You are on page 1of 24

BAB 1

PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan

Dalam era globalisasi, penggunaan ICT dalam bidang pendidikan merupakan satu fenomena
biasa yang dapat dilihat di mana-mana institusi pendidikan. Penggunaan ICT adalah sangat
meluas terutamanya di Institut Pengajian Tinggi dan tidak ketinggalan juga sekolah-sekolah di
Malaysia yang turut sama berkembang dengan pengenalan kepada teknologi terkini dalam
bidang ICT. Tujuan ICT diperkenalkan di dalam bidang pendidikan adalah untuk memberikan
lebih peluang kepada tenaga pengajar membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang
lebih baik ( Lau et al, 2010). Pelbagai sistem pembelajaran diperkenalkan seperti pembelajaran
berasaskan komputer, pembelajaran berasaskan web dan banyak lagi. E-pembelajaran merupakan
salah satu pembelajaran berasaskan web yang merupakan antara yang popular dan mendapat
perhatian tenaga pengajar disebabkan kefleksibelan dalam penggunaannya. Kewujudan sistem
ini adalah untuk menggantikan pembelajaran sedia ada melalui pendekatan tradisional yang telah
digunakan sekian lama. Namun, kaedah pembelajaran berasaskan web masih belum meluas di
kalangan pelajar-pelajar di sekolah menengah berbanding pelajar-pelajar di institut pengajian
tinggi. Maka kaedah blended learning dilihat sebagai satu kaedah yang dapat menyeimbangkan
pembelajaran secara tradisional dan pembelajaran berasaskan web.Blended Learning merupakan
satu konsep pencampuran model pembelajaran secara konvensional dengan pembelajaran secara
maya melalui teknologi maklumat komunikasi (Hussin et al., 2013). Blended learning
merupakan pengintegrasian antara pembelajaran berbentuk bersemuka dan e-pembelajaran.
Blended learning dilihat sebagai alternatif terbaik setelah penggunaan e-pembelajaran

sepenuhnya yang telah membangkitkan beberapa isu termasuklah pelajar merasa keseorangan
dan kurang kemahiran (Tayebinik,2012).

1.2

Pernyataan Masalah

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah menetapkan anjakan ketujuh dalam
sistem pendidikan adalah memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia. Sepanjang dekad yang lalu, Kementerian telah membelanjakan lebih RM6 bilion
untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah
Bestari. Jumlah ini merupakan antara pelaburan modal paling intensif pernah dilakukan dalam
sistem pendidikan. Walau bagaimanapun, penggunaan ICT di sekolah masih tidak mencapai
tahap yang memuaskan, baik dari segi kualiti mahupun kuantiti. Sebagai contoh, kajian
Kementerian pada 2010 mendapati bahawa lebih kurang 80% guru menggunakan ICT kurang
satu jam seminggu. Kajian tersebut turut mendapati bahawa hanya sepertiga murid menyatakan
bahawa guru mereka menggunakan ICT secara tetap. Kajian UNESCO pada 2012 mendapati
bahawa penggunaan ICT tidak beranjak daripada sekadar penggunaan aplikasi pemprosesan
perkataan sebagai alat pengajaran. ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses
pembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir yang luas. Namun demikian, potensi ini belum
dizahirkan. Pada tahun 2013, sebanyak 10000 buah sekolah di Malaysia telah dilengkapi dengan
akses kepada rangkaian 4G melalui 1BestariNet. Rangkaian ini berfungsi sebagai asas kepada
pembinaan platform pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru, murid, dan ibu bapa
untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif, dan
berkomunikasi secara maya. Anjakan ketujuh ini juga mengharapkan penggunaan ICT dapat
dimaksimumkan bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri untuk

memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap
kemahiran murid. Pada masa depan, murid akan menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih
bersifat peribadi. Mereka dapat mempelajari mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah,
dan belajar secara langsung dengan guru terbaik negara melalui program pembelajaran jarak
jauh. Mereka juga dapat belajar mengikut kadar kendiri, dengan guru bertindak sebagai pemudah
cara dan bukannya sebagai pembekal kandungan mata pelajaran secara langsung. Bagi
memastikan hasrat kementerian pendidikan tercapai, guru akan menggunakan kemudahan ICT
yang dibekalkan untuk melakukan pembelajaran secara maya di mana bahan-bahan pembelajaran
dikongsikan kepada pelajar-pelajar melalui laman web. Model pembelajaran terbaik untuk
menyeimbangkan pembelajaran di web dan tradisional adalah dengan menggunakan kaedah
blended learning. Tetapi, sejauh manakah tahap kesediaan pelajar untuk menerima kaedah
pembelajaran baru ini?
Menyedari akan kehendak dan hasrat kementerian pendidikan untuk memastikan kemudahan
ICT dimanfaatkan dan tahap pendidikan di Malaysia dapat ditingkatkan, tahap kesediaan pelajar
terhadap kaedah ini perlu diberi perhatian dalam proses pelaksanaannya. Oleh sebab itu, tujuan
kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji kesediaan pelajar sekolah menengah terhadap
kaedah pembelajaran berasaskan blended learning. Kajian sebegini pernah dilaksanakan sebelum
ini di Universiti Teknologi Petronas pada tahun 2008 oleh Ahmad et. al untuk melihat persepsi
30 orang pelajar terhadap kaedah blended learning di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Kajian ini dilakukan terhadap pelajar universiti dan bagi kajian saya, saya akan
memfokuskan kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di bandar Kuala Terengganu dan
responden yang akan dipilih untuk menyertai kajian ini lebih ramai bilangannya iaitu seramai 75
orang berbanding hanya 30 orang responden sahaja dalam kajian lepas. Satu kajian lagi
mengenai hubungan kesediaan pelajar mengikuti pembelajaran berasaskan blended learning

