You are on page 1of 25

LAPORAN PRAKTIKUM

1.0 MAKLUMAT DIRI KAUNSELOR PELATIH

*Nama

Nur Hazimah Binti Mohd Sinu

*No. Surat
Beranak
*Tarikh Lahir

1894 / 93

*Tempat
Lahir

Negara: Malaysia

Umur

23 Tahun

12 Mac 1993

Negeri: Sabah
*Jantina

Lelaki (

) / Perempuan (

*Bangsa

Melayu

*Etnik

Bugis

*Agama

Islam

Kumpulan Darah

Alamat Emel :

nurhazimahms@gmail.com

*Alamat Tetap

Alamat : Blok B, Taman Sri Titingan

Negeri : Sabah
Bandar : Tawau
Poskod : 91000

No Telefon: 016-2770391
*Alamat
SuratMenyurat

Alamat : AP3 337 DPP Bank Muamalat, Universiti


Utara Malaysia
No Telefon: 016-2770391

Negeri : Kedah
Bandar : Sintok
Poskod : 06010

2.0 PROMOSI PERKHIDMATAN KAUNSELING


Promosi adalah suatu usaha dari pemasar dalam menginformasikan dan mempengaruhi orang
atau pihak lain sehingga tertarik untuk melakukan transaksi atau pertukaran produk barang atau
perkhidmatan yang dipromosikannya. Tujuan promosi dilakukan adalah untuk penyebaran
maklumat (informing), mendapatkan klien (persuading) dan juga untuk menjelaskan atau
mengingatkan orang ramai mengenai produk atau perkhidmatan yang disediakan (reminding).
Antara aktiviti yang telah dijalankan bagi mempromosikan perkhidmatan kaunseling
adalah kaunselor pelatih mengedar flyers yang mengandungi nama kaunselor pelatih melalui
kelas ke kelas, meletakkan memo tentang perkhidmatan di papan buletin sekolah

dan

memberitahu rakan-rakan yang tinggal di dewan penginapan pelajar yang lain melalui email dan
laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. Selain itu, kaunselor pelatih juga
memberikan sedikit info mengenai perkhidmatan kaunseling kepada rakan-rakan yang berada di
luar Universiti Utara Malaysia (UUM). Di mana kaunselor pelatih cuba memperkenalkan
kaunseling kerana kebanyakkan orang kurang pengetahuan mengenai perkhidmatan kaunseling
yang ditawarkan.

Contoh Flyers yang diedarkan

3.0 LOKASI PERKHIDMATAN PRAKTIKUM DIJALANKAN


Lokasi yang diberikan oleh saya selama menjalankan latihan praktikum adalah di Pejabat Tunku
Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA-UUM) yang merupakan bangunan sekolah
perakaunan kedua terbesar di Malaysia. Walaupun lokasi yang diberikan kepada kami kurang
strategic dimana kami tidak mempunyai bilik sendiri dan hanya ditempatkan di kaunter hadapan
namun kami tetap berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada para pelajar terutamanya
pelajar-pelajar daripada TISSA sendiri. Selain itu, kami mengambil anisiatif lain untuk
mempromosikan perkhidmatan kaunseling yang akan kami jalankan. Tambahan pula, kaunter
TISSA yang sedia cantik dan tersusun menyebabkan saya tidak perlu mengeluarkan wang untuk
menghiasnya dan hanya perlu menjaga dan mengekalkan keadaan yang sedia ada.
Biasanya kaunselor pelatih menggunakan bilik mesyuarat Al-Khawarizmi atau mencari
lokasi yang masih memberikan suasana teraputik seperti di bilik makmal kelompok, makmal
keluarga, perpustakaan Sultanah Bahiyah untuk menjalankan sesi kaunseling. Kaunselor pelatih
telah berusaha menyediakan lokasi yang selesa bagi memastikan proses penerokaan masalah
berjalan dengan lancar. Kami juga boleh menjalankan sesi kaunseling di Dewan Penginapan
Pelajar (DPP) atas keizinan penyelia kami. Kebiasaanya, kaunselor pelatih akan memilih DPP
mereka sendiri dan juga DPP klien.

