You are on page 1of 33

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM


BIL 1 2017

Tarikh:27 Disember 2016 (Selasa)


Masa: 8:30 pagi hingga 2.30 petang
Tempat: Bilik Gerakminda SK Sungai Pusu

Kehadiran:
Bil Nama Jawatan
1. Kamis b Md Nor Guru Besar
2. Noriza Hanim bt Nasirudin PK Pentadbiran
3. Foziah bt Ismail PK HEM
4. Mohd Azuan b Azizan PK Ko Kurikulum
5. Faridah bt Abd Hamid PK Petang
6. Lutfiah bt Abdul Hamid Setiausaha Kurikulum
7. Azila bt Maryani
8. Khairil Anwar Bin Md Kamal
9. Marini Bt. Mahmood
10. Maryati Bt. Mohamed
11. Misitah Bt. Surip
12. Mohd Bukhari B. Mohd Nor
13. Che Salina bt Ramali
14. Mohd. Fithri B. Kassim
15. Mohd Fadilah b Johan
16. Nor Ayuni Bt. Azmi
17. Nursyida Bt. Mahmud
18. Nurul Hafizah Bt. Amat
19. Sharifatul Fatma Bt. Shariffudin
20. Nur Hidayah bt Mohd Yusof
21. Napisah bt Mustapa
22. Zalinawati bt Muda
23. Sharifah bt Mohamed
24. Mohammad Hilmi b Abdullah
25. Nik Farra Wahida bt Fauzi
26. Marjianna bt Damiri
27. Mohd Shaifulnizam b Hassan
28. Mohd Ridzuan b Mat Saaud
29. Mahizun bt Mohaimin
30. Zarina bt Ibrahim
31. Zuraida bt Othman
32. Ainun Mariam Husna bt Mohd Zailan
33. Mohammad Naim b Mustafha
34. Mohd Firdaus b Baba
35. Saidah bt Abu Bakar
36. Norhaniza bt Shafii
37. Rosmonaliza bt Ahmad
38. Nor Faezah bt Azman
39. Noor Azniyusnita bt Che Soh
40. Mohd Adnan b Sulaiman
41. Rozita bt Mat Said
TURUT HADIR
1. Salina bt Ishak
2. Noor Baizura bt Yusof
3. Rostila bt Mustaffar
4. Khalijah bt Dolah
5. Sabariah bt Mohd Shariff
6. Affendi b Mohamed
7. Mohd Amir Jumrah b Abdullah
8. Mohd Yusrizal b Yaakub
9. Shazwani bt Rosli
10. Farah Safizaini bt Shapiaruddin
11. Wan Mohd Soffwan b Wan Ismail
12. Ruhana bt Daud
13. Mohd Misourie b Mat Hasan
14. Siti Shuhaida bt Benjamin
15. Mohd Fakhrullah b Ibrahim
16. Ratiga a/p Dadayan
17. Nithiya a/p Thiagaraja
18. Sharipah Raihan bt Syed Ahmad
19. Hamizah bt Shamsul
20. Nurul Nadiah bt Yahya
21. Zabidah bt Abd Rahman
22. Norziela bt Ismail
23. Mohd Faiz b Ammran
24. Siti Rohainiza bt Latif
25. Mona Khairani bt Taju Ariffin
26. Elias b Mahmud
27. Norasyiqin bt Othman
28. Nur Shahidah bt Abd Ghani
29. Nor Narjihah bt Muslim
30. Nur Anis Nabila bt Salim
31. Danial Adam b Mohamad Amir
32. Muhd Farid Asyraf b Mohd Toha
33. Nur Hidayah bt Nordin
34. Nur Rohaila bt Alias
35. Raja Nor Aziera bt Raja Kamaruzaman
36. Siti Nurul Afiqah bt Mohd Bakri
37. Zuraini bt Mat Il
38. Zul Azmi b Rashid
39. Siti Habsah bt Maidin

Tidak Hadir (Bersebab /Tanpa Sebab)


1. Norman b Muhamad Isa Tiada Makluman
2. Filzah Hanani bt Muhamad Cuti Bersalin
3. Nur Aisyah Humaira bt Ismail Cuti Bersalin
4. Fatimah bt Mat Zin Ibu Sakit
5. Ahmad Thariki b Nawi Cuti Belajar

Urus Setia Mesyuarat :


