You are on page 1of 16

Enam murid cedera, atap

sekolah terbang dipukul ribut


Sunday July 17, 2016
9:46 PM GMT+8

Lagi berita

TOOLS

INCREASE TEXT

DECREASE TEXT

RESET TEXT

PRINT ARTICLE
Bumbung dua blok Sekolah Agama Bandar Selesa Jaya di Skudai rosak teruk akibat angin kencang yang
melanda kira-kira jam 3.40 petang 17 Julai 2016. Foto ihsan Facebook/Apa Kabor Johor JOHOR
BARU, 17 Jul Enam murid lelaki Sekolah Agama Bandar Selesa Jaya di Skudai, di
sini cedera terkena serpihan kayu dan siling yang jatuh ke dalam kelas selepas
bumbung blok sekolah itu diterbangkan angin kencang petang tadi.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kejadian kira-kira
3.40 petang itu turut melibatkan bumbung blok bersebelahan tetapi tiada mangsa yang
terlibat.

Kejadian berlaku ketika enam murid darjah empat yang berada dalam kelas itu baru
sahaja memulakan sesi pembelajaran yang bermula pada pukul 3.30 sehingga 6.30
petang, katanya kepada pemberita ketika melawat sekolah berkenaan petang
ini.

Nur Jazlan berkata selain enam murid berumur 10 tahun itu, kejadian terbabit turut
menyebabkan tiga kereta guru sekolah berkenaan mengalami kerosakan ringan akibat
dihempap bumbung yang jatuh.
Beliau berkata tinjauannya di situ, mendapati bumbung di dua blok terbabit yang ditukar
lapan bulan lepas adalah tidak mengikut spesifikasi ditetapkan kerana menggunakan
bahan ringan sehingga mudah diterbangkan angin.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/enam-murid-cedera-


atap-sekolah-terbang-dipukul-ribut#sthash.WmW1EUsx.dpuf

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/enam-murid-cedera-
atap-sekolah-terbang-dipukul-ribut

Serangan ular, murid darjah satu


dipatuk dalam tandas di tingkat
tiga
Thursday April 28, 2016
3:48 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

0
TOOLS

INCREASE TEXT

DECREASE TEXT

RESET TEXT

PRINT ARTICLE

Seorang murid dipatuk ular di tapak tangan ketika berada di tandas tingkat tiga di Sekolah Kebangsaan
Kota Masai 2, Pasir Gudang (foto) petang semalam. Paparan skrin Google JOHOR BARU, 28 April
Seorang lagi murid tahun satu menjadi mangsa patukan ular setelah beberapa kes
seumpama itu dikesan sejak seminggu lalu.
Muhammad Ar Rayyan Nazlan Mohd Nasrul, 7, dipatuk ular di tapak tangan kiri di
Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2, Pasir Gudang dekat sini petang semalam, lapor
portal Sinar Harian.

Namun keadaan murid tahun satu itu dilaporkan stabil ketika menerima rawatan di
Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Ibunya Hajar Norhafiza Ismail, 30, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika
anaknya seorang diri di tandas sekolah itu di tingkat tiga.

"Anak saya memaklumkan dia dipatuk ular berwarna hijau dan agak panjang," katanya.

"Sejurus kejadian, dia terus memaklumkan kepada guru dan dihantar ke Klinik
1Malaysia sebelum ditukar ke sini (HSI)."

"Rasa sangat terkejut, tetapi, alhamdulillah, saya bersyukur dia dalam keadaan
selamat," katanya kepada akhbar itu hari ini.

Jurucakap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dilaporkan mengesahkan kejadian


tersebut.

Pada 19 April, Nuriey Nadhirah Roslan, 7, yang belajar di SK Dato Hashim 1 di


Pengkalan Chepa maut dipercayai akibat patukan ular di kawasan sekolah ketika
bermain pada waktu rehat.

Keesokannya, seorang murid perempuan Tahun Dua di SK Chembong, Rembau di


Negeri Sembilan cedera dipatuk ular[a] ketika kelas pendidikan jasmani di padang
sekolahnya

Dua lagi kes di negeri itu membabitkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Dato' Abdul Razak
(SDAR) di Sungai Gadut, Seremban dan pelajar Kolej Vokasional (KV) Dato' Lela
Maharaja, Rembau.

"Pada Sabtu lepas, pelajar SDAR dipatuk ular semasa pulang dari surau ke asrama
selepas solat Isyak. Warden telah membawanya ke hospital dan telah dirawat.