Contoh gambar di kaunter TISSA

4.0 WAKTU SESI PERKHIDMATAN


Seterusnya, waktu sesi perhidmatan kaunseling juga dijalankan pada waktu waktu pejabat iaitu
bermula pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang. Ia ditetapkan berdasarkan kelapangan masa klien
dan juga kaunselor pelatih. Jika klien ingin membuat sesi kaunseling dan pada masa yang sama
kauselor pelatih mempunyai kuliah, perbincangan dilakukan bagi mengatur waktu sesi
kaunseling yang tidak mengganggu kedua-dua belah pihak. Pada semester ini, kaunselor pelatih
mengambil 6 subjek termasuk subjek praktikum kaunseling yang perlu diikuti dan selebihnya
merupakan waktu untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling. Pembahagian masa yang teratur
telah dilakukan bagi membolehkan kaunselor pelatih menjalankan sesi kaunseling tanpa tidak
menghadirkan diri ke kuliah.
Terdapat juga klien yang membuat temu janji di luar waktu pejabat misalnya pada waktu
petang dan malam, antara jangka masa pukul 6 sehingga 11 malam. Kebanyakkan klien
mempunyai tugasan kuliah yang banyak serta jadual kuliah yang padat menyukarkan
perkhidmatan kaunseling dilakukan pada waktu pejabat. Klien lebih suka menjalankan sesi di
DPP terutama pada waktu malam kerana perkhidmatan kaunseling pada waktu malam lebih
santai dan tidak formal memberikan keselesaan pada klien dan kaunselor kerana tidak perlu
berpakaian formal. Pada waktu malam biasanya diadakan sesi kaunseling individu dan ujian
psikologi kerana pada waktu pejabat sukar untuk mengumpul klien individu kerana klien
mempunyai jadual kuliah yang padat. Selain itu, perkhidmatan kaunseling juga diadakan pada
hujung minggu dan waktu cuti. Hujung minggu merupakan waktu paling sesuai perkhidmatan
kaunseling dijalankan disebabkan warga kampus semua bercuti dan mempunyai kelapangan
untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Sesi yang dilakukan lazimnya mengambil masa di
antara 30 minit hingga 45 minit bagi kaunseling individu, 2 jam bagi kaunseling kelompok dan 1
jam bagi interpretasi ujian psikologi.

5.0 PENGENALAN
Kaunselor pelatih menjalankan perkhidmatan kaunseling bermula 4 September 2016 sehingga 15
Disember 2016 dan ditempatkan di Kaunter Hadapan Pejabat TISSA, UUM. Sebelum kaunselor
pelatih ditempatkan, taklimat dan panduan mengenai praktikum kaunseling telah diberikan
kepada semua kaunselor pelatih. Antara objektif kaunselor pelatih menjalankan praktikum adalah
untuk merancang dan melaksana aktiviti kaunseling di pusat/kolej yang dipilih, mengendalikan
dan mendokumentasikan aktiviti perkhidmatan kaunseling, meningkatkan kemahiran kauseling,
mengumpul keperluan untuk pendaftaran dan perlesenan daripada Lembaga Kaunselor Malaysia
sebagai seorang kaunselor berdaftar, mengaplikasikan tanggungjawab dan peranan sebagai
seorang kaunselor professional serta

memantapkan keyakinan dalam menjalankan sesi

kaunseling di pusat/kolej.
Tempoh praktikum yang telah ditetapkan sekurang-kurangkan 35 hari bekerja bagi
pelajar sepenuh masa. Jumlah keseluruhan jam praktikum adalah selama 260 jam dimana
sekurang-kurangnya 100 jam diperuntukkan untuk sesi kontak bersemuka dengan klien ( dengan
sekurang-kurangnya 10 jam kaunseling sesi kelompok) dan selebihnya untuk aktiviti-aktivti yang
berkaitan dengan kaunseling seperti penulisan log perkhidmatan kaunseling, log harian,
membuat laporan sesi kaunseling, laporan aktiviti bimbingan, membantu pusat/kolej dalam
urusan pentadbiran, menghadiri/memberi ceramah, mengendalikan bengkel berkaitan kaunseling
dan lain-lain yang melibatkan aktiviti kaunselor pelatih dengan pusat/kolej yang berkenaan.
Kaunselor pelatih telah berjaya mengumpul 103 jam bagi kontak jam dengan klien iaitu
90 jam sesi kaunseling individu, 10 jam sesi kaunseling kelompok dan 3 jam interpretasi ujian
psikologi sepanjang 15 minggu menjalankan perkhidmatan kaunseling.

