You are on page 1of 16

Laporan Kajian Kes

1.0 LATAR BELAKANG KLIEN

Nama : Siti Shahirah binti Surat Nor

Nama Panggilan : Ct

Umur : 23 tahun

Jurusan : Ijazah Sarjana Muda Pemasaran dengan

Kepujian

Semester : Tujuh

Inasis : Bank Rakyat

Anak yang ke berapa : Anak kedua daripada lima orang adik

beradik

Pekerjaan ayah : Bekerja di Majlis Perbandaran

Pekerjaan ibu : Guru

Taraf Pendidikan : Lepasan STPM dalam bidang Perakaunan


2.0 ISU YANG DIKEMUKAN

Berdasarkan sesi kaunseling yang dijalankan bersama klien, pada

sesi pertama sehingga sesi kedua, isu yang dikemukan klien ialah

masalah diri klien kesan daripada putus cinta dengan bekas teman lelaki

sehingga menjejaskan prestasi akademik klien.

Peristiwa ini terjadi semasa klien berada pada semester 2 yang

akhirnya memberi kesan buruk sehingga menyebabkan pencapaian

akademik klien menurun. Klien berasa marah kerana teman lelaki

memutuskan perhubungan mereka tanpa memberitahu sebab dan alas an

mengapa lelaki tersebut memutuskan hubungan mereka malah sebelum

hubungan mereka putus teman lelaki sering mengatakan perkara buruk

mengenai sikap dan tingkah laku klien.

Perkara ini masih memberi kesan kepada klien dan sukar melupakan

peristiwa tersebut kerana memberi rasa sakit hati yang mendalam

terhadap lelaki tersebut sehingga sekarang. Klien menyatakan bahawa

bekas teman lelaki juga merupakan pelajar UUM dan mereka tinggal di

Inasis yang sama menyebabkan mereka pernah terserempak. Klien juga

selalu mengetahui perkembangan bekas teman lelaki di laman sosial dan

berharap lelaki tersebut merasai kedukaan dan kesakitan yang pernah

dirasai klien. Walaupun begitu,klien tidak melakukan melalui perbuatan

cuma perasaan klien sahaja yang begitu marah kepada bekas teman

lelaki membuatkan klien meluahkan segala perasaan yang dipendam

selama ini.
Akhirnya, pada semester 6 klien telah menemui teman lelaki baru

dan kekal sehingga kini. Teman lelaki sentiasa memberi nasihat dan

membimbing klien disebabkan umur teman lelaki yang lebih tua dan

berfikiran lebih matang daripada klien dapat mengawal perasaan klien

terhadap perkara lepas.

Manakala pada sesi yang ketiga sehingga ketujuh, isu yang

dikemukan lebih kepada hubungan dalam persahabatan klien dengan

rakan baik. Isu ini terjadi disebabkan sikap klien yang terlalu ingin

menjaga perasaan rakan baik sehingga perasaan sendiri tidak dijaga

kerana tidak mahu hubungan persahabatan mereka terjejas. Klien

mengatakan bahawa dia hanya mempunyai seorang rakan baik di

Universiti di mana mereka sentiasa berkongsi masalah,hobi dan minat

tetapi masalah mula timbul setelah rakan baik berkahwin dan

mengandung menyebabkan terdapat perkara-perkara yang membuatkan

klien terasa hati dengan rakan baik tersebut. Pada awalnya, klien hanya

berfikiran positif mungkin hormon orang mengandung yang cepat marah

atau beremosi tetapi lama-kelamaan perkara itu membuatkan klien

semakin sedih dan hanya memendam perasaan tersebut.

