You are on page 1of 19

Enam murid cedera, atap

sekolah terbang dipukul


ribut
Sunday July 17, 2016
9:46 PM GMT+8

ICYMI

BWF unveils new tour structure, prize money boost for


badminton

The Edit: The young lives scarred by Boko Haram in


Nigeria

Minister says RTM will not air debate between Dr M,


Nazri
The Edit: Taraji P. Henson on the impact of Hidden
Figures

Iklan

Lagi berita

TOOLS

INCREASE TEXT

DECREASE TEXT

RESET TEXT

PRINT ARTICLE
Bumbung dua blok Sekolah Agama Bandar Selesa Jaya di Skudai rosak teruk akibat angin
kencang yang melanda kira-kira jam 3.40 petang 17 Julai 2016. Foto ihsan Facebook/Apa
Kabor JohorJOHOR BARU, 17 Jul Enam murid lelaki Sekolah Agama Bandar
Selesa Jaya di Skudai, di sini cedera terkena serpihan kayu dan siling yang
jatuh ke dalam kelas selepas bumbung blok sekolah itu diterbangkan angin
kencang petang tadi.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kejadian
kira-kira 3.40 petang itu turut melibatkan bumbung blok bersebelahan tetapi
tiada mangsa yang terlibat.

Kejadian berlaku ketika enam murid darjah empat yang berada dalam kelas
itu baru sahaja memulakan sesi pembelajaran yang bermula pada pukul 3.30
sehingga 6.30 petang, katanya kepada pemberita ketika melawat sekolah
berkenaan petang
ini.

Nur Jazlan berkata selain enam murid berumur 10 tahun itu, kejadian terbabit
turut menyebabkan tiga kereta guru sekolah berkenaan mengalami kerosakan
ringan akibat dihempap bumbung yang jatuh.
Beliau berkata tinjauannya di situ, mendapati bumbung di dua blok terbabit
yang ditukar lapan bulan lepas adalah tidak mengikut spesifikasi ditetapkan
kerana menggunakan bahan ringan sehingga mudah diterbangkan angin.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/enam-murid-


cedera-atap-sekolah-terbang-dipukul-ribut#sthash.WmW1EUsx.dpuf

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/enam-murid-
cedera-atap-sekolah-terbang-dipukul-ribut

Serangan ular, murid darjah


satu dipatuk dalam tandas di
tingkat tiga
Thursday April 28, 2016
3:48 PM GMT+8

ICYMI

BWF unveils new tour structure, prize money boost for


badminton
The Edit: The young lives scarred by Boko Haram in
Nigeria

Minister says RTM will not air debate between Dr M,


Nazri

The Edit: Taraji P. Henson on the impact of Hidden


Figures

Iklan

Lagi berita

0
TOOLS

INCREASE TEXT

DECREASE TEXT

RESET TEXT

PRINT ARTICLE

Seorang murid dipatuk ular di tapak tangan ketika berada di tandas tingkat tiga di Sekolah
Kebangsaan Kota Masai 2, Pasir Gudang (foto) petang semalam. Paparan skrin
GoogleJOHOR BARU, 28 April Seorang lagi murid tahun satu menjadi
mangsa patukan ular setelah beberapa kes seumpama itu dikesan sejak
seminggu lalu.
Muhammad Ar Rayyan Nazlan Mohd Nasrul, 7, dipatuk ular di tapak tangan
kiri di Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2, Pasir Gudang dekat sini petang
semalam, lapor portal Sinar Harian.

Namun keadaan murid tahun satu itu dilaporkan stabil ketika menerima
rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Ibunya Hajar Norhafiza Ismail, 30, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3
petang ketika anaknya seorang diri di tandas sekolah itu di tingkat tiga.

"Anak saya memaklumkan dia dipatuk ular berwarna hijau dan agak panjang,"
katanya.

"Sejurus kejadian, dia terus memaklumkan kepada guru dan dihantar ke Klinik
1Malaysia sebelum ditukar ke sini (HSI)."

"Rasa sangat terkejut, tetapi, alhamdulillah, saya bersyukur dia dalam


keadaan selamat," katanya kepada akhbar itu hari ini.

Jurucakap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dilaporkan mengesahkan


kejadian tersebut.

Pada 19 April, Nuriey Nadhirah Roslan, 7, yang belajar di SK Dato Hashim 1


di Pengkalan Chepa maut dipercayai akibat patukan ular di kawasan sekolah
ketika bermain pada waktu rehat.

Keesokannya, seorang murid perempuan Tahun Dua di SK Chembong,


Rembau di Negeri Sembilan cedera dipatuk ular [a] ketika kelas pendidikan
jasmani di padang sekolahnya

Dua lagi kes di negeri itu membabitkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Dato'
Abdul Razak (SDAR) di Sungai Gadut, Seremban dan pelajar Kolej
Vokasional (KV) Dato' Lela Maharaja, Rembau.