6.0

LAPORAN

ANALISIS

(MENGIKUT

PERATUS)

PRAKTIKUM

YANG

DIJALANKAN
6.1Jenis Perkhidmatan
JENIS PERKHIDMATAN

JUMLAH JAM
PERKHIDMATAN

PERATUS (%)

Kaunseling Individu

90

77

Kaunseling Kelompok

10

Interpretasi Ujian Psikologi

Perundingan dan Aktiviti


Bimbingan

13

11

JUMLAH

116

100

Jenis Perkhidmatan
Kaunseling Individu
3%

11%

Kaunseling Kelompok
Interpretasi Ujian Psikologi

9%

Perundingan dan Aktiviti


Bimbingan
77%

Berdasarkan carta pai di atas, terdapat empat jenis perkhidmatan yang ditawarkan iaitu
kaunseling individu, kaunseling kelompok, interpretasi ujian psikologi serta perundingan dan
aktiviti bimbingan. Antara perkhidmatan yang paling banyak dilakukan ialah perkhidmatan
kaunseling individu iaitu sebanyak 90 jam kontak atau 77%. Manakala perkhidmatan yang kedua

banyak ialah perundingan dan aktiviti bimbingan iaitu sebanyak 13 jam kontak atau 11%.
Kemudian, diikuti oleh kaunseling kelompok iaitu sebanyak 10 jam kontak atau 9%. Manakala,
interpretasi ujian psikologi hanya 3 jam kontak atau 3% sahaja. Jumlah bagi ke semua jenis
perkhidmatan kaunseling ini ialah sebanyak 116 jam kontak.

6.2Jenis Kaunseling
JENIS KAUNSELING

JUMLAH JAM
PERKHIDMATAN

PERATUS (%)

Kaunseling Individu

90

87

Kaunseling Kelompok

10

10

Ujian Psikologi

JUMLAH

103

100

Jenis Kaunseling

3%
10%

Kaunseling Individu
Kaunseling Kelompok
Ujian Psikologi

87%

Berdasarkan carta pai di atas terdapat tiga jenis kaunseling yang ditawarkan iaitu kaunseling
individu, kaunseling kelompok dan ujian psikologi. Jumlah jam perkhidmatan bagi kaunseling
individu adalah sebanyak 90 jam kontak iaitu 87%. Seterusnya bagi kaunseling kelompok pula
ialah sebanyak 10 jam kontak bersamaan dengan 10%. Manakala, jumlah jam bagi ujian
psikologi yang telah dijalankan ialah sebanyak 3 jam kontak atau 3% dan jumlah jam bagi
ketiga-tiga jenis kaunseling ialah sebanyak 103 jam kontak.
6.3Jenis Kes

JENIS KES

BILANGAN JAM

PERATUS %

Hubungan

39

32

Individu

Personaliti

Akademik

35

29

Kebimbangan

24

20

Kerjaya

14

12

121

100

JUMLAH

Jenis Kes

Hubungan
12%

Individu
32%

Personaliti
Akademik

20%

Kebimbangan

29%

3%
4%

Kerjaya

Berdasarkan carta pai di atas terdapat 16 jenis kes yang dapat dikenal pasti. Antara kes yang
mencatat jumlah paling tinggi ialah hubungan iaitu sebanyak 39 jam kontak atau bersamaan
dengan 32%. Kemudian, diikuti pula dengan kes akademik yang membawa jam kontak
sebanyak 35 jam atau 29%. Antara kes yang paling sedikit ialah kes individu membawa nilai
jam kontak sebanyak 4 jam sahaja atau bersamaan dengan 3%.

6.4 Bilangan Sesi

Bil

Jenis Kaunseling

Bilangan Sesi

Peratus (%)

Kaunseling Individu

90

87

Kaunseling Kelompok

10

10

Interpretasi Ujian Psikologi

103

100

Jumlah

Bilangan Sesi

10%

3%
Kaunseling Individu
Kaunseling Kelompok
Interpretasi Ujian Psikologi

87%

Carta pai di atas menunjukkan bilangan sesi yang dijalankan bagi ketiga-tiga sesi iaitu
kaunseling individu, kaunseling kelompok dan juga interpretasi ujian psikologi. Peratusan bagi
bilangan sesi yang dijalankan kaunseling individu adalah sebanyak 87%, diikuti oleh peratusan
bilangan sesi bagi kaunseling kelompok sebanyak 10% dan bagi peratusan bilangan sesi bagi
interpretasi ujian psikologi adalah sebanyak 3%.

