You are on page 1of 18

KAJIAN KES

KERUNTUHAN AKHLAK

KANDUNGAN
Muka Surat
KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN

2.0

JENIS KERUNTUHAN AKHLAK

2.1 Seks Bebas

3.2 Pembuangan Bayi

3.3 Rasuah

3.4 Penagihan Dadah

3.5 Bunuh Diri

3.0

PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK

4.0

KESAN KERUNTUHAN AKHLAK

12

5.0

LANGKAH PENYELESAIAN

15

6.0

KESIMPULAN

16

7.0

LAMPIRAN

17

8.0

RUJUKAN

18

KAJIAN KES

1.0

KERUNTUHAN AKHLAK

PENGENALAN

Dewasa ini, isu-isu keruntuhan akhlak sering dipaparkan di dada-dada akhbar, di corongcorong radio, di kaca televisyen-televisyen, malah di media elektronik juga turut
membincangkan tentang isu yang sama. Keruntuhan akhlak yang berlaku telah
mengundang pelbagai salah laku jenayah seperti zina, rogol, minum arak, mencuri dan
sebagainya. Sangat menyedihkan apabila kita dimaklumkan bahawa jenayah juvana
semakin meningkat, ada di antara pelajar yang masih belum menamatkan pengajian telah
pun menggugurkan anak luar nikah, gejala dadah yang semakin menjadi-jadi dan lain-lain
berita yang amat mendukacitakan dan menghiris jiwa. Masalah sosial ini nampaknya
semakin serius dari semasa ke semasa. Justeru, ia memerlukan perhatian dan tindakan
segera daripada pelbagai lapisan masyarakat sama ada individu, keluarga, masyarakat dan
negara bagi menangani masalah ini daripada terus merebak. Sekiranya dibiarkan, ia akan
memusnahkan seterusnya menghancurkan bangsa dan negara. Sebenarnya tiada masalah
yang tidak boleh diselesaikan, sebaliknya semua masalah ada jalan penyelesaiannya
bergantung kepada cara kita menangani masalah tersebut dengan serius.
Manusia semakin hari semakin rakus mengejar arus pemodenan dan kemajuan
duniawi. Dalam masa itu, kita hampir terlupa pembangunan rohaniah yang seharusnya
seiring dengan kemajuan duniawi. Maka, tidak hairanlah, ramai umat Islam kini yang hanyut
dengan arus pemodenan itu. Malah, kebanyakan masalah sosial kini diterajui oleh
sebilangan besar umat Islam.
Gejala keruntuhan akhlak merupakan satu isu yang sangat meruncing sekarang.
Pelbagai kejadian yang amat merunsingkan berlaku di hadapan mata kita, mahupun yang
didedahkan di dalam akhbar. Ia bukan sahaja berlaku dalam kalangan generasi muda dan
remaja, malah turut terpalit dalam golongan dewasa. Keruntuhan akhlak semakin hari
kelihatan semakin membesar dan serius. Kita akan membincangkan isu sosial dengan
menekankan punca-punca yang membawa kepada wujudnya masalah ini dan langkahlangkah yang sewajarnya diambil oleh pelbagai pihak bagi mengurangkan dan seterusnya
mengatasi masalah ini.
Menangani masalah keruntuhan akhlak merupakan perkara yang seharusnya diberi
perhatian secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh. Usaha perlu dilakukan agar
masyarakat kita kembali menghayati dan mempraktikkan akhlak yang mulia dalam
kehidupan seharian mereka. Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing
supaya gejala ini tidak berterusan berleluasa seterusnya merosakkan bangsa dan negara.

