You are on page 1of 12

CADANGAN KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS


PERINGKAT DAERAH
PETALING UTAMA
2017
Anjuran bersama

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH


PETALING UTAMA
dan

IBU PEJABAT POLIS DAERAH


PETALING JAYA

PENGELOLA

SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA

1
KERTAS CADANGAN PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS DAERAH PETALING UTAMA

1.0 LATAR BELAKANG


Penubuhan Pasukan Kadet Polis di sekolah-sekolah menengah adalah antara usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia ke arah mencapai hasrat untuk melahirkan masyarakat yang bersepadu, berdisiplin dan terlatih.
Penerapan nilai-nilai murni dilaksanakan secara bersepadu, merentasi semua aktiviti sekolah, sama ada di
dalam bilik darjah mahu pun melalui aktiviti kokurikulum, khususnya aktiviti pasukan pakaian seragam.

2.0 PENGENALAN
Dalam usia penubuhannya di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, Pasukan Kadet Polis telah bergerak
maju ke sasaran utama dalam melengkapkan aktiviti dan memenuhi segala keperluan dari aspek fizikal,
mental dan kerohanian dalam unit pakaian seragam. Sebagaimana pertubuhan badan beruniform yang lain,
perkhemahan daerah merupakan acara kemuncak dalam merealisasikan objektif kewujudannya
ditambah dengan kesenimbungannya di peringkat negeri dan kebangsaan untuk mencari bakat-bakat
kepimpinan dalam kalangan anggota Kadet Polis.
Sehubungan itu, Pejabat Pendidikan Petaling Utama dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah
Petaling Jaya telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan perkhemahan Kor Kadet Peringkat Daerah
Petaling Utama Tahun 2017.

3.0 MATLAMAT
Perkhemahan Pasukan Kadet Polis bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih luas mengenai aktiviti
Pasukan Kadet Polis Peringkat Daerah melalui konsep perkhemahan seperti memupuk semangat patriotik,
berdikari, setiakawan, bekerjasama dan komitmen kepada pasukan.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Melahirkan ahli-ahli kadet yang mahir dalam selok-belok perkhemahan.
4.2 Mempertingkatkan minat ahli Kadet Polis untuk terus aktif dan membantu meningkatkan diri
dengan mematuhi peraturan dan undang-undang kepolisan.
4.3 Memupuk semangat kerjasama dan berdikari pada diri setiap ahli Kadet Polis dan menghayati
nilai-nilai yang tertera dalam Falsafah Pendidikan Negara.
4.4 Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri yang kental dalam setiap jiwa ahli Kadet Polis.
4.5 Menerapkan nilai-nilai teras Pasukan Kadet Polis Kepada semua ahli melalui pertandingan dan
sebagai platform memilih kadet terbaik mewakili Kontinjen Daerah Petaling Utama ke
Perkhemahan Kor Kadet Peringkat Negeri 2017.

5.0 PENDEKATAN PERKHEMAHAN


5.1 Pendekatan yang digunakan dalam perkhemahan ini adalah bersepadu dengan
menggabungkan semua aspek aktiviti perkhemahan.
5.2 Aktiviti yang dijalankan akan menerapkan aspek fizikal dan kerohanian.
5.3 Sebahagian aktiviti pertandingan bercorak kepolisan dan sebahagian lagi mementingkan integrasi
serta semangat berpasukan.

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Tarikh : 10 April hingga 12 April 2017 (Isnin hingga Rabu)


6.2 Tempat : Kem Wirajaya, Hulu Langat, Selangor
6.3 Penyertaan sekolah : 27 buah sekolah menengah Daerah Petaling Utama

2
6.4 Penyertaan Kadet : Setiap sekolah menghantar 6 anggota kadet yang berpotensi terdiri
daripada 3 kadet lelaki dan 3 kadet wanita.

