You are on page 1of 29

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

KM 36, Jalan Balung, Beg Berkunci No. 27,

91009 Tawau.

NAMA : NOR AIN BINTI AHMAD SUHAIMI

NO. KAD PENGENALAN : 960909-06-5382

UNIT : PISMP SAINS AMBILAN JUN 2015

NAMA KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

KOD : MPU 3052

NAMA PENSYARAH : PUAN HALIMATUS SAADIAH BT MAT SAAD

TARIKH TERIMA : 7 MAC 2016

TARIKH HANTAR : 21 MAC 2016


ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 1

BAHAGIAN A (PENULISAN ILMIAH) 2

1.0 PENGENALAN 3
2.0 FAKTOR-FAKTOR INTERAKSI ANTARA TAMADUN 4
3.0 CIRI UNIK YANG DALAM SESEBUAH TAMADUN 8
4.0 RUMUSAN 15

BAHAGIAN B (PEMBENTANGAN SLAID) 16

RUJUKAN 26

LAMPIRAN 27
BAHAGIAN A
(PENULISAN ILMIAH)
1.0 PENGENALAN

Istilah tamadun yang digunakan oleh bahasa melayu ialah perkataan yang berasal
daripada bahasa arab. Dalam teori antara bahasa, penggunaan istilah tamadun oleh
bahasa melayu dikenali sebagai fenomena peminjaman. Peminjaman istilah seumpama
ini adalah perkara yang tidak dapat dielakkan lagi, iaitu yang merujuk kepada faktor
kewujudannya di satu pihak dan faktor ketidakwujudannya di satu pihak yang lain.
Daripada sudut makna atau semantik, tamadun adalah kata terbitan yang berakar umbi
(Ahmad,2009)

Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang


menyebabkan berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini
tentunya mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain.
Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang
menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi tamadun.
Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan
keinsanan.

Terdapat pelbagai cara dan sebab berlakunya interaksi tamadun. Interaksi ini
kemudiannya akan melahirkan kesan positif atau negatif kepada tamadun-tamadun yang
terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat memperkayakan tamadun
daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan tamadun itu menjadi jumud yakni kaku
dan kolot.

Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini memfokus kepada peranan
ilmu ketamadunan dalam membina masyarakat Malaysia berasaskan prinsip-prinsip
tamadun bagi mengamalkan semangat hormat menghormati dan berinteraksi dalam
masyarakat pelbagai agama. Pengajian ketamadunan ini juga berperanan penting dalam
pembinaan tamadun Malaysia agar masyarakat peka dengan isi-isi ketamadunan dan
mempunyai sikap positif terhadap dialog budaya dan tamadun.
2.0 FAKTOR-FAKTOR INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Kepimpina Peranan pemimpin melalui pelaksanaan


n visi dan misi untuk memajukan bangsa
dengan aktiviti interaksi
Geograf Kedudukan yang strategik memungkinkan
berlakunya interaksi

Perkahwin Antara pasangan yang berlainan etnik ,


an bangsa dan budaya

Perdagang melalui proses hubungan dua hala antara


an negara yang berdagang

Misi politik melalui penaklukan, penjajahan atau


kerjasama antara pelbagai negara

I. KEPIMPINAN

Faktor ini merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi interaksi antara tamadun di
Asia. Ini kerana seandainya pemimpin atau raja bersikap adil dan toleransi, maka
interaksi akan berlaku dalam aman dan damai. Fenomena sebaliknya akan berlaku
seandainya pemimpin bersikap kuku besi dan tidak bersikap toleransi kepada rakyat
jelata. Sejarah telah membuktikan dua sikap berbeza di kalangan para pemimpin seperti
contoh di bawah:

Nabi Muhammad SAW: Tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam
pemerintahan Madinah, sebaliknya hak mereka dilindungi undang-undang.
Kerajaan Islam Ghaznawi, Delhi dan Moghul di India: Bertoleransi kepada
penganut Hindu malah pegawai dilantik dari kalangan mereka.

Terdapat juga contoh pemimpin yang tidak bertoleransi seperti yang dapat dilihat pada
Sultan Shamsuddin Altamish di India yang bertindak keras terhadap penganut Hindu
(Azhar, 2000) Demikian juga dengan Han Wu Ti dalam Dinasti Han telah melaksanakan
dasar memihak kepada cendikiawan Konfusianisme berbanding sami Buddha.

