You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SG.

PANCHING UTARA
26250 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR
TEL: 09-5497673 FAX: 09-5497230
_________________________________________________________________________________
Ruj kami
Tarikh

: CBA4065/02/07
: 20 SEPTEMBER 2016

Kepada Yang Berkenaan

Tuan / Puan
MOHON SUMBANGAN AIR MINERAL/MINUMAN UNTUK PERKHEMAHAN BERSEPADU SK
FELDA SUNGAI PANCHING UTARA 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program Perkhemahan Bersepadu
Unit Beruniform SK Felda Sungai Panching Utara 2016 pada ketetapan berikut:
Tarikh
Tempat
Sasaran
Penyertaan

:
:
:
:

23 & 24 September 2016 (2 Hari, 1 Malam)


SK Felda Sungai Panching Utara
Murid tahun 4, 5 dan 6 SK Felda Sungai Panching Utara
Semua murid tahun 4, 5 dan 6 serta semua guru

2.
Sehubungan itu, pihak sekolah amat berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi sumbangan
berbentuk air mineral/minuman untuk kegunaan para murid dan peserta sepanjang perkhemahan ini.
Segala pertanyaan berkaitan sila berhubung terus dengan Encik Amir Ali bin Yusop, Setiausaha
Kokurikulum SK Felda Sungai Panching Utara di talian 0147395453.

Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(SALINA BINTI ARBAA)


GURU BESAR
SK SUNGAI PANCHING UTARA
26250 KUANTAN. PAHANG

You might also like