You are on page 1of 8

CADANGAN KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN PERDANA
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA
TAHUN 2014

TARIKH : 21-23 MAC 2014


TEMPAT: SK POS RAYA
ANJURAN:
PPD KINTA UTARA

MAKLUMAT PERKHEMAHAN PERDANA


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA
TAHUN 2014

1.0

PENGENALAN

Perkhemahan ini merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan


pembentukan kualiti insan yang mantap dari semua sudut serta
mendedahkan pelajar kepada pelbagai cabaran dan kemahiran yang
berguna. Program ini melibatkan semua ahli Persatuan Kadet Remaja
Sekolah di daerah Kinta Utara. Secara amnya, perkhemahan ini dijalankan
untuk memupuk jatidiri dalam diri peserta perkhemahan serta membina
ketahanan diri mereka kepada cabaran.
2.0

MATLAMAT

Kursus ini bertujuan mendedahkan kebolehan dan memberi peluang


kepada peserta untuk menilai kebolehan diri untuk menjadi pemimpin di
peringkat sekolah khususnya, dan di peringkat daerah amnya. Selain itu
aktiviti ini diharap akan dapat membentuk sahsiah dan kepimpinan di
kalangan pelajar melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah. Dalam masa
yang sama dapat menghayati alam sekitar serta dapat menguji
kemampuan dan keberkesanan latihan-latihan yang telah dilalui selama
ini.
3.0

4.0

OBJEKTIF
i.

Membina keyakinan ahli kadet bahawa mereka berpotensi


menjadi individu, pelajar dan pemimpin yang cemerlang.

ii.

Memberi kesedaran dan peluang untuk memahami diri sendiri


serta orang lain ke arah membentuk perkembangan diri yang
positif.

iii.

Memberi pengiktirafan kepada kadet berdasarkan kebolehan


serta pencapaiannya

iv.

Mewujudkan kesedaran ahli kadet kepada kebolehan,


keupayaan serta tanggungjawab dirinya sebagai individu
kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara.

KUMPULAN SASARAN
4.1

5.0

Anggota Pasukan KRS dari sekolah menengah di Daerah Kinta


Utara

MAKLUMAT PERLAKSANAAN
5.1 Tarikh

: 21-23 Mac 2014


1

5.2 Tempat
6.0

: SK Pos Raya

PENGANGKUTAN
Sekolah akan menguruskan sendiri pengangkutan murid pergi dan

balik.
7.0

MAKAN / MINUM
Akan disediakan oleh penganjur.

8.0

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

a) Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah menengah di


daerah Kinta Utara yang mempunyai KRS.
b) Bilangan penyertaan bagi setiap sekolah adalah 1 orang kadet
putera dan 1 orang kadet puteri.
c) Semua murid yang menyertai kursus ini hendaklah sihat tubuh
badan dan TIDAK dijangkiti penyakit kronik. (borang Pengesahan
Kesihatan
hendaklah
dilengkapkan
dan
dibawa
semasa
pendaftaran). Peserta yang mengidap penyakit kronik akan diminta
dihantar balik oleh guru pengiring masing-masing.
d) Semua murid yang menyertai kursus ini hendaklah mendapat
kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga masing-masing.
(borang Kebenaran hendaklah dilengkapkan dan dibawa semasa
pendaftaran).
9.0

KEWANGAN

a) Setiap peserta dikehendaki membayar RM50.00 melalui sekolah


masing-masing dalam bentuk wang tunai atau cek kepada
JAWATANKUASA KADET REMAJA SEKOLAH DAERAH KINTA
pada atau sebelum 18 Mac 2014
10.0 PENGINAPAN
a) Semua peserta akan menginap di dalam khemah yang disediakan
oleh sekolah masing-masing. Pihak Urus Setia tidak akan
bertanggungjawab terhadap khemah tersebut.
11.0 PAKAIAN PESERTA
a) Semua peserta hendaklah berpakaian separuh uniform (No. 4B)
sepanjang kursus ini kecuali semasa aktiviti kawad kaki.
b) Peserta tidak dibenarkan memakai seluar pendek dan/atau singlet
sepanjang tempoh perkhemahan.
c) Pemakaian selipar semasa aktiviti tidak dibenarkan.