II. KEDUDUKAN GEOGRAFI

Kedudukan geografi melibatkan bentuk muka bumi dan kemudahan perhubungan


dalam sesebuah masyarakat bertamadun. Sejarah membuktikan kedudukan
geografi memainkan peranan sebagai pembentuk interaksi antara tamadun.
Contoh berikut memperlihatkan peranan geografi:
Dalam tamadun Cina, interaksi antara tamadun asing pesat berlaku
kerana terdapat 2 laluan iaitu laluan sutera yang menggunakan
jalan darat dan jalan laut. Laluan perhubungan ini telah
menyebabkan Cina mampu menjalin interaksi dengan negara Arab
sejak tahun 3 Masihi lagi. Laluan sutera darat ini telah
menghubungkan Cina dengan Khurasan, Samarqand, Xinjiang
hingga ke Peking. Laluan laut pula merentasi Laut Arab ke Benua
Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara Cina.
Laluan ini membolehkan kedua negara ini berinteraksi dan
menjalankan aktiviti perdagangan. Terdapat catatan mengatakan
kapal-kapal Cina telah pun sampai di Teluk Parsi dan berdagang di
Pelabuhan Siraf pada 5 Masihi.

Pelabuhan Melaka pesat kerana kedudukan geografi yang strategik


dan terlindung dari angin monsun menjadikan pelabuhan ini tempat
tumpuan dan persinggahan para pedagang. Semasa singgah di
pelabuhan ini para pedagang telah menjalankan aktiviti perniagaan
di pelabuhan Melaka.

III. PERKAHWINAN

Perkahwinan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan interaksi antara


tamadun Asia. Contoh yang jelas dapat dilihat pada lembaran sejarah dan salasilah
masyarakat di rantau Alam Melayu. Penduduk tempatan telah menjalinkan interaksi
dengan pedagang Arab sahingga terdapat sebilangan pedagang yang telah berkahwin
dengan gadis tempatan kerana telah bermukim di pelabuhan Alam Melayu dalam
beberapa waktu sementara menunggu angin monsun. Secara tidak langsung
perkembangan ini telah menjurus ke arah proses Islamisasi kerana bagi membolehkan
wanita tempatan berkahwin dengan pedagang Arab yang beragama Islam, wanita
tersebut mesti diislamkan terlebih dahulu.

Sejarah turut mencatatkan, perkahwinan ini tidak sahaja mengislamkan gadis tempatan
yang dikahwini pedagang Arab, tetapi kaum keluarga gadis turut menerima Islam. Selain
itu, perkahwinan bukan sahaja berlaku di kalangan rakyat jelata, malah juga berlaku di
kalangan golongan bangsawan dan pemerintah. Sebagai contohnya, perkahwinan Megat
Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.

IV. PERDAGANGAN

Aktiviti perdagangan turut menjadi faktor penjalin interaksi antara tamadun. Sebagai
contohnya hubungan perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina melalui jalan darat
dan laut. Hubungan telah terjalin sejak 3 Masihi lagi dan semakin rancak pada abad 8
Masihi. Pedagang Arab dan Parsi telah membuat penempatan seperti di Kwang Cho
(Canton), Chang Chow dan Chuan Cow (Ahmad, 2009). Mereka juga telah mendirikan
masjid di Guangzhou dan Guanzhou. Situasi ini membuktikan berlaku Islamisasi di
wilayah ini.

Contoh lain ialah interaksi yang terjalin antara tamadun Alam Melayu di Asia Tenggara
dengan negara Arab. Jalinan ini berlaku secara tidak langsung apabila pedagang Arab
yang menuju ke Cina terpaksa singgah ke Alam Melayu untuk menunggu angin yang
sesuai sebelum ke Cina atau pulang ke Arab. Persinggahan ini telah menghasilkan
interaksi baru di rantau Alam Melayu. Hal yang lebih menguntungkan ialah berlakunya
proses Islamisasi di pelabuhan ini sebagaimana catatan Marco Polo tentang pengislaman
Perlak pada tahun 1292 M.

Para pedagang telah berjaya menarik minat penduduk Perlak terhadap Islam dan
akhirnya mereka bersediaanutan baru ini. Kejayaan para pedagang yang boleh dikatakan
sebagai serampang dua mata banyak bergantung kepada keyakinan mereka kepada
hadis Rasulullah SAW yang bermaksud "Sampaikan dariku walaupun satu ayat." Selain
itu, wujud juga interaksi antara Tamadun India dengan rantau Alam Melayu sejak kurun
pertama masihi lagi. Kesan interaksi ini menyebabkan nama wilayah Asia Tenggara
dicatat dalam kitab Ramayana seperti isrilah Suvarnadvipa yang bermaksud
Semenanjung Emas dan Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas (Azhar, 2000)
V. MISI POLITIK