KAJIAN KES

KERUNTUHAN AKHLAK

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1160), keruntuhan membawa maksud
perihal runtuh, kejatuhan, kerosakan, kerobohan dan kerosakan. Kamus Za'ba (2000:
982) mendefinisikan keruntuhan sebagai kerosakan dan kejatuhan. Definisi ini hampir sama
dengan definisi Kamus Dewan di atas. Keruntuhan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah
keruntuhan akhlak masa kini. Keruntuhan akhlak yang dimaksudkan juga meliputi rosaknya
akhlak seseorang apabila mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang menyimpang
daripada ajaran agama Islam dan budaya masyarakat Timur seperti terlibat dengan seks
bebas, berkhalwat, bersekedudukan, lari dari rumah, penagihan dadah dan minum minuman
keras, melepak, lumba haram dan penglibatan individu dalam jenayah seperti mencuri,
merompak, merogol, meliwat dan membunuh.
Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab,
sifat semula jadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang. Akhlak berasal
dari bahasa Arab iaitu 'khuluqun' yang bererti budi pekerti, perangai, tingkah laku atau
tabiat.
Definisi ilmu akhlak menurut Prof. Omar Al Toumy Al Syaibani, ilmu yang mengkaji
tentang hakikat perbuatan berakhlak, sifat kebaikan, kejahatan, kebenaran, kewajipan,
kebahagiaan, hukum dan tanggungjawab akhlak, motif kelakuan dan asas-asas teori
gagasan akhlak.
Prof. Dr. Ahmad Amin dalam bukunya Al- Akhlaq merumuskan pengertian akhlak
sebagai suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang
seharusnya dilakukan oleh sesetengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuan
yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk
melakukan apa yang harus diperbuat.
Manakala menurut Dr. Miqdad Yalchin pula akhlak ialah Prinsip-prinsip dan dasar
atau kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur tingkah laku manusia dalam
kehidupannya. Ia membentuk dan menentukan hubungan dengan orang lain agar misi
kehidupan manusia terlaksana dengan sempurna.
Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan
jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran penilitian.
Imam Ghazali radiAllahuanhu mengatakan akhlak ialah suatu keadaan yang
tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa
memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji
3

KAJIAN KES

KERUNTUHAN AKHLAK

menurut syarak dan akal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya, apabila
terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi
pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itu
jugalah yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak
Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca
timbangannya.
Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan
kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisi akhlak seperti berikut:
Satu ilmu yang membahaskan tata nilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi
mengenal pasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenal pasti sifatsifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi
mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).
Secara keseluruhannya dapatlah kita rumuskan bahawa akhlak sebagai satu sifat
atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha
membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah
ditetapkan oleh Allah.
Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin
manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara
manusia dengan Allah manusia sesame manusia, manusia dengan haiwan, malaikat, jin dan
juga dengan alam semesta.

2.0

JENIS KERUNTUHAN AKHLAK

Isu keruntuhan akhlak bukan lagi suatu yang asing untuk diperkatakan. Ia menular di
segenap lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda, beragama Islam atau bukan Islam,
lelaki atau perempuan, yang pasti ianya akan menjadi satu bencana yang amat dahsyat jika
tidak dibendung dengan segera.
Di antara gejala keruntuhan akhlak tersebut ialah perbuatan maksiat seperti khalwat,
zina dan sumbang mahram, minum arak, penggunaan pil khayal, judi, pembuangan bayi,
mat rempit dan penagihan dadah yang seperti tiada kesudahannya. Gejala keruntuhan
akhlak ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam ulasan yang seterusnya.
4

KAJIAN KES

KERUNTUHAN AKHLAK

2.1 Seks Bebas


Hubungan seks yang melibatkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina
tergolong di dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama. Malah, Islam memandang
berat terhadap kesalahan zina kerana ianya bukan sahaja boleh mendatangkan mudarat
kepada pelakunya malah kepada masyarakat. Selain perkataan seks bebas, sumbang
mahram, zina dan liwat, semuanya membawa maksud hubungan seksual yang ditegah oleh
hukum syarak.
Pakar psikologi dan sosiologi berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan
manusia berpunca daripada perlakuan seks bebas tanpa ikatan yang sah. Islam sendiri
melarang keras zina mahupun seks bebas berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang Islam, takutilah zina, maka padanya ada 6 perkara buruk, 3 di dunia
dan 3 di akhirat. Adapun yang di dunia adalah: Hilang seri pada wajah, pendek umur dan
sentiasa miskin. Adapun di akhirat, mendapat kemurkaan Allah SWT, buruk perkiraan di
padang Mahsyar dan mendapat azab neraka"
Kita tidak boleh membenarkan masalah ini terus berleluasa. Semakin ramai
pasangan berani melakukan aksi yang terlampau malah menjijikkan di kawasan umum.
Mereka sudah berani bercumbuan di taman-taman, di dalam kenderaan awam, di pawagam
malah di mana-mana sahaja yang mereka kehendaki tanpa perasaan segan dan silu. Muda
mudi kini juga semakin bebas bergaul tanpa menghiraukan teguran dan nasihat daripada
pelbagai pihak termasuk ibu dan bapa mereka sendiri.
3.2 Pembuangan Bayi
Fenomena pembuangan bayi yang melanda menjadi semakin membimbangkan. Isu ini
seolah-olah sudah menjadi trend atau ikutan di kalangan masyarakat, khususnya golongan
remaja. Acap kali isu ini kita lihat dan terpampang di dada-dada akhbar, dihebahkan di
corong-corong radio dan disiarkan di kaca televisyen.
Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di
negara ini. Sejak zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah
dilakukan khususnya terhadap bayi serta kanak-kanak perempuan atas faktor keagamaan
masyarakat pada masa itu. Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah melakukannya semasa
beliau masih belum menganut agama Islam. Akan tetapi, gejala pembuangan bayi pada
masa kini begitu berbeza senarionya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas
desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil
daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini. Perasaan malu, sedih, buntu setelah
terlanjur dan mengandung anak di luar nikah, maka pengguguran serta pembuangan bayi
menjadi jalan pintas untuk menutup segala keaiban yang telah dilakukan. Kini, gejala
5

