You are on page 1of 11

I

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012


(SEBELUM INTERNSHIP)

Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang


bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia
ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki
untuk merancang, melaksana dan menilai projek atau aktiviti yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau
aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Sepanjang
tempoh Internship, pelajar akan didedahkan dengan sifat kepemimpinan dan
pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah dengan bimbingan daripada seorang
mentor.

Sebelum menjalani Internship di sekolah selama satu bulan, satu


taklimat oleh unit praktikum telah diadakan pada 16 Januari 2017 bersamaan
hari Isnin di DDKA. Taklimat telah disampaikan oleh Unit Praktikum,iaitu Pn
Azyanzuhaila Binti Hasan Basri Sepanjang taklimat, saya telah didedahkan
dengan apa itu internship dan projek yang boleh dijalankan di sekolah.
Pelbagai input yang berguna telah diperoleh sepanjang hari taklimat
dijalankan untuk memastikan para pelajar dapat menjalankan Internship
dengan lancar.

Berdasarkan taklimat yang telah diberikan oleh Unit Praktikum Institut


Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, terdapat banyak perkara
yang perlu dilakukan seperti penyediaan portfolio, menyediakan kertas kerja
untuk setiap projek atau program yang telah dirancang serta cara untuk
menguruskan sesuatu program dengan lancar dan berkesan. Penyediaan
portfolio adalah wajib bagi pelajar untuk menyimpan bahan bukti dan bahan
proses pendokumentasian sepanjang menjalankan Internship. Sebelum
menjalani Internship, saya bersama dua orang rakan saya telah merancang
projek yang akan dilaksanakan di sekolah kelak berdasarkan pemerhatian
yang telah dilakukan sepanjang menjalani praktikum fasa 3 di Sekolah
Kebangsaan Bandar Uda 2. Kami telah mengambil keputusan untuk
I

menaiktaraf bengkel Kemahiran Hidup yang terdapat di sekolah tersebut


sebagai projek utama.
Selain itu, semasa di sekolah nanti, saya juga perlu menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Namun, waktu
pengajaran pada kali ini telah dikurangkan kepada dua hingga empat waktu
sahaja untuk memberi ruang masa melaksanakan dan menyiapkan segala
projek yang telah dirancang sebelum memulakan Internship di sekolah
masing-masing. Penyediaan rancangan pengajaran pada kali ini juga adalah
lebih ringkas kerana saya hanya perlu menulis ringkasan rancangan
mengajar dalam bentuk bertaip. Tujuannya adalah untuk menjimatkan masa
bagi membolehkan saya dan rakan-rakan menjalankan projek dengan baik
dan lancar. Sepanjang menjalani Internship, saya juga telah bercadang untuk
mengumpul data bagi Kajian Tindakan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran selama empat minggu di sekolah.

Melalui program Internship ini, saya berharap agar dapat menimba


pengalaman sebanyak mungkin terutama dalam aspek pengurusan sesuatu
program atau aktiviti yang akan menjadi kebiasaan kepada saya apabila
menjadi bakal guru yang sebenar kelak. Saya juga berharap agar dapat
memperbaiki segala kelemahan yang ada sepanjang menjalani praktikum
pada semester yang lalu terutama dari aspek komunikasi antara saya
dengan murid serta guru-guru.

Akhirnya, saya berharap agar program Internship ini dapat memberi


peluang dan membuka ruang kepada saya dalam usaha untuk meningkatkan
tahap keyakinan diri, ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi
cabaran sebagai seorang bakal guru kelak, membentuk sifat kepemimpinan
serta akhlak yang baik serta dapat memupuk dan menerapkan nilai
profesionalisme keguruan dalam usaha melahirkan bakal guru yang produktif
serta efektif kepada bangsa dan negara.
I

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012


(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 1

Pada minggu pertama menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Bandar Uda