6.5 Penyertaan Pegawai : Ahli Jawatankuasa Kadet Polis yang terpilih sebagai Urus setia dan AJK
Perkhemahan dibantu oleh Polis IPPD Petaling Jaya serta jurulatih yang
dilantik.

7.0 PENYERTAAN KESELURUHAN


Seramai 162 sehingga 200 peserta kadet akan terlibat dalam perkhemahan ini.

8.0 BORANG PENYERTAAN

Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke pihak urus setia di SMK SEKSYEN 4 KOTA
DAMANSARA.Tarikh akhir menghantar senarai nama peserta pada 15 Mac 2017.
No. Telefon : 03-61402997
Faksmili : 03-61402721
E-mel :pjkadetpolis@gmail.com (password : kadetpolis2016)

9.0 PENDAFTARAN
Semua guru penasihat bertanggung jawab membuat pendaftaran peserta di IPD Petaling Jaya sebelum
bertolak ke tapak perkhemahan pada 10 April 2017 mulai 6.45 pagi hingga 8.00 pagi.
Guru penasihat hendaklah menyerahkan borang yang telah lengkap (beserta tandatangan pentadbir) kepada
pihak urusetia pada hari pendaftaran iaitu:
1. Borang penyertaan rasmi
2. Borang kebenaran ibu bapa
3. Borang akuan kesihatan

10.0 PAKAIAN
Semua peserta diminta memakai pakaian yang ditetapkan kecuali pada waktu rehat. Walau bagaimanapun
kekemasan diri mestilah sentiasa dijaga.
10.1 Perasmian Penutupan - Uniform lengkap Kadet Polis
10.2 Pertandingan Kawad Kaki - Uniform lengkap Kadet Polis
10.3 Pertandingan Jalan Lasak - Seluar Trek, Baju T dan Kasut Sukan
10.4 Pertandingan Pandu Arah - Seluar Trek ,Baju T dan Kasut Sukan
10.5 Pertandingan Rentas Halangan - Seluar Trek, Baju T dan Kasut Sukan

11.0 PERATURAN
11.1 Peserta tidak dibenarkan keluar kawasan perkhemahan tanpa izin.
11.2 Peserta tidak dibenarkan pulang tanpa kebenaran Urusetia.
11.3 Peserta tidak dibenarkan bermain senjata tajam.
11.4 Peserta tidak dibenarkan menghisap rokok.
11.5 Peserta dilarang mengejek dan bergaduh.
11.6 Peserta dilarang berada di dalam kawasan perkhemahan wanita atau sebaliknya termasuk
jurulatih atau guru kecuali ada kecemasan.

3
12.0 ARAHAN KESELAMATAN
12.1 Keselamatan peserta adalah tanggungjawab urus setia, dan jurulatih .
12.2 Peserta akan dibahagikan kepada 6 kompeni (A, B, C, D, E, dan F) dan dilantik seorang ketua
untuk memantau
kebajikan dan keselamatan anggota kumpulan.
12.3 Peserta dikehendaki mematuhi semua jadual dan aktiviti yang ditetapkan dan adalah menjadi
tanggungjawab peserta melaporkan kepada urus setia sebarang ketidakselesaan dan
tahap kesihatan mereka.
12.4 AJK Kebajikan dan Keselamatan akan memantau kebajikan dan keselamatan peserta sepanjang
masa, namun jika berlaku kejadian yang tidak diingini, urus setia akan memberikan bantuan
sebaik yang mungkin . Pihak urus setia tidak bertanggung jawab atas kemalangan yang berlaku
kerana kecuaian peserta.
12.5 Jika berlaku hujan lebat peserta dikehendaki mengikut arahan urusetia atau jurulatih ke tempat
yang telah ditetapkan
12.6 Para peserta diwajibkan memakai tanda nama sepanjang aktiviti perkhemahan ini untuk
memudahkan pengenalan diri dan memudahkan urusetia memantau disiplin mereka.

