You are on page 1of 2

Jawatankuasa Keselamatan,

Sekolah Kebangsaan Seri Al Ulum,


Kg.Pt.Marjunit, 82200 Benut, Pontian,
Johor.

Tel : 076901699
Emel Sekolah : jba6049@moe.edu.my
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketua Polis, Tarikh : 23 JULAI 2017


Balai Polis Pontian,
Polis Diraja Malaysia Jalan Sekolah Arab,
82000 Pontian, Johor.

Tuan ,

CERAMAH PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Seri Al Ulum di bawah Jawatankuasa Keselamatan Sekolah


ingin menjemput pihak tuan untuk mengadakan satu program ceramah mengenai keselamatan jalan raya
kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah ini. Program tersebut adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 2 OGOS 2017 (Rabu)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SK Seri Al Ulum
Nama Penceramah : Tuan Misrang bin Hj.Busno (Ketua Polis Trafik Pontian)

3. Untuk makluman tuan, antara tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan serta
kefahaman kepada pelajar-pelajar dan guru-guru mengenai undang-undang jalan raya, kemahiran
menggunakan persekitaran jalan raya dengan selamat serta membantu untuk membentuk sikap yang baik
sebagai pengguna jalan raya yang berhemah. Ini adalah bertepatan dengan objektif PKJR untuk
memastikan semua pelajar dan guru mempunyai sikap yang betul, berpengetahuan dan berkemahiran untuk
menjaga diri mereka sendiri dan orang lain bagi mengelakkan sebarang kemalangan di jalan raya.

4. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik pihak tuan agar dapat menjayakan program yang
dirancang ini. Kerjasama dan perhatian yang diberi, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

. Sekian, terima kasih.

" SEHATI SEJIWA "

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

…………………………………..
(OTHMAN BIN AHMAD)
Guru Besar,
SK Seri Al Ulum.

sk : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / : Fail Keselamatan

You might also like