berdasarkan jantina dan program telah dihasilkan oleh Osman, N. B. (2016). Hasil dapatan kajian
ini menunjukkan para pelajar tanpa mengira jantina telah bersedia untuk mengikuti pembelajaran
berasaskan blended learning ini. Kajian ini dijalankan di salah sebuah universiti tempatan. Maka
di sini, saya ingin menyambung kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji tersebut di
Sekolah menengah pula.

1.3

Objektif Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada kesediaan pelajar sekolah menengah terhadap kaedah
pembelajaran berasaskan blended learning. Objektif kajian diperincikan sebagaimana di bawah:
1.

Mengenalpasti kesediaan pelajar mengikuti pembelajaran berasaskan Blended learning


berdasarkan jantina.

2.

Mengenalpasti perbezaan kesediaan pelajar mengikuti pembelajaran berasaskan blended


learning berdasarkan jantina

1.4

Persoalan Kajian

Soalan kajian telah dibentuk berdasarkan kepada objektif kajian. Soalan kajian adalah seperti
berikut:
1.

Apakah tahap kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran berasaskan blended


learning berdasarkan jantina?

2.

Adakah terdapat perbezaan kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran berasaskan


blended learning berdasarkan jantina?

1.5

Hipotesis

i)

Tidak ada perbezaan kesediaan pelajar dari segi jantina dalam mengikuti pembelajaran

berasaskan blended learning

1.6

Kerangka Kajian

Rajah 1: Kerangka Konseptual kajian kesediaan pelajar terhadap pembelajaran berasaskan


Blended Learning

1.7

Kepentingan Kajian

Dalam usaha untuk memastikan teknologi baru dapat dikuasai oleh pelajar, terlebih dahulu
tahap kesediaan mereka perlu diambil kira. Dalam konteks yang lebih luas, kajian yang
dijalankan ini diharapkan dapat memberi implikasi terhadap polisi Kementerian Pendidikan
Malaysia berkaitan pembentukkan kurikulum, penyediaan prasarana serta pemilihan bahan
yang bersesuaian untuk diguna pakai dalam persekitaran web dan bilik darjah bagi memastikan
kaedah pembelajaran berasaskan blended learning ini dapat diperluaskan dan digunapakai oleh
banyak pihak . Seterusnya, Kajian ini diharapkan dapat menjadi penyumbang kepada
tinjauan literatur berkaitan kesediaan pelajar dalam penggunaan kaedah blended learning
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pembinaan kurikulum, kajian ini

amat berguna sebagai sumber kepada penggubal kurikulum, JPN, dan pendidik untuk
memahami dengan lebih jelas tahap kesediaan pelajar di sekolah menengah dalam proses
pengintegrasian kaedah blended learning di dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.8

Definisi Istilah

a)

Blended Learning

Di antara definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah blended learning. Perkataan ini
terdiri dari dua perkataan iaitu blend dan learn. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke 4, blend
bermaksud campuran, mengadun atau kombinasi manakala learn pula membawa maksud
belajar. Dari kedua-dua istilah tersebut dapat difahami bahawa konsep blended learning ini
merupakan pola pembelajaran yang mengandungi unsur percampuran atau penggabungan antara
satu pola dengan pola pembelajaran yang lain. Blended learning adalah kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang menggabungkan kaedah konvensional iaitu secara bersemuka dan juga
menggunakan pembelajaran maya melalui dalam talian di mana sahaja pada masa terluang dan
boleh dirujuk pada bila-bila masa (Yu et. al, 2014), Manakala menurut Mosa et al, (2011)
percampuran pola pembelajaran antara dua unsur utama di dalam blended learning itu adalah
melalui pembelajaran di dalam kelas dan pembelajaran atas talian. Dalam pembelajaran atas
talian terdapat pembelajaran yang menggunakan jaringan internet yang di dalamnya ada
pembelajaran berasaskan web. Oliver & Trigwell (2005) pula mendefinisikan blended learning
sebagai penggabungan atau percampuran teknologi berasaskan web untuk mencapai matlamat
pendidikan dan juga menggabungkan sebarang bentuk teknologi pengajaran melalui latihan
bersemuka (face- to- face) yang diterajui pengajar. Terdapat ahli penyelidik lain memberi
pendapat lebih luas berkenaan blended learning ini seperti Whitelock & Jefts (2003) menyatakan
blended learning merupakan satu gabungan bersepadu pembelajaran tradisional (face-to-face)

