You are on page 1of 19

SENARAI KANDUNGAN

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


WAJ 3143 BINA INSAN GURU
SIRI 4 SEMESTER 5/2016
(PROGRAM KHIDMAT KEMASYARAKATAN)

THANESYWARI A/P ELLVARAJ


(950107-08-5972)
PROGRAM
OPSYEN
NAMA DAN KOD
KURSUS
TAJUKTUGASAN

2014122340019
5 PISMP
MATEMATIK (SJKT)
WAJ 3143 BINA INSAN GURU
LAWATAN PENANDA ARAS DAN

PROJEK

BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH

ENCIK HAMZAH BIN NUN

TARIKH HANTAR

4OGOS 2016

SENARAI KANDUNGAN

MUKA

BIL

TAJUK

Borang maklum balas

ii

Halaman pengakuan

1.0

Pengenalan

2.0

Matlamat

3.0

Objektif

SURAT

Laporan Program Bina Insan Guru Siri 4 Semester 5


2016
4.0

5-11

4.1 Laporan lawatan ke sekolah kluster


4.2 Laporan bengkel pengurusan pendidikan abad ke-

12-15

21

5.0

Analisis SWOT

6.0

Penutup

7.0

Refleksi Kendiri

19-20

8.0

Lampiran

21-30

Nama:

16-17
18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)
AngkaGiliranPelajar:

TajukTugasan:

Pensyarah:
TarikhHantar:

Subjek / Kursus:

PengakuanPelajar
Saya mengaku tugasaniniadalahhasilkerjasayasendirikecualinukilandanringkasan yang
setiapsatunyasayajelaskansumbernya.
Tandatangan : _________________________
(
)

PerincianMaklumBalasTugasan
Pemeriksa
Kekuatan:

Moderator
Kekuatan:

Aspek yang bolehdiperbaiki:

Tandatangan:

Tarikh : ____________

Aspek yang bolehdiperbaiki:

Tarikh:

Tandatangan:
Tarikh:
PengesahanPelajarTerhadapMaklumbalas Yang DiberikanPensyarah.
Sayamengesahkanbahawamaklumbalas yang
diberikanolehpensyarahtelahsayarujukdanfahami.
TandatanganPelajar:
Tarikh:

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiaptiap satunya telah saya jelaskan sumbernya,

Tandatangan

Nama penulis

: THANESYWARI A/P ELLVARAJ

Tarikh

: 4 OGOS 2016

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5/2016


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
AMBILAN JUN 2014
1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada Januari 2001 untuk memenuhi
keperluan Latihan Perguruan Pra-Perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan adalah
menekankan unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses
pembinaan insan guru yang berlandaskan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Pendek kata,
pembinaan insan guru merupakan asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka
kepada pembentukan Negara Bangsa. Oleh itu, Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan
satu program yang diwajibkan ke atas semua siswa siswi yang mengikuti mana-mana
pengajian di IPG seluruh Malaysia termasuklah Insitut Program Guru Kampus Temenggung
Ibrahim.
Berdasarkan proforma BIG siri 5 pada tahun 2016 ini, semua guru pelatih
dikehendaki mengikuti dua aktiviti iaitu mengikuti lawatan untuk penanda aras Sekolah
Cemerlang di Masai dan juga menghadiri bengkel pengurusan pendidikan abad ke-21 pada
19 Julai 2016. Program ini telah dianjurkan oleh IPG Kampus Temenggung Ibrahim yang
disertai oleh seramai 41 Orang Guru Pelatih 5 PISMP Ambilan Jun 2014 yang mana 19
orang pesertanya adalah dari opsyen Sains manakala 21 orang pesertanya adalah dari
opsyen Matematik.

Program ini mempunyai matlamat tertentu iaitu ia merupakan salah satu usaha
pencetus kepada usaha pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang
yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental dan bermanfaat kepada diri, keluarga,
masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Tujuan utama Program Bina
Insan Guru (BIG) diadakan adalah untuk menunjukkan ciriciri insan yang berakhlak mulia,
meningkatkan

semangat

berpasukan

dan

mengamalkan

hidup

bersepakat

serta

bertanggungjawab kepada pasukan. Para guru pelatih juga dapat meningkatkan dan
menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat dan
meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan. Melalui
program aktiviti kemasyarakatan ini guru pelatih dapat meningkatkan profesionalisme
keguruan dan juga khidmat masyarakat di kalangan peserta.

