You are on page 1of 6

3.

0 TUGASAN 3
Pada 13 Mac sehingga 18 Mac, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Saint John yang terletak di Dalat, Sarawak.
Program PBS ini selama seminggu. Sekolah ini dikategorikan sekolah luar bandar
kerana terletak di kawasan kampung. Skop tugasan yang perlu saya penuhi iaitu untuk
mentadbir ujian ringkas yang bercirikan KBAT bagi subjek Sains kepada pelajar yang
menjadi sasaran.

3.1 Pembinaan dan pentadbiran item ujian KBAT Sains

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTs)
adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran sains
pada masa kini. Tambahan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga
telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai KBAT bermula
Januari 2013. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu.
Dalam tugasan ini, kami diminta untuk membina item ujian KBAT Sains. Item ujian
ini perlu bercirikan KBAT. Sebelum membina item ujian ini, saya telah menetapkan
pelajar Tahun 6 menjadi kumpulan sasaran saya semasa PBS. Saya memilih untuk
membuat soalan berdasarkan DSKP Tahun 5. Di mana topik ini telah dipelajari oleh
pelajar Tahun 6.
Saya telah membina item ujian berbentuk subjektif. Item subjektif bermaksud item
yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak spesifik seperti jawapan kepada item
objektif. Item ini membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberikan. Item ini
digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman pengetahuan yang dimiliki. Maka,
item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur
penguasaan menganalisis, mesintesis, membuat pertimbangan, menilai, membuat
keputusan yang memerlukan kemahiran berfikir.
Sebelum membina item, saya telah menyemak sukatan pelajaran dan objektif
pengajaran agar soalan yang dihasilkan menepati kriteria yang diingini. Saya telah
membina item ujian berdasarkan DSKP dan buku Teks Tahun 5 kerana kumpulan
sasaran saya ialah pelajar Tahun 6. Di mana pelajar Tahun 6 telah mempelajari topik-

9
topik tersebut semasa mereka di Tahun 5.
Selain itu, saya memastikan arahan bagi setiap soalan jelas tentang dan saya juga
memastikan soalan padat, jelas dan tidak berbunga-bunga supaya murid dapat
memahami yang ingin disampaikan. Saya juga menetapkan markah bagi setiap soalan
berdasarkan aras kesukaran setiap soalan.
Selepas semua item ujian siap dibina, saya menyemak semula item-item tersebut.
Semakan ini dibuat bagi menentukan arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan
setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami oleh murid. Selain itu, soalan ditulis
dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan mengandungi maklumat
dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.
Bagi memastikan item ujian ini boleh ditadbir di sekolah semasa PBS, saya telah
meminta pensyarah pembimbing untuk menyemak item-item yang telah saya bina.
Semakan ini untuk memastikan item-item yang saya bina mengikut kehendak soalan
dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.
Hasil perbincangan dengan guru Sains Tahun 6 iaitu Cikgu Ananthan A/L T
Nadarajan, saya telah mentadbir item ujian yang telah saya sediakan pada hari Jumaat.
Hal ini kerana sekolah tersebut mengadakan ujian Pertengahan Semester selama 4
hari. Saya telah mentadbir ujian ini kepada murid Tahun 6 Bijak. Kelas ini merupakan
pandai. Saya memilih 6 orang pelajar untuk menjawab soalan yang telah saya sediakan.
Saya hanya memilih 6 orang pelajar kerana soalan yang telah cetak cuma 6 soalan.
Selain itu, ini juga memudahkan saya mengalisis skor ujian. Item ujian ini ditadbir di bilik
mesyuarat sekolah tersebut. Saya mentadbir item ujian ini bersama dengan rakan PBS
saya. Setiap kami mengambil 6 orang murid untuk menjawab saoalan ujian yang telah
kami sediakan. Tempat duduk calon disusun selang seli dengan calon yang menjawab
soalan ujian yang disediakan oleh rakan PBS, demi mengurangkan kesempatan calon
meniru di antara mereka. Saya dan rakan PBS saya memastikan tempat mentadbir ujian
selesa untuk calon menulis jawapan masing-masing.
Selepas ujian dijalankan dan kertas jawapan dikutip. Saya melaksanakan tugas
seterusnya, iaitu memeriksa skrip jawapan. Beberpa perkara yang perlu diambil kira
dalam memeriksa skrip jawapan adalah dari aspek bentuk ujian yang diberikan kepada
pelajar dan jawapan yang disediakan oleh pelajar.
Berdasarkan skor jawapan, murid tidak dapat menjawab soalan yang disediakan.
Terdapat 3 orang murid yang mendapat 54 markah, manakala terdapat dua orang murid
mendapat 62 markah. Markah tertinggi ialan 77 markah. Berdasarkan skor ujian ini,

10
murid tidak dapat menjawab soalan KBAT. Ini menunjukkan murid belum lagi dapat
menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.