"Sehari kemudian, pelajar KV dipatuk selepas cuba menangkap ular di sebuah ladang
berhampiran sekolah," kata pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab
Jalil, kelmarin.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/serangan-ular-murid-
darjah-satu-dipatuk-dalam-tandas-di-tingkat-3#sthash.JbhWXqL1.dpuf

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/serangan-ular-murid-
darjah-satu-dipatuk-dalam-tandas-di-tingkat-3

KHAMIS, 9 OKTOBER 2014 @ 6:30 PM

Dua murid di Kudat cedera semasa duduki


peperiksaan UPSR

BUMBUNG di sebuah bangunan dekat SK Panudahan, Kudat tercabut akibat angin kencang yang melanda
kawasan itu. - Foto NSTP

KUDAT: Dua pelajar lelaki tahun enam, Sekolah Kebangsaan Panudahan dekat
sini, cedera ringan selepas bumbung kelas mereka diterbangkan angin
kencang ketika sedang menduduki peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) pagi tadi.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip, berkata murid berkenaan, Jil
Muin cedera di bahagian peha terkena kipas siling yang jatuh manakala
Danielson Danius cedera ringan terkena siling papan lapis.

Turut cedera dalam kejadian 8.30 pagi itu ialah seorang guru lelaki pengawas
peperiksaan, Jamil Totong yang cedera di bahagian belakangnya terkena
beluti.

"Semasa kejadian, peperiksaan ulangan UPSR bagi kertas Matematik sedang


dijalankan. Pada ketika itu, 37 murid sedang menduduki peperiksaan dengan
tiga orang guru pengawas di dalam dua kelas," katanya dalam kenyataan di
sini hari ini.

BUMBUNG di sebuah bangunan dekat SK Panudahan, Kudat tercabut akibat angin kencang yang melanda
kawasan itu. - Foto NSTP

Bagaimanapun, kata Jame semua calon peperiksaan UPSR sekolah berkenaan


dapat menyempurnakan peperiksaan mereka selepas dipindahkan ke blok
bangunan bersebelahan bilik guru yang tidak terjejas dengan kejadian ribut
berkenaan.

Dalam kejadian itu, empat kelas dan bilik pentadbiran terjejas manakala
kereta milik guru besar sekolah itu turut rosak dihempap kayu.

Menurut Jame, semasa kejadian guru besar dan sembilan guru berada di
dalam bilik guru sekolah itu.

-BERNAMA

http://www.bharian.com.my/node/10555

Bumbung tercabut, enam murid cedera

Keadaan bilik darjah yang bumbungnya tercabut akibat ribut. FOTO ihsan JPAM
WhatsApp

Izlaily Nurul Ain Hussein

izlaily@hmetro.com.my

Johor Bahru: Enam murid Sekolah Agama Bandar Selesa Jaya di sini, cedera selepas bumbung
sekolah tercabut akibat ribut, petang tadi.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, seramai 22 orang murid dan seorang guru berada di kelas dan
sedang membaca al-Quran sebaik memulakan sesi pembelajaran.

Menurut guru kelas terbabit, Siti Hanisah Hasan, 34, kurang 10 minit mereka mula membaca al-
Quran, hujan dan angin bertiup kencang.

"Dalam sekelip mata, ribut melanda sebelum seluruh bumbung bilik darjah tercabut. Saya terus
mengarahkan semua murid keluar dimulai dengan 12 perempuan yang ketika itu semuanya sudah
mula menjerit dan menangis.

"Bimbang keadaan mereka apabila melihat serpihan bumbung dan kipas terbang, saya arahkan
semua murid turun ke bawah bangunan sekolah namun enam daripada mereka cedera terkena
serpihan bumbung yang tercabut," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,
hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, pihaknya
akan menghulurkan bantuan kepada murid yang cedera daripada segi kos rawatan, manakala
bantuan baik pulih struktur bangunan kepada sekolah berkenaan.