2.0 MATLAMAT
Program Bina Insan Guru ini bermatlamat untuk melahirkan bakal guru yang
harmonis dan seimbang dari semua segi, iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial, sesuai dengan matlamat falsafah Pendidikan Negara. Program ini juga bertujuan
bagi menerapkan guru-guru pelatih dengan ciri-ciri, potensi dan citra diri seorang insan guru,

pembinaan self-esteem, membina daya saing yang tinggi di samping mampu membuat
refleksi diri dalam menghadapi cabaran yang akan dihadapi dalam profesion perguruan.

3.0 OBJEKTIF

Dalam Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa lV ini, terdapat beberapa objektif yang perlu
dicapai menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Yang pertama, melalui program BIG ini guru
pelatih dapat pengetahuan yang jelas tentang pengurusan sekolah kelas dengan baik.
Program ini telah menjadi satu usaha untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan
pensyarah-pensyarah IPGKTI dan juga guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Masai.
Selain itu, program ini dapat membantu untuk memperkembangkan potensi sebagai
insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam
semua aspek tugas. Program ini juga memerlukan guru pelatih menghayati dan menguasai
kemahiran bekerja secara berkumpulan serta memupuk semangat kerjasama antara satu
sama lain. Guru pelatih dapat menyedari kepentingan bekerja secara berkumpulan kerana
kejayaan sesuatu program bolehlah dicapai sekiranya mempunyai kerjasama dan
penglibatan daripada semua guru pelatih dari opsyen Matematik dan juga Sains.
Program yang dijalankan

juga membantu para guru pelatih untuk merancang,

melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam
kumpulan. Hal ini demikian kerana setiap aktiviti yang dijalankan telah mempunyai
perancangan yang rapi diikuti dengan pelaksanaan aktiviti yang melibatkan peranan semua
guru pelatih supaya kerja dapat dimudahkan dan persiapan dapat dipercepatkan.
Akhirnya, program ini memerlukan guru pelatih menghayati dan menunjukkan ciri-ciri
kerohanian, nilai, akhlak dan etika keguruan serta bertanggungjawab. Sebagai bakal guru,
guru pelatih perlu mematuhi ajaran agama dan memupuk nilai, etika dan akhlak keguruan
dalam sanubari masing-masing agar guru-guru menjadi teladan yang baik kepada muridmuridnya.
4.0 LAPORAN
LAPORAN PERKHEMAHAN DAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5
TAHUN 2016
NAMA PELAJAR

: THANESYWARI A/P ELLVARAJ

AMBILAN

: JUN 2014

SEMESTER

:5

OPSYEN

: MATEMATIK (SJKT)

TARIKH

: 19 JULAI 2016

TEMPAT

: SJK(T) MASAI

4.1 : LAPORAN REFLEKTIF: PROGRAM BINA INSAN GURU, FASA 5


TAJUK

: LAWATAN/PENANDA ARAS/BENCH MARKH SEKOLAH CEMERLANG

LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA

4.1.1 Sebelum Aktiviti ( Persediaan Awal)


Sebelum menjalani program ini, opsyen kami iaitu 5 PISMP Matematik bersama
dengan opsyen 5 PISMP Sains telah mengadakan satu mesyuarat untuk membentuk satu
jawatankuasa bagi aktiviti ini pada 19 Julai 2016. Mesyuarat ini diadakan di tempat Pelajar
Kegiatan Aktiviti (PKP) dan dikendalikan oleh pengerusi dan naib pengerusi BIG V iaitu
Shivaashinii Munesbaran dan K. Arrivintthan Krishnan. Selepas berbincang dengan
pensyarah yang bertanggungjawab iaitu En Azman kami telah memilih Sekolah Kluster
Kecemerlangan SJK(T) Masai dengan persetujuan kedua-dua guru pelatih opsyen
Matematik dan Sains. Selepas itu tentatif program dibuat dengan berbincang bersama ahli
jawatankuasa lain.
Kami telah membahagikan ahli jawatankuasa bagi kedua-dua program tersebut
supaya ia dapat berjalan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Kemudian, satu
mesyuarat telah diadakan bersama semua jawatankuasa dalam aktiviti ini bersama dengan
pengerusi dan naib pengerusi. Dalam mesyuarat tersebut kami telah diberitahu kerja-kerja
yang perlu dilakukan untuk memudahkan kelicinan program. Bagi program ini, saya diberi
jawatan sebagai AJK Hadiah yang ditugaskan untuk memohon cenderamata dari Jabatan
HEP IPGKTI untuk memberi kepada Guru Besar SJKT Masai.
Selepas