13.0 PENGANGKUTAN
Sebanyak 4 buah bas akan digunakan untuk membawa peserta ke tapak perkhemahan. Guru-guru penasihat
bertanggung jawab menghantar peserta ke IPD untuk pendaftaran sebelum bertolak. Kerjasama IPD
menyediakan kemudahan trak untuk membawa peserta ke tapak perkhemahan amat dialu-alukan.
Trak digunakan untuk mengangkut alatan.

14.0 PENGINAPAN
14.1 Semua peserta akan menginap di dalam khemah yang dibawa oleh peserta. Setiap sekolah akan
membawa 2 buah khemah.
14.2 Khemah hendaklah didirikan mengikut kawasan yang telah ditetapkan.
14.3 Peserta hendaklah mementingkan kekemasan dalam khemah dan kebersihan di sekeliling
kawasan khemah.
14.4 Urusetia dan jurulatih akan menginap di chalet atau dom yang disediakan tetapi atas
tanggungan sendiri.

15.0 MAKAN DAN MINUM


Makanan dan minuman akan disediakan oleh pihak kem.

16.0 BILIK MANDI DAN TANDAS


16.1 Hendaklah digunakan dengan cara yang terbaik.
16.2 Utamakan kebersihan tandas dan bilik mandi.
16.3 Mandi di tempat yang dikhaskan sahaja
16.4 Mestilah berpakaian sopan dan berselipar apabila ke bilik air.

17.0 SOLAT
Peserta yang beragama Islam dikehendaki bersembahyang berjemaah di surau dan membawa surah Yasin dan
peralatan sembahyang seperti kain telekung.

4
18.0 KEBAJIKAN DAN KEBERSIHAN
18.1 Urusetia dan guru penasihat akan memastikan kebajikan peserta diurus dengan baik sepanjang
perkhemahan.
18.2 Kebersihan akan menjadi tanggungjawab bersama. Gotong royong akan diadakan sebelum balik
untuk memastikan kawasan tapak perkhemahan sentiasa bersih sesuai dengan tanggungjawab
pelajar untuk memelihara keindahan alam semula jadi.
18.3 Bungkusan plastik sampah akan dikumpulkan untuk memudahkan kerja-kerja pengutipan oleh
pihak pengurusan tapak perkhemahan.

19.0 BELANJAWAN
Bayaran untuk setiap peserta adalah sebanyak RM 85.00. Yuran penyertaan ditanggung oleh peserta sendiri
atau sumbangan dari PIBG.

20.0 KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA

 Uniform lengkap Kadet Polis


 Baju T Kadet Polis (jika ada)
 Baju T , seluar sukan (gelap), kasut sukan yang secukupnya untuk aktiviti.
 Keperluan ubat peribadi ( yang dibenarkan oleh doktor)
 Peralatan mandi (tuala, selipar, baldi, sabun dan lain-lain)
 Lampu suluh
 Lapik tidur atau ‘ sleeping bag’ dan selimut
 Plastik untuk pakaian basah dan kotor
 Baju hujan.

21.0 AKTIVITI PERKHEMAHAN


 Kawad Kaki
 Merentas Halangan
 Jalan Lasak
 Ronda Pandu Arah
 Latihan Dalam Kumpulan
 Ceramah /Pendidikan Moral

5
JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS
PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA 2017

Penasihat Rusita bt Sahari


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama

ACP Mohd. Zani b. Che Din


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya

Pengerusi En Zulkifli
Penolong PPD Pengurusan Kemanusiaan
PPD Petaling Utama

Superintendan Mohd Ali b. Tamby


Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya

Timbalan Pengerusi 1 Pengetua


Pn Che Mah bt Sharif
SMK Seksyen 4 Kota Damansara

Timbalan Pengerusi 2 Encik Meor Kamarul Hazri b. Sohaimi


Penyelia Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform
PPD Petaling Utama

Naib Pengerusi DSP Zakaria b. Alias


Ketua Bahagian
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti

Penyelaras 1 Insp. Shahrul Armie b. Majid


Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan dan Keselamatan Komuniti
Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya

