You are on page 1of 1

Nyatakan jenis-jenis lampu yang digunakan dalam suatu pementasan.

Pencahayaan merupakan salah satu elemen teknikal yang penting dalam sesebuah
pementasan. Setiap babak ataupun bahagian memerlukan teknik pencahayaan yang berbeza
untuk menyokong sesebuah pementasan serta menimbulkan kesan artistik dalam teater
tersebut. Pencahayaan dapat berfungsi sebagai penerangan terhadap pelakon dan teater
kerana ia membantu pelakon menciptakan suasana yang penuh dengan emosi dan jiwa.
Pencahayaan juga penting kerana ia dapat memberikan pengaruh psikologi, berfungsi sebagai
hiasan dan dapat memberikan petunjuk kepada penonton dalam menentukan waktu seperti
pagi dan petang serta suasana dalam setiap pementasan. Dalam unsur pencahayaan, terdapat
beberapa unsur yang penting yang harus diperhatikan. Antaranya adalah peralatan yang
lengkap seperti lampu.
Antara lampu yang sesuai dengan pementasan ialah pertama, Fresnal. Lampu fresnal dicipta
oleh Augustin-Jean Fresnal yang dapat menghasilkan cahaya lembut dan luas kerana lense
plano-convexnya yang unik. Lampu ini biasanya digunakan untuk menerangkan kawasan
yang agak luas dan diletakkan sama ada dibahagian belakang pentas atau dikawan hadapan
pentas. Lampu ini mempunyai dua fungsi iaitu Flood Focus ; serakan pencahayaan yang
luas dan spot focus ; serakan pencahayaan yang paling kecil.
Seterusnya ialah Par Can. Par Can dicipta oleh Clarence Birdseye iaitu seorang pelopor
makanan sejuk beku. Lampu Par Can sering digunakan dalam pementasan teater kerana ia
lampu yang paling praktikal dan banyak digunakan keana ketahanan dan kelasakannya.
Selain itu, Ellipsoidal juga penting dalam sesuatu pementasan. Lampu ellipsoidal reflector
spotlight (ERS) mempunyai laras focus yang boleh digunakan untuk memfokuskan cahaya
mengikut kesesuaian. Lampu ini juga terdapat slot gobo untuk membuat kesan khas. Ia
sentiasa digunakan sebagai lampu hadapan dan mempunyai variasi mengunakan shutters, iris
dan gobo.
Kesimpulannya, penggunaan lampu dan tatacahaya sangat penting dalam mendukung sesuatu
pementasan teater. Penggunaan lampu atau teknologi yang tinggi dalam persembahan teater
menjadi sesebuah persembahan itu menjadi lebih menarik dan berbentuk realiti. Kejayaan
sesuatu peesembahan itu bergantung kepada kepakaran dalam menggunakan teknologi.

You might also like