6.5 Jantina
JANTINA

BILANGAN

PERATUS (%)

Perempuan (P)

19

70

Lelaki (L)

30

JUMLAH

27

100

Jantina

Perempuan (P)

30%

Lelaki (L)
70%

Carta pai di atas menunjukkan jantina bagi setiap klien yang menjalani sesi kaunseling individu,
kaunseling kelompok dan ujian psikologi. Terdapat seramai 19 orang klien perempuan yang
mewakili 70% dan klien lelaki pula seramai 8 orang atau bersamaan dengan 30% . Perbezaan
bilangan klien lelaki dan perempuan terlalu jauh di mana bilangannya tidak seimbang.

6.6 Kaum
KAUM

BILANGAN

PERATUS (%)

Melayu

22

82

Dusun

Kadazan

Aceh

JUMLAH

27

100

Kaum

4% 7%

Melayu

7%

Dusun
Dusun
Dusun

82%

Carta pai di atas menunjukkan bilangan dan peratus bagi klien mengikut kaum. Klien yang
menjalankan sesi bersama saya terdiri daripada empat kaum iaitu kaum Melayu, Dusun, Kadazan
dan juga orang Aceh. Jumlah klien kaum Melayu seramai 22 orang atau bersamaan 82%, ini
diikuti oleh kaum Dusun dan Aceh masing-masing seramai 2 orang atau bersamaan 7% dan
kaum Kadazan seramai 1 orang atau bersamaan 4% .
6.7 Umur

UMUR

BILANGAN

PERATUS (%)

16-20

11

41

21-25

16

59

26-30

JUMLAH

27

100

Umur

16-20
41%

21-25

59%

Carta pai di atas menunjukkan umur klien yang menjalankan sesi kaunseling. Klien yang
berumur 21-25 tahun merupakan klien yang paling ramai iaitu seramai 16 orang iaitu bersamaan
dengan 59%. Kemudian, diikuti pula dengan klien yang berumur 16-20 tahun iaitu seramai 11
orang atau bersamaan dengan 41%.

6.8 Status

STATUS

BILANGAN

PERATUS (%)

Pelajar

27

100

JUMLAH

27

100

Carta pai di atas menunjukkan status bagi klien yang menghadiri sesi kaunseling.
Memandangkan praktikum dijalankan di universiti jadi hampir kesemua bilangan klien adalah
mahasiswa yang bergelar pelajar. Selebihnya merupakan adik-adik dan rakan sekampung yang
masih bergelar sebagai pelajar. Jadi, status bagi semua klien (27 orang) ialah pelajar iaitu
bersamaan dengan 100%.
6.9 Jenis Klien
JENIS KLIEN

BILANGAN

PERATUS (%)

Sukarela

53

100

Dirujuk

JUMLAH

53

100

Carta pai di atas menunjukkan jenis klien yang hadir untuk menjalankan sesi kaunseling.
Kesemua klien iaitu seramai 27 orang telah menghadiri sesi kaunseling secara sukarela yang
membawa nilai peratusan yang amat memberangsangkan iaitu 100%.

6.10 Jam Kontak

JENIS
KAUNSELIN
G

KOD RUJUKAN KLIEN

BILANGAN JAM SESI

PERATUS %

KI

KLI01

KI

KLI02

KI

KLI03

KI

KLI04

KI

KLI05

KI

KLI06

KI

KLI07

KI

KLI08

KI

KLI09

KI

KLI10

KI

KLI11

KI

KLI12

KI

KLI13

KI

KLI14

KI

KLI15

KI

KLI16

KI

KLI17

KI

KLI18

JUMLAH

90

100

Kaunseling Individu

6% 6% 6%
6%
6%
6%
4%
4%
6%

6%
6%
6%
6%
8%
6%
6% 6% 6%

KLI01

KLI02

KLI03

KLI04

KLI05

KLI06

KLI07

KLI08

KLI09

KLI10

KLI11

KLI12

KLI13

KLI14

KLI15

KLI16

KLI17

KLI18

Carta pai di atas menunjukkan bilangan jam sesi bagi setiap klien yang menjalankan sesi
kaunseling individu. 15 klien mempunyai jumlah jam sesi yang sama banyak iaitu 5 jam atau
bersamaan dengan 6.%. Seorang klien mempunyai jumlah jam sesi sebanyak 7 jam dan dua
orang klien mempunyai 4 jam sesi. Setiap sesi yang dijalankan mengambil masa selama 45
hingga sejam.

