You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

96509 BINTANGOR
SARAWAK
691913

Telefon : 084 - 691910 / 691514


084 - 691751 (Pengarah)
Faks :
e-mel :

084 -

admin@ipgkrajang.edu.my

_________________________________________________________________________________________________________________________
1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Rujukan Tuan

Rujukan Kami

IPG/08/08/003/Jld.4(14)

Tarikh

25 April 2014

Tuan/Puan:.................................................
Melalui,
Guru Besar: ...............................................
....................................................................
....................................................................
Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KE-4 JUN 2014, INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Dengan sukacitanya saya dan seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan/puan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan
akan menerima Ijazah pada istiadat konvokesyen tersebut.
3. Sehubungan dengan itu, saya dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan tuan/puan hadir
ke istiadat konvokesyen yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh
Masa
Tempat
Pendaftaran
& Raptai
Masa
Tempat

: 9 14 Jun 2014 (Isnin Sabtu) Rujuk Jadual Sidang


: 8.00 pagi 3.00 petang
: Dewan Utama, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,
Lembah Pantai, Kuala Lumpur
: 8 & 11 Jun 2014 (Sabtu & Rabu) Rujuk Jadual Pendaftaran & Raptai
: 09.00 pagi dan 3.00 petang
: Dewan Zaaba, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,
Lembah Pantai, Kuala Lumpur

4. Semua graduan yang bersetuju untuk hadir diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak
Dua Ratus Lima Puluh Ringgit (RM250.00). Manakala bagi graduan yang tidak dapat hadir juga
diwajibkan membuat bayaran sebanyak Satu Ratus Tujuh Puluh Ringgit (RM170.00). Bayaran
tersebut hendaklah dibuat melalui Kiriman Wang (Money Order)/Wang Pos atas nama
PENGARAH, IPG KAMPUS RAJANG di IPG Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak. Bayaran
hendaklah diserah/diposkan bersama-sama borang-borang yang berkaitan ke institut ini sebelum atau
pada 30 Mei 2014. Bayaran secara tunai di IPGK Bahasa Melayu tidak dibenarkan.

(Sila catatkan rujukan Institut ini apabila berhubung)

5. Tuan/puan sama ada hadir atau tidak hadir diwajibkan membuat pengesahan kehadiran di portal
konvokesyen www.lmsipda.net/konvo2014 bermula pada 25 April 2014 sehingga 23 Mei 2014. Sila
muat turun borang-borang yang berkaitan serta semak jadual pendaftaran dan sidang masing-masing.
6. Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Kampus Rajang mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke
istiadat konvokesyen berkenaan. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En. Mat Kamal Bin Abd.
Majid di talian 084-691910(P)/019 889 5354 (HP) atau Pn. Ellenor Empai Ak Gilbert Antas
013 6061692 (HP) dan dapatkan maklumat semasa daripada laman web IPGK Rajang di alamat
www.ipgkrajang.edu.my.
Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014
Saya yang menurut perintah,

(RAYMOND GAI PANTING @ GAIE)


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang,
Bintangor, Sarawak

s.k. 1. Ketua Jabatan HEP, IPG Kampus Rajang


2. Setiausaha Konvokesyen IPG Kampus Rajang
3. Ketua Unit Penilaian dan Peperiksaan, IPG Kampus Rajang
4. Penyelaras Program PISMP, IPG Kampus Rajang
5. Penyelaras Program PGSR, IPG Kampus Rajang
6. Unit Kewangan IPG Kampus Rajang
7. Fail Konvokesyen

Cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan


Surat ini sah untuk digunapakai bagi urusan rasmi
Surat sebenar telah dikirimkan kepada semua graduan berdasarkan alamat kediaman

.../mkam

(Sila catatkan rujukan Institut ini apabila berhubung)

You might also like