You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

PROGRAM QURBAN 1436 H / 2015 M


SK PASIR GUDANG 1
1. PENDAHULUAN
Amalan berkorban adalah amalan yang amat disukai oleh Allah
taala pada Aidilahda. Ianya satu ibadat yang amat dituntut (Sunat
Muakkad) bagi individu muslim. Kefahaman konsep pengorbanan yang
diketengahkan oleh ajaran Islam adalah amat luas dan tidak terhad
kepada sekadar mengorbankan seekor binatang sahaja. Bahkan ia
melibatkan seluruh bidang kehidupan umat Islam. Setiap muslim juga
adalah dianjurkan untuk menanam di dalam jiwanya sanggup berkorban
demi kepentingan syariat Islam yang mulia.
2. OBJEKTIF
1. Merayakan Aidiladha dengan amalan yang dituntut oleh syariat.
2. Mendedahkan kepada murid-murid tentang hari-hari kebesaran Islam.
3. Mengadakan aktiviti sempena hari kanak-kanak.
3. MATLAMAT
Murid-murid dapat memahami dan menghayati Aidiladha serta amalan
yang sepatutnya dilakukan ketika merayakannya dalam kehidupan.
4. TARIKH
13 Zulhijjah 1435@ 27 September 2015
5. TEMPAT
SK Pasir Gudang 1
6. SASARAN
Kakitangan dan guru-guru sekolah
Murid-murid beragama islam tahun 1 hingga 6
7. ANJURAN
Panitia Pend. Islam, SK Pasir Gudang 1
Pengurusan Surau An-Nur, SK Pasir Gudang 1
MAKDIS, SK Pasir Gudang 1
8. KAEDAH PELAKSANAAN
Pihak penganjur membuka permohonan kepada semua warga SK
Pasir Gudang 1 untuk berkongsi seekor lembu untuk dijadikan binatang
qurban. Pelaksaan qurban dilaksanakan secara bergotong royong oleh
semua guru dan kakitangan sekolah. Setiap bahagian dikenakan bayaran
sebanyak RM 560.
Sebahagian daripada daging qurban akan diagihkan kepada murid
golongan keluarga fakir/miskin sebagai sedekah, sebahagian yang lain
akan dimasak untuk jamuan warga Sk Pasir Gudang 1.

9. SENARAI PESERTA QURBAN/AQIQAH 1436 H


BIL
1
2
3
4
5
6
7

NAMA
Nur Farah AmirahBinti Othman
Muhammad Faiz Zikry bin Othman
Pn Yusmarliza binti Yusof
Siti NorNadia Syafiqah Bt Shamsudin
Pn Rosmawati binti Husin
Pn Nor Ashikin binti Johari
Noor Zuraini binti Muhammad

BAHAGIAN
1
1
1
1
1
1
1

QURBAN/AQIQ
AH
Qurban
Qurban
Qurban
Aqiqah
Qurban
Qurban
Qurban

10. AHLI JAWATANKUASA


Rujuk Lampiran 1
11. TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2
12. ANGGARAN PERBELANJAAN:
Pembelian Lembu
= RM 3500.00
Makan Murid
RM 4 x 700 orang = RM 2800.00
Jumlah

= RM 6300.00

SUMBER KEWANGAN:
Peserta korban
RM500 x 7
= RM 3500.00
Peruntukan KPM
Kegiatan Agama Islam & Moral = RM 2800.00

Jumlah

= RM 6300.00

13. PENUTUP
Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat mengeratkan
ukhwah dikalangan guru dan kakitangan SK Pasir Gudang 1. Disamping itu, para
pelajar dapat menghayati makna sebenar Aidil Adha dan mengamalkan amalan
yang dianjurkan oleh syariat dalam merayakan Aidiladha.

You might also like