"Kita akan mulakan proses baik pulih dalam masa terdekat dan esok (hari ini) kerja pembersihan
akan dimulakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2016 @ 7:59 PM

http://www.hmetro.com.my/node/152388

https://books.google.com.my/books?
id=dxIGAwAAQBAJ&pg=PA108&lpg=PA108&dq=murid+cedera+dalam+bilik+darjah
&source=bl&ots=hDRf88AHFY&sig=Mqya2IRhVvfUs8M9Lk9se6UyL-
U&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=murid%20cedera%20dalam%20bilik
%20darjah&f=false
Murid cedera dihempap dinding papan kelas

ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersama kakitangan


sekolah melihat keadaan dinding yang runtuh menyebabkan Nurul Izatul
Amira Zakaria cedera dalam kejadian di SK Jasin, Jasin, Melaka, semalam.
Nurul Izatul Amira Zakaria (gambar kecil) ditenangkan oleh gurunya sebelum
dibawa ke Hospital Jasin untuk rawatan. UTUSAN/NOR HAYATI ZAINUDIN

26 Februari 2016 1:22 AM

575

JASIN 25 Feb. Seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Jasin cedera
di tangan dan pinggang akibat dihempap dinding papan sebuah kelas yang
terjatuh ketika angin kencang melanda kawasan sekolah itu di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.46 tengah hari itu, mangsa, Nurul Izatul Amira
Zakaria, 8, dikatakan sedang berjalan seorang diri melalui bilik darjah tersebut
sebelum dinding papan tersebut tiba-tiba terjatuh kerana tiupan angin kencang
dan menghempap murid berkenaan.
Utusan Malaysia difahamkan, dinding papan yang terletak di hujung blok
bangunan sekolah itu berukuran 1.5 meter dengan lebar dua meter telah
menghempap bahagian pinggang dan tangan mangsa.

Kanak-kanak perempuan itu kemudian segera dibawa ke Hospital Jasin di sini


untuk rawatan lanjut dan dia telah dibenarkan keluar selepas menerima
rawatan.

Ini merupakan kejadian kemalangan yang kedua berlaku di daerah ini


membabitkan murid sekolah.

Pada 1 Februari lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun


maut selepas terjatuh ke dalam sebuah lubang kumbahan najis di belakang
Sekolah Rendah Agama Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai di sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains


dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin
berkata, kemalangan tersebut adalah di luar jangkaan pihak sekolah.

Beliau berkata, bagi mengelak kemalangan di sekolah terutamanya


melibatkan pelajar, semua guru besar atau pengetua di negeri ini diminta
mengambil tindakan segera dengan menyelenggara dan memperbaiki struktur
yang tidak kukuh.

Berikutan musim angin kencang di seluruh negara ketika ini, saya meminta
pihak pengurusan semua sekolah mengambil langkah berjaga-jaga kerana
kita tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku, katanya ketika
dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Md. Yunos berkata, mangsa kini stabil dan sudah dibenarkan
pulang dan pihaknya mengingatkan pengurusan sekolah supaya memastikan
tahap keselamatan di semua kawasan sekolah berada dalam keadaan
selamat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/murid-cedera-


dihempap-dinding-papan-kelas-1.194434#ixzz4bm6w0OUu
Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/murid-cedera-dihempap-dinding-
papan-kelas-1.194434

Pondok Gazebo Sekolah Runtuh,


Lima Murid Cedera
Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 8:37 PM

image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/02/08/20/40/gazeboruntuh11.ashx?
w=620&h=413&crop=1&/

Keadaan pondok gazebo yang runtuh di Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi pada

Rabu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)


BANGI: Lima murid Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi,
yang sedang berehat di bawah pondok gazebo cedera setelah struktur itu runtuh pada
Rabu.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata lima murid yang
cedera itu melibatkan tiga pelajar berumur 12 tahun dan dua berumur 11 tahun.

"Siasatan awal mendapati kerosakan pada struktur pondok itu menyebabkannya tidak
kukuh dan runtuh sebelum menghempap pelajar-pelajar terbabit," katanya.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, yang
menerima panggilan kecemasan pada 2.38 petang berhubung insiden itu bergegas ke
tempat kejadian.

Pelajar yang cedera mendapat rawatan di Hospital Kajang dan klinik kesihatan
berdekatan, katanya. - BERNAMA
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-
jenayah/2017/02/08/gazebo-runtuh/#kx0yR6gPppJb3oe8.99

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2017/02/08/gazebo-runtuh/
MURID
CEDERA,
MUKA
TERTUSU
K
GUNTING
Faiz Kamirin, 10, tertusuk gunting yang dimain rakannya ketika makan di
kantin sekolah

KOTA SAMARAHAN Seorang murid tahun lima di sebuah sekolah di sini,


cedera di muka akibat tertusuk gunting dalam satu kejadian yang berlaku di
kantin sekolah di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, muka Faiz Kamirin, 10, tertusuk gunting
yang dimain rakannya ketika makan di kantin sekolah.

