You are on page 1of 7

KERTAS CADANGAN

PERMOHONAN PERUNTUKAN PERBELANJAAN PESERTA


MAJLIS TADARUS AL QURAN PERINGKAT DAERAH
SEMPORNA TAHUN 2018
PANATIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH PUSAT SK BUM BUM SEMPORNA
______________________________________________________________________

1. TUJUAN

Kertas Cadangan ini bertujuan memohon GURU BESAR,melalui Mesyuarat untuk


menimbang dan bersetuju:

1.1. Mengeluarkan peruntukan perbelanjaan murid yang mewakili sekolah dalam


Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah Semporna bagi tahun
2018; dan
1.2. Dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 200.00 sahaja.

2. LATAR BELAKANG

2.1. Majlis Tadarus Al Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malysia


adalah program berbentuk pertandingan yang dilaksanakan oleh Pengurusan
Dakwah dan Syiar Islam Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan
Malaysia yang menggabungkan beberapa program dalam satu program khas
iaitu yang meliputi acara dari :

2.1.1 Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) KPM


2.1.2 Majlis Tadarus Sekolah-sekolah KPM.
2.1.3 Festival Nasyid Sekolah-sekolah (FNSS) KPM.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1. Objektif program ini diadakan adalah untuk menanam minat membaca,
menghayati dan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam kalangan
murid.
3.2. Memperkukuhkan penguasaan Pendidikan Islam, al-Quran dan Bahasa Arab
dalam kalangan murid sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.3. Mengembangkan bakat dan potensi pelajar ke arah melahirkan murid yang
seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Spiritual, selari
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
3.4. Menjana kemenjadian murid dan memiliki sahsiah terpuji selari dengan
aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

4. ASAS PERTIMBANGAN

4.1. Dengan adanya penyertaan murid dalam program ini, murid memerlukan
sokongan daripada pihak sekolah terutamanya dalam aspek kewangan bagi
menampung keperluan menyediakan kelengkapan pertandingan dan hal-hal
yang berkaitan seperti kos perjalanan dan sebagainya.

4.2. Pihak sekolah juga telah meletakkan sasaran pencapaian murid dalam
program ini iaitu mengekalkan kejuaraan bagi pertandingan bercerita qisah
daripada al quran kategori perempuan pada tahun lepas.

4.3. Sesi latihan peserta telah dijalankan dan peserta yang mewakili sekolah amat
memerlukan sokongan dari pihak sekolah dalam usaha mencapai kejayaan
seperti yang telah disasarkan.

5. IMPLIKASI KEWANGAN

5.1. Peruntukan kewangan bagi perbelanjaan peserta yang mewakiili sekolah


dalam Karnival Dakwah ini berjumlah RM 200.00. Maklumat terperinci dalam
LAMPIRAN A.

6. CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

6.1. Program ini akan dijalankan oleh jawatankuasa pelaksana di peringkat


daerah.

6.2. Program akan dijalankan pada 10 Mac 2018 (Saringan pertandingan


bercerita qisah dari al quran dan tilawah) dan 27 Mac 2018. Sila rujuk
Lampiran B.
6.3. Cadangan Program Majlis Tadarus Al Quran ini meliputi aspek seperti
berikut:

i) Ketua Panatia Pendidikan Islam, Ustaz . Solehuddin Amir Hamzah


B. Mohamad Soleh menghadiri mesyuarat pengelola di peringkat
daerah pada 28 Febuari 2018.
ii) Pengagihan tugas bagi semua guru pendidikan islam mengikut
pertandingan yang disertai murid. 5 orang guru guru sebagai jurulatih
peserta manakala seorang guru sebagai pengurus peserta
iii) Sesi pemilihan dan latihan peserta di jalankan bermula pada 29
Febuari hingga 26 Mac 2018.
iv) Majlis Tadarus nAl Quran Peringkat Daerah Semporna akan diadakan
pada 27 Mac 2018 bertempat di SMK Kabogan II Semporna.

