You are on page 1of 1

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

KULIM BANDAR BAHARU


Jalan Sultan Badlishah,
09000 Kulim, Kedah Darul Aman
Tel: 04-4907662, Faks: 04-4913387, E-mel: pejabatppdkbb@gmail.com
__________________________________________________________________________________________________________________

Ruj Kami : PPDKBB: 20/004/7 Jld.3 (


Tarikh
: 3 APRIL 2016
Tuan/Puan ______________________________ ( NO.KERUSI:

Melalui dan Salinan:

Tuan/Puan,
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
KULIM BANDAR BAHARU TAHUN 2015 (SESI 2)
Sukacita dimaklumkan bahawa Panel Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Pendidikan Negeri dan
Panel Pembangunan Sumber Manusia Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu telah bersetuju
supaya tuan/puan diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015.
2.

Tuan/Puan akan menerima:


(a)
(b)

Sijil Perkhidmatan Cemerlang


Sijil Simpanan Premium(SSP) bernilai RM1,000.00

3.
Majlis penganugerahan akan diadakan pada 14 April 2016 (Khamis) bertempat di Dewan
Transformasi, PPD Kulim Bandar Baharu. Tuan/Puan dijemput hadir ke majlis berkenaan dan
dikehendaki mendaftar mulai jam 11.00 pagi.
4.
Semua penerima anugerah hendaklah berpakaian kemas dan sopan (berbaju batik dan berseluar
panjang bagi lelaki sementara wanita berbaju kurung/kebaya).
5.
Sila kembalikan surat jawapan kehadiran untuk perhatian Puan Nazmawati Binti Yaacob, Unit
Pentadbiran sebelum atau pada 12 April 2016. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Shaharatol Laily
Binti Mustapha, Unit Perkhidmatan dan Pentadbiran di talian 04-4907662.
Sekian. tahniah diucapkan dan terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
KEDAH AMAN MAKMUR BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI
Saya yang menurut perintah,

(TURIN BIN AHMAD)

Pegawai Pendidikan Daerah,


Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu,
../sly

You might also like