You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK

SELATAN, KUALA LUMPUR.

KERTAS CADANGAN
KECERIAAN MAKMAL SAINS
SK BANDAR TASIK SELATAN
TARIKH PERLAKSANAAN :
11 JULAI 29 JULAI 2011

ANJURAN :
GURU PELATIH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

KERTAS KERJA
PROJEK KECERIAN DAN KEBERSIHAN MAKMAL SAINS
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK SELATAN,
BANDAR TASIK SELATAN, KUALA LUMPUR

1. PENDAHULUAN
Makmal sains merupakan bilik khas yang terdapat di sekolah untuk memberikan murid
dan guru peluang untuk menjalakan aktiviti dan penyiasatan berkenaan topik pelajaran
sains di sekolah. Terdapat banyak kemudahan bahan dan alatan yang disedikan di
dalam makmal untuk digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.
Pengurusan makmal yang sistematik serta persekitaran yang bersih dan ceria dapat
meningkatkan lagi minat murid untuk mempelajari subjek sains.

2. OBJEKTIF
2.1
Menyusun semula bahan dan radas di dalam makmal secara sistematik.
2.2
Melabel bahan dan radas yang di susun mengikut nama dan jenis bahan.
2.3
Membersih dan menceriakan persekitaran makmal sains.
2.4
Menyemak semula senarai dan bilangan bahan dan radas yang terdapat di
dalam makmal sains.
3. SASARAN
Projek ini akan dilaksanakan oleh guru pelatih subjek major sains sebagai salah
satu projek semasa internship. Guru pelatih yang terlibat ialah :
1. Nurhidayah binti Afandi
2. Nur Diyana bt Makhzani

4. TARIKH DAN MASA


Tarikh: 11- 29 Julai 2011

Masa: 3.00 petang - 6.00 petang


Tempat : Makmal Sains

5. AKTIVITI
Aktiviti yang dicadangkan.
1. Membersihkan dan menyusun semula bahan dan radas di dalam makmal
2.
3.
4.
5.
6.
7.

secara sistematik.
Menceriakan persekitaran makmal sains.
Melabel bahan dan radas di rak-rak dan tempat yang telah ditetapkan.
Menceriakan papan kenyataan di dalam makmal sains.
Meletakkan maklumat dan info berkaitan sains pada papan kenyataan.
Mengira dan menyemak semula bilangan bahan dan radas di dalam makmal.
Membersihkan dan membuang alatan-alatan yang telah pecah dan tidak boleh di
gunakan lagi.

6. KEWANGAN
a) Anggaran perbelanjaan

Bil
1
2
3
4

Perbelanjaan
Kertas pembalut hadiah
Pelekat 3D
Pita pelekat
Kertas warna berpelekat
JUMLAH

Kuantiti
10 x RM 0.50
2 x RM 5.00
10 x RM 2.50
1 x RM 5.00

Amaun (RM)
RM 5.00
RM10.00
RM 25.00
RM 5.00
RM40.00

7. Penutup
Diharapkan projek ini dapat meningkatkan lagi pengurusan makmal yang lebih
teratur dan lebih ceria. Makmal sains merupakan salah satu ruang kerja untuk pelajar
melakukan aktiviti aktiviti yang melibatkan penyiasatan. Dengan pertambahan bahan
bahan sains yang baru membolehkan murid-murid untuk merasai dan meneroka
bidang sains dengan lebih mendalam. Semoga makmal yang bersih dan ceria dapat

meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek sains dengan suasana yang
selesa.
Disediakan oleh,

Disokong oleh,

( Cik Nurhidayah bt Afandi )

( Pn. Normazila bt Mustaffa )

Guru pelatih (major sains )

Ketua Panitia Sains

SK Bandar Tasik Selatan

SK Bandar Tasik Selatan

Disahkan oleh,
.
( Pn. Ainun bt Salleh )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan

You might also like