"Pada Sabtu lepas, pelajar SDAR dipatuk ular semasa pulang dari surau ke
asrama selepas solat Isyak. Warden telah membawanya ke hospital dan telah
dirawat.
"Sehari kemudian, pelajar KV dipatuk selepas cuba menangkap ular di
sebuah ladang berhampiran sekolah," kata pengarah Jabatan Pendidikan
Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil, kelmarin.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/serangan-


ular-murid-darjah-satu-dipatuk-dalam-tandas-di-tingkat-3#sthash.JbhWXqL1.dpuf

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/serangan-
ular-murid-darjah-satu-dipatuk-dalam-tandas-di-tingkat-3

KHAMIS, 9 OKTOBER 2014 @ 6:30 PM

Dua murid di Kudat cedera semasa


duduki peperiksaan UPSR

BUMBUNG di sebuah bangunan dekat SK Panudahan, Kudat tercabut akibat angin kencang yang
melanda kawasan itu. - Foto NSTP

KUDAT: Dua pelajar lelaki tahun enam, Sekolah Kebangsaan


Panudahan dekat sini, cedera ringan selepas bumbung kelas mereka
diterbangkan angin kencang ketika sedang menduduki peperiksaan
ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pagi tadi.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip, berkata murid


berkenaan, Jil Muin cedera di bahagian peha terkena kipas siling
yang jatuh manakala Danielson Danius cedera ringan terkena siling
papan lapis.

Turut cedera dalam kejadian 8.30 pagi itu ialah seorang guru lelaki
pengawas peperiksaan, Jamil Totong yang cedera di bahagian
belakangnya terkena beluti.

"Semasa kejadian, peperiksaan ulangan UPSR bagi kertas Matematik


sedang dijalankan. Pada ketika itu, 37 murid sedang menduduki
peperiksaan dengan tiga orang guru pengawas di dalam dua kelas,"
katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
BUMBUNG di sebuah bangunan dekat SK Panudahan, Kudat tercabut akibat angin kencang yang
melanda kawasan itu. - Foto NSTP

Bagaimanapun, kata Jame semua calon peperiksaan UPSR sekolah


berkenaan dapat menyempurnakan peperiksaan mereka selepas
dipindahkan ke blok bangunan bersebelahan bilik guru yang tidak
terjejas dengan kejadian ribut berkenaan.

Dalam kejadian itu, empat kelas dan bilik pentadbiran terjejas


manakala kereta milik guru besar sekolah itu turut rosak dihempap
kayu.

Menurut Jame, semasa kejadian guru besar dan sembilan guru


berada di dalam bilik guru sekolah itu.

-BERNAMA

http://www.bharian.com.my/node/10555
Bumbung tercabut, enam murid
cedera

Keadaan bilik darjah yang bumbungnya tercabut akibat ribut. FOTO ihsan JPAM

WhatsApp

Izlaily Nurul Ain Hussein

izlaily@hmetro.com.my

Johor Bahru: Enam murid Sekolah Agama Bandar Selesa Jaya di sini, cedera selepas
bumbung sekolah tercabut akibat ribut, petang tadi.
Dalam kejadian 3.30 petang itu, seramai 22 orang murid dan seorang guru berada di
kelas dan sedang membaca al-Quran sebaik memulakan sesi pembelajaran.

Menurut guru kelas terbabit, Siti Hanisah Hasan, 34, kurang 10 minit mereka mula
membaca al-Quran, hujan dan angin bertiup kencang.

"Dalam sekelip mata, ribut melanda sebelum seluruh bumbung bilik darjah tercabut. Saya
terus mengarahkan semua murid keluar dimulai dengan 12 perempuan yang ketika itu
semuanya sudah mula menjerit dan menangis.

"Bimbang keadaan mereka apabila melihat serpihan bumbung dan kipas terbang, saya
arahkan semua murid turun ke bawah bangunan sekolah namun enam daripada mereka
cedera terkena serpihan bumbung yang tercabut," katanya ketika ditemui di Hospital
Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim berkata,
pihaknya akan menghulurkan bantuan kepada murid yang cedera daripada segi kos
rawatan, manakala bantuan baik pulih struktur bangunan kepada sekolah berkenaan.

