehwal
balairung seri, 40 orang bentara yang menjalankan perintah raja dan melantik biduanda kecil.
Kemudian untuk melicinkan urusan negara Sultan Melaka melantik Pembesar Empat Lipatan yang
dikenali sebagai Pembesar Berempat yang kemudian dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar
Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua yang menjalankan tanggungjawab dengan bijak dan jujur.
Mereka ini diberi kuasa mentadbir wilayah, sungai atau pulau yang dikenali sebagai Kawasan
pegangan. Di samping itu, mereka diberikan amanah untuk memungut cukai.
Dengan cara ini mereka memberikan sokongan padu dan taat setia kepada sultan yang akhirnya
menjadikan negara kuat dan maju. Kesannya apabila pentadbiran berjalan dengan baik Melaka
menjadi sebuah negara yang aman, penduduknya bersatu-padu, kuat dan agak sukar untuk pihak
musuh menguasai Melaka. Sultan Melaka juga bijak menyelesaikan perbalahan rakyatnya, menjaga
keamanan dan keselamatan negeri. Tokoh pembesar yang berwibawa seperti Bendahara Tun Perak
yang berjaya mengalahkan serangan Siam, bijak membantu dan menasihati sultan menjadikan
Melaka kuat dan berjaya meluaskan pengaruh dan wilayahnya di Asia Tenggara. Apabila rakyat
sesebuah negara taat kepada pemimpin, bersatu-padu, melaksanakan tanggungjawab dengan setia
dan jujur, bekerjasama membangunkan ekonomi, sanggup mempertahankan negara maka sesebuah
negara akan aman, maju dan kuat.
2.2. Melaka sebagai Pusat Perdagangan
Apabila pentadbiran Melaka berjalan dengan baik, atas faktor kedudukan geografi, Melaka yang
strategik di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat, terlindung daripada tiupan
angin monsun Barat Daya ditambah pula sumber hasil negara seperti hasil pertanian dan hasil hutan
yang banyak telah menyebab Sultan Melaka dan pembesarnya menjadikan Melaka sebagai sebuah
pelabuhan. Pelabuhan Melaka ini akhirnya berkembang sebagai pusat perdagangan. Ramai
pedagang yang singgah asalnya untuk mencari makanan dan air telah menjadikan Melaka sebagai
pusat pengumpulan dan pertukaran barangan dagangan. Syahbandar dilantik bagi menguruskan hal
ehwal perdagangan ini. Pelbagai kaedah perdagangan diperkenalkan seperti sistem cukai dan surat
kebenaran berniaga yang menjana ekonomi Melaka. Penggunaan mata wang yang diperkenalkan
menjadikan perdagangan menjadi mudah, berkembang dan maju.
Dengan perancangan yang teliti oleh Kesultanan Melayu Melaka, Melaka akhirnya membangun dan
menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal pada masa itu. Justeru itu, apabila Melaka berkembang