Pn Lutfiah bt Abdul Hamid Setiausaha Kurikulum

AGENDA

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
memberikan komitmen untuk hadir ke Mesyuarat Kurikulum Kali
Pertama Tahun 2017.
1.2. Memulakan mesyuarat dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd
Amir Jumrah b Abdullah.
1.3. Mengharapkan semua guru memberi perhatian penuh kerana
banyak maklumat penting yang akan disampaikan.
1.4. Mengingatkan semua guru bahawa profesion perguruan
merupakan suatu tugas yang sangat mulia dan amat penting
dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.
1.5. Di zaman teknologi yang serba maju dan canggih ini, peranan
dan tanggungjawab guru semakin mencabar.
1.6. Tanggungjawab utama yang perlu digalas oleh guru perlulah
menumpukan kepada kekuatan dalaman yang utama iaitu dari
aspek agama, nilai dan etika.
1.7. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan
sekiranya guru menjalankan tugasnya sebagai suatu ibadah
dengan matlamat membangunkan modal insan.
1.8. Oleh yang demikian, semua guru perlu mengkaji dan
memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya meningkatkan
prestasi yang lebih cemerlang pada tahun 2017 dalam semua
bidang iaitu Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

Tindakan:
semua guru

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1. Minit Mesyuarat Bil 4/2016 dicadangkan oleh Pn Maryati bt


Mohamed untuk disahkan manakala En Mohd Bukhari b Mohd
Nor menyokong cadangan tersebut.
2.2. Semua guru bersetuju dan turut menyokong cadangan
tersebut.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1. Panitia
3.1.1 Berdasarkan semakan PKP, masih terdapat panitia yang belum
menghantar laporan dan perancangan 2017 seperti yang
diminta.
3.1.2 Guru yang berkenaan perlu mengemukakan surat tunjuk sebab
kepada Guru Besar.
Tindakan: guru
yang berkenaan
3.2 Semakan Buku Rampaian Murid
3.2.1 Hasil semakan PKP, masih terdapat beberapa orang guru yang
belum menghantar buku rampaian murid sehingga akhir tahun
2016.
3.2.2 Guru-guru yang berkenaan perlu mengemukakan surat tunjuk
sebab kepada Guru Besar.
Tindakan: guru yang
berkenaan

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/LAPORAN

4.1 Visi dan Misi SK Sungai Pusu


4.1.1 Visi dan Misi sekolah adalah selari dengan Visi dan Misi
KPM iaitu:
Visi - Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera
Misi- Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara"
4.1.2 Berdasarkan visi dan misi tersebut, fokus utama adalah untuk
menghasilkan pendidikan yang berkualiti agar sistem
pendidikan Negara dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
4.1.3 Oleh itu, guru perlu memastikan murid menikmati pengalaman
pembelajaran yang terbaik.
4.1.4 Peranan guru lebih banyak menjurus terhadap proses
membimbing murid untuk meneroka ilmu pengetahuan bagi
mengembangkan potensi dan kualiti mereka secara optimum.
Tindakan:
semua guru

4.2 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Terkini


4.2.1 SPI Bil 7/2016 Semakan KSPK 2017
4.2.1.1 Menjelaskan kepada semua guru mengenai SPI Bil
7/2016 iaitu Semakan KSPK 2017
4.2.1.2 Jadual di bawah menunjukkan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan Semakan 2017.

MASA SEMINGGU
BIDANG PEMBELAJARAN (MINIT)
1) B. MELAYU 60
2) B. INGGERIS 60
3) P.A. ISLAM / P. MORAL 120
4) AKTIVITI LUAR 120
5) MATEMATIK AWAL 40
6) PEMBELAJARAN BERSEPADU 800
JUMLAH 1200
Jadual 1 : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Semakan 2017
4.2.1.3 Berdasarkan Jadual 1 di atas, Pembelajaran
Bersepadu merujuk kepada perbualan awal, rehat,
aktiviti penutup serta aktiviti pembelajaran.
4.2.1.4 Manakala aktiviti luar merujuk kepada fizikal dan
main bebas.
Tindakan: guru
Prasekolah

4.2.2 SPI Bil 8/2016 Semakan KSSR Tahun 1


4.2.2.1 Menjelaskan sekali lagi mengenai SPI Bil 8/2016
Semakan KSSR Tahun 1
4.2.2.2 Jadual di bawah menunjukkan mata pelajaran dan
peruntukan masa minimum jam tahun KSSR Semakan
2017 Tahap 1.

