You are on page 1of 1

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT

Jalan Sultan Abd Samad, 42700 Banting, Selangor.

MANUAL PENYEDIAAN HEADCOUNT


1. Pentadbir sekolah (Pengetua/Guru Besar/PK/GKMP) menetapkan sasaran umum seperti
Peratus (%) Peningkatan Cemerlang (A), Lulus, Gred Purata Sekolah(GPS) dan Gred Purata
Mata Pelajaran (GPMP) yang perlu dicapai pada tahun berkenaan. Penetapan sasaran ini
perlu mengambilkira sasaran yang telah diunjurkan dalam Perancangan Strategik Sekolah
yang masih berkuatkuasa.
2. Ketua Panitia dengan bimbingaan Pentadbir menyediakan SASARAN AWAL dengan
melengkapkan Borang HEADCOUNT 1 (HC1). Perancangan Strategik Sekolah hendaklah
sentiasa dirujuk dalam penyediaan Borang HC1 ini.
3. Setiausaha Peperiksaan / Headcount menyediakan Borang HEADCOUNT 2 (HC2) yang
mengandungi senarai nama murid bagi setiap mata pelajaran dan disusun (sort) mengikut
markah TOV daripada markah tertinggi kepada markah yang terendah.
4. Ketua Panitia Mata pelajaran bersama-sama semua guru mata pelajaran melengkapkan
Borang HEADCOUNT2 (HC2) dengan menentukan MARKAH TAMBAHAN bagi mendapatkan
SASARAN MARKAH (ETR) setiap murid. Borang HC1 hendaklah sentiasa dirujuk bagi
memastikan bilangan pelajar yang akan memperolehi gred tertentu dalam Borang HC2 sama
dengan yang terdapat dalam Borang HC1. Jika pencapaian murid dalam Borang HC2 lebih
baik daripada Borang HC1, maka pindaan terhadap Borang HC1 hendaklah dibuat.
5. Rumusan Bilangan murid setiap gred yang telah muktamad dalam Borang HC2 dipindahkan
ke Borang HEADCOUNT3 (HC3) oleh guru mata pelajaran. Borang HC3 berasingan
disediakan bagi setiap kelas. Borang HC3 ini mengandungi markah TOV, OTI dan ETR setiap
murid serta ruang kosog untuk diisi markah pencapaian murid dalam peperiksaan/ujian yang
akan diambil sepanjang tahun.
ATAU
Markah TOV dan ETR setiap murid dalam Borang HC2 yang telah dimuktamadkan
dipindahkan ke dalam SISTEM ANALISIS PEPERIKSAA (SAPS). Melalui sistem ini, Borang HC3
boleh diperolehi secara langsung dan sedia untuk dicetak. Borang HC3 yng telah dicetak
ditampal pada BUKU RANCANGAN MENGAJAR GURU.
6. Guru Mata Pelajaran hendaklah membuat postmortem setiap kali selepas sesuatu
ujian/peperiksaan dengan membandingkan prestasi murid dengan markah yang sepatutnya
diperolehi (OTI). Pentadbir pula membuat postmortem prestasi mata pelajaran dan
pencapaian keseluruhan bagi memastikan usaha penambahbaikan sentiasa berlaku dari
semasa ke semasa.

MUAFAKAT TANGKAS CEMERLANG


MOHAMAD YUSRI BIN DAHRUMI
Ketua Penolong PPD Pengurusan Akademik
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat

You might also like