"Kita akan mulakan proses baik pulih dalam masa terdekat dan esok (hari ini) kerja
pembersihan akan dimulakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2016 @ 7:59 PM

http://www.hmetro.com.my/node/152388

https://books.google.com.my/books?
id=dxIGAwAAQBAJ&pg=PA108&lpg=PA108&dq=murid+cedera+dalam+bil
ik+darjah&source=bl&ots=hDRf88AHFY&sig=Mqya2IRhVvfUs8M9Lk9se6U
yL-U&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=murid%20cedera
%20dalam%20bilik%20darjah&f=false

Murid cedera dihempap dinding papan kelas


ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersama
kakitangan sekolah melihat keadaan dinding yang runtuh
menyebabkan Nurul Izatul Amira Zakaria cedera dalam kejadian di
SK Jasin, Jasin, Melaka, semalam. Nurul Izatul Amira Zakaria
(gambar kecil) ditenangkan oleh gurunya sebelum dibawa ke
Hospital Jasin untuk rawatan. UTUSAN/NOR HAYATI ZAINUDIN

26 Februari 2016 1:22 AM

575

JASIN 25 Feb. Seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan


Jasin cedera di tangan dan pinggang akibat dihempap dinding papan
sebuah kelas yang terjatuh ketika angin kencang melanda kawasan
sekolah itu di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.46 tengah hari itu, mangsa, Nurul
Izatul Amira Zakaria, 8, dikatakan sedang berjalan seorang diri
melalui bilik darjah tersebut sebelum dinding papan tersebut tiba-tiba
terjatuh kerana tiupan angin kencang dan menghempap murid
berkenaan.

Utusan Malaysia difahamkan, dinding papan yang terletak di hujung


blok bangunan sekolah itu berukuran 1.5 meter dengan lebar dua
meter telah menghempap bahagian pinggang dan tangan mangsa.
Kanak-kanak perempuan itu kemudian segera dibawa ke Hospital
Jasin di sini untuk rawatan lanjut dan dia telah dibenarkan keluar
selepas menerima rawatan.

Ini merupakan kejadian kemalangan yang kedua berlaku di daerah


ini membabitkan murid sekolah.

Pada 1 Februari lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh


tahun maut selepas terjatuh ke dalam sebuah lubang kumbahan
najis di belakang Sekolah Rendah Agama Parit Penghulu Benteng,
Sungai Rambai di sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi,


Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md.
Yunos Husin berkata, kemalangan tersebut adalah di luar jangkaan
pihak sekolah.

Beliau berkata, bagi mengelak kemalangan di sekolah terutamanya


melibatkan pelajar, semua guru besar atau pengetua di negeri ini
diminta mengambil tindakan segera dengan menyelenggara dan
memperbaiki struktur yang tidak kukuh.

Berikutan musim angin kencang di seluruh negara ketika ini, saya


meminta pihak pengurusan semua sekolah mengambil langkah
berjaga-jaga kerana kita tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini
berlaku, katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Md. Yunos berkata, mangsa kini stabil dan sudah
dibenarkan pulang dan pihaknya mengingatkan pengurusan sekolah
supaya memastikan tahap keselamatan di semua kawasan sekolah
berada dalam keadaan selamat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-


bencana/murid-cedera-dihempap-dinding-papan-kelas-
1.194434#ixzz4bm6w0OUu
Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/murid-cedera-dihempap-
dinding-papan-kelas-1.194434
Pondok Gazebo Sekolah
Runtuh, Lima Murid Cedera
Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 8:37 PM

image:
http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/02/08/20/40/gazeboruntuh11.ashx?
w=620&h=413&crop=1&/

Keadaan pondok gazebo yang runtuh di Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Seksyen 4 Bandar Baru

Bangi pada Rabu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)


BANGI: Lima murid Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Seksyen 4, Bandar
Baru Bangi, yang sedang berehat di bawah pondok gazebo cedera setelah
struktur itu runtuh pada Rabu.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata lima


murid yang cedera itu melibatkan tiga pelajar berumur 12 tahun dan dua
berumur 11 tahun.

"Siasatan awal mendapati kerosakan pada struktur pondok itu


menyebabkannya tidak kukuh dan runtuh sebelum menghempap pelajar-
pelajar terbabit," katanya.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi,
yang menerima panggilan kecemasan pada 2.38 petang berhubung insiden
itu bergegas ke tempat kejadian.

Pelajar yang cedera mendapat rawatan di Hospital Kajang dan klinik


kesihatan berdekatan, katanya. - BERNAMA
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-
jenayah/2017/02/08/gazebo-runtuh/#kx0yR6gPppJb3oe8.99

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2017/02/08/gazebo-
runtuh/
MURID
CEDER
A,
MUKA
TERTU
SUK
GUNTI
NG
Faiz Kamirin, 10, tertusuk gunting yang dimain rakannya ketika
makan di kantin sekolah

KOTA SAMARAHAN Seorang murid tahun lima di sebuah sekolah di


sini, cedera di muka akibat tertusuk gunting dalam satu kejadian
yang berlaku di kantin sekolah di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, muka Faiz Kamirin, 10, tertusuk
gunting yang dimain rakannya ketika makan di kantin sekolah.