Faktor misi politik turut menggalakkan berlakunya interaksi dalam suasana harmoni
sebagaimana yang dapat dilihat pada hubungan diplomatik antara Alam Melayu dengan
Cina. Berdasarkan catatan sejarah Melaka hubungan diplomatik dengan Cina telah
terjalin sejak tahun 1404 M (Daud, 2001). Pada tahun-tahun berikutnya, Melaka telah
menerima beberapa utusan dari Cina yang kemudiannya Melaka telah membalas utusan
tersebut. Tujuan Melaka mengadakan hubungan baik dengan Cina adalah untuk
mendapat perlindungan dari ancaman Siam. Persetujuan Cina terbukti dengan
penghantaran Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam ke Melaka. Dasar
perlindungan Cina terhadap negeri-negeri di rantau Alam Melayu yang bertujuan politik
secara tidak langsung menggalakkan Islamisasi di rantau Alam Melayu. Perlindungan ini
juga memberikan impak yang sama kepada negeri-negeri di Kepulauan Melayu yang lain
seperti Kedah, Johor, Kampar dan sebagainya.
3.0 CIRI UNIK YANG TERDAPAT DALAM SESEBUAH TAMADUN DARI ASPEK SENI
BINA, SENI MUZIK, SENI PERHIASAN (BARANG KEMAS/PERHIASAN) DAN SENI
PENULISAN (SASTERA), SERTA JELASKAN APA YANG MASIH DIKEKALKAN
SEHINGGA KINI.

TAMADUN CHINA

Tamadun China merupakan salah sebuah tamadun tertua dan berterusan sehingga masa
kini. Walaupun pada awalnya tamadun Cina agak terlindung namun warisan sistem
nilainya memberi kesan kepada perkembangan tamadun Cina sehingga kini (Hamid,
2002)

Seni bina

Seni bina China mempunyai empat ciri-ciri yang menunjukkan identiti. Pertama, dagoba
iaitu tugu peringatan yang bumbungnya melengkung (kubah) dan berunsur Buddishism.
Kedua, padoga iaitu kuil atau bangunan suci yang berbentuk menara dan terdiri daripada
banyak tingkat. Ketiga, pavilion iaitu bangunan kecil yang menyerupai pondok sebagai
tempat teduhan, bertakafur atau tempat melakukan aktiviti komunikasi sosial. Keempat,
stupa iaitu kubah Buddha yang menegak dan bertujuan untuk mengenangkan seseorang
yang berjasa atau sebagai tempat kesucian. Semasa Dinasti Han, kota dalam segi empat
telah diperkenalkan di mana kota dikelilingi dengan dinding tinggi dan menara
ditempatkan pada setiap penjuru kota. Pagoda telah diperkenalkan semasa kemasukan
agama Buddha ke Negara China. Contoh pagoda termasuklah Pagoda Songyue (Rajah
1) yang terbina 1400 tahun dahulu dan Pagoda Forest yang bersebelahan dengan kuil
Shaolin. Artifak besar ini masih kekal sehigga hari ini dan dijadikan kunjungan pelancong
asing
Rajah 1

Pada zaman Dinasti Tang (abad ke-8) seni pahat (sculpture) turut berkembang seiring
dengan perkembangan seni lukis.Dalam hal ini agama Buddha banyak memainkan
peranan (Sainuddin, 2003). Kegiatan agama telah menghasilkan banyak patung di kuil-
kuil. Patung-patung yang masyhur ialah Lung-men .(Rajah 2). Buddha batu yang
dikelilingi oleh patung-patung Bodhisattvas, samai-sami dan penjaga-penjaga. Kemudian
dengan secara beransur-ansur orang-orang China menggantikan patung-patung
keagamaan itu dengan membuat patung-patung berbentuk kuda dengan ukiran-ukirannya
sekali. Patung-patung kuda dengan penunggangnya menggambarkan sifat kepahlawanan
China. Seni ukiran patung-patung hasil daripada tamadun Cina masih digunapakai dan
diambil idea ukirannya untuk diadaptasi dan disesuaikan dengan rekaan moden sekarang
sehingga kini.
Rajah 2

Seni muzik

Chu ci (Nyanyian Chu) (Rajah 3) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap
mewakili antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai Yangzi. Puisi-
puisi yang berasal dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama yang agak berbeza
daripada Shijing, misalnya baris-bans lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan
puisinya lebih sesuai dideklamasikan.

