You are on page 1of 6

FORMAT PENGACARAAN MAJLIS

1. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat. (hadirin diminta berdiri)


2. Ucapan salam dan selamat datang serta kesyukuran.
3. Pengenalan ringkas majlis yang diadakan.
4.Ucapan alu-aluan daripada tuan rumah.
4.1 Perucap alu-aluan
-Mengucapkan Selamat datang
-Menyatakan fungsi dan objektif majlis
-Melaporkan aktiviti
-Mengemukakan Cadangan dan permintaan
-Mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada
5.Ucapan terima kasih drpd penganjur (jika perlu)
5.1 Perucap terima kasih-Berterima kasih diberi peluang berucap
-Mengucapkan selamat datang ke majlis
-Melaporkan aktiviti
-Mengemukakan cadangan dan permintaan
-Mengucapkan terima kasih kepada tamu kehormat dan AJK
6. Ucapan utama daripada tetamu kehormat (jika beliau ingin berucap)
6.1Perucap Utama
-Mengucapkan tahniah kepada pengelola
-Melaporkan informasi terkini
-Memberi nasihat
-Menjawab cadangan dan permintaan
-Kata penutup
7. Terus kepada agenda utama majlis seperti agenda makan malam ataupun
anugerah.
8. Penutup
9. Mengumumkan keberangkatan pulang tetamu kehormat (hadirin diminta
berdiri)

TEKS PENGACARAAN MAJLIS


TEKS PENGACARAAN MAJLIS TRANSFORMASI PENDIDIKAN KE ARAH
PEMBENTUKAN MODAL INSAN CEMERLANG
SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN.

TARIKH : 3 APRIL 2010


MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN DARUL MAKMUR
TETAMU KEHORMAT: YANG HORMAT DATOHAJI MAZLAN BIN
MOHAMAD
PENGACARA : -

Sebelum ketibaan
Yang Hormat Dato Pengarah IPTAA
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Salam hormat dan Selamat datang ke Majlis Tranformasi Pendidikan


Sempena Karnival Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Majlis kita akan bermula sebentar lagi, iaitu
sebaik sahaja ketibaan Yang Hormat Dato Haji Mazlan Bin Mohamed,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.
Sehubungan itu pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat
mematuhi adab majlis seperti berikut:

1. Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan Yang Hormat


Dato Haji Mazlan Bin Mohamad, Tuan Pengarah dibuat oleh
Pengacara Majlis.

2. Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod senyap.

3. Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar setelah
tetamu kehormat meninggalkan majlis

4. Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan.


5. Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian hadapan.

6. Pihak majlis memohon kerjasama hadirin sekalian sidang untuk


menyanyikan semua lagu perhimpunan dengan penuh bersemangat.

Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama dari Tuan-
tuan dan Puan-puan.

Mengumumkan Ketibaan Yang Hormat Dato Haji Mazlan Bin Mohamad,


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, diiringi
Timbalan Pengarah, pensyarah-pensyarah kanan, Ketua-ketua
Jabatan, ketua-ketua unit dan para pensyarah masuk ke dalam dewan.

Bissmillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Serta sahabat dan keluarga baginda.

Yang Hormat Dato Haji Mazlan Bin Mohamad, Pengarah Institut


Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.
Yang Hormat Dato Haji Adam Amirul bin Zakaria,
Pegawai Penerangan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Yang Berusaha Encik Roselan Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.
Ketua-ketua Jabatan,
Ketua-ketua unit,
Para Pensyarah,
Barisan Ahli jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Barisan Ahli Jawatankuasa Kerja Perhimpunan dan Upacara Khas,
Guru-guru pelatih sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu wataala kerana dengan limpah
kurnia-Nya diberi-Nya kita peluang untuk berkumpul bagi mengikuti Majlis
Tranformasi Pendidikan Sempena Karnival Pendidikan Institut Pendidikan
Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.

Sidang hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara Wan Muhammad
bin Wan Jusoh dari Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Bahasa
Melayu Semester 3. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

BACAAN DOA

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Wan Muhammad


bin Wan Jusoh atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin hadirat sekalian,

Majlis pada hari ini diteruskan dengan nyanyian Lagu Negeri Pahang, Lagu
IPG dan Lagu IPTAA yang akan dipimpin oleh saudari Nurasyidah Mohd
Rasid dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah semester 4.

Hadirin diminta berdiri.

NYANYIAN LAGU

Para hadirin dipersilakan duduk.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudari Nurasyidah Mohd
Rasid atas pimpinan lagu sebentar tadi.

Majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan oleh Yang Hormat Dato
Haji Mazlan bin Mohamad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Tengku
Ampuan Afzan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan

UCAPAN ALU-ALUAN
Terima kasih kepada Yang Hormat Dato Haji Mazlan Bin Mohamad atas
ucapan sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya majlis akan diteruskan dengan ucapan bertemakan


Transformasi Pendidikan Ke Arah Pembentunkan Modal Insan Cemerlang
dengan memberikan fokus kepada pembentukan modal insan berkualiti ke
arah mencapai wawasan 2020 yang akan di sampaikan oleh Yang Hormat
Dato Haji. Adam Amirul bin Zakaria tanpa membuang masa lagi, Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PENERANGAN

Terima kasih kepada Yang Hormat Dato Haji. Adam Amirul bin Zakaria ,
Pegawai Penerangan Kementerian Pelajaran Malaysia atas kesudian beliau
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Agenda majlis berikutnya ialah majlis penyampaian cenderamata. Majlis


menjemput Encik Roselan Bin Ahmad untuk mempersilakan dan mengiringi
Yang Hormat Dato Pengarah menyampaikan cenderamata kepada Yang
Hormat Dato Haji. Adam Amirul bin Zakaria. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Hormat Dato Pengarah atas
kesudian beliau menyampaikan cenderamata sebentar tadi.
Majlis kita pada pagi ini diakhiri dengan nyanyian lagu Guru Malaysia, lagu
Tekad dan Negaraku yang dipimpin oleh Nurasyidah Mohd Rasid dari
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah semester 4.

Para hadirin diminta berdiri,

NYANYIAN LAGU

Dengan nyanyian lagu tersebut sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis


Tranformasi Pendidikan Ke Arah Pembentukan Modal Insan Cemerlang
Sempena Karnival Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Bagi pihak majlis saya ingin menyusun 10 jari
memohon jutaan kemaafan andai sepanjang majlis ini berlangsung terdapat
kesilapan dan kelemahan yang disedari ataupun tidak.

Majlis menjemput Tuan Timbalan Pengarah, pensyarah-pensyarah kanan,


Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit dan para pensyarah mengiringi Yang
Hormat Dato Haji Mazlan Bin Mohamed dan Yang Hormat Dato Haji. Adam
Amirul bin Zakaria, Pegawai Penerangan Kementerian Pelajaran
Malaysiauntuk meninggalkan dewan dan menikmati jamuan di Teratak Selera
bersebelahan dengan Kantin.

Sekian sahaja dari saya ,


Wabilahitaufik walhidayah wassalam mualikum warahmatullahiwabarakatuh

You might also like