KAJIAN KES

KERUNTUHAN AKHLAK

pembuangan bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama
ada dalam keadaan hidup atau mati di merata-rata tempat.
3.3 Rasuah
Rasuah dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat pada masa kini. Ia dilihat
sebagai masalah keruntuhan akhlak yang semakin hari semakin parah. Setiap hari ada
sahaja berita yang melaporkan tentang gejala rasuah ini.
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab iaitu I-risywah. Di dalam AlQuran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah
lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Dalam Al-Quran sendiri telah
mendefinisikan perkataan rasuah ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak baik dan
dilaknat.
Secara amnya, rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh
seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah bagi kepentingan
dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan
memperoleh kehendaknya itu. Ini bermaksud, kuasa yang diberikan kepadanya akan
disalahgunakan untuk kebaikan dirinya sendiri. Mereka juga akan lebih cenderung bersikap
pilih kasih dan bermuka-muka dalam setiap tindakan bagi mengelak daripada perbuatannya
diketahui umum.
Dari segi undang-undang di Malaysia, segala perkataan yang membawa maksud
kepada memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan
kesalahan jenayah rasuah. Kes-kes rasuah biasanya membabitkan pihak-pihak yang
mempunyai kuasa untuk menentukan atau meluluskan sesuatu perkara. Masalah rasuah
pada masa kini sememangnya semakin menjadi-jadi. Banyak kes-kes yang dilaporkan
membabitkan rasuah. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera boleh mendatangkan
mudarat kepada bangsa dan negara.
3.4 Penagihan Dadah
Ancaman penagihan dadah masih kekal sebagai musuh utama pada masa kini. Gejala
penagihan dadah ini adalah antara gejala sosial yang semakin berleluasa dan melibatkan
ramai pihak terutamanya golongan remaja.
Dadah dapat diistilahkan sebagai sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan
kepada kesihatan seseorang dari segi rohani (mental), jasmani (fizikal) dan emosi serta
tingkah laku pengguna apabila menggunakannya. Antara jenis dadah yang dikenal pasti
ialah heroin, morfin, ganja, kokain, kanabis dan sebagainya.

KAJIAN KES

KERUNTUHAN AKHLAK

3.5 Bunuh Diri


Bunuh diri secara umumnya merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang
untuk melakukan sesuatu yang boleh menamatkan riwayat hidupnya. Antaranya
termasuklah perbuatan menikam diri sendiri dengan senjata tajam, menembak diri sendiri
menggunakan senjata api, menggantung diri, meminum racun, terjun dari tempat yang tinggi
dan sebagainya. Mereka yang bertindak membunuh diri lazimnya berasa hidup mereka tidak
berguna lagi sebaliknya lebih mendatangkan penderitaan. Terdapat juga orang yang
bertindak sedemikian merasa disisihkan, sunyi dan tidak dipedulikan, serta berasa kecewa
dan dirundung masalah kemurungan.
Sesungguhnya Allah SWT melarang manusia berbunuh-bunuhan sesama sendiri,
apatah lagi membunuh diri sendiri. Ini menunjukkan betapa Allah SWT menghargai jiwa
manusia. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya:
Yang

bermaksud: Janganlah

kamu

sekalian

berbunuh-bunuhan

sesama

sendiri. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mengasihani kamu.( S. An-Nisaa: 29).