Penyelaras 2 Pn. Paizah bt. Che Yusof


Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Seksyen 4 Kota Damansara

Setiausaha Insp/k Syazwani bt Mohd Zain


SMK Seksyen 4 Kota Damansara

Bendahari ASP/k Juhaslylailie bt Junoh


SMK Seksyen 4 Kota Damansara

Kem Komandan ASP/k Kamal Arifin b. Kasim


SMK Seksyen 4 Kota Damansara

Tim. Kem Komandan ASP/k Maisarah bt Mohd Adnan


SMK Assunta

6
JAWATANKUASA PELAKSANA PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS
PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA 2017

PENDAFTARAN Insp/k Norizam bt Hamzah


Insp/k Norahaizam bt Awang
SMK Seksyen 4 Kota Damansara
Borang pendaftaran untuk Guru Pengiring/ AJK + 6 Kadet
Hadir di IPD PJ pada jam 6.45 pg bagi mengumpul borang
Tidak perlu menghadiri tapak kem
Semua penyertaan perlu dihantar pada 15 Mac 2017

BUKU PROGRAM Insp/k Herdawati bt Hamdan


SMK Seksyen 4 Kota Damansara
Contoh terdapat pada ASP/K Roslina
Tentatif perlu dipastikan secara terperinci
Link pada AJK Jemputan

DOKUMENTASI Insp/k Haizul Azwan b. Ismail


SMK Seksyen 8 Kota Damansara
Insp/k Rebecca a/p Alfonus
SMK Sri Utama
Gambar setiap inchi aktiviti atau peristiwa
Buat dokumentasi

AKTIVITI ASP/k Mohd Fikry b. Muhamad (Ketua Aktiviti )


SMK Sri Permata
Hanya sekolah dalam kompeni yang sama boleh menampung jumlah peserta.

ASP/k Mhd Nadzri b. Mhd Tajudin ( Kawad Kaki )


SMK Damansara Utama
Insp/k Mohd Zaki b. Omar (Kawad Kaki)
SMK Seksyen 4 Kota Damansara
Kawad antara kompeni dipertandingkan [kadet lelaki + kadet wanita = 1 platun]
Peserta paling minimum, 19 kadet
Latihan kawad di kem, limited. Memerlukan pegawai untuk membantu memastikan
keselamatan.
Hadiah KAWAD KAKI ANTARA KOMPENI:
1-3 (berkumpulan)
1-2 (individu Lelaki)
1-2 (individu Wanita)
Pakaian: Uniform lengkap Kadet Polis

Insp/k Mohd Al Hafis b. Makhtar (Jalan Lasak)


SMK Bandar Utama Damansara 4
Insp/k Mohd. Nasrul Zairi b. Mohd Tajudin
SMK Bandar utama Damansara 2
Track perlu dibuat dengan bantuan pihak Kem Wirajaya
Semua guru perlu menjaga setiap checkpoints
Hadiah:
1-10 (Individu Lelaki)
1-10 (Individu Wanita)

7
Insp/k Siti Noraina bt Ahmad ( Pandu Arah )
SMK(L) Bukit Bintang
Insp/k Mohd Ayub b. Malawi
SMK Damansara Jaya
Pengenalan:
Oleh pihak polis (Kem Wirajaya mode standby)
Kenalpasti 5 + 5 kadet untuk mewakili kompeni (L+P=1 kumpulan)
Hadiah:
Tempat 1- 3
Checkpoint:
5 tempat
Alatan:
2 kompas/ sekolah

Insp/k Mohd Anuairul b. Azizan (Rentas Halangan)


SMK Seksyen 4 Kota Damansara
Insp/k Mohd. Hairi helmi b. Sansudin
SMK Taman Sea
Pertandingan individu
Hadiah:
1-10 (Individu Lelaki)
1-10 (Individu Wanita)
Masa terpantas
Alatan:
1 stopwatch/ sekolah
Kerjasama setiap guru bagi memastikan dapat dihabiskan dalam masa yang
ditetapkan.
Insp/k Mohd. Eizwan b. Shahrom(LDK)
Dikendalikan oleh Kem Wira Jaya

