You are on page 1of 9

Bab 2

NILAI MASA WANG

Diploma Pengurusan Koperasi

1 Pengenalan

Dalam organisasi perniagaan, pengurus perniagaan sering terlibat dalam membuat


keputusan mengenai pulangan daripada sejumlah wang yang dilaburkan . Pulangan
yang diharapkan mestilah lebih besar di masa akan datang. Konsep dan aplikasi nilai
masa wang amat penting dalam pengurusan kewangan yang efektif

2 Terminologi Nilai Masa

FV-nilai masa depan /nilai pada tarikh akan datang

PV- nilai kini/nilai pada hari ini

t- bilangan tempoh masa bagi nilai kini & nilai masa depan

r -kadar faedah/kadar diskaun setiap tempoh

3 Faedah Mudah & Faedah Berkompaun :

Faedah Mudah

Faedah Mudah ==> Bayaran faedah atas jumlah prinsipal sahaja

Faedah tidak akan dilaburkan semula

Faedah Berkompaun Faedah Berkompaun Faedah terakru ke atas jumlah prinsipal


yang sebelum ini dibayar faedah Boleh dikompaunkan berkali ganda setiap tempoh
Faedah dilaburkan semula

4 Faedah mudah vs Faedah berkompaun

Contoh; Encik Malin Kundang telah mendepositkan RM 5,000 ke dalam May bank
yang membayar faedah sebanyak 12% setahun. Berapakah simpanan En. Malin
dalam masa 3 tahun? Berapakah faedah mudah? Berapakah faedah berkompaun?

5 Faedah Mudah/Faedah Ringkas

Kadar faedah (0.12 x RM5,000 = RM600 setahun)

Tahun 1- RM5,000 + 600 = RM5,600

Tahun 2- RM5,600 + 600 = RM6,200

Tahun 3- RM6,200 + 600 = RM6,800

Jumlah Faedah RM1,800

6 Faedah Berkompaun

Tahun 1 RM5,000 + 600 (5,000 x 0.12) = RM5,600


Tahun 2 RM5,600 + 672 (5,600 x 0.12) = RM6,272

Tahun 3 RM6,272 + 752.64 (6,272 x 0.12) = RM7,024.64

Jumlah Faedah RM2,024.64

7 Pengkompaunan & Pendiskaunan

Pengkompaunan

Nilai masa depan -RM1,000 RM1,500 RM2,000 RM2,500 0

Nilai kini 1 2 3 Pendiskaunan

8 Nilai Masa Depan (FV)

Merujuk kepada nilai masa kini (PV) yang dikompaunkan pada satu kadar faedah
/kadar kompaun (r) dalam sesuatu tempah masa (t) tertentu

Proses peningkatan amaun pada masa kini (nilai masa kini) kepada sejumlah wang
yang lebih besar pada masa hadapan (nilai masa depan) disebut sebagai
Pengkompaunan

Contoh: Ahmad menyimpan RM300 di dalam CIMB Bank yang memberikan kadar
faedah 10% setahun. Berapakah simpanan pada penghujung tahun ke2?

9 Formula:

FV = P x (1+r) FV = P x (1+r)t

Bila t = 1, (melabur bagi 1 tempoh)

FV = RM300 x (1+0.10)

FV = RM 330

10 Bila t = 2 (melabur lebih daripada 1 tempoh), FV = RM300 x (1+0.10)2

FV = RM300 x (1.21)

FV = RM363

Pengiraan menggunakan faktor Jadual Nilai Masa Depan (FVIF)

Tujuan mendapatkan nilai masa depan dengan lebih cepat dan mudah

11 Formula FV = PV x (FVIF r,t)


Lajur faedah (10% ) dan baris tempoh (2 tahun),

nilai masa depan adalah 1.1664

FV = PV x (FVIF 10%, 2)

FV = RM300 x (1.2100)

FV = RM363

12 Bila r = 10% dan t = 10 tahun

Menggunakan jadual (FVIF), nilainya adalah 2.5937

FV = PV x (FVIF 10%,10)

FV = RM300 x (2.5937)

FV = RM778.11

13 Nilai Kini (PV)

Jumlah yang perlu dilaburkan sekarang pada satu kadar faedah tertentu dalam satu
tempoh tertentu bagi menyamai jumlah masa akan datang. Jumlah wang yang
diperlukan sekarang untuk mencapai beberapa matlamat di masa akan datang
merujuk kepada wang diterima @ dibayar

Proses mencari nilai kini disebut Pendiskaunan

Contoh: Apakah amaun yang dilaburkan hari ini akan meningkat kepada RM220
dalam tempoh setahun jika kadar faedah ialah 10%?