dengan pendekatan web dalam talian, gabungan media dan alat-alat yang digunakan dalam
persekitaran e-pembelajaran dan juga gabungan beberapa pendekatan pedagogi tanpa mengira
pembelajaran penggunaan teknologi
b.

Kesediaan

Menurut kamus dewan edisi ke 4, kesediaan membawa maksud perihal sedia, kesanggupan, kerelaan. Dalam konteks kajian ini, kesediaan di sini adalah membawa maksud kesanggupan
pelajar dalam menerima kaedah pembelajaran baru iaitu kaedah Blended Learning.
c)

Pelajar

Merujuk kepada sesiapa yang sedang atau dalam keadaan belajar. Pelajar dalam kajian ini
merupakan pelajar tingkatan satu yang telah diberikan pendedahan kepada proses pembelajaran
maya menggunakan medium Frog VLE yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
.

1.9

Batasan

Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Kuala
Terengganu. Dengan itu keputusan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada pelajar-pelajar di
kawasan lain. Kajian ini akan melibatkan seramai 75 orang responden dari tingkatan 1. Data
akan dipungut berdasarkan soal selidik yang diedarkan kepada semua responden.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR
2.1

Pengenalan

Perkembangan teknologi yang semakin pesat telah mengharuskan inovasi di dalam sesuatu
pembelajaran. Inovasi merupakan idea, konsep, strategi baru yang lebih baik dari yang lama dan
yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Antara inovasi yang memungkinkan sesuatu
pembelajaran menjadi lebih menarik dan efektif adalah melalui pendekatan blended learning.
Dalam bab dua kajian literatur ini, akan diperjelaskan mengenai kerangka teoritikal yang
menyokong kaedah Blended learning ini serta sorotan kajian lepas dan jurang kajian berkenaan
Blended Learning.
2.2

Kerangka Teoritikal/Model

Menurut kajian Azuriana (2014) telah mengenalpasti tiga teori pembelajaran yang diguna pakai
dalam

pembelajaran

maya

iaitu

Teori

Pembelajaran

Kognitif,

Teori

Pembelajaran

Konstruktivisme, Teori Pembelajaran Kognitif Multimedia dan Teori Pembelajaran Aktif


a)

Teori Pembelajaran Kognitivisme

Teori ini menekan proses pemikiran di sebalik tingkah laku, iaitu proses yang berlaku dalam
fikiran pelajar. Implikasi Teori Kognitif dalam pengajaran ialah struktur pengetahuan lebih
tersusun dan mempunyai organisasi, manakala pelajar berkemahiran mendapatkan pengetahuan.
Untuk mengaplikasi teori kognitif dalam pengajaran, guru mesti melibatkan pelajar secara aktif.
Contohnya memberi kawalan kepada pelajar dan memastikan pelajar boleh membuat latihan
pada bila-bila masa. Selain itu, guru juga perlu memberikan perhatian kepada penstrukturan dan
organisasi maklumat untuk memudahkan pemprosesan. Kekuatan teori ini ialah melatih pelajar
dengan suatu kaedah yang sama dan seterusnya memupuk keseragaman dalam melakukan kerja.
Manakala kelemahan teori ini pelajar hanya belajar satu kaedah untuk melakukan sesuatu dan

kaedah tersebut berkemungkinan bukan kaedah yang terbaik atau yang sesuai dengan pelajar
atau situasi pada masa berkenaan.
b)

Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada.
Teori ini menekan pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif dan pelajar membina konsep
baru atau pengetahuan baru berasaskan pengalaman. Setiap individu mempunyai perwakilan
pengetahuan sendiri melalui pengalaman yang dialami. Pembelajaran berlaku apabila
ketidakseimbangan berlaku di antara kerangka dengan maklumat baru.
Implikasi teori ini dalam pengajaran ialah:
(i)

guru mengalakkan pembelajaran melalui penemuan,

(ii)

guru dan pelajar berinteraksi secara aktif,

(iii)