Pada sesi keempat, klien mengatakan dia dan rakan baik bertengkar

mulut disebakan perkara yang remeh-temeh dan kerana klien sudah tidak

tahan dengan sikap rakan tersebut yang selalu memarahi klien. Akhirnya
klien mengambil keputusan untuk terus berdiam dan tidak bercakap

dengan rakan baik kerana bagi klien perkara tersebut akan hilang selepas

beberapa hari dan hubungan mereka akan baik seperti biasa. Hal ini

kerana bagi klien mereka akan bergaduh hanya sementara dan akan

berbaik semula kerana mereka sangat memerlukan antara satu sama lain.
3.0 LAPORAN SESI-SESI KAUNSELING

3.1 Sesi pertama

Sesi pertama iaitu pada 17 November 2016 pada pukul 11.00

tengah hari hingga 12.00 tengah hari bertempat di Foyer SEML,UUM. Klien

baru habis kelas di Fakulti STML dan terus datang ke SEML untuk

berjumpa kaunselor.Klien berpakaian sopan dengan memakai baju blouse

berwarna koko cair dan memakai selendang.

Pada peringkat pembukaan,kaunselor membina hubungan dengan

bertanya khabar serta menanyakan keselesaan klien mengenai

kedudukan kerusi dan suasana tempat tersebut. Kaunselor mengeratkan

lagi hubungan dengan bertanya mengenai pembelajaran klien semasa

kelas sebelum ini dan bagaimana akademik klien. Sebelum sesi

bermula,kaunselor mestilah memastikan klien telah berada dalam

keadaan sedia. Klien mengisi borang maklumat dan borang persetujuan

termaklum setelah diterangkan oleh kaunselor dan mencapai persetujuan

bersama setelah klien memahami tentang etika

kerahsiaan,tanggungjawab kaunselor dan klien serta syarat-syarat sesi

kaunseling.

Pada peringkat penstrukturan, pemilihan tempat dan masa

ditetapkan pada awal sesi dan mesti mendapat persetujuan kaunselor dan

klien tetapi pilihan lebih kepada klien mengikut kesesuaian masa dan

tempat.
Sebelum memasuki peringkat penerokaan,kaunselor

menyakinkan dan memberi kepercayaan klien supaya klien berasa

selamat dan selesa untuk bercerita atau meluahkan masalah kepada

kaunselor. Pada peringkat penerokaan, kaunselor mula memasuki ruang

cerita klien.Kaunselor mendengar luahan dan cerita klien dalam

memahami isu yang disampaikan klien serta mengenalpasti isu sebenar.

Klien menceritakan mengenai kisah dirinya yang putus cinta dan

kesannya dirasai sehingga sekarang kerana perasaan sakit hati dan

dendam terhadap bekas teman lelaki masih tidak boleh

dilupakan,tambahan klien pernah

terserempak dengan bekas teman lelaki membuatkan klien sukar

melupakan peristiwa tersebut.

3.2 Sesi kedua

Sesi kedua iaitu pada 24 November 2016 pada pukul 11.00 tengah

hari hingga 12.00 tengah hari bertempat di Foyer SAPSA,UUM. Klien baru

habis kelas di Fakulti STML dan terus datang ke SEML untuk berjumpa

kaunselor. Klien memakai baju kurung berwarna kelabu dan bertudung

bawal.

Pada peringkat pembukaan kaunselor menjelaskan kembali etika

kerahsiaan dan tanggungjawab kaunselor dan klien.Kaunselor mengimbas

kembali mengenai perkara yang diceritakan oleh klien pada sesi pertama.

Klien menyatakan bahawa dia seorang yang memendam perasaan jika

terasa hati dengan rakan kerana klien sangat menjaga perasaan dan hati
rakan walaupun hati sendiri berasa sakit. Klien akan meluahkan segala-

galanya dan dengan bercakap seorang diri di dalam bilik air atau di

hadapan cermin atau kadang-kadang klien akan menangis. Kaunselor

terus meneroka mengenai tindakan yang dilakukan oleh klien untuk

mengatasi masalah yang berlaku dalam dirinya.


