You are on page 1of 5

Definisi Konseptual

Definisi Kecacatan

Kecacatan membawa maksud “gabungan beberapa jenis ketidakupayaan yang


membentuk kesengaran kepada individu yang mengalaminya. Individual Disabiliti
Education Act mendefinisikan kepelbagaian kecacatan sebagai “kecacatan yang wujud
pada seseorang individu itu secara sering atau bersama . Kanak-kanak dengan pelbagai
kecacatan tidak dapay dimasukkan dalam pendidikan khas kerana mereka mempunyai
dua atau lebih ketidakupayaan yang berbeza. Contohnya, kanak-kanak yang menghidap
sindrom down dan disleksia secara sering akan menyatakan kurikulum pembelajaran
mereka tidak dapat gigabungkan atau dimasukan dalam program pendidikan khas.
Definisi Masalah Pembelajaran
Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan
disahkan oleh pakar Profesional Klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran.
Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan seperti
kebolehan kognitif, tingkahlaku sosial atau perkembangan sosial, penguasaan bahasa (lisan atau pertuturan),
keupayaan membaca, kemahiran perkembangan (development skills), dan kemahiran matematik. Mereka
ditempatkan di dalam Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang diintegrasikan dengan sekolah-
sekolah biasa. Masalah pembelajaran juga boleh ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif (
kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (Educable) dan boleh mendapat pendidikan formal (Encik Abdul
Rahman Bin Talib, 2007).
Definisi Komunikasi
Komunikasi merupakan satu proses di mana manusia menghantar dan menerima mesej. Ini juga
bermakna, komunikasi boleh juga didefinisikan sebagai satu proses di mana manusia berkongsi
pendapat, informasi mahu pun perasaan. Terdapat beberapa definisi komunikasi yang diberi oleh
penulis terdahulu, di antaranya Byrnes (1975) dipetik dalam Abdul Mua’ti (2001) menyatakan
bahawa komunikasi adalah satu proses interaksi antara manusia yang melibatkan pertuturan dan
pertukaran pendapat, gerak isyarat atau simbol. Proses interaksi ini berlaku untuk mencapai objektif
seperti bertukar-tukar maklumat, mempengaruhi tingkah laku, memujuk mahupun menukar keadaan
fizikal dan mental manusia) .Mentakrifkan komunikasi sebagai proses perkongsian maklumat,
pendapat dan perasaan dari individu kepada individu yang lain .(Hybels dan Weaver (1992).
Definisi Pendidikan khas
Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu
berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental,
bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi (pertuturan dan bahasa),
hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan
pintar cerdas. Terdapat pelbagai definisi tentang Pendidikan Khas. Contohnya seperti Sang (2000)
menyatakan bahawa Pendidikan Khas ialah Pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang
menghadapi masalah pembelajaran kerana masalah penglihatan, pertuturan, dan pendengaran serta masalah
dalam pembelajaran ataupun murid-murid yang pintar cerdas yang memerlukan pendidikan yang lebih
mencabar.

You might also like