menjadi pusat perdagangan, Melaka yang sebelumnya sebuah negara yang ekonominya berasaskan
agraria bertambah kepada ekonomi yang bersifat maritim. Melaka berjaya mengambil peranan
Srivijaya selepas itu. Kesannya ekonomi Melaka meningkat dengan baik, kurang pengangguran
kerana rakyat mendapat pekerjaan dan kemiskinan dapat dihapuskan. Hal yang demikian menjadikan
Melaka bukan sahaja sebuah negara yang kuat malah berjaya dalam dalam bidang ekonomi.
Seterusnya Melaka makmur dan sejahtera.
2.3. Melaka Menjadi Pusat Ilmu Pengetahuan
Islam mula berkembang di Melaka melalui mubaligh Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari
Makkah. Setelah Pameswara memeluk Islam, Islam berkembang dengan giatnya. Pedagang Islam
dari Arab dan India mula memainkan peranan dalam pengembangan Islam sambil berdagang. Ada
juga yang mengahwini penduduk Melaka. Melaka akhirnya menjadi pusat penyebaran Islam di rantau
ini. Institusi keagaman seperti masjid, surau, madrasah-madrasah dan sekolah-sekolah pondok mula
tertubuh. Dengan sokongan Sultan Melaka, istana dijadikan sebagai pusat kegiatan intelektual, Di
situlah berkumpulnya golongan cerdik pandai, jurutulis, pengarang dan ulama tersohor.Melaka terus
berkembang sebagai pusat ilmu pengetahuan. Pengenalan sistem tulisan jawi juga turut membantu
pengembangan ilmu di Melaka.Banyak hasil penulisan dilakukan termasuk dua buah buku undangundang Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.Buku yang
diterjemahkan juga turut dilakukan seperti buku-buku sastera hikayat dan saduran. seperti Hikayat
Amir Hamzah , Hikayat Bualn Belah dan Hikayat Nabi Bercukur.
Kejayaan Melaka dalam bidang ilmu pengetahuan telah menyebabkan Melaka terus maju dan
berkembang. Melaka berjaya mengeluarkan cerdik pandai serta ulama yang berpengetahuan tinggi.
Dengan terkenalnya Melaka sebagai pusat ilmu pengetahuan maka ramai cendikiawan datang ke
Melaka dan menjadikan Melaka sebagai pusat rujukan dan keilmuan.
3.0 Faktor Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka
Ramai dalam kalangan sejarawan bersetuju bahawa kejatuhan Kesulatanan Melayu Melaka bermula
sebaik sahaja Sultan Mahmud Syah menaiki tahta Kerajaan Melaka. Mereka berpendapat faktor
utama yang menyumbang kepada kejatuhan ini ialah kelemahan kepimpinan Melaka. Persitiwa
pembunuhan Bendahara Tun Mutahir oleh Sultan Mahmud Syah kerana dendanm dan gagal
menjalankan tugas sebagai pemimpin menjadikan Melaka merudum. Sikap pembesar Melaka yang
suka berpuak-puak dan memfitnah sesama sendiri menyebabkan Melaka berada dalam keadaan
tidak stabil. Apabila menyedari kesilapannya Sultan Mahmud Syah telah menyerahkan kuasa kepada
Sultan Ahmad Syah yang tidak cekap dan lemah. Pengganti Bendahara Tun Mutahir iaitu Bendahara
Tun perpatih Putih pula seorang yang sudah tua dan tepok yang tidak mampu lagi mentabir Melaka.
Apabila sultan dan pembesar yang khianat kepada tanggungjawabnya dan membiarkan pembesarpembesar melaksanakan tugas mengikut sesuka hati, amalan pilih kasih, konflik perebutan kuasa dan
suka melakukan fitnah memfitnah telah menyebabkan sistem pemerintahan menjadi lemah.
Kesannya masalah perpaduan akan berlaku, nilai-nilai norma kehidupan seperti bantu-membantu dan
saling menghormati terhakis dan rakyat menjadi lemah, berpecah belah dan tidak utuh. Hal yang
demikian menyebabkan sistem pertahanan Melaka turut lemah dan akhirnya membuka ruang pihak
musuh seperti Portugis yang memang telah lama ingin menguasai dan menjajah Melaka. Akhirnya
Melaka telah dikalahkan oleh Portugis dengan bantuan Si Kitol sebagai pengkhianat negara yang
memberi maklumat kelemahan pertahanan Melaka yang menyebabkan Sultan Mahmud Syah,
keluarga diraja Melaka dan semua pembesar Melaka terpaksa berundur ke Muar. Walaupun
beberapa kali Sultan Mahmud cuba mengambil kembali Melaka namun gagal.
4.0 Penutup
Kesimpulannya kejayaan sesebuah negara sama ada dalam bidang pentadbiran, ekonomi,
pendidikan dan sebagai terletak di bahu pemimpinnya. Apabila pemimpin kuat maka negara atau
rakyatnya menjadi kuat. Andai pemimpinnya lemah maka runtuh dan rosak binasalah sesebuah
negara. Oleh itu, pemimpin yang berilmu pengetahuan, berwibawa, berkarisma serta memiliki nilainilai murni perlu dilahirkan dalam sesebuah negara untuk memimpin negara ke arah kemajuan dan
kemakmuran.

BIBLIOGRAFI
Ahmad Fawzi bin Mohd Basri et.al (2002) , Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, Kuala Lumpur :
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kassim bin Thukiman (2002), Malaysia : Perspektif Sejarah dan Politik ( Bab 3), Skudai : Universiti

Teknologi Malaysia
Dr Mohd Yusuff bin Hashim (2012), Empayar Melaka: Tradisi Agung Melayu, Melaka : Perbadanan
Muzium Negeri Melaka.
Wikipedia, Ensiklopedia Bebas (2011), Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ), Kuala Lumpur :
Wikimedia Project.
Abdul Rahman bin Ismail et.al (2012), Penemuan Tarikh Baru Pengasasan Empayar Kerajaan Melayu
Melaka 1262, Melaka : IKSEP.

http://hajikhaidir.blogspot.my/2012/04/faktor-faktor-yang-menyumbangkepada.html

You might also like