You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN CHIKUS

36750 LANGKAP, PERAK

Perkhemahan Perdana
Unit Beruniform SK
Chikus
2019

TEMPAT : 4 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (4RAMD)


TAPAH, PERAK
TARIKH : 28-30 JUN 2019
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SK Chikus 2019

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SKC merupakan aktiviti tahunan kelab dan persatuan
yang disertai oleh ahli persatuan dan kelab (keutamaan kepada Tahun 6) SK Chikus.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang
pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga
perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan
menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli kelab bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan
Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini.
Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam
melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata
pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

2.0 RASIONAL
2.1 Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, disiplin
yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan
kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
3.2 Memberi pendedahan dan pengalamankepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan
secara menyeluruh.
3.3 Memupuk semangat kerjsama dan berdikari seta meningkatkan motivasi dan keyakinan
setiap peserta.
3.4 Menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai
serta menghormati hak masing-masing.

4.0 KONSEP PERKHEMAHAN


4.1 Pemantapan Intergrasi
4.1.1 Pengagihan peserta kepada platun
4.1.2 Intergrasi melalui aktiviti

4.2 Khidmat
4.2.1 Gotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan
4.2.2 Bersama-sama mendirikan khemah

4.3 Kerohanian dan Moral


4.3.1 Solat berjemaah
4.3.2 Kuliah maghrib/subuh

5.0 PELAKSANAAN
5.1 Tarikh : 28 hingga 30 Jun 2019 ( Jumaat, Sabtu dan Ahad)
5.2 Tempat : 4Rejimen Askar Melayu Diraja(4RAMD) Tapah Perak

2
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SK Chikus 2019

6.0 SENARAI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA KERJA PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM


SK CHIKUS 2019
Penasihat : Tn Hj Amir Bin Kamarudin
Pengerusi : En Ahmad Nasri Bin Din
Naib Pengerusi 1 : Pn Jamaliah Binti Man
Naib Pengerusi 2 : Pn Noor Shafini Binti Shaari

Penyelaras : En Muhamad Shamsul b. Saad


Kem Komandan : En Amirul Faiz Bin Abdul Raof
Pen Kem Komandan 1 : Puan Arbik Adawiah Binti Nor Bahauddin

Urusetia Seketeriat dan Pendaftaran


1. Pn Zuraidah bt Tajudin
2. Pn Siti Nurul Hanim bt Mahd Nayai

Makanan dan Sajian/Sanitasi


1. Pn Nor Amira Bt Abdul Hadi
2. Pn Rohana Bt Ishak

Persiapan Tempat/Jemputan/Perasmian Penutup dan Juru Acara


1. Pn Nor Amira Bt Abdul Hadi
2. Pn Rohana Bt Ishak
3. Pn Arbik Adawiah Binti Nor Bahauddin

Keselamatan dan Tatatertib


1. En Razlan Bin Shaari
2. Pn 'Alawiah Binti Mohamad Rafdzi

Peralatan, Tapak Perkhemahan dan Logistik


1. En Muhamad Shamsul b. Saad
2. En Hisham Bin Ali

Aktiviti dan Jurulatih


1. En Mohd Sabri Bin Mohd Noor
2. En Hisham Bin Ali

Kebersihan
1. En Abdul Rauf Bin Abdullah

Hadiah dan Cenderamata


1. Pn Zuraidah bt Tajudin
2. Pn Siti Nurul Hanim bt Mahd Nayai

Kerohanian
1. En Mohd Sharif Bin Yaacob

3
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SK Chikus 2019

7.0 ORANG YANG DIPERTANGJAWABKAN UNTUK MENGUTIP WANG


7.1 Orang yang dipertanggungjawabkan bagi mengutip wang
Nama : Muhamad Shamsul b. Saad
No. K/P : 811003-07-5665
Alamat : No 200, Jalan Pelangi 4, Taman Pelangi 36700 Langkap Perak

8.0 SASARAN
8.1 Jumlah murid keseluruhan ialah seramai 50 orang.
8.2 Keutamaan diberikan kepada murid tahun 6 tetapi sekiranya tidak mencukupi, penyelaras
boleh membuka peluang kepada murid tahun 5, 4 dan 3.
8.3 Peserta perlulah terdiri daripada pelbagai jantina daripada semua kelab dan persatuan
yang ada di SK Chikus
8.4 Peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar yang bergiat cergas dan aktif dalam kegiatan
yang dijalankan di sekolah.
8.5 Setiap unit berpasukan juga perlu menyediakan sekurang-kurangnya dua orang guru
pengiring bagi mengiringi pasukan ke sana.

9.0 AKTIVITI

9.1 Disediakan oleh pihak 4 RAMD

 Semua aktiviti akan dikendalikan oleh Jurulatih Kem 4RAMD

10.0 PENGINAPAN
10.1 Murid-murid dan guru-guru akan menginap di khemah atau dorm yang disediakan oleh
pihak kem

11.0 PENGANGKUTAN

Diuruskan oleh guru guru SK Chikus.