14 Formula:

PV = FV x { 1/(1+r) }

PV = FV (1+r) Penyelesaian (1 tempoh) `

PV = RM 220 x {1/(1+0.10)}

PV = RM 220 x (1/1.1)

PV = RM 220 x 0.9091

PV = RM 200 t
15 Pengiraan menggunakan jadual faktor nilai kini (PVIF)

Formula

PV = FV x (PVIF r,t)

PV = FV x (PVIF 10%,1)

PV = RM220 x (0.9091)

PV = RM 200

16 Contoh:

Taufik memerlukan RM15,000 dalam masa 3 tahun untuk membayar yuran


pengajian. Jika Taufik memperoleh 8% dari wang simpanannya, berapakah yang perlu
Taufik simpan pada hari ini? Penyelesaian (pelbagai tempoh)

PV = RM15,000 x (PVIF 8%,3)

PV = RM15,000 x 0.7938

PV = RM 11,907

17 Anuiti

Merujuk kepada siri aliran tunai (bayar @ terima) yang sama berlaku pada selang
masa yang tetap untuk bilangan tempoh masa yang tertentu

Anuiti biasa pembayaran dan penerimaan yang berlaku di penghujung setiap


tempoh

Anuiti matang pembayaran dan penerimaan tunai yang berlaku pada awal tempoh

18 Nilai Masa Depan Anuiti Biasa(FVA)

Mendapatkan nilai wang pada masa depan sekiranya suatu amaun pelaburan @
simpanan yang sama dilakukan secara berulang-ulang selama beberapa tempoh

Peningkatan amaun terkumpul bagi wang yang dilabur @ diidepositkan berlaku


akibat proses pengkompaunan pada suatu kadar pulangan tertentu

FVA = A x { [(1+r)t 1]/r}

19

FVA nilai masa depan bagi anuiti


PVA nilai kini bagi anuiti

A - anuiti, iaitu amaun terimaan atau bayaran seragam

r kadar diskaun/kadar faedah tahunan

t tempoh anuiti

20 Contoh:

Baba kini berusia 35 tahun dan bercadang untuk membuat simpanan. Baba
bercadang untuk mengumpul 1juta pada usia 60 tahun dan akan menerima faedah
10% setahun yang akan dikompaunkan setiap tahun dan akan mula membuat
deposit tahunan yang sama setiap tahun setahun dari sekarang dan simpanan
terakhir adalah pada usia 60 tahun. Berapa banyakkah deposit yang perlu disimpan
oleh Baba setiap tahun?

21 Persamaan:

FVA = A x { [(1+r)t 1]/r}

RM 1juta = A x {[(1+r)t - 1]/r}

Selesaikan untuk A, A = RM1juta/98.34706)

A = RM10,168.07

22 Berdasarkan Jadual Nilai Kini Masa Depan Anuiti (FVIFA)

A = RM 1juta / (FVIFA 10%,25)

A = RM 1 juta / 98.34706

A = RM 10,168.07

Deposit yang perlu disimpan setiap tahun ialah RM 10,168.07

23 Contoh:

Syarikat Mega Bhd membuat pelaburan sejumlah RM100,000 setiap tahun selama 5
tahun,berapakah amaun terkumpul di akhir tempoh tersebut sekiranya faedah
dibayar 6% setahun?

Penyelesaian

FVA = A x { [(1+r)t 1]/r}

FVA = RM100,000 (FVIFA 6%,5)

FVA = RM100,000 (5.6371)

KENAPA DARAB?
FVA = RM563,710.00

24 Nilai Masa Depan Anuiti Matang (FVA matang)

Anuiti dimana aliran tunainya berlaku pada awal setiap tempoh .Anuiti matang
mempunyai nilai depan yang lebih tinggi berbanding anuiti biasa kerana setiap
bayaran mempunyai tempoh tambahan untuk dikompaun dengan menggunakan

Formula FV Ad = A (FVIFA r,n) (1+r)

25 Contoh:

Jika RM100 didepositkan pada awal setiap tahun selama 5 tahun pada kadar faedah
5%, berapakah simpanan yang ada pada hujung tahun ke-5?