2, Johor Bahru, saya bersama dua orang rakan saya iaitu Sebastian A/L Mohanadas
dan Komathi A/P Kumaran telah melaporkan diri terlebih dahulu di pejabat. Disebabkan
guru besar tidak hadir pada hari tersebut, kami telah berjumpa dengan GP Kurikulum
Puan Marfuah Binti Tukiman untuk membincangkan mengenai projek internship.
Selepas itu, kami telah berjumpa dengan Guru Pembimbing kami iaitu Encik Ahmad
Adwan Bin Abdul Latif bagi membincangkan mengenai projek yang akan dijalankan
sepanjang menjalani Internship selama sebulan di sekolah. Saya dan dua orang rakan.
Dengan bantuan Guru pembimbing kami dapat membincangkan tiga projek yang bakal
kami laksanakan di sekolah. Projek pertama kami adalah keceriaan mengubah Bengkel
RBT Bertaraf Abad Ke 21, Projek kumpulan yang kedua adalah, Program nilam
peringkat sekolah. Program ini adalah program yang besar jadi kami mengambil satu
daripada program ini iaitu kempen 1 keluarga 1 buku.

Saya juga telah membincangkan mengenai projek individu yang akan


dijalankan di sekolah tersebut melatih pelajar untuk berucap di pentas
sekolah .

Pada hari pertama, saya dan rakan saya telah bertungkus lumus
merancang dan memulakan proses untuk membuat kertas kerja bagi projek
utama kami. Kami telah melawat bengkel Kemahiran Hidup terlebih dahulu
untuk melihat keadaan bengkel tersebut. Rakan saya telah melakar semula
kedudukan bengkel tersebut untuk menjadikan bengkel tersebut lebih
kondusif dan selesa digunakan oleh para guru dan murid semasa
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Kami juga telah
berbincang untuk melakukan perubahan kepada bengkel tersebut iaitu
mengecat bengkel, memindahkan beberapa perabot dan membuang
barangan yang tidak boleh digunakan lagi.
I

Sebagai penyelaras bagi projek ini, saya telah membuat draf untuk keceriaan
bengkel dan saya bersama setiausa projek saya membuat kertas kerja.

Pada hari kedua, saya bersama dua orang rakan saya telah mengemas
dan membersihkan bengkel. Kami telah memindahkan dan mengeluarkan
segala barangan dan peralatan yang terdapat di dalam bengkel tersebut
serta menyusun semula supaya kelihatan lebih teratur dan kemas. Proses
pembersihan bengkel ini juga telah dibantu oleh beberapa orang guru dan
pekerja di sekolah berkenaan dan kami berasa berbesar hati dengan
pertolongan yang telah diberikan. Kerja pembersihan bengkel tersebut
selesai pada jam 12 tengahari .

Projek menaiktaraf bengkel ini diteruskan pada hari ketiga iaitu kami
telah memulakan proses untuk mengecat bengkel Kemahiran Hidup. kerana
pihak sekolah sudi untuk memberikan tiga tin cat yang berwarna putih,
coklat dan biru serta beberapa peralatan yang lain yang telah memudahkan
kami untuk mengecat bengkel tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat
kesilapan apabila cat yang telah dibeli adalah salah. Namun, kami berjaya
mengatasi masalah tersebut dengan mencampurkan cat tersebut dengan cat
putih. Kami telah mengecat kembali keseluruhan bengkel Kemhiran Hidup
tersebut supaya kelihatan lebih menarik dan ceria. Saya dan rakan saya
telah bekerjasama dengan baik dan dapat menyiapkan proses mengecat
dengan lancar dan baik. Setelah selesai mengecat bengkel tersebut, kami
meletakkan kembali perabot yang telah dipindahkan ke tempat asal.