Berdasarkan pengertian ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa perbuatan
membunuh jiwa termasuk dalam dosa besar yang bakal menerima azab yang dahsyat. Ini
sejajar dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya:
Yang bermaksud: Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka
balasannya ialah neraka jahanam, kekal di dalamnya, dan Allah SWT murka kepadanya dan
melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. (S. An-Nisaa: 93).3
Dalam erti kata yang lain, sama ada berbunuh-bunuhan sesama sendiri atau
membunuh diri sendiri seperti terjun dari tempat yang tinggi, menggantung diri, meminum
racun, mencederakan diri sendiri dengan senjata yang berbahaya dan sebagainya adalah
perbuatan mungkar yang menzalimi diri sendiri. Maka, walau apa pun alasan dan cara
seseorang itu membunuh diri adalah haram hukumnya, dan pelakunya akan kekal di dalam
neraka. Ini bertepatan dengan sebuah Hadith daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi
SAW bersabda: Barang siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka tangannya akan
menusuk besi itu ke perutnya di neraka jahanam dan kekal di dalamnya. Barang siapa yang
meminum racun untuk membunuh dirinya, maka dia meneguk racun itu di neraka jahanam
dan kekal di dalamnya. Dan barang siapa yang menjatuhkan dirinya dari gunung untuk
membunuh dirinya di neraka jahanam dan kekal di dalamnya. (HR Bukhari dan Muslim).

KAJIAN KES

Diriwayatkan

bahawa

menyembahyangkan

Rasulullah

jenazah

SAW

seorang

sendiri

lelaki

KERUNTUHAN AKHLAK

pada

Muslim

yang

suatu
mati

ketika

enggan

membunuh

diri

menggunakan anak panah.


Daripada Jabir Bin SamurahRA, katanya: Didatangkan kepada Rasulullah SAW satu
jenazah seorang pemuda yang mati dengan cara memanahkan dirinya sendiri, lalu Baginda
tidak menyembahyangkan jenazah itu. (HR Muslim).
Ini menunjukkan betapa hinanya perbuatan bunuh diri itu di sisi Islam. Ini dengan
sendirinya mengisyaratkan bahawa perbuatan yang terkutuk itu perlu dibendung dan
dicegah dengan segala cara yang ada bagi mengelakkannya terus menular dalam
masyarakat.

KAJIAN KES

3.0

KERUNTUHAN AKHLAK

PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK

Saban hari isu-isu keruntuhan akhlak terutamanya yang membabitkan gadis remaja hangat
diperkatakan. Secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa gadis remaja kini
semakin agresif, berani, dan liar. Banyak kajian akademik telah dibuat oleh mereka yang
pakar dan terlibat secara langsung dengan isu-isu remaja ini, secara langsung dan tidak
langsung seperti pihak kementerian, jabatan, agensi, persatuan dan NGO, pihak cerdik
pandai, orang perseorangan dan lain-lain. Daripada kajian yang telah dijalankan didapati
masalah remaja ini mempunyai hubungan kait yang luas dengan masyarakat, keluarga,
pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati
diri, rakan-rakan dan lain-lain. Apabila masalah keruntuhan remaja dibincangkan, soalan
yang biasa ditanya ialah siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku?
Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja.
Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu
lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu., rakan sebaya sangat
mudah mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan
yang songsang. Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk
melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana darah muda
remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan
mereka, walaupun mereka tahu perkara itu berbahaya dan sia-sia. Bak kata pepatah,
menang jadi arang, kalah jadi abu. Kawan-kawan menjadi orang yang paling rapat. Kawan
yang baik boleh membimbing kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan
mempengaruhi kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu, sikap remaja turut
menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai
orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih
memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan
mereka. Pada usia yang masih mentah mereka lupa bahawa kawan juga kadangkala boleh
makan kawan.
Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini.
Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang
berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab
mereka terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia
mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa
juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya
membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah
9