3.2 Amalan KBAT di dalam kelas.


Selepas mentadir ujian, saya berpeluang masuk kelas Tahun 6 Bijak untuk
memerhati Cikgu Ananthan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (pdp)
Sains. Pdp yang dilaksanakan oleh Cikgu Ananthan lebih kepada berpusatkan murid.
Topik yang diajar Cikgu Ananthan semasa saya membuat pemerhatian ialah interaksi
antara tumbuhan. Pdp yang dilaksanakan oleh Cikgu Ananthan lebih kepada
berpusatkan murid. Cikgu Ananthan menggunakan teknik menyoal. Cikgu Ananthan
membahagi murid kepada 4 kumpulan. Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan
paling popular dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat
melahirkan interaksi antar guru dan pelajar secara berkesan.
Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan
menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu
maklumat, tetapi juga membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan
memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama. Cikgu Ananthan menggalakkan
murid untuk membuat inferens berdasarkan kepada bukti dan maklumat yang sedia ada
iaitu berdasarkan pengalaman murid. Proses pdp yang dilaksana oleh Cikgu Ananthan
juga bersifat dua hala iaitu berlaku soal jawab antara murid dan cikgu. Pembelajaran
aktif wujud antara cikgu dan murid.
Teknik penyoalan yang digunakan oleh Cikgu Ananthan dapat menjana pemikiran
murid. Ini kerana soalan yang dikemukan oleh Cikgu Ananthan adalah untuk mengalisis,
mensintesis dan menilai kemahiran serta menggalakkan murid untuk berkomunikasi.
Setiap murid diberi peluang untuk memberi pendapat. Contoh soalan yang ditanyakan:
1. Apakah kepentingan interaksi antara tumbuhan.
2. Berikan pendapat anda, mengapakahtumbuhan menjalani interaksi.

Berdasarkan pemerhatian saya, objektif pdp tercapai. Hal ini kerana murid dapat
memahami konsep yang disampaikan oleh Cikgu Ananthan. Cikgu Ananthan
menggunakan persekitaran yang ada disekeliling murid untuk menyampaikan konsep.

3.3 Persekitaran pengajaran dan pembelajaran sains abad ke-21

11
Persekitaran yang kondusif meransang pengajaran dan pembelajaran murid.
Susunatur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting,
iaitu membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan pdp yang berlangsung, membina
ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan
ruang pembelajaran mental.

Berdasarkan pemerhatian saya, susun atur bilik darjah Tahun 6 Bijak tidak menepati
susun atur kelas abad ke-21. Susun atur kelas kelas ialah tradisioanal. Namun, meja
dan kerusi murid-murid disusun dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Meja dan
kerusi dalam bilik darjah Tahun 6 disusun mengikut kumpulan manakala kerusi dan meja
dalam bilik darjah tahap dua disusun secara berpasangan.Guru yang membahagikan
murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan dan kefahaman
murid-murid seperti kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang tinggi, sederhana
dan lemah. Guru juga membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang
terdiri daripada murid-murid yang tahap kebolehan yang lemah, sederhana dan tinggi
dalam satu kumpulan. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan kerana
kebolehan murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan fizikal
bilik darjah seperti ini memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru
dengan murid.

3.4 Pelaksanaan pedagogi sains abad ke-21 pengajaran dan pembelajaran

Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak
diperkatakan dan banyak bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang
mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-
rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu
berubah sesuai dengan perkembangan teknologi siber dan akses kepada internet yang
semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti chalk and talk semata-mata
kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik
dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan
semasa. Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini memerlukan guru yang kreatif,
koperatif dan kolaboratif semasa mengajar sesuai dengan ciri-ciri pembelajaran abad
ke-21 iaitu komunikasi, kolaborasi, kemahiran kritis dan kreativiti.

12
Kaedah pengajaran kolaboratif dikenal pasti memenuhi ciri-ciri pembelajaran abad
ke-21 seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran berasakan projek, pembelajaran
berasaskan masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran berasaskan modul. Menerusi
kaedah-kaedah ini, komunikasi dan interaksi antara guru dan murid dan interaksi antara
murid dan murid serta murid dengan bahan membantu murid membina pengetahuan
dan meneroka pengetahuan yang diperolehi. Oleh itu, guru perlu mahir dan
berketerampilan dalam pedagogi abad ke-21 ke arah merealisasikan hasrat KPM.
Peranan guru di dalam proses PdP adalah sebagai fasilitator dan pembelajaran adalah
berpusatkan murid.

Berdasarkan pemerhatian, Cikgu Ananthan kurang menekankan kaedah pengajaran


kolaboratif. Selain itu, berpunca daripada sikap murid. Terdapat murid yang tidak
mengikut arahan guru ketika aktiviti kumpulan dijalankan iaitu mengambil kesempatan
dengan bermain dan membuang masa, membuat bising, bertindak bebas sehingga
kesukaran kawalan kelas dan mengganggu kumpulan lain.

Di samping itu, pdp yang dilaksanakan oleh beliau lebih berpusat kepada murid. Di
mana pengelibatan murid secara aktif di dalam kelas. Dalam situasi ini, beliau memain
peranan sebagai fasilitator. Cikgu Ananthan membahagikan murid kepada 4 kumpulan.
Setiap kumpulan diberi topik untuk dibincangkan

Cikgu Ananthan masih menggunakan kaedah tradisional. Beliau terlalu bergantung


dengan Buku Teks. Beliau tidak menggunakan teknologi dalam pdp. Penggunaan bahan
bantu mengajar elektronik merupakan alat penting dalam pengajaran dan pembelajaran
abad ke-21.

13
Rujukan

Noraida binti Haji Ismail. Buku Teks Sains Tahun 5. Dewan Bahasa Pustaka.

Tay, L. K. (2000). Kaedah Pembelajaran Koperatif: Ke Arah Pembelajaran

Bacaan Pemahaman Teks Yang Berkesan. Jurnal Akademik MPSAH, 8, 1-8.

KPM. (2015). DSKP tahun 5. diperoleh pd - 12 Mac 2017 - drpd


.https://drive.google.com/file/d/0B-uZCc1niYRJLXhjekYtZ2FwRWc/view

14

You might also like