JENIS
KAUNSELIN
G

KOD RUJUKAN KLIEN

BILANGAN JAM SESI

PERATUS %

KK

KLK

10

100

JUMLAH

10

100

Kaunseling Kelompok

KLK

100%

Carta pai di atas menunjukkan bilangan jam sesi bagi kaunseling kelompok yang mana
mempunyai jumlah jam sesi sebanyak 10 jam atau bersamaan dengan 100%.

JENIS
KAUNSELIN
G

KOD RUJUKAN KLIEN

BILANGAN JAM SESI

PERATUS %

UP

UP1

33.3

UP

UP2

33.3

UP

UP3

33.3

JUMLAH

100

Ujian Psikologi

33%

33%

UP1
UP2
UP3

33%

Carta pai di atas menunjukkan bilangan jam sesi bagi ujian psikologi yang dijalankan
terhadap klien. Ujian psikologi yang saya jalankan ialah Inventori Gaya Bercinta (IGB).
Ketiga-tiga klien yang menjalankan interpretasi ujian psikologi memperoleh jam kontak yang
sama banyak iaitu 1 jam atau bersamaan dengan 33.3%. Setiap interpretasi ujian psikologi
yang dijalankan biasanya mengambil masa di antara satu jam sahaja.

6.0 LAPORAN PENGALAMAN KAUNSELOR PELATIH


Bagi minggu pertama, saya banyak memberi tumpuan kepada aktiviti pengurusan dan
pentadbiran iaitu saya merancang jadual praktikum bersama-sama kawan saya. Semasa pertama
kali masuk ke pejabat TISSA, saya dan kawan saya bersama-sama berjumpa dengan Penyelia
kami iaitu Puan Maimumah Mohamad untuk mengumumkan kedatangan kami berdua sebagai
pelajar praktikum di TISSA. Saya mempelajari sesuatu khususnya dalam proses penyesuaian diri
dengan budaya di pejabat ini. Misalnya, sesi suai kenal dengan semua warga TISSA iaitu pihak
pentadbiran, staf-staf sokongan, dan beberapa orang pensyarah. Pada minggu pertama juga, saya
berinteraksi dengan beberapa orang staf dan bertanyakan tentang rutin harian staf di pejabat ini.
Manakala pada minggu kedua dan seterusnya, saya lebih berfokus kepada mempromosi
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada mahasiswa yang berada di TISSA dan
mahasiswa yang berada di bawah SEML.
Saya juga berfokus kepada penyusunan jadual untuk perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling iaitu kaunseling individu, dan kaunseling kelompok. Disini, beberapa perkara yang
telah saya pelajari iaitu dari segi pengurusan masa. Pembahagian masa sangat penting agar
semua perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang ingin dilaksanakan adalah seperti yang
dirancang. Saya perlu mengenal pasti klien yang bermasalah, membuat temujanji untuk memberi
khidmat kaunseling kepada klien tersebut dan membantu klien tersebut celik akal untuk mencari
penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi. Ini semua memerlukan pengurusan masa yang
teratur.

Bagi aktiviti bimbingan pula, banyak pengalaman baru yang saya perolehi semasa menjadi
salah seorang AJK untuk menjayakan program tersebut. Sebagai contoh Program Symposium
Counseling And Creativity 2016 (SCC 2016) mengajar saya dan rakan-rakan yang lain erti
bekerjasama dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Hal ini kerana, masing-masing
AJK memiliki peranan yang berkaitan dengan AJK yang lain.