KAJIAN KES

KERUNTUHAN AKHLAK

melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah
teruk. Bak kata pepatah, sudah terhantuk, baru tengadah.
Antara punca lain ialah pengaruh media massa. Pada zaman yang serba moden ini,
media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media massa ini
banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang terutamanya
golongan remaja ke arah negatif secara diam. Bak kata pepatah, seperti api dalam sekam.
Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media
massa. Cerita-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru
aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya, keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi. Contoh
lain media sosial seperti facebook juga merupakan faktor berlakunya keruntuhan akhlak
dalam kalangan remaja.
Di samping itu, sifat semula jadi remaja juga senantiasa ingin mencuba sesuatu yang
baru. Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaan
mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih
akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram
itu dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak. Remaja ialah mereka
yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan
ingin tahu yang sangat tinggi. Justeru, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di
sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan mereka, ianya secara
tidak langsung akan membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara
tersebut. Perasaan ingin tahu dan berani mencuba sesuatu yang baru adalah baik untuk
remaja, namun apa yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada guide line dari orangorang yang sepatutnya, seperti para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi,
perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa yang ingin mereka
lakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara tersebut.
Kurang didikan agama juga merupakan faktor keruntuhan akhlak. Iman dan takwa
yang jitu itu adalah pengikat yang berfungsi bagi menghalang seseorang daripada
melakukan tingkah laku yang berlaku di luar batasan syarak. Pendidikan agama mempunyai
fungsi yang sangat penting sebagai pelindung diri daripada terjerumus kepada pelbagai
gejala keruntuhan akhlak. Ibu bapa sewajarnya memberikan didikan agama yang
sepenuhnya kepada anak-anak mereka sejak mereka masih kecil. Ini bagi memberikan
anak-anak mereka pengetahuan yang jelas tentang hal-hal berkaitan agama, tentang halal
dan haram. Bak kata pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.., maksudnya
mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
10

KAJIAN KES

KERUNTUHAN AKHLAK

Ekonomi juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada keruntuhan
akhlak. Manusia pada hari ini adalah manusia yang terlalu mengejar kebendaan di dalam
arus kepesatan ekonomi sehingga melupakan tanggungjawab-tanggungjawabnya yang lain.
Tanggungjawab yang dimaksudkan adalah tanggungjawab kepada Allah, tanggungjawab
kepada keluarga, tanggungjawab kepada alam semesta dan tanggungjawab kepada diri
sendiri. Disebabkan faktor inilah terjadinya masalah pengabaian kasih saying kepada anak,
kepada ibu bapa, dan kepada masyarakat. Anak yang terabai akan lebih mudah terjebak
kepada pelbagai masalah keruntuhan akhlak seperti penyalahgunaan dadah, minum arak,
zina, merompak, berjudi, lumba haram dan lain-lain lagi.

4.0

KESAN KERUNTUHAN AKHLAK

Keruntuhan akhlak pada masa kini akan mendatangkan impak yang sangat besar kepada
masyarakat. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya
11

KAJIAN KES

KERUNTUHAN AKHLAK

individu tersebut mempunyai akhlak yang buruk, secara otomatik peribadi individu itu juga
turut terjejas. Individu yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri
sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
4.1 Kesan Kepada Individu
Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu, akhlak sangat penting
dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik
akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yang
baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik
seharusnya dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu,
kebanyakan remaja pada hari ini, terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang
begitu memalukan agama, bangsa dan negara. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi,
zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh
remaja muslim pada hari ini yang kebanyakannya berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan
amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca
daripada kurangnya pegangan agama dalam diri mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa
kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.
5.2 Kesan Kepada Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah
kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi
kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu
masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi
kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah katakata hikmah yang menyatakan
bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan
menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian
sesuatu institusi kekeluargaan itu.
Antara kesan yang akan berlaku terhadap institusi kekeluargaan ialah:
Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada
keluarga yang harmoni dan bahagia.
Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam keluarga, mungkin akan mendorong kepada
wujudnya penceraian.
Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak anak akan hilang tempat
bergantung dan bermanja.
Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah,
pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan lain-lain lagi.
12

KAJIAN KES

KERUNTUHAN AKHLAK

5.3 Kesan Kepada Masyarakat


Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang amat besar dalam masyarakat. Jatuh
bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam
masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan.
Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para
remaja hari ini. Seandainya masalah ini tidak dibendung dengan segera oleh pihakpihak
tertentu terutamanya pihak kerajaan dan juga pihakpihak yang berwajib, maka tidak
hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan akhlak remajaremaja
Islam terutamanya akan rosak dan binasa. Oleh sebab itu, pihakpihak atau anasir luar
akan cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan bangsa kita sendiri.
Namun begitu, kesan yang paling ketara yang dapat dilihat sekiranya akhlak remaja pada
hari ini tidak dikawal ialah:
Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatupadu.
Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curigamencurigai akan bertakhta di hati masyarakat.
Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya
pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.
Kadar jenayah di kalangan masyarakat juga akan turut meningkat di mana masalah ini
akan menyebabkan kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
Keharmonian dalam masyarakat sukar untuk diwujudkan.
5.4 Kesan Kepada Negara
Tidak dapat dinafikan bahawa keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat
besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu
bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Tidak dapat
dinafikan lagi, akhlak remaja pada waktu ini berada pada tahap yang membimbangkan.
Semua pihak terutamanya kerajaan, badan-badan NGO, dan juga masyarakat itu sendiri
harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam masyarakat.
Antara kesan yang akan berlaku ialah:
Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.
Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga
sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi
di kalangan masyarakat.
Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala
sosial dan keruntuhan akhlak.
13

