You are on page 1of 2

PERNYATAAN PROFESIONAL SEMASA

Praktikum merupakan salah satu cara bagi seorang guru pelatih melatih diri untuk mengajar
dan membiasakan diri dengan suasana pembelajaran sekolah sebelum ke situasi yang sebenar
di sekolah. Ini juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta
mendapat bimbingan daripada pensyarah dan guru pembimbing. Praktikum memfokuskan
kepada mata pelajaran major iaitu Bimbingan Dan Kaunseling dan mata pelajaran minor
pertama iaitu Bahasa Tamil untuk sekolah rendah. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan
diselesaikan semasa praktikum di sekolah. Untuk menjalankan kedua-dua tugasan tersebut,
saya perlu membuat perancangan yang tersusun dan sistematik bagi menjalankannya dengan
sempurna dan berjaya. Rancangan tersebut perlulah disediakan dengan lebih awal serta bahan
bantu belajar yang digunakan juga saya perlu sediakan sebelum mengajar.

Dalam pada itu, saya perlu melengkapkan portfolio praktikum dengan melengkapkan jurnal dan
laporan kokurikulum sekiranya saya ada melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan di
sekolah. Tidak lupa juga dengan persiapan dari segi mental fizikal dimana saya harus
menghadapi pelbagai karenah murid-murid sekolah. Ini semuanya penting sebelum saya
memulakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun sesi bimbingan dan
kaunseling. Apabila perancangan telah siap kini tiba kepada pelaksanaan pula. Dalam
pelaksanaan, saya perlu bersedia untuk dipantau dan dibimbing oleh pensyarah bagi tugasan
major mahupun bagi minor pertama yang akan datang ke sekolah untuk melihat bagaimana
saya mengajar dan mengawal tingkah laku kanak-kanak tersebut. RPH perlu sentiasa lengkap
serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran
yang saya kendalikan berjalan dengan baik dan lancar. Saya perlu sentiasa bersedia
menghadapi pelbagai kerenah kanak-kanak yang sememangnya sangat suka bermain daripada
belajar. Oleh itu, saya perlu sentiasa menggunakan pelbagai strategi, kaedah, dan teknik
bimbingan yang telah dipelajari sepanjang menuntut di IPG agar murid-murid tidak bosan
semasa sesi aktiviti bimbingan dan PdP berjalan. Aktiviti yang dijalankan juga hendaklah
bersesuaian dengan perkembangan murid-murid.

Bukan itu sahaja, saya perlu melibatkan diri dengan bidang kokurikulum seperti Unit
Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan yang terdapat di sekolah. Saya akan
berkongsi ilmu dan pengalaman saya semasa di IPG dengan murid-murid di sekolah tersebut
dan mengaplikasikannya. Latihan kokurikulum yang terdapat di IPG banyak membantu saya
apabila saya melangkah kaki untuk menjalani praktikum. Aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah
tersebut dijalankan pada hari sabtu. Hubungan yang mesra dan baik dengan semua kakitangan
sekolah akan saya amalkan agar tidak wujud jurang antara guru pelatih praktikum dengan guru
di sekolah tersebut. Ini akan memudahkan saya untuk berinteraksi dan mendapatkan maklumat
mengenai apa sahaja yang diperlukan. Harapan saya agar pensyarah penyelia major saya iaitu
Tn.Hj Razak Bin Kaprawi dan pensyarah penyelia minor saya iaitu En. Sathupathy Ramasamy
kerana sudi memberikan bimbingan yang terbaik kepada saya dalam semua segi sepanjang
saya berpraktikum selama 8 minggu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Masai. Saya bersedia
untuk menerima bimbingan, nasihat dan kritikan dari mereka. Saya juga berharap agar semua
warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan menjalinkan hubungan yang baik sesame
sendiri. Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan
persekitaran yang selesa dengan semua pihak. Semoga segala harapan saya ini dapat saya
realisasikan dengan baik..

You might also like