You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN JELUTONG

JALAN JELUTONG
11600, PULAU PINANG. TEL/FAKS : 04-2813599

Ruj. Kami : SKJ 600-3/5/14 (09)


Tarikh : 09 Januari 2023
Ketua Balai
Balai Polis Jelutong
22, Jalan Tan Sri The Ewe Lim,
Jelutong, 11600 George Town,
Pulau Pinang.

Tuan,

MAKLUMAN PROGRAM PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH PRASEKOLAH SEKOLAH


KEBANGSAAN JELUTONG.

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Program Pembelajaran Luar Bilik
Darjah Prasekolah Sekolah Kebangsaan Jelutong.

3. Butir-butir mengenai program tersebut adalah seperti berikut;

Tarikh : 19 Januari 2023, Khamis


Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Domino’s Pizza, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kepala
Batas), Balai Bomba dan Penyelamat Perda
Penyertaan : Semua murid prasekolah (50 orang)

4. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………
(EN FADZIL BIN SADIKIN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jelutong
No. Tel/Faks: 04-2813599
E-mel: fadzilsadikin@moe.gov.my

You might also like