menyediakan kertas kerja saya telah menghantar kepada pensyarah

pembimbing kami En.Azman untuk menyemak jika ada sebarang kesilapan dalam kertas
kerja tersebut. Setiausaha progrma ini telah menghubungi GPK(HEM) sekolah tersebut
untuk memberitahu kedatangan kami serta memastikan penghantaran surat kepada pihak

sekolah. Selain itu, ahli jawatankuasa lain juga melakukan kerja mengikut pembahagian
kerja. Dengan ini, kami dapat menyiapkan kerja dengan cepat dan berkesan.
Sehari sebelum melawat sekolah tersebut, Pengerusi Fasa Big 5 telah mengadakan
taklimat yang ringkas mengenai lawatan ke sekolah kluster SJK(T) Masai. Perkara yang
dibincangkan adalah menyelaraskan pakaian, masa bertolak dari IPGKTI, tentatif program
dan sebagainya. Kami juga mencari serba sedikit maklumat mengenai sekolah tersebut
untuk mendapatkan gambaran keseluruhan.

4.1.2 Semasa Aktiviti


Tarikh : 19 JULAI 2016 (SELESA)
Pada 19 Julai 2016, guru-guru pelatih dari opsyen 5 PISMP Matematik dan Sains
telah berkumpul di hadapan blok I dan Jabatan Hal ehwal pelajar (HEP) sekitar pukul 7.15
pagi. Setelah mengambil kehadiran dan memastikan cenderamata yang ingin dibawa
mencukupi, kami telah menaiki bas dan bertolak meninggalkan kawasan kampus. Kami juga
menantikan ketibaan mentor kedua-dua opsyen kami iaitu Pn.Khalidah binti Ahman (mentor
Sains) dan En.Hamzan bin Nun (mentor Matematik). Bas IPG telah membawa kami ke sana.
Hampir satu jam kemudian, kami telah tiba di perkarangan Sekolah Jenis Kebangsaan
Masai pada pukul 8.45 pagi.

Rajah 1.0: Ketibaan guru pelatih 5 PISMP (Matematik & Sains) ke SJK(T)Masai
Setelah tiba di Sekolah, kami telah menerima sambutan mesra daripada Guru Besar
sekolah iaitu Puan Periachi bersama dengan guru GPK HEM dan guru GPK Kokurikulum.
Kami dan mentor kami berkenalan dengan guru tersebut dengan lebih rapat lagi. Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SJK(T) Masai telah memperkenalkan kami dengan guru
pembimbing kami pada hari itu, iaitu Cik Sharmila Sinivashom. Beliau merupakan guru baru
yang mula bertugas di sekolah tersebut bermula pada tahun 2015.

Selepas itu, kami telah menikmati makanan yang disediakan oleh pihak sekolah.
Selepas sarapan, kami telah berkumpul di auditorium sekolah tersebut. Pengacara Majlis
iaitu En.Subash telah mengalukan kedatangan kami serta menayangkan video mengenai
sekolah tersebut. Video itu mengandungi sejarah sekolah serta detik-detik pencapaian
sekolah sehingga mencapai anugerah kluster kecemerlangan.
Melalui tayangan tersebut, kami dapat melihat perkembangan sekolah dengan lebih
jelas. Ia juga dapat membuktikan bahawa semua guru serta pihak ibu bapa telah
memberikan usaha dan tenaga bagi meningkatkan perkembangan sekolah ini sehingga
takat kemuncak yang kini digelar sebagai sekolah kluster dengan bangganya.