12.0 MAKAN MINUM

12.1 Makanan dan minuman guru/peserta akan dimasak dan disediakan oleh pihak 4RAMD

13.0 PAKAIAN DAN KETERAMPILAN PESERTA

13.1 Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan/t-shirt pasukan masing-masing sepanjang


aktiviti dijalankan.
13.2 Pakaian yang kurang sopan dan t-shirt bergambar tidak dibenarkan sama sekali.
13.3 Peserta dan guru pengiring perlu berpakaian sukan lengkap mengikut kelab/persatuan
masing-masing semasa majlis penutup

4
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SK Chikus 2019

14.0 BORANG PENYERTAAN PEGAWAI DAN PESERTA

14.1 Setiap peserta dan guru pengiring perlu mengisi borang penyertaan perkhemahan dengan
lengkap.

15.0 STATUS KEBENARAN DAN KESIHATAN


15.1 Setiap peserta perlu menyediakan surat kebenaran ibu bapa/penjaga seperti yang
dilampirkan.

15.2 Peserta juga perlu mempunyai tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang
penyakit yang kronik.

16.0 PERALATAN YANG PERLU DIBAWA


16.1 Kelab/Persatuan
16.1.1 Peti Pertolongan Cemas
16.1.2 Borang pendaftaran yang lengkap
16.1.3 Surat kebenaran waris
16.1.4 Yuran penyertaan sebanyak RM100 setiap murid

16.2 Peserta
16.2.1 Seluar dan T-Shirt secukupnya
16.2.2 Pakaian riadah/sukan termasuk kasut
16.2.3 Pakaian ibadah
16.2.4 Peralatan peribadi
16.2.5 Ubatan peribadi
16.2.6 Alat tulis

17.0 PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN


17.1 ARAHAN UMUM
17.1.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan
dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang
perkhemahan.
17.1.2 Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan / Pihak
Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan
semasa perkhemahan
17.1.3 Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan
sebaik sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan
17.1.4 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya
kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau pegawai
perubatan yang bertugas
17.1.5 Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing
dan dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran ataupun arahan
dari pihak urusetia
17.1.6 Bagi peserta Islam,solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa
berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian
17.1.7 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan
hormat diutamakan
17.1.8 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
17.1.9 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim disepanjang
perkhemahan

”LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA”

5
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SK Chikus 2019

17.2 KOMUNIKASI/ALATAN KOMUNIKASI


17.2.1 Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar
diputuskan.
17.2.2 Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya dibenarkan
selepas mengisi borang yang disediakan
17.2.3 PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone’
semasa perkhemahan

17.3 KESELAMATAN: ”UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA”


17.3.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak.
17.3.2 Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta
diikuti dengan arahan / arah pergerakan
17.3.3 PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.

17.4 KETETAPAN DAN KETEPATAN MASA/PERGERAKAN ANGGOTA


17.4.1 Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang
telah ditetapkan
17.4.2 Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda
17.4.3 Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang.
17.4.4 Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem
/seumpamanya
17.4.5 Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen selepas jam 12
tengah malam (0000H) sehingga jam 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebarang
kecemasan ataudiringi oleh pegawai

17.5 PAKAIAN/NAME TAG


17.5.1 Semasa aktiviti para peserta perlu memakai pakaian yang sepatutnya dan sesuai
mengikut aktiviti serta arahan semasa yang telah ditetapkan. Pemakaian name
tag semasa aktiviti dijalankan adalah wajib.

17.6 PERATURAN KEBERSIHAN


17.6.1 Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur
17.6.2 Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah
17.6.3 Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan
17.6.4 Sampah hendaklah dibuang ditempat yang disediakan
17.6.5 Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di
kawasanperkhemahan atau sekitarnya
17.6.6 Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun
17.6.7 Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan
danteratursebelum solat bermula
17.6.8 Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk
kegunaanramai dan bersama
17.6.9 Bagi kaum wanita – sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum
dibuangditempat yang sepatutnya.

17.7 PERATURAN KELUAR MASUK


17.7.1 Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen / dicatatkan dalam
buku keluar masuk serta dimaklumkan kepada urusetia
17.7.2 Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk dari kawasan
kem

6
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SK Chikus 2019

17.7.3 Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan mempunyai dokumen
dan tujuan yang sah dari ketua platun masing-masing

18.0 SENTRI

Guru lelaki Guru perempuan


1. Kem Komandan 1. Penolong Kem Komandan
2. En Muhamad Shamsul Bin Saad 2. Pn Rohana Bt Ishak
3. En Abdul Rauf Bin Abdullah 3. Pn Zuraidah Binti Tajuddin
4. En Mohd Sabri Bin Mohd Noor 4. Pn 'Alawiah Binti Mohamad Rafdzi
5. En Razlan Bin Shaari 5. Pn Nor Amira Bt Abdul Hadi

19.0 GURU PENGIRING


19.1 Setiap pasukan perlu menghantar dua orang guru pengiring bagi mengiringi pasukan
masing-masing.

20.0 PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


20.1 PENDAPATAN
Yuran Kursus RM50 bagi setiap peserta
Unit Kokurikulum memperuntukkan RM 8 bagi setiap peserta.

20.2 PERBELANJAAN

BIL PERKARA PENDAPATAN PERBELANJAAN JUMLAH


(RM) (RM) (RM)
MASUK KELUAR
1. Yuran Kursus RM50x50 (PIBG) 2 500
2. Unit Kokorikulum 1 400
3. Yuran Kursus RM50x 50(4RAMD) 2 500
4. Pengangkutan RM250 x 2 500
5. Cenderahati JL RM 10 x 12 120
6. T- Shirt RM14 x 50 700
7. Kos Pentadbiran 80
JUMLAH 3 900 3 900

7
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SK Chikus 2019

21.0 PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Lapangan Persatuan dan Kelab SKC dapat
dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama
daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan
hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat
Pelajaran Hilir Perak. Semoga tema ”KERJASAMA ASAS KECERMERLANGAN” dapat
direalisasikan semasa perkhemahan tersebut.

Disediakan oleh Disemak oleh,

....................................... ...........................................
AMIRUL FAIZ BIN ABD ROUF AHMAD NASRI BIN DIN
Setiausaha Perkhemahan PK Kokurikulum
SK CHIKUS, SK CHIKUS,
TELUK INTAN, PERAK. TELUK INTAN, PERAK.

You might also like