Pada hari keempat, kami telah mengecat dinding utama di bahagian


luar bengkel kemahiran hidup dan juga mengecat syiling di dalam bengkel
Kemahiran Hidup untuk menjadikan bengkel kelihatan lebih besar dan luas.
Walaubagaimanapun, proses mengecat dinding tidak dapat dijalankan
kerana kehabisan cat putih. Proses mengecat juga diteruskan dengan
mengecat bingkai serta jaring yang terdapat di dalam bengkel Kemahiran
Hidup dengan cat minyak yang berwarna biru. Proses mengecat ini
mengambil masa yang agak lama kerana memerlukan terdapat banyak
I

bingkai serta jaring yang perlu dicat. Walaubagaimanapun, proses mengecat


ini telah disambung pada keesokan harinya.

Pada hari kelima menjalani Internship, saya dan dua orang rakan saya
telah meneruskan proses mengecat bengkel dan mengecat bahagian dinding
yang masih belum di cat. Proses mengecat dan membersihkan bengkel pada
masa yang sama ini mengambil masa sepanjang waktu persekolahan pada
hari tersebut dan alhamdulillah akhirnya proses mengecat bengkel
Kemahiran Hidup selesai selepas empat hari bekerja keras untuk
membersihkan dan menaiktaraf bengkel Kemahiran Hidup. Minggu pertama
di sekolah telah banyak memberikan pengalaman berharga kepada saya
dalam usaha meningkatkan pelbagai kemahiran yang belum saya cuba
sebelum ini.

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012


(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 2

Program Internship di sekolah ternyata telah banyak membantu saya


terutama dalam aspek pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah di samping
meningkatkan kemahiran saya dalam pelbagai perkara. Di minggu kedua,
saya dan rakan-rakan saya telah meneruskan projek kedua kami iaitu projek
I

kumpulan iaitu program nilam. Sebelum memulakan projek ini, saya telah
menyiapkan kertas kerja pada minggu pertama untuk memudahkan
pelaksaan projek ini.

Pada minggu kedua ini juga, kami telah menyiapkan projek mengecat
meja di bengkel Kemahiran Hidup selepas berbincang dengan beberapa
orang guru untuk menjadikan bengkel tersebut lebih menarik. Kami juga
telah mencuci bengkel tersebut selepas selesai segala proses mengecat di
bengkel tersebut. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dengan
bantuan dan kerjasama daripada pelbagai pihak.

Proses melukis mural telah dilakukan pada waktu malam hari kedua di
minggu kedua menjalani Internship. Keadaan cuaca yang tidak menentukan
menyebabkan kami terpaksa menangguh proses melukis mural yang
sepatutnya dijalankan pada hari Isnin. Justeru, saya dan rakan saya telah
menyiapkan projek individu masing-masing iaitu melukis mural di hadapan
bengkel Kemahiran Hidup, menyiapkan papan kenyataan dan juga
menyiapkan label untuk tumbuhan di taman herba berhampiran bengkel
Kemahiran Hidup. Proses melukis mural pada malam tersebut telah berjalan
dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan dengan bantuan seorang
guru dan seorang staf. Kami juga telah melukis mural berbentuk perkataan
pada dinding di sepanjang kelas berhampiran dewan tertutup sekolah. Proses
melukis mural tamat pada jam 11.30 malam.

Pada hari ketiga, kami telah memulakan proses mewarna mural seawal
jam 8.00 pagi. Proses mewarnakan mural bertemakan Budi Bahasa Budaya
Kita ini telah mengambil masa yang sangat lama kerana masalah dari aspek
kekurangan warna dan juga kekurangan tenaga untuk menyiapkan mural
tersebut. Walaubagaimanapun, segala proses mewarna mural telah dibantu
oleh beberapa orang guru, pekerja sekolah serta murid-murid yang
majoritinya berasa teruja apabila melihat mural tersebut. Projek mural ini
akhirnya telah berjaya disiapkan dalam masa satu hari sahaja dengan
bantuan daripada pelbagai pihak. Selain itu, pada hari ketiga juga, kami
I

telah mengikuti latihan rumah sukan masing-masing yang telah dijalankan


pada jam 2.00-3.00 petang.