Rajah 2.0: Tayangan video sekolah kepada guru pelatih oleh En.Subash
Selepas tayangan
sendiri

telah

berucap.

video, Guru Besarnya


Melalui

ucapan

beliau, kami mendapat

tahu bahawa sekolah

ini

beberapa

telah

mendapat

anugerah

sebelum mencapai tahap

sekolah

Antaranya ialah Sekolah

Harapan,

Sekolah

Anugerah Cemerlang dan

akhirnya

Sekolah

Kluster

(2008).

Kecemerlangan

kluster.

Sekolah

ini

mengandungi pra sekolah, pendidikan khas serta bilik-bilik khas khususnya gym olahraga
dan sebagainya. Sekolah ini juga mempunyai dua sesi
iaitu pagi (tahun 1, 2 &3) dan sesi petang (tahun 4 & 6).
Beliau juga berkongsi pengalaman laluan kejayaan ini
bukan dicipta dalam satu hari tetapi ia memerlukan
beberapa strategi untuk meraihkan kejayaan ini.

Rajah 3.0: Ucapan Guru Besar SJK(T)Masai


Kebitaraan akademik sekolah ini ialah mata pelajaran Bahasa Tamil manakala
kebitaraan kokurikulumnya pula ialah Tarian Zapin dan Olahraga. Kami mendapat tahu
bahawa semua pelajar mendapat layanan yang sama rata dan tidak dipinggirkan
disebabkan aspek pencapain akademik mahupun kokurikulum. Mereka juga mencatat
sejarah dengan mendapat kejohanan peringkat Kebangsaaan dan Antarabangsa dalam
Tarian Zapin. Tambahan pula, sekolah ini juga melakukan inovasi untuk memudahkan cara
belajar Bahasa Tami sehinggakan kertas kerja mereka dibentangkan di USA, California dan
Australia. Guru yang terlibat dalam inovasi ini adalah Pn.Khasturi.
Sekolah ini juga terlibat dalam bidang olahraga seperti pelajar SJK (T) Masai berjaya
melibatkan diri dalam MSSJ, MSSSM dan MSSD serta mengharungi kejayaan sehinggakan
mengharumkan nama sekolah. Selepas ucapan oleh Guru Besar, kami dibawa oleh guru
pembimbing dan Guru Besar untuk melawat sekeling sekolah. Mereka membawa kami ke
kelas Tahun 2 Valluvar di mana kelas itu mempunyai elemen-eleman abad ke-21 iaitu sudut
Parking lot, Birthday corner, sudut OPEM, sudut hasil kerja murid, sudut maklumat susun
atur bilik darjah kooperatif, ruang santai, sudut bacaan dan setiap pelajar memiliki papan
putih berserta dengan pen marker. Tambahan pula, setiap kumpulan dibekalkan dengan
bakul yang mengandungi pen marker, tag tugas (penjaga barang, pencatat dan penyampai)
dan pemegang traffic light dan fan and pick (permainan kecil). Semua ini memberikan
tanggungjawab kepada murid serta memberikan peluang kepada belajar dalam kumpulan
masing-masing

dengan

pembelajaran kooperatif.

melakukan

permainan

Fan

and

Pick

untuk

melakukan

Rajah 4.0 : Beberapa elemen yang


kelas abad- 21 seperti Parking Lot, meja
dan Permainan Fan and Pick

terdapat di
papan putih

Selain itu, kami dibawa melawati beberapa tempat di sekolah tersebut. Antara
tempatnya adalah kawasan perkebunan, bilik guru, bilik teknologi dan maklumat, bilik audio,
galeri dan sebagainya. Galeri yang dibina di sekolah tersebut adalah bertemakan Bahasa
Tamil dan bilik tersebut memainkan peranan yang penting pada minggu Bahasa Tamil.
Terdapat beberapa koleksi tulisan Tamil daripada berkurun-kurun dahulu yang disediakan
oleh guru-guru sekolah tersebut dan juga menunjukkan tradisi serta adat agama Hindu.
Tempat ini juga digunakan dalam PdP oleh guru sekiranya tajuk yang mereka ajar berkaitan
dengan tema adat agama Hindu.

Rajah 5.0 : Galeri Sekolah

Kami juga melawati ke kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kami


berkenalan dengan guru-guru Pendidikan Khas, pembantu Pendidikan Khas dan yang
paling utama kami mendapat peluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan murid
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Kami telah melihat bahawa kelas ini
mempunyai bilik masakan, bilik tidur, tandas, punch card dan sebagainya. Hal ini
sedemikian, untuk menyemai sikap tanggungjawab dalam sanubari murid serta membaiki
psikomotor murid.