3.3 Sesi ketiga dan keempat

Pada ketiga dan sesi keempat,kaunselor terus meneroka

penceritaan klien mengenai hubungan dengan teman lelaki di mana

mereka pernah bertengkar tetapi perkara itu boleh diselesaikan dengan

cepat. Kaunselor meminta klien menjawab Inventori gaya Bercinta bagi

mengetahui tret hubungan percintaan klien. Kaunselor

menginterpretasikan hasil yang diperolehi dan meminta pandangan klien

mengenai hasil yang diperolehi adalah sesuai atau tidak dengan bentuk

hubungan sebenar percintaan klien. Klien juga menceritakan mengenai

pergaduhan dengan rakan baik perempuan klien walaupun perkara

tersebut dianggap remeh-temeh tetapi boleh membuatkan mereka berdua

bertengkar mulut. Walaupun begitu klien mengambil langkah dengan

berdiam diri untuk beberapa hari kerana bagi klien perkara tersebut akan

hilang selepas beberapa hari dan hubungan mereka akan baik seperti

biasa.

3.4 Sesi kelima

Pada sesi kelima,setelah mengenal pasti kelebihan dan kelemahan

klien melalui aktiviti yang disenaraikan oleh klien dan setelah sama-sama

berbincang mengenai apa yang disenaraikan klien, kaunselor dan klien

sama-sama berbincang mengenai alternatif dan tindakan yang boleh

dilakukan untuk mengurangkan beban masalah klien. Kaunselor

menmberikan motivasi kepada klien agar terus kuat agar dapat


mengalami perkembangan hidup yang lebih positif. Klien menyatakan

bahawa terdapat rakan lain yang membandingkan prestasi akademik klien

dengan rakan baik kerana rakan baik klien sentiasa mendapat keputusan

peperiksaan yang tinggi dan cemerlang tetapi bagi klien itu adalah hasil

usaha dan rezeki individu masing-masing. Bagi klien dia hanya berfikiran

positif dan mengambil perkara tersebut sebagai motivasi untuk terus

berusaha dan membuktikan kepada mereka kelak yang klien juga boleh

berjaya.

3.5 Sesi keenam

Sesi keenam iaitu pada 8 Disember 2016 pada pukul 11.30 pagi sehingga

12.30 tengah hari bertempat di Makmal Kaunseling ,Bangunan SAPSP.

Klien baru habis kelas di bangunan TISSA dan klien memakai baju blouse

berwarna biru dan bertudung bawal.

Klien menyatakan dan meluahkan perasaan kecewa apabila orang yang

disayangi termasuk ahli keluarga,teman lelaki atau rakan baik tidak

menyokong minat dan kemahuan klien kerana respons orang tersayang

tidak seperti yang diharapkan klien. Klien juga menceritakan mengenai

sikap diri klien yang sukar menepati masa dan sukar bangun pagi

sehingga memberi kesan kehidupan klien. Walaupun klien telah cuba

mengatasi perkara tersebut tetapi tindakan tersebut hanya berjaya buat

sementara sahaja kerana kadang-kadang klien leka dengan perkara-

perkara sekeliling sehingga membuatkan klien tetap mengulangi

perbuatan yang sama.Oleh itu kaunselor menggunakan teknik konfrantasi

tindakan klien yang supaya klien sedar akan tindakan tersebut yang
sepatutnya klien kekalkan dalam membantu mengurangkan masalah

klien. Kaunselor terus meneroka dan mengimbas kembali apa yang

diceritakan klien mengenai persahabatan dengan rakan baik yang

memberi kesan emosi kepada klien.

3.6 Sesi ketujuh

Pada sesi ketujuh kaunselor dan klien sama-sama berbincang

mengenai alternatif yang boleh dilakukan sesuai dengan kemampuan

klien dalam mengurangkan masalah klien. Kaunselor memberikan kata-

kata semangat agar klien meneruskan tindakan yang telah dipilih.

Kaunselor membuat rumusan secara keseluruhan dan perubahan yag

diperolehi klien dari awal sesi hingga sesi akhir. Kaunselor dan klien sama-

sama bersetuju untuk menamatkan sesi.

4.0 TEORI YANG BOLEH DIAPLIKASI

4.1 Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson

(Peringkat Intimasi vs Pengasingan Diri)

Disebabkan klien pernah putus cinta dan kehilangan rakan baik,klien

seolah-olah cuba menutup ruang persahabatan dengan rakan-rakan yang

lain dan hanya mempunyai seorang rakan baik sahaja walaupun rakan

tersebut kadang-kadang membuatkan klien terasa hati tetapi klien

memendamkan perkara tersebut demi persabahatan mereka.