Pada hari keempat, kami telah menyiapkan projek mural Budi Bahasa
Budaya Kita secara keseluruhannya dan telah menambah mural berbentuk
tulisan iaitu pantun budi di sebelah mural Budi Bahasa Budaya Kita. Kami
juga telah mewarna mural berbentuk kata-kata hikmah sebagai mural
sampingan di dinding pada setiap kelas. Pada hari keempat ini juga, saya
telah menjalankan projek individu saya iaitu gotong-royong bersama lapan
orang ahli Kelab Pencegahan Jenayah. Gotong-royong selama satu jam itu
bertujuan untuk membersihkan persekitaran bengkel Kemahiran Hidup.
Alhamdulillah objektif projek yang telah dijalankan telah berjaya dicapai dan
murid-murid telah memberikan kerjasama yang baik serta mereka sangat
komited dalam melakukan kerja.

Pada hari kelima, kami telah melukis mural sampingan di dinding yang
berhampiran dengan tangga sekolah dan mewarnakan mural tersebut. Mural
tersebut dapat disiapkan hanya dalam masa satu hari dengan bantuan
daripada guru-guru dan pekerja sekolah. Pengalaman di minggu kedua
menjalani Internship di sekolah sangat membantu saya dapat pelbagai aspek
terutama kemahiran berkomunikasi.
I

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012


(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 3

Pada minggu ketiga menjalani Internship, kami telah bertungkus


lumus untuk menyiapkan kesemua projek di sekolah termasuk projek
individu. Kami juga sibuk menyiapkan portfolio Internship. Saya juga telah
melukis gambar mural alatan tangan pada dinding bengkel Kemahiran Hidup.
Selesai melukis, saya telah mewarna mural tersebut dan telah dibantu oleh
rakan saya. Projek ini telah berjaya disiapkan dalam masa satu hari sahaja.

Pada hari kedua telah diadakan Senamrobik Serentak 1 Murid, 1 Sukan


1 Malaysia. Saya dan dua orang rakan saya telah ditugaskan untuk menjadi
instruktor sepanjang senamrobik tersebut dan itu merupakan pengalaman
pertama saya menjadi instruktor dan Alhamdulillah segalanya telah
dipermudahkan dengan bantuan daripada guru-guru dan murid-murid
sekolah berkenaan. Program senamrobik tersebut merupakan program yang
dijalankan serentak di seluruh sekolah dan semua institusi pendidikan di
Malaysia untuk dimasukkan dalam Malaysian Book of Record. Walau
bagaimanapun, program ini perlu penambahbaikan dari aspek tempat
pelaksanaan kerana kawasan dewan yang digunakan semasa senamrobik
dijalankan adalah tidak sesuai kerana terlalu sempit. Selain itu, saya dan
rakan saya juga telah melukis dan menyiapkan logo sekolah sebagai projek
sampingan sewaktu menjalani Internship.

Pada hari ketiga, saya telah mengajar di kelas 5 Delima dan


mengumpul data yang diperlukan untuk kajian tindakan saya. Maklumat
yang dikumpul adalah berdasarkan latihan menulis lima ayat berpandukan
gambar menggunakan Kaedah Segitiga yang telah diperkenalkan oleh saya
sewaktu menjalani praktikum fasa ketiga di sekolah berkenaan. Sesi
I

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar kerana murid-murid


telah dapat mengaplikasikan kaedah tersebut semasa membina ayat. Selain
itu, saya juga telah memulakan proses penulisan draf laporan bagi setiap
projek yang telah dilakukan bermula pada minggu pertama menjalani
Internship.

Pada hari keempat, saya telah mengemaskini portfolio Internship


seperti menulis pernyataan professional untuk minggu kedua dan minggu
ketiga. Saya juga telah telah menyiapkan beberapa lampiran bagi setiap
projek yang telah dilaksanakan. Pada hari keempat juga, saya telah
meneruskan proses mengumpul data murid-murid taun 5 Delima untuk
kajian tindakan saya.

Pada hari kelima, saya telah mulakan proses menulis laporan selepas
kesemua projek yang dijalankan selesai.