Rajah 3

Alat muzik tradisional China ialah seruling buluh kerana buluh banyak di negara China.
Kedatangan orang Mongol membawa satu lagi alat muzik iaitu hu-Chin (Rajah 4) atau
kecapi Mongol yang dimainkan secara menggesek (seperti menggesek biola).Dinasti
Yuan telah memberi satu sumbangan kepada perkembangan muzik China iaitu
sumbangan irama lagu yang baru dengan gabungan lagu dan kecapi (Faizurah, 2008).
Alat muzik hu-Chin masih kekal sehingga hari ini tetapi sangat jarang ditemui dan
digunakan dalam majlis-majlis keramaian. Usaha untuk mengekalkan alat objek ini patut
diusahakan agar alat muzik ini tidak mati ditelan arus zaman yang serba moden.
Rajah 4
Seni perhiasan

Ukiran-ukiran dapat dilihat pada patung-patung yang dibuat daripada batu jed,
gangsa, batu, tanah liat dan kayu. Ukiran juga dibuat di kubur dan di dinding gua.
Pengukir Shang menggunakan batu marmar, batu jed dan batu kapur untuk
mengukir patung-patung kecil. Dinasti Han juga terkenal dengan pengukir-
pengukirnya yang mahir (Faizurah, 2008). Dalam bidang pembuatan seramik
atau tembikar, masyarakat Shang telah memajukan teknik-teknik membuat
seramik (Rajah 5) .Buatannya halus dan dicat dengan warna hitam dan merah.
Gangsa juga digunakan untuk membuat bekas air dan makanan Rajah 6
menunjukkan gambar penggunaan gangsa sebagai bekas minuman arak (Rajah
6). Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran geometrik dan haiwan. Kita boleh lihat
sehingga ke hari ini, tembikar dan seramik hasil daripada rekaan tamadun Cina
sangat terkenal dan banyak dieksport ke negara lain oleh sebab nilai seninya
yang tinggi.

Rajah 5

Rajah 6

TAMADUN INDIA

Tamadun India merujuk kepada tamadun yang berpusat di lembah Sungai Indus.
Terdapat beberapa aspek seperti sosial, budaya, sistem politik dan pemerintaha , sains,
falsafah, agama, ekonomi serta kesenian yang terkandung dalam tamadun India.
Tamadun India menghasilkan pelbagai bentuk kesenian seperti seni halus, seni muzik,
seni tarian, seni bina dan seni lukis.

Seni penulisan( sastera)

Kesusasteraan yang ada pada masa Tamadun India ialah kitab-kitab Veda (Rajah 7),
epik, sangam, puisi aham dan puisi puram.

Perkembangan kesusasteraan tamadun India kebanyakannya diwarisi daripada Empayar


Gupta. Nama sasterawan yang paling agung dan terkenal ialah Kalidasa dengan
karyanya yang berjudul Sakuntala. Sakuntala mengandungi puisi klasik dan drama
tentang sosial masyarakat Hindu. Orang Aryan dan bahasa Sanskrit turut memainkan
peranan penting dalam perkembangan kesusasteraan India. Orang Arya telah
menghasilkan Kitab Veda yang merupakan kumpulan sajak agama dan tradisi lisan.
Perkataan Veda (Vid) bererti melihat dan mengetahui. Empat kitab suci Veda ialah Rig
Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Vedanga, iaitu anggota kitab-kitab Veda
dan terdapat enam bidang pengajian yang dapat membantu memahami kitab-kitab Veda
dengan tepat.

Rajah 7

TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia
yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di
suatu wilayah di Asia Tenggara. Wilayah ini dikenali dengan pelbagai nama seperti
Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam
Melayu dan Tanah Jawi. (TITAS, 2004: 163) Sebelum Perang Dunia II, kawasan ini
dirujuk sebagai Asia of the Monsoons, East Indies dan juga Further India atau Hindia
Jauh. (Azam Hamzah, 1997)

Seni muzik

Antara kesenian tamadun Melayu ialah seni muzik. Seni muzik pada zaman dahulu
mempunyai hieraki tersendiri. Dalam masyarakat terdapat dua kelompok iaitu tradisi
tinggi dan tradisi rendah. Tradisi tinggi dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian
raja dan upacara mengadap oleh para pembesar di hadapan balairung. Tradisi rendah
adalah di kalangan rakyat biasa yang terdiri daripada kaum petani dan nelayan (Hamid,
2002). Di samping pelbagai jenis muzik yang lain seperti muzik wayang kulit, kuda
kepang dan ghazal juga merupakan muzik Melayu tradisional dari zaman silam. Antara
contoh seni muzik tradisional Melayu ialah gamelan, nobat (Rajah8), caklempong (Rajah
9), kompang dan lain-lain. Alat muzik seperti gendang dan kompang banyak digunakan
dalam majlis perkahwinan kerana ia adalah adat bagi masyarakat Melayu. Alat muzik
seperti gamelan pula selalunya dimainkan di majlis-majlis formal atau hari
penganugerahan.