FV Ad = RM100 (FVIFA 5%,5) (1+r)

FV Ad = RM100 (5.526) (1.05)

FVAd = RM 580.23

26 Nilai Kini Anuiti Biasa (PVA)

Proses pendiskaunan aliran tunai berbentuk anuiti biasa/matang adalah bertujuan


menentukan nilai wang pada masa kini. Pengiraan menggunakan faktor Jadual Nilai
Kini Anuiti (PVIFA)

Formula PVA = A x (PVIFA r,t)

27 Contoh 1

Siti melabur dalam satu pelaburan yang menjanjikan pulangan sebanyak RM500
pada setiap tahun selama 3 tahun. Maka, aliran tunai ini adalah berbentuk anuiti 3
tahun.Sekiranya kadar faedah ialah 10%, berapakah kos pelaburan tersebut?

PVA = RM500 (PVIFA 10%,3)

PVA = RM500 (2.4869)

PVA = RM1243.45

28 Contoh 2

Kamal memerlukan RM15,000 setiap tahun bagi 3 tahun akan datang untuk
membayar yuran pengajian. Kamal memerlukan RM15,000 dalam masa 1, 2 & 3
tahun dari sekarang. Sekiranya Kamal boleh menyimpan wang dalam akaun
simpanan yang menghasilkan 8% yang dikompaunkan setiap tahun, berapakah yang
Kamal perlu ada dalam akaun pada hari ini? (aliran tunai yang diperlukan setiap
tempoh ialah RM15,000)

29 Menggunakan Jadual Nilai Kini Anuiti (PVIFA)

PVA = RM15,000 x (PVIFA 8%,3)

PVA = RM15,000 x (2.5771)

PVA = RM38,656.50

30 Nilai Kini Anuiti Matang (PVA matang)

Aliran tunai yang berlaku pada awal setiap tempoh

Contohnya, bayaran sewa.

Contoh:

Firma ABC mendapat bayaran sewa sebanyak RM8,000 setiap awal tahun selama 5
tahun. Peratusan pulanganyang diperoleh daripada pelaburan tersebut adalah 10%.
Kirakan nilai masa kini anuiti matang tersebut.

31 Menggunakan Jadual Nilai Kini Anuiti

Formula:

PV Ad = A (PVIFA r,t) (1+r)

PV Ad = 8,000 (PVIFA10%,5) (1+0.10)

PV Ad = 8,000 (3.7908) (1.10)

PV Ad = RM 33,359.04

32 Perpetuiti

Aliran tunai bersiri yang sama amaun, berlaku pada selang masa yang tetap, tanpa
had masa iaitu berterusan selama-lamanya (infiniti)

Contoh: dividen saham keutamaan

Formula : PVAp = P/r

PVAp = nilai kini perpetuiti,

P = amaun tetap,
r = kadar diskaun

33 Contoh:

Anda menjangka menerima RM1,000 pada hujung setiap tahun selamanya. Kadar
faedah yang diperoleh ialah 6%. Apakah nilai aliran tunai tersebut pada hari ini?

Pengiraan: PVAp = RM1,000/0.06

PVAp = RM 16,666,66

Penerimaan tahun pertama sehingga infiniti mempunyai jumlah nilai kini sebanyak
RM16,666.66

34 Pelunasan Pinjaman

Pinjaman ialah satu teknik dalam mendapatkan dana tambahan serta membiayai
pembelian aset. Melalui pelunasan pinjaman, pemberi pinjam mengkehendaki
peminjam membayar semula sebahagian amaun pinjaman sepanjang masa

Jadual pelunasan pinjaman perlu dalam merancang mendapatkan pinjaman.

Jadual pelunasan prinsipal adalah tetap

Jadual pelunasan bayaran adalah tetap

35 Pengiraan bagi Prinsipal adalah tetap

Jumlah bayaran : bayaran faedah + bayaran prinsipal

Bayaran faedah: jumlah permulaan pinjaman x kadar faedah

Faedah tahun ke2: baki permulaan x kadar faedah

Baki akhir: baki permulaan ditolak bayaran prinsipal

36 Pengiraan bagi bayaran/ansuran adalah tetap

Langkah pertama: Membuat pengiraan jumlah bayaran ansuran tahunan.


Menggunakan jadual nilai masa kini anuiti (PVIFA r,n)

Langkah ke 2-bina jadual pelunasan pinjaman

Langkah ke 3 Kirakan bayaran faedah iaitu baki pinjaman awal tahun x kadar
faedah yang dikenakan Faedah bagi tahun ke2-baki permulaan x kadar faedah

Langkah ke 4 Kirakan bayaran prinsipal/pokok iaitu jumlah bayaran/ansuran ditolak


jumlah bayaran faedah
Langkah ke 5 baki akhir diperolehi dengan mengambil baki permulaan ditolak
jumlah bayaran/ansuran yang dibuat dalam tahun berkenaan

You might also like