guru menyesuaikan pengajaran mengikut kefahaman pelajar,

(iv) guru menggunakan turutan yang paling aktif untuk memberi pengetahuan.
Kekuatan teori ini adalah pelajar merupakan penterjemah yang pelbagai, pelajar dapat
menangani masalah sebenar dalam pelbagai bentuk. Manakala kelemahan teori ini pula tiada
keseragaman. Pelajar mempunyai perwakilan model mental masing-masing dan masalah
mungkin timbul apabila setiap individu mengutarakan pandangan masing-masing. Persekitaran
pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan pembelajaran seseorang
pelajar, melaluinya pelajar akan secara langsung terdedah kepada tugasan (task) yang telah
dirancang oleh guru. Thorsen (2006:4) menjelaskan bahawa salah satu persekitaran pembelajaran
yang bersesuaian dengan penggunaan komputer ialah teori pembelajaran konstruktivisme.
McCracken & Wolfe (2004:16) menjelaskan bahawa konstruktivisme adalah berkaitan dengan
otak manusia yang tidak merekod sesuatu melalui piksel seperti kamera digital. Otak manusia

membina model yang abstrak dan meringkaskan apa yang keluar dari saraf optik. Model-model
ini yang mempengaruhi pengertian seseorang.
c)

Teori Pembelajaran Kognitif Multimedia

Kajian psikologi membuktikan bahawa maklumat verbal akan lebih mudah diingati jika disertai
dengan imej visual. Menurut teori ini pelajar lebih mudah memindahkan pembelajaran mereka
melalui arahan multimedia yang memberi kesan kepada kognitif (Cognitive Theory of
Multimedia Learning) (Azuriana, 2014). Ini secara tidak langsung dapat membantu proses
kefahaman pelajar tersebut terhadap pengajaran yang disampaikan melalui pembelajaran
persekitaran maya.
d)

Teori Pembelajaran Aktif

Manakala Zahari dan Maznah (2007) telah menggunakan Teori Pembelajaran Konstruktivisme
dan Teori Pembelajaran Aktif dalam artikel yang bertajuk Isu-Isu Antaramuka Dalam Sistem
Pembelajaran Maya. Kajian yang dilakukan memfokuskan kepada penggunaan sistem
penyampaian kandungan melalui rekabentuk skrin dalam sistem penyampaian kelas maya di
classnetwork.net iaitu merupakan medium pembelajaran maya dalam sistem pendidikan di
negara Brunei. Walaupun menggunakan classnetwork.net sebagai platform kepada pembelajaran
maya namun ianya dianggap kaedah pembelajaran yang hampir sama dengan platform
VLEFROG kerana menggunakan konsep pembelajaran maya.
Menurut Zahari dan Maznah (2007) Pembelajaran Aktif merupakan pembelajaran dilihat dari
tahap penglibatan pelajar dalam sesi pembelajarannya. Diantara strateginya termasuklah
pembelajaran inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran koperatif. Comets
Workshop (2003:7) menjelaskan bahawa dalam persekitaran pembelajaran aktif, pelajar

membina pengetahuan konseptual dan memperolehinya (bahasa) melalui penglibatannya dalam


aktiviti pembelajaran

2.3

Sorotan Kajian

Memandangkan kaedah blended Learning sering diperkatakan dan diguna pakai dalam sistem
pembelajaran sekarang, maka banyak kajian-kajian yang dijalankan untuk mengkaji tentang
penggunaan kaedah ini dari segi model, kesan ke atas pengguna, tahap penerimaan dan
bermacam lagi. Dinyatakan di sini beberapa kajian berkenaan kaedah Blended Learning.

1)

Kajian Chen, W. S., & Yao, A. Y. T. (2016) ini mengkaji faktor primer melibatkan kesan

kepuasan pelajar terhadap persekitaran Blended Learning. Satu set soal selidik yang merangkumi
enam dimensi yang melibatkan pelajar, pengajar, kursus, teknologi, rekabentuk dan persekitaran
e-pembelajaran menggunakan kaedah Blended Learning. Semua responden yang terlibat berada
dalam lingkungan usia 20an. Keputusan dari analisa regresi menunjukkan 6 dimensi tersebut
saling berhubungan secara positif untuk membentuk kepuasan pelajar. Kajian ini menyimpulkan
yang generasi muda memberikan penekanan lebih terhadap rekabentuk Blended Learning dalam
usaha mencapai tahap kepuasan mereka. Oleh sebab itu, dalam merekabentuk persekitaran
Blended Learning, rekabentuk perlu dititikberatkan untuk menarik perhatian pelajar.
2)

Kajian yang dijalankan oleh Cassum, S. H., Allana, S., & Dias, J. (2016) adalah untuk

.memahami pengalaman fakulti dan pelajar terhadap pedagogi menggunakan kaedah Blended
Learning di dalam pengajian kesihatan. Satu kajian tindakan dilakukan untuk mengintegrasikan
perancangan, tindakan dan kajian. Sampel kajian diambil dari pelajar tahun satu Post RN BScN
di Aga Khan University School of Nursing and Midwifery, seramai (n= 59) orang pelajar terlibat.