Rajah 8

Rajah 9
Seni penulisan (sastera)

Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula menerima
pengaruh luar (Daud, 2001). Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu
diperkenalkan dengan sistem tulisan. Kedatangan agama Islam ke alam Melayu
membuka satu lembaran baru dalam kamus kesusasteraan Melayu. Agama Islam muncul
bersama-sama dengan sistem tulisan yang lengkap bersumberkan al-quran sebagai kitab
suci orang Islam. Orang Melayu kini mempunyai sistem tulisan yang dinamakan tulisan
Jawi (Rajah 10) . Tradisi tulisan lebih condong digunakan di istana menjadikan istana
sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu. Tulisan jawi masih digunapakai sehingga
kini. Pelajar di Malaysia bermula daripada sekolah rendah lagi sudah diajar sistem tuisan

jawi

Rajah 10

4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri


dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesinambungan dari
kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam menerima
sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan
atau interaksi antara tamadun sama ada peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi
dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah.
Perkara yang paling penting sekali ialah setiap tamadun memainkan peranan
penting dalam memberi sumbangan kepada dunia serta membawa dunia ke taraf yang
lebih tinggi lagi. Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan sejarah yang tersendiri yang
perlu kita semua tahui. Ini akan memberi kefahaman yang mendalam tentang
ketamadunan. Kemunculan dan kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai sebab yang
tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi sekarang untuk mengambil
pengajaran dari pengalaman dahulu bagi menjaga ketamadunan nagara dan agama kita.

Perkara mengenai tamadun sukar ditakriskan dengan satu makna yang tepat. Ini
kerana kebnyakan sarjana membuat tafsiran mereka sendiri mengikut apa yang ada pada
sesebuah tamadun itu. Namun demikian yang pasti tamadun dikaitkan mengenai soal
pencapaian yang tinggi dan ketinggian hidup sesebuah masyarakat dalam pelbagai
aspek termasuk soal etika.

Pencapaian dan ketinggian hidup ini boleh dilihat dalam pelbagai aspek
kehidupan manusia seperti perbandaran. Sifat-sifat sesebuah bandar teratur merupakan
ciri penting dalam tamadun. Di sini juga merupakan pusat bagi aktiviti tamadun sama ada
pemerintahan, ekonomi, kesenian, agama, budaya dan ketenteraan. Oleh itu bandar
boleh dijadikan modul untuk melihat tamadun itu. Disebabkan pentingnya bandar ini maka
perkataan tamadun mahupun civilization bertitik tolak dari perkataan bandar iaitu madinah
dan civitas. Sesebuah tamadu klasik, ia pernah menempuh tiga tahap utama iaitu tahap
kelahiran, pembangunan dan kemerosotan.
BAHAGIAN B
(PEMBENTANGAN
SLAID)
RUJUKAN

BUKU

Afifah Abu Yazid, (2004). Pengajian Tamadun Asia. Pahang Darul Makmur:

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Zaki, A. H. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Seelangor Darul Ehsan:
Oxford Fajar.

Azhar, A. S. (2000). Titas 1. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti.

Daud, M. (2001). Tamadun Dunia STPM. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Hamid, M. L. (2002). Pengajian Tamadun Islam. Selangor : Pts Publication.

Sainuddin, S. (2003). Titas Tamadun Melayu. Perak: Quantum Books.

Faizurah Hj. Basri et.al, (2008). Tamadun Islam dan Tamadun Melayu:

Perkembangan dan Isu Kontemporari. Selangor Darul Ehsan: Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM

LAMAN WEB

Aziz, A. (2009). Interaksi antara tamadun. Retrieved from Tamadun Islam dan Tamadun
Asia Tengara: http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/2-interaksi-antara-
tamadun.html

Rizuan, M. (2011, Julai 16). Tajuk Interaksi Antara Pelbagai Tamadun Bil 01 - Islam /
Melayu / India / Cina / Jepun / Eropah. Retrieved from TITAS ' blog IPGM kampus
Perempuan Melayu, Melaka ( WAJ 3101 ):
http://titasipgmkpm.blogspot.com/2011/07/tajuk-03-interaksi-antara-pelbagai.html

Zakaria, F. (2009, May 6). Interasksi Tamadun. Retrieved from Tamadun:


http://ciqjiie.blogspot.com/2009/05/interaksi-tamadun.html
LAMPIRAN

You might also like