You are on page 1of 10

KADET REMAJA SEKOLAH (M), SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, MUKHAYYAM TINGKATAN 2

KERTAS KERJA

MUKHAYYAM TINGKATAN 2 KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH TAHUN 2010

PADA : 23 25/JULAI 2010 TEMPAT : TUNJUK LAUT RESORT, MERSING TEMA : TOWARDS DEVELOPING EXCELLENT YOUTH

KADET REMAJA SEKOLAH (M), SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, MUKHAYYAM TINGKATAN 2

1.

PENDAHULUAN

Perkhemahan Mukhayyam Tingkatan 2 merupakan aktiviti pasukan Kadet Remaja Sekolah (M), Sekolah Menengah Islam Hidayah, yang disertai oleh semua pelajar tingkatan dua. Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi. Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan SMIH. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. 2. LATAR BELAKANG

Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Pada tahun 2010, dijangkakan sejumlah 134 orang peserta akan menyertai Perkhemahan KRS, Mukhayyam Tingkatan Dua. Program ini akan melibatkan sejumlah 8 orang Pegawai dan Jurulatih serta 8 orang pembantu/fasi yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 bagi melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan apa yang telah mereka pelajari dalam KRS. Program ini akan dijalankan di Tunjuk Laut Resort, dan jarak yang dianggarkan daripada sekolah ke tempat tersebut ialah kira kira 98 KM. Pemilihan tempat tersebut dipilih kerana bersesuaian dengan perancangan aktiviti yang telah dibuat berdasarkan kepada modul yang ada di dalam Tingkatan Dua.

3.

RASIONAL 3.1 Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja. 3.2 Tema Mukhayyam Tingkatan Dua tahun 2010 ialah TOWARDS DEVELOPING EXCELLENT YOUTH .

4.

OBJEKTIF 4.1 4.2 4.3 4.4 Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum. Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh. Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta. Untuk meningkatkan kematangan peserta dan menerapkan nilai nilai murni dalam kehidupan.

5.

KONSEP PERKHEMAHAN 5.1. Pemantapan kerja berkumpulan 5.1.1 Pengagihan peserta kepada 14 kumpulan 5.1.2 Aktiviti secara berkumpulan 5.1.3 Memasak berkumpulan

KADET REMAJA SEKOLAH (M), SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, MUKHAYYAM TINGKATAN 2

5.2.

5.3

Pertandingan 5.2.1 Kawad secara berkumpulan 5.2.2 Pertandingan memasak 5.2.3 Seni Perkhemahan - Pintu Gerbang - Gajet - Kraf Perkhemahan 5.2.4 Pertandingan Persembahan - Kategori Syabab - Kategori Fatayat Khidmas 5.3.1 Gotong royong membersih kawasan perkhemahan. Kerohanian dan moral 5.4.1 Solat Jemaah/kuliah dan tazkirah maghrib/subuh 5.4.2 Hirasah dan Qiam 5.4.3 Hafazan

5.4

6.

PELAKSANAAN 6.1 TARIKH DAN MASA 23 Julai 2010 (3:00 ptg masa bertolak) hingga 25 Julai 2010 (4:00ptg masa dijangka tiba) 6.2 TEMPAT PERKHEMAHAN Pantai Tunjuk Laut Resort, Tanjung Leman, Johor Anggaran jarak : 98KM dari Sekolah Menengah Islam Hidayah

7.

SENARAI JAWATANKUASA JAWATANKUASA INDUK MUKHAYYAM TINGKATAN 2 Penaung Kem Komandan Pengarah Setiausaha Bendahari Unit Program Unit Pengangkutan Unit Peralatan Unit Siaraya : Komandan KRS(M) SMIH, Puan Hajjah Kamaliah bt Noordin : Kapten KRS(M) Nor Kamarul Kalam bin Zulkifli : Leftenan Muda KRS(M) Azri bin Ali : Leftenan Muda KRS(M) Siti Faesa Mariam : Leftenan Muda KRS(M) Normely binti Abdul Razak : Leftenan Muda KRS(M) Sakeenah bt Abdul Rashid : Leftenan KRS(M) Masdinizam Shukor : Leftenan Muda KRS(M) Kasmuri bin Pohan : Kapten KRS(M) Hamizah Othman

8.

SASARAN Semua pelajar Tingkatan Dua iaitu seramai 134 orang.

KADET REMAJA SEKOLAH (M), SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, MUKHAYYAM TINGKATAN 2

9.

TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 1

10.