Data dikumpul secara berfokus iaitu melalui perbincangan kumpulan. Dapatan kajian menjurus
ke arah tahap kesediaan pelajar,motivasi dan self- directedness.
3)

Osman, N. B. (2016) di dalam kajiannya berkenaan Hubungan Kesediaan Pelajar

Mengikuti Pembelajaran Berasaskan Blended Learning berdasarkan Jantina dan Program


terhadap 248 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun satu yang mengambil kursus Bahasa Arab
di UNISZA. Soal selidik diberikan kepada responden untuk dijawab. Hasil daripada kajian yang
dijalankan menunjukkan bahawa para pelajar telah bersedia untuk mengikuti pengajian
berasaskan Blended Learning untuk pengajian mereka di universiti tersebut.
4)

Wai, C. C., & Seng, E. L. K. (2015) memfokuskan kajian kepada satu set data kuantitatif

berkenaan persepsi terhadap persekitaran Blended Learning, sikap terhadap teknologi, serta
keberkesanan Blended Learning menggunakan path analysis. Data dikumpulkan dari satu
kumpulan pelajar pengajian bisnes yang terlibat dengan persekitaran kaedah pembelajaran
Blended Learning. Dapatan kajian menunjukkan kaedah Blended Learning memang
menunjukkan peningkatan dalam pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran.
5)

Kajian Wai, C. C., & Seng, E. L. K. (2014) ini dilakukan untuk mengkaji persepsi pelajar

tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Blended Learning.


Satu kes pembelajaran dibentuk dan melibatkan 120 orang pelajar pengajian bisnes di sebuah
universiti swasta untuk kajian ini. Satu set soalan kaji selidik diberikan kepada responden
tersebut untuk mengkaji keberkesanan kaedah Blended Learning di dalam pengajaran
menggunakan Path Analysis. Keputusan kajian menunjukkan kaedah Blended Learning dapat
meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar dan hasil pembelajaran.

6)

Dalam kajian Musa, M. A. (2012) ini, dua faktor utama yang berkaitan faktor kejayaan

kritikal e-pembelajaran seperti faktor teknologi dan pelajar diuji. Seramai 450 orang pelajar
ijazah dan sarjana dari Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Universiti Teknologi
Malaysia digunakan sebagai pengukur keatas faktor-faktor yang berkaitan. Hasil ujian
menunjukkan bahawa faktor teknologi; kelajuan melayari internet adalah faktor yang paling
kritikal, manakala bagi faktor pelajar; penyertaan pengajar di dalam perbincangan merupakan
faktor yang kritikal untuk e-pembelajaran.

7)

Lpez-Prez, M. V., Prez-Lpez, M. C., & Rodrguez-Ariza, L. (2011) di dalam

kajiannya berkenaan persepsi pelajar terhadap aktiviti yang dilakukan di dalam Blended
Learning menyatakan dapatan kajian ke atas 17 kumpulan seramai 1431 pelajar yang berdaftar
sepanjang 2009-2010 menunjukkan penggunaan kaedah Blended Learning memperlihatkan
kesan positif dalam mengurangkan kadar pengguguran subjek dan meningkatkan markah pelajar
di dalam peperiksaan.
8)

Kajian yang dijalankan oleh Castle, S. R., & McGuire, C. J. (2010) adalah untuk mendapatkan

faktor yang mempengaruhi kualiti sesebuah pembelajaran yang dijalankan secara atas talian dan
hubungannya dengan pembelajaran secara bersemuka dengan pembelajaran secara atas talian. Dapatan
kajian menunjukkan hasil kejayaan suatu pengajaran yang dijalankan secara atas talian atau secara
bersemuka hendaklah menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dengan responden serta bahan
penyelidikan agar pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah berkesan dan sesuai untuk
dipraktikkan.
9) Kajian Ahmad, W. F. B. W., Shafie, A. B., & Janier, J. B. (2008, December) menunjukkan

dapatan yang positif terhadap minat dan persepsi pelajar di dalam subjek Matematik

menggunakan kaedah Blended Learning. Kaedah Blended Learning dilihat dapat memotivasikan
pelajar untuk belajar topik tersebut. Kajian ini mengkaji pengaruh pendekatan Blended Learning
untuk melihat persepsi pelajar semasa belajar topik integration di dalam subjek Matematik.
Seramai 30 orang responden telah terlibat untuk menjayakan kajian ini. Dapatan kajian
menunjukkan pelajar menunjukkan persepsi positif terhadap kaedah Blended Learning yang
dapat menyokong pembelajaran mereka.
10)

Kajian yang dijalankan oleh Haron, S. (2003), dianggarkan seramai 244 orang pelajar

dari dua buah universiti terlibat dalam kajian ini. Dua set data digunakan dalam kajian ini di
mana set data pertama mengandungi 109 orang responden, 53 orang dari UNITAR and 56 orang
dari UiTM. Data kedua mengandungi 135 orang responded, 65 orang dari UNITAR and 70 orang
dari UiTM. Hasil kajian menunjukkan penuntut web based di Malaysia berada di bawah purata
untuk tahap kesediaan mereka bagi pembelajaran kendiri.