Jadual 2 : Peruntukan masa Tahun 1

4.2.2.3 Berdasarkan Jadual 2 di atas, mata pelajaran Sains


menggantikan Dunia Sains Teknologi manakala Dunia
Seni Visual dan Dunia Muzik digabungkan menjadi
Pendidikan Kesenian.
4.2.2.4 Jadual 3 dan 4 di bawah menunjukkan mata pelajaran
dan peruntukan masa minimum jam tahun KSSR
Semakan 2017 bagi Tahun 2 dan 3 serta Tahap 2 2017.

Bil MP Masa Masa


Dalam minimu
Seming m
gu sethn
(min) ( jam )

1 Bahasa Malaysia 360 192

2 B. Inggeris 300 160

3 Matematik 180 96

4 Pend Islam 180 96

5 Pend Moral 180 96

6 Pend Jasmani 60 32

7 Pend Kesihatan 30 16

8 Dunia Seni Visual 60 32

9 Dunia Muzik 30 16

10 Dunia Sains & 60 32


Teknologi

11 Bahasa Arab 90 48

12 Perhimpunan 30 16

Jumlah 1380 736


Jadual 3 : Peruntukan masa Tahun 2 & 3 2017

Bil MP Masa
Minimum
Setahun
( Jam )

1 Bahasa Melayu 160

2 B. Inggeris 160

3 Matematik 96

4 Sains 64

5 Pend Islam 96 + (*32


Tasmik)

6 Pend Moral 96

7 PJPK 48

8 Sejarah 32

9 Pend Kesenian 48

10 RBT 32

11 Bahasa Arab 48

12 Perhimpunan 16
Jumlah setahun 800 jam
Jadual 4 : Peruntukan masa Tahap 2
Tindakan:
makluman

4.2.3 Laporan Prestasi UPSR 2016


4.2.3.1 Jadual di bawah menunjukkan Perbandingan Prestasi
UPSR 2015 dan 2016, Analisa Keseluruhan Mata
Pelajaran dan Analisa Keseluruhan Pencapaian 2016.

PERKARA TAHUN 2015 TAHUN 2016


Peratus 68
Lulus 76.4
GPS 2.06 2.95
5A / 6A 28 2
Jadual 5 : Perbandingan Prestasi UPSR 2015 dan 2016

Jadual 6 : Analisa Keseluruhan Mata Pelajaran UPSR 2016

4.2.3.2 Secara keseluruhannya, prestasi murid pada Tahun


2016 menunjukkan penurunan yang sangat ketara. Ini
adalah disebabkan perubahan pada bilangan mata
pelajaran dan format peperiksaan UPSR pada tahun
2016.
4.2.3.3 Perubahan yang mendadak pada keputusan UPSR ini
bukan sahaja melibatkan SK Sungai Pusu namun
melibatkan seluruhan Malaysia.
4.2.3.4 Namun begitu, pihak sekolah diingatkan agar tidak
membuat sebarang perbandingan dengan keputusan
UPSR pada tahun-tahun sebelum ini.
4.2.3.5 Walaubagaimanapun, pihak sekolah amat berbangga
dengan pencapaian UPSR Tahun 2016 kerana terdapat 2
orang calon SK Sungai Pusu berjaya mendapat
6A dalam UPSR 2016.
Tindakan:
makluman

4.3 Dasar Dan Ketetapan Kurikulum 2017


4.3.1 Dasar kurikulum sekolah merupakan satu dokumen penting
yang menjadi garis panduan dalam aspek pengurusan
kurikulum.
4.3.2 Semua guru perlu mematuhi dasar dan ketetapan kurikulum ini
untuk memberi khidmat yang berkualiti kepada semua murid.
4.3.3 Pada sebilangan masa, program-program akademik
diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik
bertembung dengan program lain, laluan untuk program
akademik hendaklah diberikan keutamaan.
4.3.4 Antara dasar dan ketetapan kurikulum yang mesti dipatuhi oleh
semua guru ialah;
4.3.4.1 Waktu Persekolahan

