You are on page 1of 8

4.

0 PROGRAM AKTIVITI HARIAN YANG SESUAI UNTUK PROGRAM


PRASEKOLAH

Guru dan pelaksana prasekolah perlu memberi perhatian kepada catatan yang diberi.
Catatan ini bertujuan untuk memberi panduan atau maklumat lanjutmengenai sesuatu aktiviti
yang dijalankan. Alatan dan bahan yang dinyatakanhanya sebagai cadangan. Guru dan
pelaksana prasekolah harus menggunakan pelbagai bahan dan alatan yang terdapat
dipersekitaran tempat masing-masing.

Selain itu guru boleh memperbanyakkan penggunaan bahan danalatan yang dikitar
semula. Terdapat banyak jenis sumber bahan iaitu alat pembelajaran. Alat pembelajaran
mestilah sesuai dengan kanak-kanak prasekolah. Kesemua sumber bahan ini jika digunakan
dalam situasi pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dan bertindak sebagai rangsangan
untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih berkesan.

Antara jenis-jenis sumber bahan adalah bahan hidup yang bersumberkan bahan dari
alam semula jadi yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Manakala bahan
bukan hidup pula terdiri daripada bahan elektronik, bukan elektronik dan permainan. Bahan
elektronik ialah bahan visualseperti rakaman video, rancangan televisyen, tayangan filem
atau cerita kanak-kanak dan tayangan slide. Gambar-gambar yang bergerak dapat
merangsang daya imaginasi murid. Bahan ini melibatkan komunikasi antara murid dan guru.
Bahan bukan elektronik pula adalahbahan bercetak dan permainan, contohnya kad domino
bernombor dan play doh. Ini dapat merangsang imaginasi murid untuk membentuk sesuatu.
Contoh yang lain adalah bahan-bahan bergambar seperti mewarna dengan pelbagai jenis
bahan mewarna. Alat muzik juga dapat membantu meningkatkan kreativiti murid.

25
4.1 PROGRAM AKTIVITI HARIAN

Susunan aktiviti harian prasekolah perlulah mengambil kira faktor-faktor berikut iaitu,
kesesuaian dengan keperluan dan perkembangan murid kesepaduan komponen secara
seimbang, keseimbangan aktiviti luar kelas dan keseimbangan aktiviti kelas, aktiviti
kumpulan dan aktiviti individu. Aktiviti harian tadika dilaksanakan berpandukan cadangan-
cadangan berikut seperti rutin, perbualan pagi, aktiviti kelas, aktiviti kumpulan, aktiviti
individu, rehat, dan aktiviti penamat.

Rutin bermaksud aktiviti atau aturan biasa yang dilakukan oleh guru atau murid setiap
hari mengikut sesuatu sistem yang ditentukan. Contoh rutin yang biasa dilakukan ialah
seperti berikut di mana guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid menyambut murid
dengan mesra ketika mereka datang ke prasekolah, murid menyusun kasut dan beg, guru
mengambil kedatangan murid, guru memeriksa kebersihan murid, murid membersih diri
selepas makan, guru mengadakan perhimpunan pada awal pagi dan murid mematuhi
peraturan di dalam dan luar bilik darjah.

Perbualan pagi merupakan aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan suasana


kesediaan murid seterusnya dapat menggerakkan interaksi dan komunikasi antara guru dan
murid. Contoh aktiviti perbualan pagi ialah, murid berkongsi pengalaman atau bahan
bersama rakan dan guru (show and tell), guru menerangkan peraturan dan disiplin bilik
darjah, guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu.

Aktiviti kelas merupakan satu kaedah yang melibatkan seluruh kelas menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama serentak. Aktiviti ini digunakan apabila guru
menyampaikan maklumat semasa perbualan pagi , guru menerang atau memberi maklumat,
guru bercerita, membuat aktiviti fizikal di dalam atau luar kelas, membuat aktiviti penamat
pada akhir pembelajaran dan membuat lawatan di sekitar sekolah.

Aktiviti kumpulan merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang


membahagikan murid kepada kumpulan kecil bagi menjalankan aktiviti yang sama atau
berbeza-beza di antara satu kumpulan dengan kumpulan lain. Setiap ahli dalam kumpulan
perlu bekerja secara koloboratif dalam kumpulan masing-masing. Selain itu murid-murid

26
boleh bertukar aktiviti selepas tempoh yang telah ditetapkan jika perlu namun bagi murid
yang belum bersedia untuk bergerak ke aktiviti yang lain, harus dibenarkan untuk
meneruskan aktiviti tersebut bagi mengelakkan murid tersebut mengalami kesulitan
sekiranya bergerak ke aktiviti yang lain. Antara contoh aktiviti kumpulan ialah main bongkah,
membuat kolaj, membentuk doh dan bermain cantuman puzzle serta penerokaan.

