You are on page 1of 1

Perkembangan Ilmu Pengetahuan Di Zaman Umaiyah

Selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, pentadbiran kerajaan Islam seterusnya


telah dilaksanakan oleh kerajaan Bani Umaiyah. Kerajaan Umaiyah telah mencapai
kejayaan yang gilang-gemilang dengan usaha meluaskan jajahan takluknya. Kerajaan
Umaiyah telah mengadakan pelbagai kemajuan termasuk perkembangan ilmu pengetahuan.
Ilmu pengetahuan dalam Zaman Umaiyah semakin bertambah maju dan kota Basrah telah
dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.

Pada umumnya, ilmu-ilmu terbahagi kepada dua jenis mengikut tamadun Islam
tradisional. Iaitu ilmu naqliyyah dan ilmu aqliyyah. Ilmu Naqliyyah merupakan ilmu berbentuk
Sariah yang meliputi pelajaran al-Quran, ilmu hadis, ilmu tauhid, ilmu fiqh dan ilmu tasawuf.
Ilmu aqliyyah pula berbentuk sains natural, sains sosial dan sains keanusiaan. Dari sini
wujudnya ilmu-ilmu perubatan, astronomi, geologi, matematik, sejarah, sosiologi, psikologi,
falsafah dan sebagainya. Pada zaman Umaiyah, amalan-amalan pada zaman jahiliah telah
muncul kembali seperti fahaman fanatik kepada kabilah dan assabiyah. Kemajuan dalam
bidang ilmu sains turut berkembang pesat. Pengajian bahasa Arab dan hukum-hukum Islam
sangat dititikberatkan.

Perkembangan Ilmu Pengetahuan Dari Aspek Ilmu Agama

Perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman Umaiyah boleh dilihat dari aspek
ilmu agama. Perkembangan ilmu keagamaan ini timbul dari kesedaran dan semangat
keagamaan sendiri. Pada zaman Bani Umaiyah, al-Quran telah disalin sebanyak enam
naskah dan dihantar ke beberapa daerah. Antara ahli tafsir yang terkenal ialah Ibnu Abbas.
Beliau merupakan pentafsir pertama al-Quran. Selain itu, ilmu nahu dan saraf diatur lebih
sistematik pada zaman Muawiyah oleh Abul-Aswad ad-Dauly. Beliau telah menambah
tanda-tanda Fathah, Dhammah, Kasrah dan Syiddah. Al-Hajjaj telah mencernakan tanda-
tanda membezakan huruf ba, ta , tha dan lain-lain serta membahagikan al-Quran kepada 30
juzuk.

You might also like