KAJIAN KES

KERUNTUHAN AKHLAK

Perbelanjaan kerajaan juga akan turut meningkat akibat berlakunya peningkatan kadar
jenayah.
Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk ke dalam negara seandainya generasi
pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.
Sekiranya akhlak remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak,
maka bangsa lain akan memandang serong terhadap agama yang kita anuti.

5.0

LANGKAH PENYELESAIAN

Antara langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah ini ialah ibu bapa
memainkan peranan mereka. Ibu bapa merupakan orang yang membesarkan mereka dan
paling mengerti dengan perangai dan hati budi mereka. Oleh itu, ibu bapa semestinya dapat
menasihati mereka dan menarik mereka ka pangkal jalan. Selain itu, ibu bapa haruslah
14

KAJIAN KES

KERUNTUHAN AKHLAK

mendidik anak mereka dari awal kerana bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Selain itu, pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan
peranan dengan memastikan setiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum
dan tiada unsur-unsur keganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat
membentuk jati diri dan kerohanian juga hendaklah ditayangkan untuk membentuk jati diri
dan membaiki akhlak remaja.
Antara langkah lain yang dapat diambil juga ialah mengadakan aktiviti yang dapat
membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. . Melalui aktiviti
sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak mereka di samping dapat melakukan
sesuatu yang berfaedah dan tidak membuang masa. Bak kata pepatah, sambil menyelam,
minum air.

6.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara. Oleh itu,
remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan diberi pimpinan agar mereka tidak sesat ke
arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah.

15

KAJIAN KES

KERUNTUHAN AKHLAK

Keruntuhan akhlak masa kini semakin membimbangkan, terutamanya apabila ianya


banyak melanda muda-mudi yang bakal menjadi pewaris dan harapan bangsa pada masa
hadapan yang boleh merencatkan kecemerlangan negara. Malahan, jika masalah ini tidak
ditangani dengan segera dan bijaksana berserta perancangan yang teliti pastinya akan
mengancam keselamatan negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh
menjerumuskan seseorang itu ke lembah kehancuran. Kecemerlangan yang dilaungkan dan
digembar-gemburkan ketika ini tidak memberi apa-apa makna sekiranya akhlak rakyat tidak
seiring dengan agenda untuk mencemerlangkan bangsa dan negara. Inilah antara yang
menjadi isu dan cabaran pemimpin dan semua pihak yang terbesar dalam menentukan
negara dan rakyat benar-benar mencapai kecemerlangan.

7.0

LAMPIRAN

Gambar 1 : Statistik anak luar nikah Malaysia

16

KAJIAN KES

KERUNTUHAN AKHLAK

Gambar 2 : Jadual Masalah sosial

8.0

RUJUKAN

Nor Fatiah Binti Yunus, (2001/2002), Gejala Sosial Di Kalangan Masyarakat Islam Di
Kawasan Penempatan Setinggan: Kajian Di Kampung Kerinchi Kuala Lumpur,
Latihan Ilmiah Program Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Mardzelah Makhsin (2003), Pendidikan Islam Siri 1, Pahang: PTS Publications.
Sheikh Othman Sheikh Halim dll, (1991), Kamus Dewan, cet 2, Edisi Baru, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norazila Mohammad Nor, (2003/2004), Peranan Jabatan Agama Islam Melaka Dalam
Menangani Gejala Sosial di Kalangan Remaja, Latihan Ilmiah Jabatan Akidah dan
Pemikiran Islam,Universiti Malaya
Zool Hilmi Haji Suhaimi, (1997/1998), Gejala Sosial Remaja Dan Penyelesaiannya
Berdasarkan Surah Luqman, Latihan Ilmiah Bahagian Pengajian Usuluddin,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

17

KAJIAN KES

KERUNTUHAN AKHLAK

Mohd Reduan Aslie, , (1990), Jenayah Di Malaysia: Aliran, Punca dan Penyelesaian,
Kuala Lumpur, AMK Interaksi Sdn Bhd

18

You might also like