Rajah 6.0 : Bilik Tidur dan Bilik dan Bilik Masakan yang terdapat di kelas Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran.

Pada pukul 11.30 pagi, kami berkumpul di bilik audio. Pengerusi Fasa BIG 5 iaitu
Shivaashinii A/P Munesbaren telah memberikan ucapan penutup Selepas itu, sesi refleksi
berlaku antara guru pelatih dengan pihak sekolah di mana K.Arrivinthan mengetuai sesi
tersebut. Seterusnya, mentor kami Puan.Khalidah binti Ahmad memberikan ucapan yang
pendek untuk berterima kasih kepada pihak pentadbir yang sudi menerima kami untuk
menjalankan penanda aras. Puan Khalidah Binti Ahmad memberi cenderemata kepada
guru besar, Pn.Periachi. Kemudian, mentor kami menerima cenderahati daripada guru
besar, Pn.Periachi sebagai tanda terima kasih oleh pihak sekolah.

Rajah 7.0 : Penyampaian hadiah mentor kepada Guru besar SJK(T)Masai

Selepas itu, kami telah mengadakan sesi fotografi bersama pihak sekolah
sebelum beredar dari sana. Selepas bersalam-salaman dengan Guru Besar dan
GPK HEM, kami telah menaiki bas untuk bergerak pulang ke kampus. Kami telah
tiba di kampus pada pukul 2.00 petang. Dalam perjalanan pulang ke kampus kami
telah menikmati makanan tengahari di KFC yang dibelanjakan oleh mentor kami.

4.1.3 Selepas Aktiviti


Setelah tiba ke kampus kami pun mula menyiapkan kelas D5 untuk mengendalikan ceramah
pengurusan pendidikan abad ke-21. Selepas itu, kami telah mengadakan suatu
perbincangan tentang penulisan laporan lawatan pananda aras Sekolah cemerlang ini.
Dalam perbincangan tersebut setiausaha telah berbincang dengan rakan sekelas
tentang susunan senarai kandungan sebagai panduan menulis laporan aktiviti ini.
Seterusnya, kami juga berbincang tentang masalah yang timbul, penambahbaikan yang
perlu dilakukan dan mengemukakan beberapa cadangan untuk aktiviti BIG yang akan
datang. Semua perkara yang dibincang amat membantu kami untuk menyiapkan laporan
dan portfolio kami dengan baik.

5.0 Analisis SWOT

5.1 Kekuatan
Antara kekuatan program Bina Insan Guru Siri 5 bagi tahun 2016 ialah wujudnya
kerjasama dan hubungan silaturahim antara guru pelatih dalam menjayakan program ini.
Kejayaan program ini ialah hasil daripada kerjasama dan peranan yang dimainkan oleh
semua guru pelatih dalam memegang tanggungjawab masing-masing. Selain itu, kami
juga dibimbing oleh mentor kami dalam membincangkan penetapan tarikh bengkel.
Beliau juga telah memberikan banyak idea dan bimbingan dalam menyiapkan laporan ini.
Selain itu, kerjasama yang terjalin antara guru pelatih dari opsyen Matematik dan juga
Sains sangat dihargai kerana kami telah bersatu hati dan memberikan banyak idea serta
pendapat untuk membuat penambahbaikan dalam menjayakan majlis perhimpunan dan
bengkel. Saya berpendapat bahawa semua guru pelatih mempunyai kebolehan dan
kecekapan masing-masing dalam menjayakan program ini. Penubuhan sebuah
jawatankuasa kerja hasil mesyuarat merupakan suatu kekuatan yang agak besar kepada
program ini. Selain itu, aktiviti serta pengagihan kerja yang dibuat sangat berkesan dalam
memberikan input dan memanfaatkan peserta.