AKTIVITI 10.1 10.2 10.3 Memasak lelaki Memasak perempuan Seni Perkhemahan (lelaki dan perempuan) - Pintu Gerbang - Gajet - Kraf Perkhemahan Persembahan lelaki Persembahan perempuan Ihktiar Hidup Jungle Tracking Night Walk

10.4 10.5 10.6 10.7 10.8

11.

PENGINAPAN MASS 1 MASS 2 AREA 1 AREA 2 : Kawasan penginapan Pegawai dan Fasi lelaki : Kawasan penginapan Pegawai dan Fasi perempuan : Kawasan perkhemahan peserta lelaki : Kawasan perkhemahan peserta perempuan

Sila rujuk Lampiran 2 12. PENGANGKUTAN Menggunakan 3 buah bas dan sebuah van sekolah. Semua pelajar diwajibkan menaiki bas yang telah disediakan. 13. MAKAN MINUM 15.1 Semua pelajar dikehendaki memasak sendiri secara berkumpulan di kawasan yang disediakan 15.2 Para pelajar hanya dibenarkan membawa bahan bahan makanan dan peralatan yang dibenarkan sahaja 15.3 Bagi pegawai dan fasi, urusan memasak dilakukan secara gotong - royong 14. PAKAIAN DAN KETRAMPILAN PERSERTA 16.1 16.2 16.3 16.4 16.5 16.6 15. PEGAWAI: PESERTA: PAKAIAN AKTIVITI : TUDUNG: KASUT: RAMBUT (lelaki): Pakaian uniform masing-masing. Pakaian T-Shirt dan uniform masing-masing T-Shirt Hijau atau putih sahaja Berwarna hitam atau putih sahaja Berwarna putih atau hitam sahaja Nombor 2

BENDERA Setiap pasuakan perlu membawa bendera kumpulan masing-masing

KADET REMAJA SEKOLAH (M), SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, MUKHAYYAM TINGKATAN 2

16.

PETI BANTU MULA / FIRST AID KIT Kita akan membawa 2 buah Peti Bantu Mula dan akan sentiasa membawanya untuk setiap aktiviti bagi persediaan waktu kecemasan

17.

PERALATAN YANG PERLU DIBAWA 17.1 SEKOLAH 22.1.1 Khemah peserta 22.1.2 Bendera Sekolah 22.1.3 Peti pertolongan cemas 22.1.4 Surat Kebenaran Waris 22.1.5 Peralatan masak 22.1.6 Peralatan aktiviti di tapak perkhemahan (cangkul, tali, parang dan yang berkaitan dan dipantau oleh pegawai) 17.2 PESERTA 22.2.1 Pakaian unit uniform sendiri 22.2.2 Seluar dan T.Shirt secukupnya 22.2.3 Pakaian Riadah / Sukan termasuk kasut 22.2.4 Pakaian Ibadah 22.2.5 Peralatan peribadi 22.2.6 Ubatan Peribadi 22.2.7 Al-quran dan Mathurat 22.2.8 Bahan bahan untuk memasak yang dibenarkan sahaja

18.

PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN PENDAPATAN : Yuran peserta mukhayyam Sumbangan sekolah (Unit KRS) CATATAN 134 X RM 45.00 JUM. (RM) 6,030.00 106.00 6,136.00

JUMLAH PENDAPATAN : PERBELANJAAN : Tapak Khemah, Dewan, Obstacle Pengangkutan pelajar (pergi dan balik) Hadiah Aktiviti Majlis penutup (termasuk makan dan minum) Kontigensi

3 buah bas x RM 1,000.00

134 x RM 4.00 JUMLAH PERBELANJAAN :

2,000.00 3,000.00 200.00 200.00 536.00 200.00 6 ,136.00

19.

PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN 19.1 ARAHAN UMUM 19.1.1.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang perkhemahan 19.1.1.2 Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan / Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan

KADET REMAJA SEKOLAH (M), SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, MUKHAYYAM TINGKATAN 2

19.1.1.3 Semua peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan 19.1.1.4 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pegawai perubatan. 19.1.1.5 Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing dan dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran ataupun arahan dari pihak urusetia 19.1.1.6 Semua peserta dimestikan solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah. 19.1.1.7 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat diutamakan 19.1.1.8 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham. 19.1.1.9 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang perkhemahan

LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA

19.2

KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI 19.2.1 Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar diputuskan. 19.2.2 Sebarang urusan panggilan masuk melalui telefon hanya dibenarkan untuk kes kes kecemasan sahaja iaitu kepada Pengarah Program dan Kem Komandan. 19.2.3 PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone semasa perkhemahan KESELAMATAN: UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA 19.3.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak. 19.3.2 Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti dengan arahan / arah pergerakan 19.3.3 PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan. KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA 19.4.1 Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah ditetapkan 19.4.2 Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda 19.4.3 Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang 19.4.4 Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem / seumpamanya 19.4.5 Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen selepas jam 12 tengah malam (0000H) sehingga jam 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebarang kecemasan atau diringi oleh pegawai PERATURAN KEBERSIHAN 19.5.1 19.5.2 19.5.3 19.5.4 19.5.5 19.5.6 Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan perkhemahan atau sekitarnya Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk kegunaan ramai dan bersama

19.3

19.4

19.5

KADET REMAJA SEKOLAH (M), SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, MUKHAYYAM TINGKATAN 2

20.

PENUTUP Adalah amat diharapkan agar Mukhayyam KRS(M) Tingkatan 2 Sekolah Menengah Islam Hidayah dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat program ini. Semoga tema TOWARDS DEVELOPING EXCELLENT YOUTH dapat direalisasikan semasa perkhemahan tersebut.

Disediakan oleh, ____________________________ Pengarah Mukhayyam Tingkatan 2 Leftenan Muda KRS(M) Azri bin Ali Tarikh :

Disemak oleh, ____________________________ Penyelaras KRS(M) SMIH Kapten KRS(M) Nor Kamarul Kalam bin Zulkifli Tarikh :

Disahkan oleh, ____________________________ Timbalan Komandan KRS(M) Sekolah Menengah Islam Hidayah Puan Fauziah bt. Abdul Salam Tarikh :

Disahkan oleh, ____________________________ Komandan KRS(M) Sekolah Menengah Islam Hidayah Puan Hajjah Kamaliah bt. Noordin Tarikh :

KADET REMAJA SEKOLAH (M), SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, MUKHAYYAM TINGKATAN 2

Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM MASA 14.30 15.00 AKTIVITI TINDAKAN CATATAN

HARI 1 : JUMAAT ( 23 / 07 / 10 ) Berkumpul & bertolak ke Tapak perkhemahan 16.00 Taklimat peserta Penyerahan peralatan 16.40 17.00 Solat Asar Mendirikan khemah Khidmat diri Masak & makan malam 19.30 20.30 Solat Maghrib Tazkirah 20.30 21.00 22.30 Isya LDK 1 Nightwalk Unit Tarbiyah SAR Fasilitator Mengikut kumpulan masingmasing Kem Kraf ( KIV ) Kem komanden

HARI 2 : SABTU ( 24 / 07 / 2010 ) Qiyam 06.00 06.45 Solat subuh Al-maathurat 06.45 07.30 08.30 12.30 12.30 14.30 14.30 16.00 16.40 BASED Khidmat diri Sarapan pagi Trekking* Masak & Makan Tengahari Solat Zohor Obstacle course* Solat Asar Latihan Kawad & persembahan Masak & makan malam Khidmat diri pertandingan masakan survival (KIV) SAR Plan B : Treasure Hunt SAR *Banin dan banat shift ( KIV ) Mengikut kumpulan hirasah

KADET REMAJA SEKOLAH (M), SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, MUKHAYYAM TINGKATAN 2

19.30 20.30

Solat Maghrib Al Maathurat Tazkirah Isya Malam Kebudayaan Tidur Qiyam Jamaaie Solat Subuh Al Maathurat

20.30 21.00 23.00

HARI 3 : AHAD ( 25 / 07 / 2010 ) 05.00 06.00

06.45 07.30 09.30

Physical Training Khidmat diri Sarapan pagi Mengemas Khemah Pertandingan Masakan

09.30 10.30 11.30 12.30 12.30

Pertandingan Kawad Muhasabah Program Majlis Penutup Bertolak balik ke SMIH

KADET REMAJA SEKOLAH (M), SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, MUKHAYYAM TINGKATAN 2

Lampiran 2

PELAN LOKASI TAPAK PERKHEMAHAN

KAWASAN PANTAI

Ke arah Pantai Tapak khemah (BANIN) AREA 1 Tapak khemah (BANAT) AREA 2

MASS 1 Dewan Serbaguna (BANAT)

MASS 2 (BANAT)

Pondok dan Tiang Bendera

Dataran (Tapak Perhimpunan)

LALUAN KERETA

10

You might also like