4.2 Teori REBT iaitu melalui pendekatan ABCD


Perkara yang mencetuskan- Pada semester 2,klien putus cinta dan

teman lelaki meninggalkannya begitu sahaja tanpa memberitahu sebab

mahu memutuskan hubungan tersebut.

Belief Klien berasa dirinya dipermainkan oleh lelaki tersebut

Konsekuan emosi- Klien berasa dendam kepada bekas teman lelaki dan

perkara tersebut sangat menyakitkan hati klien

4.3 Teori Abraham Maslow

a) Keperluan penghargaan kendiri dan keperluan kasih sayang

Bagi klien walaupun tidak mendapat pujian seperti yang diterima oleh

rakan baik klien,tetapi klien mempunyai sokongan daripada rakan baik

serta keluarga untuk terus berusaha dan membuktikan kepada rakan lain

bahawa dia juga boleh berjaya

4.4 Teori Realiti

Wants - Kaunselor menanyakan kemahuan klien dalam mengubah

masalah sukar bangun pagi klien sehingga memberi kesan kepada

kehidupan klien dengan masyarakat sekeliling

Doing-klien menyatakan bahawa dia telah cuba membuat persediaan

awal dengan menyiapkan segala kerja pada hari sebelumnya tetapi usaha

tersebut hanya berjaya buat sementara waktu

Evaluate- Kaunselor menggunakan menggunakan teknik konfrantasi

tindakan klien yang supaya klien sedar akan tindakan tersebut yang
sepatutnya klien kekalkan dalam membantu mengurangkan masalah

klien.

Planning-kaunselor dan klien sama-sama berbincang mengenai tindakan

yang patut dikekalkan atau diubah dalam membantu mengurangkan

masalah klien setelah mengenalpasti kelebihan dan kelemahan klien

5.0 TEKNIK DAN KEMAHIRAN KAUNSELING

Pada sesi pertama,kaunselor menggunakan kemahiran melayan dan

mendengar. Kaunselor hanya mendengar luahan cerita klien dalam

memahami dan mengenalpasti isu sebenar yang disampaikan oleh klien

Kedua,kemahiran membina hubungan. Kaunselor memastikan klien

berasa selesa dengan kaunselor melalui ekspresi muka, struktur tubuh

badan,pandangan mata,nada suara yang dapat memberi keyakinan

kepada klien bahawa kaunselor benar-benar mahu membantu dan

bersedia mendengar masalah serta membantu klien.

Ketiga, kaunselor menggunakan kemahiran refleksi perasaan

apabila klien menceritakan tentang perasaan sakit hati kepada bekas

teman lelaki kerana kaunselor dapat melihat ekspresi muka yang klien

yang masih geram kepada bekas teman lelaki.

Pada sesi kedua,kaunselor terus mendengar dan melayan

penceritaan dan luahan klien tetapi kaunselor fokus kepada isu sebenar

dan punca mengapa masalah ini terjadi.


Kaunselor juga menggunakan refleksi perasaan di mana semasa

klien bercerita mengenai tindakannya menangis dan bercakap seorang

diri bagi meluahkan segala yang terpendam,kaunselor menanyakan

adakah itu boleh membuat klien berasa lega dan perkara itu diakui oleh

klien. Malah menurut klien lagi,dia akan membuka sekuat-kuatnya air di

dalam tandas dan akan menangis sepuas-puasnya dan selepas itu klien

berasa amat lega.

Pada sesi ketiga, kaunselor mengkonfrantasikan perasaan dendam

klien terhadap bekas teman lelaki dengan menyatakan bahawa apa

faedah yang klien dapat jika terus mengekalkan rasa tersebut dan

meminta klien menilai adakah perbuatan itu bagus atau tidak terhadap

diri klien dan juga terhadap perhubungan klien dengan teman lelaki baru

Pada sesi keenam,kaunselor menggunakan menggunakan teknik

konfrantasi tindakan klien yang supaya klien sedar akan tindakan tersebut

yang sepatutnya klien kekalkan dalam membantu mengurangkan

masalah klien.