Aktiviti individu boleh diadakan di mana murid menjalankan aktiviti pembelajaran


secara bersendirian. Selain itu murid boleh menjalankan aktiviti bebas di pusat pembelajaran
yang diminati jika tugas dalam aktiviti kumpulan sudah selesai seterusnya murid mendapat
perhatian secara personal daripada guru bagi pemulihan dan pengukuhan. Antara contoh
aktiviti individu ialah melukis, menyusun bongkah, membaca buku kecil/kad bacaan serta
menggunting/menampal.

Murid-murid memerlukan rehat selepas menjalankan aktiviti yang aktif untuk


menikmati hidangan makanan yang berkhasiat dan seimbang, mengamalkan nilai murni
seperti membaca doa, bekerjasama menghidang, mengemas selepas makan dan
menggosok gigi serta menjalankan aktiviti bebas secara senyap seperti melihat buku
bergambar, main komputer atau mendengar muzik perlahan dan lain-lain lagi.

Aktiviti penamat ialah aktiviti yang terakhir bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di
prasekolah. Aktiviti penamat ialah di mana murid dikehendaki memeriksa sekitar kelas
sekiranya masih ada lagi peralatan atau bahan yang telah digunakan masih belum disimpan
di tempat asal, murid duduk bersama guru di dalam bulatan atau separa bulatan untuk
melaksanakan aktiviti perbualan untuk berbincang atau berbual tentang pengalaman
pembelajaran yang telah diperolehi pada hari tersebut, guru menyampaikan pesanan
perkara-perkara yang perlu dilakukan di rumah dan juga bahan-bahan yang perlu dibawa
pada hari esoknya. Susunan aktiviti harian perlu mengambil kira faktor-faktor berikut;

27
i. Kesesuaian dengan keperluan dan perkembangan murid

Aktiviti yang dirancangkan mestilah bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan


kanak-kanak atau murid-murid. Ini kerana kesesuaian setiap aktiviti dengan keperluan dan
perkembangan kanak-kanak memainkan perananan yang amat penting dalam menentukan
keberkesanan dan kejayaan bagi aktiviti yang berkaitan. Seorang guru prasekolah haruslah
peka dan mengambil berat tentang tahap perkembangan murid-murid dan mengetahui apa
yang diperlukan oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ii. Kesepaduan komponen secara seimbang

Kesepaduan komponen yang seimbang dalam setiap aktiviti harian yang dirancangkan.
Kesepaduan komponen mestilah mencakupi aspek bahasa dan komunikasi, perkembangan
kognitif, pendidikan kerohanian dan moral, perkembangan sosioemosi, perkembangan fizikal
serta aspek kreativiti dan estetika. Contohnya melalui pengajian bertema, guru prasekolah
mesti memasukkan keenam-enam komponen dalam setiap tema pengajaran. Dalam
merancang setiap aktiviti harian, daya kreativiti seorang guru itu amat penting bagi
memastikan aktiviti yang ingin dijalankan seimbang dan menyeluruh. Kesepaduan antara
setiap komponen tersebut akan memberikan kesan yang seimbang kepada murid-murid.

iii. Keseimbangan aktiviti luar kelas

Keseimbangan aktiviti dalam kelas dan di luar kelas. Dalam proses merancang aktiviti
harian bagi murid-muri prasekolah, guru perlu menseimbangkan antara aktiviti dalam kelas
dan juga di luar kelas. Guru boleh menjalankan aktiviti pangajaran dalam kelas bagi
komponen kognitif atau komponen-komponen yang sesuai dijalankan di dalam kelas. Bagi
aktiviti Iuar kelas, sesuai dengan komponen fizikal. Walau bagaimanapun, perancangan
aktiviti harian juga bergantung kepada kreativiti guru. Guru boleh merancang aktiviti
mengikut kreativiti sendiri dan juga mengikut kesesuaian asalkan tidak terkeluar daripada
sukatan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Keseimbangan antara aktiviti di dalam dan di
luar bilik darjah dapat memberi kesan yang seimbang terhadap perkembagan murid-murid.