PERASMIAN ASP/k Mhd Nazri b. Mhd Tajudin


PENUTUPAN/TEKS SMK Damansara Utama
UCAPAN Insp/k Zakiah bt Zakaria
SMK Bandar Utama Damansara 3
Teks ucapan = PPD+ PDRM
Pengacara Majlis : Insp/K Rosalina (beruniform penuh)
Pegawai Baris : Insp/K Mhd Nasrul b Mhd Tajudin
Doa : ASP/K Mhd Nadzri b. Mhd Tajudin
Teks ikrar kor kadet
Bendera kadet akan dibawa oleh smk bu3

PENGANGKUTAN Insp/k Siti Zaleha bt Ismail


SMK Taman Medan
5 bas (kalau 200)
Trak = 25 kadet + bag

KESELAMATAN & Insp/k Faizal b. Mat Nor


KEBAJIKAN SMk Damansara Damai
Insp/k Mohd Ansarullah b. Azhari
SMk Seksyen 10 Kota Damansara
Insp /k Hasrah bt Mat Rashid
SMK Katholik

8
Insp/k Rebecca a/p Alfonus
SMK Sri Utama

Berhubung pejabat kesihatan batu 14


Mengingatkan kadet supaya tidak membunuh sebarang binatang
Menyediakan bilik sakit kepada kadet Lelaki dan kadet Wanita
Hospital Ampang (malam) + Klinik Kesihatan (siang) = pusat rawatan terdekat
KEBERSIHAN Insp/k Naimah bt Yusoff
SMK Taman Datuk Harun
Insp/k Vikneswaran a/l Loganathan
SMK Bandar Sri Damansara 1
Gotong-royong dijalankan selepas majlis penutupan

PENGINAPAN Insp/k Mohd Anuairul b. Azizan


SMK Seksyen 4 Kota Damansara
ASP/ k Rosalina binti Mohamad
SMK (P) Taman Petaling
Setiap sekolah 2 khemah (kapasiti 1 khemah = 6 kadet), khemah dipastikan boleh
digunakan
Kadet lelaki dan wanita diasingkan
Plan A (khemah) dan plan B (hammock + dorm) telah disediakan
Cukup kemudahan tandas dan bilik mandi untuk menampung kadet
Pegawai disediakan dorm.

AGAMA/MORAL Insp/k Mohd Ayub b. Malawi


SMK Damansara Jaya
Insp/k Vikneswaran a/l Loganathan
SMK Bandar Sri Damansara 1
Memastikan solat jemaah dijalankan

JEMPUTAN/ Insp/k Maliha bt Kamaruzaman


SAMBUTAN SMK La Salle
Insp/k Mohd Syahir b. Sulaiman
SMK Bandar Utama Damansara
Insp/k Nur Faeizah bt. Abdul Aziz
SMK Damansara Damai 1
Kad jemputan : Insp/K Maliha.pastikan vip yang hadir seminggu sebelum tarikh kem
Menyambut VIP

SERANTA &SIARAYA Insp/k Mohd Hafiz b. Muda


SMK Kelana Jaya
Insp/k Muhamad Puad b. Saad
SMK(P) Sri Aman
Banner diperlukan. Lebih besar 10x5
Siaraya : IPD Petaling Jaya
1 Bendera Kadet (Insp/K Zakiah)

HADIAH/SIJIL Insp/ k Rosnah bt Che Ad @ Che Saad


Insp/k Syazwani bt Mohd Zain
Insp/k Nor Haznida bt Abdul Hamid
SMK Seksyen 4 Kota Damansara
Sijil Pencapaian + Sijil Penghargaan + Sijil Penyertaan
Print sendiri (tandatangan oleh PPD)  berhubung En Mior untuk tandatangan
tersebut