5.2 Kelemahan
Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah sikap peserta yang kadang kala lambat dan
tidak berminat untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti. Terdapat beberapa guru
pelatih yang tidak dapat menghadiri mesyuarat yang diadakan tentang BIG dan tidak
menepati masa. Walaupun mereka tidak menghadiri mesyuarat dengan alasan yang
munasabah tetapi mereka perlu cuba untuk menghadirkan diri supaya tidak menyinggung
perasaan peserta lain yang sudi meluang masa mengadakan mesyuarat BIG.
Seterusnya, masa yang terlalu singkat untuk melaksanakan semua program dengan
sempurna. Bukan itu sahaja, makanan tidak disediakan juga antara kelemahan dalam
program ini. Pihak berkuasa harus menyediakan makanan atau minuman supaya guru
pelatih tidak berasa letih dan supaya dapat terus melaksanakan aktiviti dengan efisien.

5.3 Peluang/ Penambahbaikan

Sebagai guru pelatih, kita perlu menguasai semangat kepimpinan yang tinggi bagi
melahirkan barisan pendidik yang boleh memimpin anak-anak bangsa kita di masa
hadapan. Perlu melakukan perancangan dengan lebih awal dan perlu pandai
menguruskan masa dengan lebih efisien. Seterusnya, perancangan perlulah dilakukan
dengan lebih teliti agar tidak timbul lagi masalah sewaktu menjalankan aktiviti.
5.4 Ancaman
Guru pelatih tidak mengalami ancaman yang besar sepanjang program ini. Setiausaha
program BIG ini telah mengalami kesusahan dalam proses menyediakan kertas kerja.
Malahan terdapat perubahan dalam sekolah yang kami akan lawati pada masa
akhirnya.
5.5 : Cadangan
Antara cadangan penambahbaikkan yang ingin dikemukakan ialah tarikh BIG haruslah
diumumkan lebih awal lagi supaya guru pelatih dapat membuatkan persediaan yang
sewajarnya. Di samping itu, kami juga mengharapkan bahawa pihak Hal Ehwal Pelajar
akan memberikan tumpuan yang lebih terhadap peruntukan kewangan supaya dapat
memudahkan jumlah perbelajaan untuk aktiviti di dalam kampus dan juga untuk
makanan. Selain itu, pengurusan dan pengelolaan program perlulah lebih teratur dan
tersusun supaya perjalanan program berjalan lancar.

6.0 Penutup

Kami berasa amat bersyukur kerana akhirnya kami selesai juga menyiapkan tugasan Bina
Insan Guru Fasa dua ini. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati
diri dan model insan kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri
dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang
dirancang, guru pelatih dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara
berterusan.
Segala pengalaman dan pengajaran yang telah diberikan akan kami semaikan di hati
dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian agar kami mampu untuk menjadi guru
yang cemerlang kelak. Kami berharap para pelatih guru mendapat sesuatu pelajaran yang
sangat bernilai daripada kem tersebut selama ianya dijalankan. Pengalaman yang dimiliki
akan menjadikan bakal guru menjadi lebih matang dan lebih berpengetahuan di dalam
segala aspek seperti kokurikulum dan kokurikulum. Diharapkan kem Bina Insan Guru yang
akan datang akan lebih memberi inspirasi kepada para pelatih guru untuk berasa lebih
tercabar untuk bersaing menjadi yang lebih baik. Sekian, terima kasih.