Kaunselor menggunakan sedikit unsur humor supaya keadaan tidak

terlalu tegang dan membuatkan klien lebih berasa senang dengan

kaunselor.
6.0 KESUKARAN DAN CADANGAN

Kaunselor perlu lebih fokus mengenalpasti faktor-faktor dan punca

sebenar isu yang diceritakan oleh klien kerana klien lebih banyak

bercerita. Oleh itu, kaunselor sentiasa menanyakan klien perkara-perkara

berkaitan mengenai fokus masalah yang berlaku dan tidak terlalu

membiarkan klien banyak bercerita

Kaunselor perlu fokus kepada non-verbal dan perasaan klien kerana

klien sukar mengekspresikan perasaan sedih apabila bercerita dan ini

memerlukan kaunselor terus bertanya mengenai perasaan sebenar klien

Oleh itu, kaunselor perlu terus menanyakan dan meneroka

mengenai perasaan sebenar klien. Kaunselor perlu lebih banyak

menggunkan kemahiran untuk mendapatkan maklumat mengenai punca

sebenar masalah klien.

Saya rasa sukar untuk menggunakan teori mengikut urutan kerana

penceritaan klien sering bertukar-tukar. Oleh itu, saya akan cuba

mengawal penceritaan klien dari awal supaya sesi dapat dijalankan

mengikut haluan dan mempunyai matlamat yang tetap dalam satu-satu

masalah. Selain itu,saya perlu lebih banyak mengetahui dan membaca

mengenai penggunakan teknik-teknik berdasarkan teori dengan betul dan

sentiasa melatih kemahiran supaya lebih terkawal dan dapat menjalani

sesi dengan lebih efektif dan teratur.


7.0 PERKEMBANGAN/KEMAJUAN KLIEN

Klien meluahkan segala yang dirasai dan dipendam mengenai

peristiwa dengan bekas teman lelaki yang memutuskan hubungan mereka

tanpa sebab munasabah.

Klien menyatakan tindakan yang dilakukan dalam mengatasi

masalah tersebut dan bagaimana cara untuk klien meluahkan segala yang

terpendam di hati

Klien lebih dapat mengawal perasaan sakit hati dan dendam kepada

bekas teman lelaki dan tidak lagi memikirkan perkar tersebut malah klien

lebih berfikiran positif dan menganggap semua yang terjadi ada

hikmahnya dan mengajar klien supaya lebih matang. Mengenai hubungan

dengan rakan baik,mereka sentiasa memerlukan antara satu sama lain

tetapi jika ada perkara yang membuatkan klien terasa hati atau jika

perkara itu boleh dikatakan kepada rakan baik klien akan meluahkan

secara baik dan tidak mahu lagi memendam perasaan sehingga

membuatkan dirinya merana dan terus berasa sedih.


8.0 PENUTUP

Melalui sesi kaunseling yang dijalankan,banyak perkara yang perlu

dipelajari oleh kaunselor pelatih dalam persediaan menghadapi klien dan

memerlukan perancangan dalam memudahkan penyelesaian masalah

kepada klien.

Sepanjang menjalani praktikum dan sebagai kaunselor pelatih perlu

bersedia dari segi mental,fizikal dan emosi dalam apa jua cabaran .Kita

perlu menghormati pandangan,kelemahan dan keunikan setiap klien dan

bersikap positif serta profesional dalam usaha memperbaiki kemahiran

sebagai kaunselor yang lebih baik pada masa akan datang.

Kesimpulannya, setiap perkara yang dilakukan mestilah ikhlas

daripada hati untuk membantu individu ke arah perkembangan hidup

yang lebih baik dan supaya individu tersebut dapat mengembangkan

kelebihan dan potensi diri yang selama ini tidak disedari dalam menjalani

kehidupan yang lebih tenang daripada terbeban dengan masalah.

You might also like