2.5

Jurang Kajian

Kajian tahap kesediaan pelajar terhadap kaedah Blended Learning pernah dilaksanakan sebelum
ini di Universiti Teknologi Petronas pada tahun 2008 oleh Ahmad et. al untuk melihat persepsi
30 orang pelajar terhadap kaedah blended learning di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Kajian ini dilakukan terhadap pelajar universiti dan bagi kajian saya, saya akan
memfokuskan kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di bandar Kuala Terengganu dan
responden yang akan dipilih untuk menyertai kajian ini lebih ramai bilangannya iaitu seramai 75
orang berbanding hanya 30 orang responden sahaja dalam kajian lepas. Satu kajian lagi
mengenai hubungan kesediaan pelajar mengikuti pembelajaran berasaskan blended learning
berdasarkan jantina dan program telah dihasilkan oleh Osman, N. B. (2016). Hasil dapatan kajian

ini menunjukkan para pelajar tanpa mengira jantina telah bersedia untuk mengikuti pembelajaran
berasaskan blended learning. Kajian ini dijalankan di salah sebuah universiti tempatan. Maka di
sini, saya ingin menyambung kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji tersebut di
Sekolah menengah pula.

BAB TIGA
METODOLOGI KAJIAN
3.1.

Pengenalan

Bab ini akan menerangkan metodologi yang digunakan dalam kajian ini bagi meninjau
kesediaan pelajar terhadap pembelajaran berasaskan blended learning di sekolah menengah
berdasarkan faktor jantina. Metodologi sebagai suatu prosedur yang sistematik dalam
menggabungkan

pendekatan

kajian

serta

analisis

data

bagi

memastikan prestasi

penyelidikan dapat dicapai dengan sempurna (Othman, 2001; Hamidah,2007). Maka,


penerangan dalam bab ini akan melibatkan penerangan mengenai reka bentuk kajian,
populasi dan persampelan, kebolehpercayaan

dan

keesahan, kajian rintis, kaedah

pengumpulan data dan penganalisaan data.

3.2

Reka Bentuk Kajian.

Secara umumnya kajian ini adalah kajian kuantitatif untuk mengkaji secara empirikal dan
sistematik berkaitan kesediaan pelajar terhadap pembelajaran berasaskan blended learning
berdasarkan faktor jantina. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Menurut
Creswell (2005) reka

bentuk

kajian tinjauan

kuantitatif dan dimana

pengkaji

menjalankan

adalah
satu

prosedur

tinjauan

dalam

terhadap

penyelidikan
sampel

atau

keseluruhan populasi. Dalam kajian ini, kaedah tinjauan dilakukan dengan mengumpul
maklumat

daripada sebahagian populasi yang ingin dikaji. Chua,(2007) menyatakan bahawa

kajian tinjauan adalah satu kaedah di mana penyelidik memperoleh data secara langsung
daripada sampel. Soal selidik yang diedarkan dalam kajian ini terbahagi kepada dua

bahagian utama iaitu Bahagian A: Demografi Respoden dan Bahagian B: Soalan Berkaitan
Kajian.
3.3.

Populasi dan Persampelan.

Dalam membuat kajian kuantitatif, ada dua cara untuk mendapatkan sampel bagi tujuan kajian
iaitu samada secara rawak atau bukan rawak. Sampel yang diambil secara rawak dari sesebuah
populasi akan digunapakai sebagai inferens kepada populasi yang hendak dikaji itu. Maknanya,
selepas selesai kajian dijalankan dan selepas melihat kepada hasil dapatan kajian, kita dapat
mengatakan bahawa sampel yang kita pilih itu mewakili populasi dari semua segi yang
dipaparkan oleh sampel tadi. Populasi kajian ini melibatkan 125 orang pelajar tingkatan satu
yang berumur 13 tahun di sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu. Seramai
75 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian mengikut kaedah persampelan rawak
sistematik di mana di sekolah itu terdapat 5 buah kelas tingkatan satu. Setiap kelas itu
mengandungi 25 orang pelajar. Lima buah kelas itu di susun mengikut turutan nombor satu
hingga lima. Kelas bernombor ganjil akan dipilih sebagai sampel kajian iaitu kelas bernombor 1,
3, dan 5.

3.4

Prosedur Pengumpulan data

Sebelum menjalankan kajian ini, kebenaran untuk menjalankan kajian akan dipohon dengan
pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan pengetua sekolah yang berkenaan, dan juga
guru kelas yang telah terpilih untuk dijadikan sampel kajian. Hanya setelah kelulusan kebenaran
untuk melakukan kajian diterima, barulah proses mendapatkan maklumat dari responden dapat
dijalankan.