Status yang dimuat naik dari laman facebook Pendidiku2u,


memetik, sumber yang berkata dalam kejadian itu rakan mangsa
bermain gunting dan secara tidak sengaja tertusuk muka kiri
mangsa, hanya beberapa inci dari mata.

Rakan mangsa kemudian memaklumkan mengenai kejadian itu


kepada guru sekolah dan dibawa ke Pusat Jantung Samarahan.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS)


untuk rawatan lanjut, katanya.

Setakat ini, difahamkan mangsa masih di hospital, namun gunting


itu sudah berjaya dikeluarkan.
Sementara itu The Rakyat Post menghubungi balai polis di Kota
Samarahan dan disahkan bahawa tiada laporan polis dibuat
berkenaan insiden berkenaan.

http://malaysianreview.com/136139/murid-cedera-muka-tertusuk-gunting/

ISNIN, FEBRUARI 21, 2011

SEKOLAH MESTI DIBINA LEBIH TELITI BAGI MEMASTIKAN BANGUNAN


SELAMAT DAN TAHAN LAMA

Sekolah mesti dibina lebih teliti

MIRI 20 Feb. Kerajaan mahu projek pembinaan bangunan-bangunan sekolah


dibuat secara lebih teliti dengan mengutamakan ciri-ciri keselamatan bagi mengelak
berlakunya masalah seperti retakan kepada struktur
bangunan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi


berkata, kajian terhadap tanah khususnya di
kawasan tanah tinggi misalnya, perlu diberi
tumpuan utama bagi memastikan bangunan
sekolah itu tahan lama.

Sebagai contoh katanya, Sekolah Kebangsaan (SK) Long


Luping dan SK Long Sukang di Lawas yang menelan kos
pembinaan berjuta-juta ringgit, namun tidak sampai tujuh
tahun bangunan sekolah itu tidak dapat digunakan
kerana masalah pemendapan tanah yang menyebabkan bangunan retak.

SK Long Luping misalnya, siap pada 2005 dengan


membabitkan kos RM5 juta, namun akhirnya dua bangunan
tidak dapat digunakan iaitu blok pentadbiran dan asrama.

Masalah utama adalah kerana pemendapan tanah disebabkan


kebanyakan sekolah tersebut dibina di atas tanah tinggi iaitu di kawasan
pergunungan.

Jadi, kita berharap masalah ini tidak berulang pada masa


hadapan, katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat Sekolah
Menengah (SM) Sains Miri dekat sini kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai punca utama
kebanyakan sekolah-sekolah di Sarawak mengalami masalah keretakan di
bangunan sehingga tidak dapat digunakan.

Mohd. Puad berkata, untuk mengatasi masalah itu, kementerian telah meluluskan
peruntukan RM3.5 juta bagi SK Long Luping dan RM2.5 juta lagi untuk SK Long
Sukang bagi mengatasi masalah cerun yang mendap dan menaik taraf kemudahan
di sekolah itu.

Katanya, tender untuk SK Long Luping akan dibuka minggu depan, manakala SK
Long Sukang yang melibatkan pembinaan bangunan sekolah pasang siap pula
sudah 40 peratus dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

Semasa lawatan itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM2 juta dengan
RM1.4 juta untuk membina bangunan kelas sementara dan RM600,000 lagi
digunakan untuk kajian pemendapan tanah di Sekolah Menengah (SM) Sains Miri.

Beliau menambah, pembinaan kelas sementara itu melibatkan empat blok bangunan
yang diperbuat daripada fiber komposit yang mempunyai lapan buah bilik kelas,
tambahan kepada 12 bilik kelas yang sedia ada.

Sebelum ini, pelajar dan kakitangan SM Sains Miri diarahkan berpindah


ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinjar, Baram berikutan
terdapat bangunan yang retak dan tidak selamat digunakan tetapi ia
dibatalkan.

Oleh sebab cadangan berpindah itu dibatalkan, maka kementerian


bersetuju meluluskan peruntukan tersebut untuk membina bangunan
sementara menunggu bangunan kekal,katanya.

Pada lawatan itu juga, beliau turut mengumumkan peruntukan RM510,000 untuk
membantu Sekolah Menengah Agama Miri di Bakam selepas bumbung asrama
terbakar tahun lalu.

Posted by Silou bah ini... at 2/21/2011 07:44:00 PG

http://kgsilou.blogspot.my/2011/02/sekolah-mesti-dibina-lebih-teliti-
bagi.html

You might also like