28
iv. Keseimbangan aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu

Keseimbangan aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Ketiga-tiga aspek ini
perlu diseimbangkan dalam proses merancang aktiviti harian prasekolah. Keseimbangan ini
juga dapat membantu murid-murid dalam beberapa aspek seperti perkembangan kognitif,
sosioemosi dan pendidikan rohani. Contohnya bagi aktiviti kelas, murid-murid mendengar
guru bercerita atau murud yang bercerita. Ini dapat membantu murid alam proses
perkembangan kognitif sekali gus dapat menambahkan keyakinan dalam diri murid-murid.
Bagi aktiviti kumpulan, murid dapat bersosial dam bekerjasama dengan ahli kumpulan. Ini
akan membantu murid dalam proses perkembangan sosioemosi dan juga moral. Bagi aktiviti
individu pula, guru dapat menilai tahap pencapaian murid-murid melalui tugasan yang
diberikan oleh guru kepada setiap murid-murid. Terdapat beberapa cadangan yang dijadikan
panduan bagi aktiviti-aktiviti di tadika atau prasekolah. Cadangan-cadangan berikut ialah
rutin, perbualan pagi, aktiviti kelas, aktiviti kumpulan, aktiviti individu, rehat dan aktiviti
penamat.

29
4.2 CONTOH PROGRAM AKTIVITI

Masa Aktiviti

1. Ketibaan
7.30-8.00 pagi
Ketibaan kanak-kanak
Ketibaan(tidak Tulis nama
termasuk dalam Minum susu
Kanak-kanak memilih aktiviti bebas
jadual harian)
(30 minit) (contohnya seperti bermain lego,bercerita dengan kawan-kawan
dan juga menyiapkan tugasan seperti mewarna gambar)

2. Persediaan awal/rutin
8.00-8.10 pagi
Kemaskan mainan
(10 minit) Cuci tangan dan ke tandas
Membaca doa belajar
Kalendar

3. Perbualan awal
8.10-8.40 pagi
Circle time(berkenaan tahap kesihatan murid,
(30 minit)
sarapan pagi,dll)
Perbualan berkenaan tema
Tunjuk dan cerita(berkenaan video lagu dan unsur-
unsur yang terdapat di dalamnya)
Ulang lagu
Penerangan untuk aktiviti yang seterusnya

4. Aktiviti kelas
8.45-9.15
Nyanyian (lagu kanak-kanak seperti ikan oh ikan,
(15 minit)
keretaku, rama-rama dll.)
Pergerakan (sewaktu guru dan murid menyanyikan
lagu tersebut,guru hendaklah mencipta pergerakan
yang bersesuaian dengan lagu tersebut agar murid-
murid berasa seronok)
Bercerita (guru membacakan cerita kepada murid-

30
murid dan meminta mereka untuk menceritakannya
semula kepada rakan-rakan untuk meningkatkan
kemahiran berbahasa mereka.)

5. Aktiviti individu
9.20-9.50 pagi
Membaca buku kalam abc dengan bimbingan guru
(30 minit) Mewarna gambar berkenaan dengan tema
(contohnya seperti rumah saya,binatang dan juga
bunga)
Setelah siap mewarnakan gambar,murid bebas untuk
menambah apa yang perlu mengikut kreativiti masing-
masing (contohnya gambar rumah,murid melukis pula
gambar pokok, kereta dan juga burung mengikut kreativiti
mereka)

6. Snek/kudapan/bersihkan diri/rehat
10.00-10.35 pagi
Cuci tangan
(35 minit) Murid membantu untuk menghidangkan makanan
mengikut jadual yang telah disediakan
Doa sebelum dan selepas makan
Gosok gigi
Ke tandas
Rehat

10.35-11.05 pagi 7. Main luar/aktiviti luar kelas


Aktiviti fizikal
(30 minit)
Berkebun(menanam tanaman herba,sayuran)
Siram bunga
Kutip sampah di persekitaran luar kelas
Main pasir(membuat istana pasir)
Bermain di taman permainan(buaian,jongkang-
jongket,gajah spring)
Gelung rotan,bola
Permainan tradisional(teng-teng,konda,kondi,galah
panjang.batu seremban)

31
8. Aktiviti kumpulan
11.05-11.40
Membentuk lego
(35 minit) Bermain bongkah kayu
Menyusun puzzle gambar

9. Penamat dan refleksi


11.40-12.00
Imbas kembali aktiviti
tengahari Pesanan(guru meminta murid memeriksa peralatan
(10 minit) supaya kemas,murid diminta menyimpan peralatan
peribadi ke tempat asal,guru memulangkan buku
hasil kerja murid)
Salam dan ucapan terima kasih
Guru dan juga pembantu pengurusan murid
mengiring murid-murid ke pintu pagar dan
menunggu ketibaan ibu bapa

32

You might also like