3.5

Kaedah Pengumpulan Data

Pengumpulan data adalah dengan menggunakan instrumen kajian yang dilakukan dengan
menggunakan borang soal selidik. Soalan soal selidik ini diambil daripada kajian yang
pernah dijalankan oleh Osman N.B (2016). Kajian kuantitiatif ini melibatkan edaran set soal
selidik untuk meninjau persepsi dan kesediaan pelajar terhadap pembelajaran berasaskan
blended learning berdasarkan faktor jantina dan umur. Dalam set soal selidik yang diedarkan
mengandungi item-item berikut yang bertujuan untuk menjawab persoalan kajian dan mencapai
objektif kajian.
Item-item yang terkandung set soal selidik adalah seperti berikut :
i.

Bahagian A

Bahagian ini melibatkan maklumat demografi responden yang terdiri daripada maklumat
berkaitan jantina pelajar.
ii.

Bahagian B

Bahagian B mengandungi item-item yang digunakan untuk mengumpul maklumat berkaitan


persoalan

kajian.

Bahagian

ini

terdiri

daripada

10

item

yang

digunakan untuk

mengenalpasti kesediaan pelajar terhadap pembelajaran berasaskan blended learning di sekolah


menengah berdasarkan faktor jantina. Item-item tersebut adalah:
1.

Saya mampu untuk belajar sendiri.

2.

Saya seorang yang berdikari dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

3.

Saya selesa untuk menggunakan teknologi dalam pembelajaran saya.

4.

Saya mempunyai kemahiran untuk menggunakan kaedah pembelajaran elektronik


(e-pembelajaran).

5.

Saya yakin pembelajaran bersemuka tidak boleh diabaikan kerana pembelajaran

bersemuka mempunyai kelebihannya yang tersendiri.


6.

Saya percaya e-pembelajaran juga mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang


tersendiri.

7.

Saya lebih berminat untuk mengikuti blended learning (gabungan pembelajaran


bersemuka & e-pembelajaran) berbanding dengan pembelajaran bersemuka sepenuhnya.

8.

Saya lebih berminat untuk mengikuti blended learning berbanding dengan


e-pembelajaran sepenuhnya.

9.

Saya bersedia untuk mengikuti blended learning pada bila-bila masa.

10.

Saya bersedia untuk menghadapi cabaran dalam mengikuti blended learning.

Bagi konstruk kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran berasaskan blended learning,
Skala likert lima peringkat digunakan iaitu
1.

Sangat Tidak Setuju

2.

Tidak Setuju

3.

Tidak pasti

4.

Setuju

5.

Sangat Setuju

3.6

Penganalisaan Data

Pengumpulan data menerusi soal selidik ini dijangka akan memakan masa selama dua minggu
kerana beberapa sesi perlu diadakan memandangkan pelajar yang terlibat agak ramai. Pelajar
akan diberi masa sehingga 15 minit untuk menjawab soal selidik tersebut. Setelah selesai, borang
soal selidik ini akan dikumpul dan dianalisa menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages

for the Social Sciences) versi 18. Kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan
untuk menggambarkan hasil dapatan kajian.

3.6.1.

Statistik deskriptif

Dalam kaedah ini, data dianalisa untuk menggambarkan hasil kajian dengan
mendapatkan kekerapan, peratusan dan nilai min. Maklumat demografi responden serta
semua item dalam soalan selidik dianalisis dan dihuraikan dengan kekerapan dan peratusan
bagi tujuan perbandingan. Hubungan di antara nilai min yang diperolehi daripada analisis
dihubungkaitkan dengan tahap kesediaan pelajar dalam pembelajaran berasaskan Blended
Learning.
SKALA

TAHAP

3.01 hingga 4.00

Tinggi

2.01 hingga 3.00

Sederhana

1.00 hingga 2.00

Rendah

Jadual 3.1 : Interpretasi skor min mengikut tahap


(Sumber:Yee Mei Heong, Jailani Bin Md Yunos, Razali Bin Hassan,2011)

3.6.2. Statistik inferensi


Bagi pengujian hipotesis, statistik inferensi digunakan. Statistik inferensi yang digunakan
melibatkan ujian-t, digunakan untuk menilai pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat. Analisis
inferensi menggunakan ujian-t digunakan untuk membandingkan pembolehubah bersandar
dengan pembolehubah tidak bersandar di mana dalam kajian ini ujian-t digunakan untuk

membandingkan kesediaan pelajar terhadap pembelajaran blended learning berdasarkan jantina.

3.7

Keboleh percayaan Dan Keesahan

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu bentuk kajian tinjauan yang melibatkan edaran soal
selidik yang diadaptasi daripada kajian yang dijalankan oleh Osman N.B (2016). Kajian
rintis akan dijalankan bagi mengenal pasti kebolehpercayaan dan kesahan borang soal
selidik. Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan ke atas 25 orang pelajar dari kelas
bernombor genap samada kelas 2 atau 4 akan dapat menunjukkan tahap kebolehpercayaan soal
selidik tersebut.