Status yang dimuat naik dari laman facebook Pendidiku2u, memetik, sumber
yang berkata dalam kejadian itu rakan mangsa bermain gunting dan secara
tidak sengaja tertusuk muka kiri mangsa, hanya beberapa inci dari mata.

Rakan mangsa kemudian memaklumkan mengenai kejadian itu kepada guru


sekolah dan dibawa ke Pusat Jantung Samarahan.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk


rawatan lanjut, katanya.

Setakat ini, difahamkan mangsa masih di hospital, namun gunting itu sudah
berjaya dikeluarkan.

Sementara itu The Rakyat Post menghubungi balai polis di Kota Samarahan
dan disahkan bahawa tiada laporan polis dibuat berkenaan insiden
berkenaan.

http://malaysianreview.com/136139/murid-cedera-muka-tertusuk-gunting/

ISNIN, FEBRUARI 21, 2011

SEKOLAH MESTI DIBINA LEBIH TELITI BAGI MEMASTIKAN BANGUNAN SELAMAT DAN
TAHAN LAMA

Sekolah mesti dibina lebih teliti

MIRI 20 Feb. Kerajaan mahu projek pembinaan bangunan-bangunan sekolah dibuat secara
lebih teliti dengan mengutamakan ciri-ciri keselamatan bagi mengelak berlakunya masalah
seperti retakan kepada struktur bangunan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi
berkata, kajian terhadap tanah khususnya di kawasan tanah
tinggi misalnya, perlu diberi tumpuan utama bagi
memastikan bangunan sekolah itu tahan lama.

Sebagai contoh katanya, Sekolah Kebangsaan (SK) Long Luping


dan SK Long Sukang di Lawas yang menelan kos pembinaan
berjuta-juta ringgit, namun tidak sampai tujuh tahun bangunan
sekolah itu tidak dapat digunakan kerana masalah pemendapan
tanah yang menyebabkan bangunan retak.

SK Long Luping misalnya, siap pada 2005 dengan


membabitkan kos RM5 juta, namun akhirnya dua bangunan tidak dapat
digunakan iaitu blok pentadbiran dan asrama.

Masalah utama adalah kerana pemendapan tanah disebabkan kebanyakan


sekolah tersebut dibina di atas tanah tinggi iaitu di kawasan pergunungan.

Jadi, kita berharap masalah ini tidak berulang pada masa hadapan, katanya
kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat Sekolah Menengah (SM) Sains Miri dekat sini
kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai punca utama kebanyakan sekolah-
sekolah di Sarawak mengalami masalah keretakan di bangunan sehingga tidak dapat
digunakan.

Mohd. Puad berkata, untuk mengatasi masalah itu, kementerian telah meluluskan peruntukan
RM3.5 juta bagi SK Long Luping dan RM2.5 juta lagi untuk SK Long Sukang bagi mengatasi
masalah cerun yang mendap dan menaik taraf kemudahan di sekolah itu.

Katanya, tender untuk SK Long Luping akan dibuka minggu depan, manakala SK Long Sukang
yang melibatkan pembinaan bangunan sekolah pasang siap pula sudah 40 peratus
dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

Semasa lawatan itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM2 juta dengan RM1.4 juta untuk
membina bangunan kelas sementara dan RM600,000 lagi digunakan untuk kajian pemendapan
tanah di Sekolah Menengah (SM) Sains Miri.

Beliau menambah, pembinaan kelas sementara itu melibatkan empat blok bangunan yang
diperbuat daripada fiber komposit yang mempunyai lapan buah bilik kelas, tambahan kepada 12
bilik kelas yang sedia ada.

Sebelum ini, pelajar dan kakitangan SM Sains Miri diarahkan berpindah ke


Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinjar, Baram berikutan terdapat bangunan
yang retak dan tidak selamat digunakan tetapi ia dibatalkan.
Oleh sebab cadangan berpindah itu dibatalkan, maka kementerian bersetuju
meluluskan peruntukan tersebut untuk membina bangunan sementara menunggu
bangunan kekal,katanya.

Pada lawatan itu juga, beliau turut mengumumkan peruntukan RM510,000 untuk membantu
Sekolah Menengah Agama Miri di Bakam selepas bumbung asrama terbakar tahun lalu.

Posted by Silou bah ini... at 2/21/2011 07:44:00 PG

http://kgsilou.blogspot.my/2011/02/sekolah-mesti-dibina-lebih-teliti-bagi.html

http://www.utusansarawakonline.com/news/35098/Murid-cedera-kaki-terperosok-di-
lantai-reput/

You might also like