9
MAKANAN Insp/k Tuan Arif b. Tuan Mahmud
SMK Lembah Subang
Insp/k Rosnani bt Ismail
SMK Tropicana
Disediakan oleh pihak Kem
Majlis Penutupan
Istimewa 51 pegawai (tetamu + PDRM + guru)

LOGISTIK Insp/k Ahmad Kamilin b. Husni


SMK Bandar Sri Damansara
Insp/k Khairul Anuar b. Ahmad
SMK Sultan Abdul Samad
2 Kompas [sekolah]
1 Stop watch [sekolah]
1 First Aid [sekolah]

PENGACARA MAJLIS Insp/k Rosalina binti Mohamad


SMK Taman Petaling
Teks Mc dimurnikan daripada tahun lepas Pihak ipd akan menyediakannya.

TENTATIF JADUAL PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS PERINGKAT DAERAH PETALING


UTAMA 2017
Hari Pertama Masa Aktiviti
(10 April 2017) 6.45 am Berkumpul di IPPD & Pendaftaran
Isnin 8.00 am Bertolak Dari IPPD Petaling Jaya
ke Tapak Perkhemahan
9.30 am Pembahagian Kumpulan
Taklimat Keselamatan/ Mendirian Khemah
Minum Pagi
10.30 am Jalan Lasak
12.30 pm Makan Tengah Hari / Solat Zohor
2.30pm Latihan Kawad
4.30 pm Minum Petang / Solat Asar
5.00 pm Latihan Kawad
6.45 pm Bersih Diri / Makan Malam / Solat Maghrib/
Bacaan Yasin/ Solat Isyak
9.00 pm Latihan Kawad
3 11.30 pm Minum Malam
12.00 pm Taklimat Sentry POL 40
Rehat/ Tidur

10
Hari Kedua 5.30 am Bangun Pagi/ Solat Subuh /Kuliah Subuh
(11 April 2017) 6.45 am Seni Pertahanan Diri / Sarapan
Selasa 8.00 am Pertandingan Kawad kaki
10.00 am Rehat & Minum Pagi
10.30 am Pertandingan Kawad Kaki
Pertandingan Kawad Kaki Individu
12.30 pm Makan Tengah Hari/ Solat Zohor
2.00 pm Pengenalan Pandu Arah
Pertandingan Pandu Arah
4.30 pm Minum Petang/ Solat Asar
5.00 pm Rentas Halangan
6.45 pm Bersih Diri/ Makan Malam/ Solat Maghrib
Tazkhirah/ Solat Isyak
9.00 pm Latihan Dalam Kumpulan
11.30 pm Rehat/ Tidur

Hari Ketiga 5.30 am Bangun Pagi/ Solat Subuh/Kuliah Subuh


(12 April 2017) 6.45 am Senam Pagi/ Sarapan
Rabu 8.00 am Raptai Majlis Penutupan Rasmi
9.00 am Minum Pagi/ Mengemas Kawasan Perkhemahan
9.30 am Ketibaan VIP
10.00 am Majlis Penutupan Rasmi
12.00 pm Makan Tengah hari/ Gotong Royong
2.00 pm Berangkat Pulang ke IPPD

CADANGAN BELANJAWAN PERKHEMAHAN KADET POLIS PERINGKAT


DAERAH PETALING UTAMA 2017

Pendapatan:
Yuran penyertaan:
27 buah sekolah x 6 pelajar x RM 85.00 RM 13.770.00

Perbelanjaan
Tapak khemah, makan minum, dewan RM 9000.00
Makanan Majlis Penutupan RM 300.00
Pengangkutan 3 buah bas x rm 800 RM 2400.00
Kecemasan RM 100.00
Cenderamata / sijil RM 800.00
Banner RM 200.00
Pendaftaran RM 200.00
Logistik RM 770.00
Jumlah RM 13770.00
Baki RM 000.00

11
12

You might also like