You are on page 1of 8

WUS 101- ASAS KEUSAHAWANAN

SEM 2 – 2018/2019

PROFAIL KEUSAHAWAN

MR. ELBBERT GOOI


(PENGUSAHA KAFE COFFEE 1911)

NAMA PELAJAR : HASIF IZZUDDIN BIN HAZMI

NO.MATRIK :143063

KUMPULAN : 048

DISEDIAKAN KEPADA : EN. MOHD SHAFIE ARIFFIN

TARIKH : 18 APRIL 2019


Hasif Izzuddin Bin Hazmi
Kampung Badok
Mukim Sanggang,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.
______________________________________________________________________________

Encik Mohd.Shafie Ariffin


Pensyarah WUS 101,
Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang. 18 APRIL 2019

Tuan,

Penghantaran Profail Usahawan

Merujuk kepada perkara di atas,saya, Hasif Izzuddin Bin Hazmi (Nombor matrik: 143063) dari Kumpulan 048
ingin menghantar profail usahawan saya kepada tuan untuk penilaian tuan.

2. Usahawan yang telah saya temuduga ialah Mr. Elbbert Gooi yang mengusahakan Kafe Coffee 1911 di
Georgetown, Pulau Pinang.

3. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhinga kepada tuan atas ilmu
yang telah dicurahkan oleh pihak tuan. Berharap tuan dapat memberi penilaian yang baik. Sila hubungi saya di
talian (014-5345513) jika tuan mempunyai apa-apa soalan.

Tandatangan

MarkahPenilaian

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

______________
(HASIF IZZUDDIN BIN HAZMI)
Ahli Kumpulan 048
PROFAIL USAHAWAN

Encik Elbbert Gooi , pengusaha Kafe Coffee 1911 di Georgetown , Pulau Pinang , Malaysia . Beliau
berumur 35 tahun dan mempunyai 5 orang ahli keluarga termasuk beliau sendiri , iaitu ibu bapa dan dua
abang .Kafe beliau terletak di No 191 , Jalan Magazine , 10300 Georgetown , Pulau Pinang . Beliau memilih
nama kafe tersebut kerana Dinasti kekaisaran terakhir China berkuasa dari 1644 hingga 1911 yang membawa
kepada perkembangan masyarakat Cina di Nanyang. Tambahan pula, kafe bealiau didasarkan pada budaya
Nanyang. Walaupun penglibatan beliau dalam perniagaan kurang daripada 5 tahun , tetapi beliau mempunyai
perniagaan yang amat baik dan kafe beliau mempunyai 4 orang pekerja .

Beliau telah mengambil kursus ‘Teknologi Informasi dalam Teknologi Internet’ di Kolej Tunku Abdul
Rahman (TARC) dan memperoleh diploma dalam kursus tersebut. Beliau pernah bekerja sebagai seorang
Jurutera Teknologi Internet sebelum beliau mengusaha kafe ini . Oleh sebab beliau sangat berminat dalam
makanan dan minuman serta permintaan makanan dan minuman di Pulau Pinang semakin meningkat , beliau
telah memilih untuk membuka kafe sendiri . Dengan bantuan ahli keluarga dan rakan-rakannya , beliau telah
berjaya menubuhkan Kafe Coffee 1911 ini pada 15 MEI 2018 .

Menurut beliau , semasa pembukaan kafe ini masih dalam perbincangan dan perancangan , ibu bapa
beliau amat bimbang dan risau akan perniagaan kafe ini . Beliau telah menerangkan idea pembukaan kafe serta
membuat ibu bapa beliau faham bahawa impiannya adalah untuk membuka sebuah kafe untuk mendapatkan
sokongan daripada ibu bapa beliau . Walau bagaimanapun, cabaran beliau bukan sahaja kebimbangan ibu bapa ,
tetapi juga modal untuk memulakan perniagaan kafe ini .Beliau terpaksa menggunakan modal sendiri dan
mendapatkan pinjaman daripada ibu bapa dan rakan-rakan beliau . Tambahan pula, kekurangan pengalaman
beliau dalam bidang tersebut merupakan salah satu cabaran yang besar untuk memulakan perniagaan kafe ini .

Walaupun perniagaan beliau telah mantap dan berkembang maju kini, namun beliau masih
menghadapi cabaran-cabaran tertentu. Cabaran seperti persaingan daripada
kafe-kafe lain memang tidak dapat dielakkan. Cabaran lain seperti kadar memperkenalkan produk baru yang
amat tinggi turut dihadapi oleh beliau. Tambahan pula, beliau menghadapi masalah mendapatkan tenaga kerja
untuk menolong dalam pengurusan kafe beliau .