SESI PAGI

Isnin-Selasa: 07:20 pagi-


01:20 tgh
Rabu- Khamis: 07.20pagi-
12.50 tgh
Jumaat: 07:20 pagi-
12.20 tgh
SESI PETANG
Isnin: 12.40 tgh - 06.10
ptg
Selasa- Khamis: 01:10 tgh - 06:10
ptg
Jumaat: 02.10 ptg - 06:10
ptg

*waktu boleh berubah mengikut keperluan atau situasi semasa dan akta
ikhtisas yang berkuatkuasa semasa.
Tindakan: semua
guru

4.3.4.2 Mesyuarat
4.3.4.2.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat
minimum 4 kali setahun mengikut standard
piawaian Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan
Pejabat Pendidikan Daerah Gombak.
4.3.4.2.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut garis
panduan yang diberikan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor.
4.3.4.2.3 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada
semua guru minima 10 hari sebelum tarikh
mesyuarat dijalankan (berdasarkan SPSK).
Tindakan:
Semua guru

4.3.4.3 Sistem Fail


4.3.4.3.1 Fail SK Sungai Pusu adalah bercirikan
berpusat/separa berpusat, iaitu sistem Fail
Berwarna Putih dan Fail Folder.
4.3.4.3.2 Sistem pengurusan fail hendaklah mengikut
Arkib Negara dan perlu mendapat kelulusan
pentadbiran sekolah.
4.3.4.3.3 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan
disimpan oleh Penolong Kanan Pentadbiran
selaku Setiausaha Kurikulum Sekolah.
4.3.4.3.4 Semua fail panitia diletakkan di bilik
Gerakminda. Ketua panitia hanya menyimpan
salinan fail sebagai desk copy. (*) Mengikut
keperluan sekolah.
4.3.4.3.5 Setiap panitia mempunyai fail seperti berikut
berikut:

SENARAI KANDUNGAN FAIL PANITIA MATA PELAJARAN


*Bil Jenis Fail Perkara Kandungan Fail
.
1. Fail Putih/ Fail Fail Transaksi (Ditulis i) Surat-surat
Terbuka nama Panitia Mata perhubungan luar/
(Am 435- Pelajaran) dalaman
Pin.1/80) Contoh:No Fail: 600- ii) Surat-surat lampiran
4/1/2 iii) Surat Panggilan
Panitia Bahasa Melayu Mesyuarat iv) Surat
<taipnamasekolah> lantikan
2. Fail Kulit Keras/ 2.1 MesyuaratPanitia i) Carta Organisasi Kurikulum /
Doket Panitia
ii) Minit Mesyuarat Panitia
Catatan:
iii) Kedatangan Mesyuarat
Kandungan fail
mengandungi iv) Maklumbalas
Mesyuarat
dokumen- 2.2 SukatanPelajaran i) Sukatan Pelajaran
dokumen ii) Huraian Sukatan Pelajaran
sokongan yang iii) Rancangan Pelajaran
boleh disimpan Tahunan
dalam fail iv) Senarai Bahan Bantu
keras yang Pengajar dan
sama Kedudukannya
denganmenggu v) Senarai buku teks dan
na pembahagi
rujukan
(separator)
2.3 Program i) ABM (Anggaran Belanja
Kecemerlangan Mengurus) & Nota Minta
ii) Perancangan Strategik
(Pelan strategik, Pelan
Taktikal & Pelan Operasi)
ii) Laporan-laporan program
iii) Program
PerkembanganStaf
iv) KajianTindakan
2.4 Peperiksaan i) Jadual Peperiksaan ii) Jadual
Penyedia Soalan iii) Analisis
Peperiksaan Sekolah dan
peperiksaan Awam
iv) Analisis Headcount (TOV,
OTR,ETR)
v) Post-mortem/ Audit
akademik
2.5 Penyeliaan/ i) Jadual Penyeliaan
Pencerapan ii) Borang Penyeliaan
2.6 Penyemakan buku i) Jadual semakan
latihan murid ii) Borang penyemakan
2.7 Koleksi SoalanUjian/ i) Soalan-soalan peperiksaan
Peperiksaan sekolah
ii) Soalan-soalan setara
daerah/ negeri
iii) Soalan-soalan peperiksaan
awam
2.8 Maklumat Guru i) Jadual waktu persendirian ii)
Maklumat asas, akademik dan
ikhtisas guru
2.9 Pentaksiran i) Dokumen PBS yang berkaitan
Berasaskan Sekolah
Jadual 8 : Senarai Kandungan Fail Panitia

Tindakan:
semua guru
4.3.4.4 Mata Pelajaran yang diluluskan dan bilangan waktu
4.3.4.4.1 Mulai tahun 2017, Sistem KSSR Semakan telah
dilaksanakan untuk murid Tahun 1 sejajar
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM).
4.3.4.4.2 Peruntukan waktu dalam setiap mata
pelajaran adalah mengikut bilangan jam
setahun.
4.3.4.4.3 Berikut adalah mata pelajaran dan jumlah
minima bilangan jam setahun setiap mata
pelajaran bagi Tahun 1.

