You are on page 1of 4

MOHAMMAD AMIRUDDIN BIN ISMAIL (PISMP MT 1)

PENULISAN LAPORAN KAJIAN KES DALAM NOMBOR DAN OPERASI

PENGENALAN

Matematik ialah salah satu subjek penting dan teras di peringkat sekolah. Murid perlu
menguasai operasi asas dalam matematik yang terkandung dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Matematik merupakan satu cabang ilmu yang seringkali dianggap sukar oleh
murid-murid. Ramai murid tidak suka matematik dan menganggap matematik sukar dan
membosankan. Nik Aziz (1992) menyebut istilah matematik menandakan suatu cabang ilmu
yang kompleks. Hal ini menyebabkan masih ramai murid yang gagal menguasai kemahiran
asas tambah, tolak, bahagi dan darab sekaligus lemah dalam menguasai pembelajaran yang
lebih mendalam dalam matematik seperti nombor nisbah misalnya topik pecahan.

ISU-ISU UTAMA

Antara isu utama yang terdapat dalam topik pecahan ialah menukar pecahan tak wajar ke
dalam bentuk perpuluhan, pendaraban pecahan dengan nombor bulat, pemahaman guru
tentang konsep asas pecahan dan menambah dan menolak pecahan yang tak sama penyebut.

Penambahan dan penolakan pecahan yang tidak sama penyebut.

Rajah 1: Kesalahan murid dalam penambahan pecahan berbeza penyebut

KAEDAH MENGATASI MENGGUNAKAN RESOS.

Alatbantu mengajar yang digunakan dalam kajian ini ialah Fraction Pair. Saya akan
menyediakan 14 set fraction pair yang telah dikenalpasti iaitu sehingga penyebut 10. Fraction
pair dibuat dalam bentuk jadual, iaitu ianya diadaptasi daripada Jadual Sifir Pelbagai Guna
(JSPG) tetapi hanya mengambil beberapa pasangan yang terlibat dalam pasagan setara dalam
pecahan wajar Tahun 4. Antara Fraction pair yang disediakan ialah 2-4,2-3, 2-5, 2-6, 2-8, 2-10,
MOHAMMAD AMIRUDDIN BIN ISMAIL (PISMP MT 1)

3-2, 3-6, 3-9, 4-2, 4-8, 5-10. Fraction pair ini menyenaraikan sifir-sifir 2,3,4,5,6,8,9 dan 10. Murid
akan membanding setiap pasangan ini dan mencari gandaan sepunya terkecil dalam
menukarkan penyebut sepunya.

Fraction Pair
KAEDAH MENGATASI ISU MENGGUNAKAN RESOS LAIN
Saya telah menambahbaik resos yang telah digunakan dalam kajian dengan menggunakan
jadual sifir dan model pizza yang telah saya cipta sendiri. Jadual sifir yang dicipta ini bertujuan
untuk mengukuhkan lagi sifir kepada pelajar dan memudahkan pelajar untuk menyelesaikan
operasi penambahan bagi pecahan tak sama penyebut. Jadual sifir yang akan saya gunakan
adalah seperti berikut:
MOHAMMAD AMIRUDDIN BIN ISMAIL (PISMP MT 1)

x 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
2 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20
3 3 6 9 12 15 18 21 24 27 30
4 4 8 12 16 20 24 28 32 36 40
5 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50
6 6 12 18 24 30 36 42 48 54 60
7 7 14 21 28 35 42 49 56 63 70
8 8 16 24 32 40 48 56 64 72 80
9 9 18 37 36 45 54 63 72 81 90
10 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

Jadual Sifir

Model pizza (contoh)

Rancangan Aktiviti Pemulihan


Dengan menggunakan model pizza yang bulat, pelajar-pelajar dapat menggunakan model
pizza tersebut dan jadual sifir yang telah diberikan untuk menyelesaikan masalah yang
melibatkan penambahan pecahan yang tak sama penyebut. Oleh itu, bagi aktviti pemulihan,
saya akan berikan kepada pelajar jadual sifir yang kosong dan memberikan arahan kepada
mereka supaya melengkapkan jadual sifir dalam tempoh masa yang diberikan. Tujuan aktiviti ini
MOHAMMAD AMIRUDDIN BIN ISMAIL (PISMP MT 1)

supaya pelajar dapat ingat sifir dan dapat menyelesaikan masalah pecahan dengan cepat tanpa
menggunakan bahan resos lagi.

Rancangan Baharu Untuk Penambahbaikan

Rancangan baharu untuk penambahbaikan adalah saya akan menambahbaik aktiviti


pengukuhan ataupun pemulihan kepada satu permainan. Hal ini adalah kerana saya melihat
pelajar sekolah rendah terutamanya lebih suka kepada permainan. Oleh itu, permainan yang
akan saya gunakan adalah berbentuk pertandingan antara dua kumpulan. Dengan cara ini,
pelajar akan bersaing untuk menyelesaikan soalan yang diberi dengan lebih cepat. Secara tidak
langsung, kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah pecahan dapat dipertingkatkan.

You might also like