Menurut kata beliau, kemahiran-kemahiran yang harus dimiliki oleh seorang usahawan yang baru
untuk menceburi perniagaan ialah sanggup menghadapi risiko dan masalah yang sedia ada untuk mencapai
kejayaan. Seseorang usahawan juga mestilah mempunyai kekuatan minda yang kental dan minat dalam bidang
mereka demi meneruskan perniagaannya. Dengan ini , usahawan tersebut akan lebih bertanggungjawab
terhadap masalah atau apa-apa situasi yang dihadapi .

Tambahan pula, kemahiran berkomunikasi merupakan kemahiran yang amat penting untuk
memajukan bidang perniagaan. Cara seseorang usahawan berinteraksi dengan pelanggan akan memberikan imej
dan pandangan yang penting terhadap kedai atau syarikatnya. Usahawan yang mahir berkomunikasi dapat
menyakinkan pelanggan mereka untuk terus berniaga dengan mereka. Beliau berpendapat bahawa usahawan
juga perlu sedia menerima bimbingan dan nasihat daripada orang lain, khususnya mereka yang berpengalaman
bagi meningkatkan kejayaan perniagaan yang dijalankan.

Akhir sekali, nasihat yang disampaikan oleh Mr. Elbbert Gooi kepada seseorang usahawan baru ialah sentiasa
berfikiran positif dan mempunyai keyakinan diri. Usahawan-usahawan baru diseru agar tidak mudah berputus
asa jika menghadapi sesuatu cabaran. Sebaliknya, mereka perlulah belajar daripada cabaran tersebut dan
mengambilnya sebagai pengajaran dalam kehidupan. Sikap tersebut akan menjadikan mereka lebih matang .
Usahawan baru juga haruslah mengambil pengajaran daripada kesilapan yang dilakukan untuk mengelakkan
dirinya mengulangi kesilapan yang sama . Kesimpulannya, pengorbanan dan usaha tertentu memang perlu
dicurahkan untuk berjaya. Dengan sikap tersebut , seseorang usahawan akan berjaya dalam perniagaan yang
diceburi olehnya . Beliau merupakan teladan yang baik yang harus dicontohi jika seseorang ingin memulakan
suatu perniagaan yang baru.
Gambar ini menunjukkan usahawan yang telah saya temuduga

Gambar-gambar ini menunjukkan kedai Kafe beliau

Gambar-gambar ini menunjukkan kad perniagaan beliau


BJSS BORANG JAWAPAN SOAL SELIDIK (SEPTEMBER 2018)

Nama Pelajar: HASIF IZZUDDIN BIN HAZMI No Matrik: 143063 Kumpulan 048

Nama Usahawan dan no telefon. 1b. Jenis/Bidang/Aktiviti Perniagaan


ENCIK ELBBERT GOOI PERKHIDMATAN MAKANAN
04 3713684
Arahan: Sila isikan dengan maklumat daripada borang soal selidik. Lihat contoh. Terima kasih
No. Soalan/Jawapan

No 191 , Jalan Magazine , 10300 5


1a Georgetown , Pulau Pinang 30 64 4 91.6
2 1 31 4 65 4 91.7

3 35 32 2 66 4  91.8 / Perkhidmatan Makanan


4 1 33 2 67 5 92 4

5 2 Nyatakan: Cina 34 4 68 5 93 4
6 1 Nyatakan: Malaysia 35 4 69 3 94 4

7 1 36 4 70 1 95 4
8.1 2 37 4 71 4 96 4

8.2 2 38 4 72 1 97 4
8.3 / 39 1 73 4 98 3

9 3 40 1 74 4 99 3
10 1 41 2 75 4  

11 4 42 2 76 4 100
  77 4 101 /

12.1 1 43 3 78 2 102
4 4 Nyatakan:

12.2 3 44 79 103

13 2   45 4 80 4
14 2 46 4 81 4

15 5 Jurutera Teknologi Internet 47 4 82 4


16 4 48 3 83 3

17 1 49 2 84 1
17.1 1 50 4 85 3

17.2 51 4 86 3
17.3 52 4 87 3

17.4 Nyatakan: 53 4 88 4
18 4 54 4 89 4

19 4 55 4  
20 4 56 4 90.1

21 4 57 3 90.2

22 4 90.3 /

23 4 58 4 90.4

24 4 59 4  
25 4 60 4 91.1

26 4 61 3 91.2 /
27 5 62 3 91.3

28 4 63 4 91.4
29 4 63 4 91.5

You might also like