7.0

REFLEKSI KENDIRI

NAMA

: THANESYWARI A/P ELLVARAJ

NO K/P

: 950107-08-5972

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana saya Thanesywari A/P Ellvaraj, guru
pelatih dari kursus PISMP Matematik Semester 5 telah berjaya dan selamat menjalani
kursus BIG ini dengan sempurna. Saya diberi peluang untuk membuat satu bengkel dan
Program Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah berprestasi tinggi
serta bengkel pengurusan pendidikan abad ke-21yang merupakan tugasan yang wajib
dilalui oleh guru pelatih 5 PISMP Ambilan Jun 2014 di bawah Program Bina Insan
Guru (BIG) Fasa 5. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas
menjalankan program BIG ini. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya
dapat dan perolehi daripada aktiviti kali ini. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap
pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan
keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal
guru iaitu selaras dengan hasrat negara.
Perkara pertama yang saya peroleh semasa melawat di sekolah tersebut adalah
cara pengurusan sekolah tersebut yang sangat cemerlang. Cemerlang bukan sahaja dari
segi akademik malahan dari segi kokurikulum. Kebanyakkan guru-guru di situ mampu
menjadikan sekolah tersebut sebagai sebuah sekolah yang cukup kondusif serta cemerlang
dalam semua aspek. Guru-guru di sekolah tersebut sangat memberikan galakan, sokongan
dan bimbingan yang aktif bagi melatih murid-murid untuk mewakili bukan sahaja sekolah,
daerah atau pun negeri malahan penglibatan peringkat kebangsaan dan antarabangsa pun
mereka sanggup dan gigih demi menaikkan nama sekolah. Hal ini memberi satu teladan
untuk saya bahawa, sebagai guru kita tidak semestinya memberikan tekanan kepada
murid dalam aspek akademik sahaja tetapi perlu memberi peluang kepada murid
bergiat aktif dalam sukan sejajar dengan Konsep 1 Murid 1 Sukan. Melalui ini, kami
dapat melahirkan insan yang seimbang dan holistik seperti yang tertakluk dalam
Falsafah Pendidikan Negara.

Selain itu, Sekolah yang saya melawati ini menerapkan elemen kreatif dan inovasi
dalam pengajaran dan juga di seluruh persekitaran sekolah. Oleh itu, dengan ini, saya

difahamkan bahawa kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong
mengeneralisasi idea baru. Sebagai penyampai ilmu guru perlulah memiliki kemahiran tinggi
bagi melakukan transformasi dalam menjana minda murid agar menjadi lebih dinamik.
Sekolah ini juga membawa inovasi dalam mata pelajaran Bahasa Tamil untuk memudahkan
cara belajar Bahasa Tamil dalam 30 hari. Kertas kerja inovasi mereka pun telah mendapat
sambutan yang hebat di luar negara seperti California, Australia dan USA. Hal ini juga
memberikan pengajaran kepada saya, bahawa sebagai guru kita haruslah rajin
membawa perubahan alam pendidikan demi kecemerlangan murid.
Kekuatan yang lain boleh dilihat ialah dari pihak sekolah sendiri dalam mentadbir
sekolah tersebut. Saya dapati bahawa guru besar sekolah tersebut merupakan seorang
guru besar yang suka merendah diri. Tema atau prinsip yang dipegang oleh beliau dalam
mentadbir sekolah ialah sahsiah cemerlang teras kejayaan dunia dan akhirat. Untuk menjadi
seorang guru yang hebat beliau menyatakan bahawa seorang guru perlu jadi agen
perubahan iaitu yang sentiasa mengikuti peredaran semasa. Agen perubahan yang
dimaksudkan ialah boleh bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat serta dapat
membetulkan sentimen minda masyarakat. Oleh itu, melalui ini saya mendapat satu
pengajaran bahawa seorang guru perlu meningkatkan kemahiran pengurusan dan
cara mentadbir sesuatu tugasan atau sekolah demi membuat satu perubahan yang
baik.
Di samping itu, pengurusan bilik darjah yang susun dan rapi memberikan idea
kepada saya apabila berkhidmat di sekolah nanti. Saya dapat mendapat pelbagai idea dan
konsep yang dapat membantu saya untuk mengurus bilik darjah dengan sistematik.Hal ini
sedemikian, sebagai guru kita selalu menghadapi masalah dalam menyusun atur bilik
darjah yang kondusif maka sekolah seperti ini akan menjadi panduan kepada kami
bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Jelaslah, bahawa dengan adanya Program Bina Insan Guru Fasa 5 iaitu Lawatan
Penanda Aras ke sekolah cemerlang ini sangat-sangatlah memberi pelbagai input yang
berguna kepada saya. Ilmu dan pengalaman yang saya peroleh ini secara tidak langsung
dapat dipraktikkan apabila saya memasuki alam pekerjaan kelak.

Lantaran itu, bengkel pengurusan pendidikan abad ke-21 juga memberikan


pendedahan kepada kami bahawa sebagai guru kita patut menjadikan murid yang berminda

kelas pertama bukannya insan yang asyik mengejar bilangan A. Semua ajaran yang kami
dapat melalui Program Big Fasa 5 dapat dijadikan panduan dalam hidup kami serta cuba
mempraktikkan dalam amalan seharian.

You might also like