Rujukan

Ahmad, W. F. B. W., Shafie, A. B., & Janier, J. B. (2008, December). Students perceptions towards
Blended Learning in teaching and learning Mathematics: Application of integration. In Proceedings
13th Asian Technology Conference in Mathematic (ATCM08), Suan Sunanda Rajabhat, University
Bangkok,

Akkoyunlu, B., & Yilmaz-Soylu, M. (2008). A Study of Student's Perceptions in a Blended Learning
Environment Based on Different Learning Styles.Educational Technology & Society, 11(1), 183-193.

Auster, C. J. (2016). Blended Learning as a Potentially Winning Combination of Face-to-face and Online
Learning An Exploratory Study. Teaching Sociology, 44(1), 39-48.

Buzdar, M. A., Ali, A., & Tariq, R. U. H. (2016). Emotional Intelligence as a Determinant of Readiness for
Online Learning. The International Review of Research in Open and Distributed Learning,

17(1).Thailand.

Cassum, S. H., Allana, S., & Dias, J. (2016). Experiences of Adopting Blended Pedagogies in Health
Assessment Course in Post RN Baccalaureate Program of Nursing in Karachi, Pakistan. Journal of
Education and Training Studies, 4(1), 221-228.

Castle, S. R., & McGuire, C. J. (2010). An analysis of student self-assessment of online, blended, and
face-to-face learning environments: Implications for sustainable education delivery. International
Education Studies, 3(3), 36.

Chen, W. S., & Yao, A. Y. T. (2016). An Empirical Evaluation of Critical Factors Influencing Learner
Satisfaction in Blended Learning: A Pilot Study.

Comets Workshop. (2002). Active Learning Comets Workshop. Di akses pada 25 Oktober 2015
daripada http://www.rit.edu/~comets/ pages /workshops/activelearningwkshop.html

Haron, S. (2003). The relationship between readiness and facilitation of self-directed learning and
academic achievement: A comparative study of web-based distance learning models of two
universities (Doctoral dissertation, Universiti Putra Malaysia).

Hussin, Z., Siraj, S., Darusalam, G., & Salleh, N. H. M. (2015). KAJIAN MODEL BLENDED LEARNING
DALAM JURNAL TERPILIH: SATU ANALISA KANDUNGAN. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia
Pasifik,3(1).

Kaur, M. (2013). Blended learning-its challenges and future. Procedia-Social and Behavioral Sciences,
93, 612-617.

Lpez-Prez, M. V., Prez-Lpez, M. C., & Rodrguez-Ariza, L. (2011). Blended learning in higher
education: Students perceptions and their relation to outcomes. Computers & Education, 56(3), 818826.

Musa, M. A. (2012). UNDERSTANDING CRITICAL SUCCESS FACTORS IN UTM E-LEARNING FROM


STUDENTS PERSPECTIVES (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Malaysia, P. P. P. Malaysia 2013-2025.(2012). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mosa, A., Yoo, I., & Sheets, L. (2011). A Systematic Review of Healthcare Applications for Smartphones.
BMC Medical Informatics and Decision Making, 12, 67

Osman, N. B. (2016). HUBUNGAN KESEDIAAN PELAJAR MENGIKUTI PEMBELAJARAN


BERASASKAN BLENDED LEARNING BERDASARKAN JANTINA DAN PROGRAM. Jurnal Kurikulum
dan Pengajaran Asia Pasifik,4(2).

Oliver, Martin & Trigwell, Keith. (2005). e- Learning Journal, Volume 2, Number 1

Perpustakaan, D. B. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan.

Tayebinik, M., & Puteh, M. (2013). Blended Learning or E-learning?.Tayebinik, M., & Puteh, M.(2012).
Blended Learning or E-learning, 103-110.

Thorsen, C. 2006. TechTactics Technology for Teachers. Boston: Pearson Education Inc.Whitelock, D.
& Jelfs, A. (2003). Editorial: Journal of Educational Media Special Issue on Blended Learning, Journal
of Educational Media, 28(2-3), pp. 99-100.

Wai, C. C., & Seng, E. L. K. (2014). Exploring the effectiveness and efficiency of blended learning tools in
a school of business. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 123, 470-476.

Wai, C. C., & Seng, E. L. K. (2015). Measuring the effectiveness of blended learning environment: A case
study in Malaysia. Education and Information Technologies, 20(3), 429-443.

Whitelock, D. & Jelfs, A. (2003). Editorial: Journal of Educational Media Special Issue on Blended
Learning, Journal of Educational Media, 28(2-3), pp. 99-100.

Yu C. K., Belland. B. R, Kerstin E. E. Schroder K. E. E & Walker A. E. (2014). K-12 teachers perceptions
of and their satisfaction with interaction type in blended learning environments. Distance Education, 35
(3): 360-381.

Zahari Hamidon dan Raja Maznah Raja Hussin. (2007). Isu-Isu Rekabentuk Antaramuka Dalam Sistem
Pembelajaran Kelas Maya

You might also like