7. ORGANISASI PROGRAM

7.1. Sila rujuk Lampiran C.

8. PENUTUP

8.1. Kertas Cadangan Permohonan Peruntukan Perbelanjaan Peserta Majlis


Tadarus Al Quran Peringkat Daerah Semporna 2018 dikemukakan untuk
pertimbangan dan kelulusan.

9. ULASAN GURU BESAR/YANG DIPERTUA PIBG


______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
10. SYOR

Guru Besar dipohon menimbang dan bersetuju:

10.1. Menghantar penyertaan murid dalam Majlis Tadarus Al Quran Peringkat


Daerah Semporna ini dan menyediakan peruntukan penyertaan peserta ;

10.2. dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 200.00 sahaja

DISEDIAKAN OLEH DISOKONG OLEH

………………………….. ……………………………..
(ABDUL MUNIR BIN ABDUL NAIN) (LAKIM BIN HJ AMAT)
Pengurus Peserta MTQ, Penolong Kanan Kokurikulum,

Sekolah Pusat Sk Pulau Bum Bum, Sekolah Pusat Sk Pulau Bum Bum,

Semporna. Semporna.

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI

.............................................................
(MOTAHAR @ MOHD DARA BIN HJ JANANI)
Guru Besar,
Sekolah Pusat SK Pulau Bum Bum,
Semporna
LAMPIRAN A

CADANGAN PERBELANJAAN / KEWANGAN PROGRAM

Kertas cadangan ini dirangka bagi membantu para peserta dengan meringankan beban kos
memepersiapkan diri untuk pertandingan.

SUMBER KEWANGAN
Perkara Kos

Sekolah MYR 200

Jumlah MYR 200

PERBELANJAAN

Perkara Kuantiti Harga Seunit Kos

Tambang Perjalanan (Bot dan Van) 1 Bot Bot = RM 40 RM 110


1 Van Van = RM70

Makanan dan Minuman 15 RM 6 RM 90

Jumlah RM 200

JUMLAH KESELURUHAN : RM 200.00 sahaja

LAMPIRAN B
CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

Berikut adalah garis masa yang dicadangkan untuk program ini berlangsung.

Tarikh Perkara Tindakan

Februari • Ketua Panatia Pendidikan Islam menghadiri mesyuarat Guru Pendidikan


pengelola Majlis Tadarus Al Quran Peringkat daerah Islam
Semporna.
• Pengagihan tugas kepada guru-guru pendidikan islam
bagi memilih dan melatih peserta
• Latihan dijalankan.

Mac • Persedian pakaian lengkap peserta. Guru Pendidikan


Islam
• Pengurusan makanan dang pengangkutan peserta
• Saringan pertandingan bercerita dan tilawah pada 10
Mac 2018.
• Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Daerah Semporna
diadakan pada 27 Mac 2018.

LAMPIRAN C
JAWATANKUASA PELAKSANA PERINGKATSEKOLAH

Penaung En. Motahar @ Mohd Dara Bin Hj Janani ( Guru Besar )

Penasihat En. Lakim Bin Haji Amat ( GPK Kokurikulum )

Pengerusi Us. Solehuddin Amir Hamzah B. Mohamad Soleh (Ketua Panatia)

Setiausaha Us. Abdul Munir Bin Abdul Nain

Bendahari Ust. Rodhiyah Binti Hamid

Pengurus Peserta Us. Abdul Munir Bin Abdul Nain

Penyelaras Nasyid Us. Muhammad Hamdi B. Afandi

Penyelaras Tilawah Us. Mohd Al Hafiz Bin Abdul rahman


Al-Quran

Penyelaras Hafazan Us. Solehuddin Amir Hamzah Bin Mohd Sholeh

Penyelaras Khat Ust. Rodhiyah Binti Hamid

Penyelaras Bercerita Us. Abdul Munir Bin Abdul Nain

You might also like