12.0 PENYEDIAAN MAKANAN DAN MINUMAN


a) Makanan dan minuman peserta dan pegawai akan disediakan
secara berpusat dan akan diuruskan oleh Jawatankuasa daerah.
b) Air masak akan disediakan ditempat yang ditetapkan sepanjang
tempoh kursus.
c) Pinggan, cawan, sudu atau garfu hendaklah dibawa sendiri oleh
peserta. Urus Setia tidak akan bertanggungjawab terhadap
peralatan tersebut.
d) Semua peserta dikehendaki membasuh pinggan / cawan / sudu /
garfu masing-masing setelah digunakan.
e) Semua peserta dikehendaki akur dengan jadual masa makan /
minum yang disediakan.
13.0 KESELAMATAN / KECEMASAN
a) Semua jenis senjata adalah ditegah dibawa.
b) Rokok, dadah, minuman keras, pertaruhan dan salah laku adalah
ditegah dan peserta akan dihantar pulang serta-merta sekiranya
didapati bersalah melanggar peraturan ini.
c) Semua
peserta
/
pegawai
hendaklah
MENGUTAMAKAN
KESELAMATAN sepanjang kursus ini berlangsung.
d) SILA LAPOR DENGAN SEGERA KEPADA PIHAK URUS SETIA
JIKA BERLAKU SEBARANG KEMALANGAN.
14.0 PETI BANTU MULA (FIRST AID)
a) Peti Kecemasan akan dibekalkan oleh Urus Setia.
b) Setiap ubatan peribadi haruslah mendapat kebenaran &
pengesahan doktor serta dimaklumkan kepada Urus Setia.
15.0 AKTIVITI YANG DICADANGKAN
15.1
15.2
15.3
15.4
15.5

KAWAD KAKI
ORIENTEERING
BANTU MULA
IKATAN DAN SIMPULAN
IKHTIAR HIDUP

16. AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi

: Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara

Timbalan Pengerusi
Utara

:Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kinta

Naib Pengerusi 1

: Penolong PPD HEM, PPD Kinta Utara

Naib Pengerusi 2

: Penyelia Kokurikulum, PPD Kinta Utara

Setiausaha

: Pegawai Teknikal PPB, PPD Kinta Utara

Penolong Setiausaha
Bendahari

: Pegawai Tadbir KRS Kinta Utara


: Bendahari Jawatankuasa KRS Daerah Kinta Utara

Anggota Jawatankuasa : 1. Jawatankuasa KRS Daerah Kinta Utara

17. JAWATANKUASA PENGELOLA


1. Penyelaras

: Pegawai Tadbir KRS KU

2. Komandan Kem

: Ketua Jurulatih KRS KU

3. Urusetia

: Pegawai Data KRS KU


Setiausaha KRS KU
Bendahari KRS KU

4. Logistik dan Peralatan


KU

: Pegawai Pelaksana KRS


Quartermaster KRS KU

5. Sajian

: Pegawai HEWA KRS

6. Keselamatan dan Kebajikan

: Pegawai Istiadat KRS KU

7. Aktiviti / Ujian

: Jurulatih KRS KU
Briged KRS KU

8. Statistik

: Pegawai Data KRS KU

9. Laporan

: Setiausaha KRS KU

18. PENUTUP
Adalah diharapkan melalui perkhemahan ini akan dapat
meningkatkan lagi profesionalisme kadet di sekolah-sekolah. Selain itu,
pengalaman serta pengetahuan mengenai kursus kenaikan pangkat
diharap dapat dilaksanakan oleh kadet-kadet di peringkat sekolah pula.

Disediakan oleh:

(MOHAMAD NASIR B DOLLAH)


YUSOF)
Pegawai Tadbir
KRS Kinta Utara

Disahkan oleh:

(BADROL HISHAM B MOHD


Penyelia Kokurikulum
PPD Kinta Utara

SENARAI KEPERLUAN PESERTA


a) Pakaian Lengkap No 4.
b) Pakaian Separuh No. 4B (T-Shirt KRS)
c) Pakaian solat
d) Pakaian untuk aktiviti kecergasan
e) Pakaian mandi
f) Kain tuala
g) Kelengkapan mandi/diri
h) Ubat sapu luaran
i) Ubat yang disahkan oleh doktor (kegunaan sendiri)
j) Khemah
k) Lampu suluh
l) Kasut spike / drill
m) Kasut sukan
n) Selipar (mandi/solat)
o) Baju sejuk
p) Selimut / sleeping bag
q) Baju hujan
r) Pinggan
s) Cawan
t) Sudu / Garfu
u) Tali (aktiviti tali-temali) jenis Parakod 8mm - 1.5m
v) Buku log
w) Alatan menulis
x) Messtin (1 set sepasang)

JADUAL TENTATIF
PERKHEMAHAN PERDANA KRS KINTA UTARA 2014
MASA /
TARIKH

21 MAC 2014
(Jumaat)

22 MAC 2014
(Sabtu)

23 MAC 2014
(Ahad)

0530-0630

PENGURUSAN DIRI
SOLAT

PENGURUSAN DIRI
SOLAT

0630 - 0700

PERHIMPUNAN PAGI

PERHIMPUNAN PAGI

0700-0800

SARAPAN

SARAPAN

0800-1000

AKTIVITI 1

AKTIVITI 5

1000-1030

MINUM PAGI

MINUM PAGI

1030-1230

AKTIVITI 2

KHIDMAS

1230-1430

MAKAN TENGAHARI
SOLAT

BERSURAI

1430-1600

PERJALANAN

AKTIVITI 3

1600-1700

PENDAFTARAN

MINUM PETANG
SOLAT ASAR

1700-1900

TAKLIMAT

AKTIVITI 4

1900-2100

URUS DIRI
SOLAT

URUS DIRI
SOLAT

2100-2300

TAKLIMAT
PENGURUSAN DAN
AKTIVITI

2300

WAKTU SUNYI

WAKTU SUNYI

You might also like