You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

PROGRAM QURBAN 1432 H / 2011 M

SK PASIR GUDANG 1

1. PENDAHULUAN

Amalan berkorban adalah amalan yang amat disukai oleh Allah taala pada Aidilahda.
Ianya satu ibadat yang amat dituntut (Sunat Muakkad) bagi individu muslim. Kefahaman
konsep pengorbanan yang diketengahkan oleh ajaran Islam adalah amat luas dan tidak
terhad kepada sekadar mengorbankan seekor binatang sahaja.  Bahkan ia melibatkan
seluruh bidang kehidupan umat Islam. Setiap muslim juga adalah dianjurkan untuk
menanam di dalam jiwanya sanggup berkorban demi kepentingan syariat Islam yang mulia.

2. OBJEKTIF

1. Merayakan Aidiladha dengan amalan yang dituntut oleh syariat.

2. Mendedahkan kepada murid-murid tentang hari-hari kebesaran Islam.

3. Mengambil iktibar dari peristiwa kisah Nabi Ibrahim a.s dalam erti sebenar korban.

3. MATLAMAT

Murid-murid dapat memahami dan menghayati Aidiladha serta amalan yang sepatutnya
dilakukan ketika merayakannya dalam kehidupan.

4. TARIKH

13 Zulhijjah 1432@ 9 November 2011

5. TEMPAT

SK Pasir Gudang 1

6. SASARAN

Kakitangan dan guru-guru sekolah

Murid-murid tahun 1 hingga 6

7. ANJURAN

Panitia Pend. Islam, SK Pasir Gudang 1

Pengurusan Surau An-Nur, SK Pasir Gudang 1

MAKDIS, SK Pasir Gudang 1


8. KAEDAH PELAKSANAAN

Pihak penganjur membuka permohonan kepada semua warga SK Pasir Gudang 1 untuk
berkongsi seekor lembu untuk dijadikan binatang qurban. Pelaksaan qurban dilaksanakan
secara bergotong royong oleh semua guru dan kakitangan sekolah. Setiap bahagian
dikenakan bayaran sebanyak RM 400

Sebahagian daripada daging qurban akan diagihkan kepada murid golongan keluarga
fakir/miskin sebagai sedekah, manakala bahagian aqiqah akan dimasak untuk jamuan guru &
kakitangan sekolah.

9. SENARAI PESERTA QURBAN/AQIQAH 1432 H

BIL NAMA BAHAGIAN QURBAN/AQIQAH


1 Pn Mas binti Hj Ami 1 Qurban
2 Pn Nor Raihan binti Jusoh 1 Qurban
3 Pn Yusmarliza binti Yusof 1 Qurban
4 Pn Norizan binti Masdor 1 Qurban
5 Nurul Shafika Umairah binti Mohd Alias 1 Aqiqah
6 Pn Hasnah binti kalib 1 Aqiqah
7 Pn Hasnah binti kalib 1 Aqiqah

10. AHLI JAWATANKUASA


Rujuk Lampiran 1

11. TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran 2

12. ANGGARAN PERBELANJAAN:


Pembelian Lembu = RM 2800
Rempah / Beras / Peralatan  = RM 1200
Jumlah Besar   = RM 5000

SUMBER KEWANGAN:
Bayaran Peserta Program = RM 2800
Sekolah = RM 1200
Jumlah = RM 5000

13. PENUTUP
Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat mengeratkan tali silaturahim
dikalangan guru dan kakitangan SK Pasir Gudang 1. Disamping itu, para pelajar dan guru dapat
menghayati makna sebenar Aidil Adha dan mengamalkan amalan yang dianjurkan oleh syariat dalam
merayakan Aidiladha.

You might also like