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012


(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 4
I

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya menjalani Internship di


Sekolah Kebangsaan Kampar. Hari pertama pada minggu terakhir ini
dimulakan dengan perhimpunan yang pada kebiasaannya dijalankan pada
hari Isnin. Guru-guru telah menyampaikan nasihat dan peringatan kepada
murid-murid terutama berkaitan dengan pelajaran mereka.

Pada minggu terakhir ini, pelbagai perkara perlu diselesaikan


terutamanya saya perlu menyiapkan portfolio Internship dan proses
dokumentasi yang akan dijadikan bahan bukti sepanjang menjalankan
program Internship di sekolah sebelum diserahkan kepada mentor dan guru
besar sekolah untuk disemak. Pada minggu ini, saya perlu menyiapkan
kajian tindakan serta mengumpul data yang terakhir untuk dianalisis.

Selain itu, pada minggu ini juga saya diberikan peluang untuk
menggantikan beberapa orang guru yang tidak hadir ke sekolah dan peluang
ini telah saya gunakan sebaik yang mungkin untuk membantu murid-murid
terutamanya murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada
bulan September dari aspek kaunseling dan memberi nasihat kepada mereka
untuk berusaha dalam peperiksaan tersebut. Melalui sesi kaunseling yang
telah dijalankan di salah sebuah kelas tahun 6, saya telah dapat
mengenalpasti beberapa masalah dalam kalangan murid yang perlu diatasi
dengan segera supaya prestasi mereka tidak merosot.

Tuntasnya, segala pengalaman yang telah ditimba sepanjang


menjalankan Internship selama sebulan di sekolah, saya berharap agar saya
dapat mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran apabila menjadi bakal
guru kelak.

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012


(SELEPAS INTERNSHIP)

Selepas sebulan menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Kampar,


terdapat banyak ilmu dan pengalaman baharu yang telah saya peroleh.
Melalui projek yang telah dilaksana telah banyak membantu saya untuk
I

meningkatkan kemahiran saya dalam pelbagai aspek. Sepanjang menjalani


Internship, segala proses pelaksanaan projek telah dapat dilakukan secara
efisien dan lancar bermula daripada proses merancang projek yang akan
dijalankan di sekolah sehinggalah selepas tamat projek. Kerjasama daripada
rakan-rakan dan pihak sekolah juga telah memudahkan lagi pelaksanaan
program selama sebulan ini.

Melalui program ini juga, saya telah belajar untuk merancang,


mengurus dan melaksanakan sesuatu projek atau aktiviti dengan baik dan
sebagai bakal guru, proses tersebut merupakan salah satu kemahiran yang
perlu saya pelajari apabila berada di sekolah kelak. Selain itu, melalui projek
yang dirancang juga telah membantu meningkatkan proses komunikasi saya
bersama guru-guru, murid-murid dan juga pihak sekolah.

Di samping itu, melalui Internship juga, saya telah dapat meningkatkan


tahap keyakinan saya untuk bekerja bersama dengan orang lain. Ini
sekaligus dapat mengeratkan ukhuwah saya bersama guru-guru dan juga
warga sekolah.

Sebulan berada di sekolah adalah terlalu singkat buat saya. Terdapat


banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan sepanjang menjalani
Internship terutamanya menyiapkan projek yang telah dirancang bermula
minggu pertama menjalani Internship. Alhamdulillah, segalanya telah
dipermudahkan walaupun terdapat banyak kekangan yang terpaksa dihadapi
oleh saya dan rakan saya.

Kesimpulannya, program Internship telah banyak membantu saya


daripada pelbagai aspek dan kemahiran. Saya juga telah menimba pelbagai
pengalaman daripada guru-guru di sekolah dan kesemua guru di sekolah
berkenaan sangat baik dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Saya
berharap agar segala pengalaman yang diperoleh dapat membantu saya
untuk menjadi bakal guru yang lebih baik pada masa hadapan dengan
persediaan dari pelbagai aspek sebagai seorang guru.

You might also like