7.0 REFLEKSI

PERASAAN

KAUNSELOR

PELATIH

SEBAGAI

SEORANG

PROFESIONAL
Kaunselor pelatih rasa gembira dapat menyempurnakan praktikum dan menjalankan
perkhidmatan kaunseling dengan baik walaupun terdapat beberapa halangan yang perlu dilalui.
Sebagai seorang kaunselor, perasaan gembira timbul setelah berjaya membantu klien untuk klien
menyelesaikan masalahnya sendiri dan lebih rasa gembira apabila berita dari klien mengenai
masalah yang diberitahu pada sesi lepas telah berjaya diselesaikan. Kaunselor juga gembira
apabila klien sudah mampu berdikari bagi merancang strategik yang sesuai setiap kali
menghadapi masalah tanpa bantuan kaunselor.
Kaunselor juga berasa marah disebabkan sikap ketidaksediaan ditunjukkan oleh pihak
pentadbir, khusus pembantu am pejabat, pelajar ataupun pensyarah bidang lain bermula daripada
minggu pertama kaunselor pelatih berada di bilik praktikum berkenaan. Kaunselor pelatih tidak
mempunyai pengalaman mengenai cara untuk mengendalikan persekitaran begini. Pada masa
yang sama, matlamat mereka adalah untuk memenuhi tugasan yang telah ditetapkan oleh pihak
universiti. Gangguan terhadap pencapaian matlamat akan memberikan tekanan yang besar
kepada kaunselor pelatih.
Kaunselor pelatih berasa sedih apabila klien menceritakan tentang seseorang yang
meninggalkan klien. Sekaligus kaunselor pelatih teringat orang-orang yang signifikan dalam

hidup kaunselor pelatih. kaunselor pelatih tidak menunjukkan perasaan sedih secara berlebihan
kerana tidak mahu klien hilang fokus dalam menceritakan masalah klien kepada kaunselor
pelatih. kaunselor pelatih juga akan rasa sedih apabila mendengar kisah klien yang tragis yang
mana ia memberikan peluang kepada klien untuk bersyukur dengan apa yang dianugerahkan
Allah S.W.T kepada kaunselor pelatih.
8.0 CADANGAN KEPADA JABATAN/PUSAT/KOLEJ
Cadangan yang boleh diberikan kepada pihak TISSA khusunya adalah penempatan
praktikum yang diberikan kepada kaunselor pelatih perlulah bersesuaian dengan kontak jam
yang dikehendaki oleh jabatan. Dimana saya dan rakan saya telah ditempatkan di hadapan
kaunter dan tidak mempunyai bilik sendiri. Sepatutnya pihak jabatan menyediakan satu bilik
yang kondusif untuk memudahkan kaunselor pelatih menjalani praktikum dan mengumpul
kontak jam yang diperlukan.
Selain itu, pihak jabatan juga menilai semula kursus praktikum yang dijalankan kerana
kualiti dan kemampuan kaunselor pelatih UUM masih ditahap sederhana. Kaunselor pelatih
mempunyai kekurangan dari segi kemahiran dan teori yang kaunseling yang perlu digunakan
dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling. Pihak jabatan seharusnya mengadakan seminar
dan bengkel praktikum mengenai apa yang perlu dilengkapkan dalam diri seseorang kaunselor
pelatih. Malah, pemantauan yang serius perlu dilakukan oleh penyelia praktikum agar laporan
dan nota kes kaunselor pelatih dapat dibuat dengan baik dan sempurna.
10.0 RUMUSAN
Melalui praktikum yang telah dijalankan, kaunselor pelatih telah perolehi manfaat yang berguna
yang menjadi panduan sebelum menjalani internsip pada semester hadapan. Kaunselor pelatih
telah dilatih dengan pengurusan fail-fail perkhidmatan kaunseling yang mana terdapat enam

buah fail yang diperlukan bagi menjamin pengurusan fail yang efektif. Kekurangan yang ada
dalam pengurusan fail akan diperbaiki sebelum menjalani internship di agensi luar. Kaunselor
pelatih juga dilatih dengan interpretasi ujian psikologi, sesi kaunseling individu dan sesi
kaunseling kelompok. Banyak kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi bagi setiap sesi yang
dijalankan kepada klien. Peningkatan kualiti sesi kaunseling yang diberikan kepada klien agar
proses menolong berjalan dengan lancar. Teori-teori kaunseling juga telah diaplikasi dengan baik
dengan menggunakan teknik-teknik dalam teori dalam memahami klien. Teknik tersebut dalam
membantu klien mendapatkan celik akal dan alternatif kepada masalah klien. Pada masa akan
datang, kaunselor pelatih harap dapat menjalankan sesi kaunseling dengan efektif dan baik.

You might also like