Mata Pelajaran Masa Minimum Setahun


(Jam)
Bahasa Melayu 192
Bahasa Inggeris 160
Matematik 96
Sains 48
Pendidikan Islam 96 + (32- Tasmik)
Pendidikan Moral 96
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 48
(PJPK)
Pendidikan Kesenian 48
Bahasa Arab 48

4.3.4.4.4 Ketetapan jumlah waktu seminggu bergantung


kepada takwim sekolah. Pihak sekolah berhak
menentukan jumlah waktu pembelajaran
seminggu asalkan tidak kurang daripada
jumlah minima setahun yang telah ditetapkan
dalam SPI.
4.3.4.4.5 Pada tahun 2017, pihak sekolah telah
menetapkan minggu p&p adalah sebanyak 39
minggu (merujuk kepada takwim sekolah).
4.3.4.4.6 Berikut merupakan jumlah waktu seminggu
setiap mata pelajaran bagi tahun 1 2017.

Mata Pelajaran Minimum Jumlah Bil Jumlah


Jam/Seta Jam Waktu Jam
hun Semingg Semingg Setahun
u u
Bahasa Melayu 192 5.0 10 195
Bahasa Inggeris 160 4.5 9 175.5
Matematik 96 2.5 5 97.5
Sains 48 1.5 3 58.5
Pendidikan Islam/ 96 2.5 5 97.5
Moral
PJPK 48 1.5 3 58.5
Pendidikan Kesenian 48 1.5 3 58.5
Bahasa Arab 48 1.5 3 58.5
Tasmik 32 1.0 2 39
Perhimpunan 16 0.5 1 19.5
JUMLAH 784 23.5 44 858

4.3.4.5.7 Bagi murid Tahun 2 hingga Tahun 6 proses


transisi perubahan masa mengikut bilangan
jam setahun bagi tahun 2017 adalah seperti
berikut:

i. (Mata pelajaran bagi Murid Tahun 2 dan Tahun 3)


Mata Pelajaran Minimum Jumlah Bil Jumlah
Jam/Seta Jam Waktu Jam
hun Semingg Semingg Setahun
u u
MODUL TERAS
ASAS
Bahasa Melayu 192 5.0 10 195
Bahasa Inggeris 160 4.5 9 175.5
Matematik 96 3.0 6 117
Pendidikan Islam/ 96 2.5 5 97.5
Moral
Pendidikan Jasmani 32 1.0 2 39
Pendidikan 16 0.5 1 19.5
Kesihatan
MODUL TERAS
TEMA
Dunia Seni Visual 32 1.0 2 39
Dunia Muzik 16 0.5 1 19.5
Dunia Sains 32 1.0 2 39
MODUL ELEKTIF
Bahasa Arab 48 1.5 3 58.5

Tasmik 32 1.0 2 39
Perhimpunan 16 0.5 1 19.5
JUMLAH 768 24 44 858

ii. Mata pelajaran bagi murid tahun 4, 5 dan 6


Mata Pelajaran Minimum Jumlah Bil Jumlah
Jam/Seta Jam Waktu Jam
hun Semingg Semingg Setahun
u u
Bahasa Melayu 160 4.5 9 175.5
Bahasa Inggeris 160 4.5 9 175.5
Matematik 96 3.0 6 117
Pendidikan Islam/ 96 2.5 5 97.5
Moral
Pendidikan Jasmani 32 1.0 2 39
Pendidikan 16 0.5 1 19.5
Kesihatan
Pendidikan Seni 32 1.0 2 39
Visual
Pendidikan Muzik 16 0.5 1 19.5
Sains 64 2.0 4 78
Sejarah 32 1.0 2 39
RBT/TMK 32 1.0 2 39
MODUL ELEKTIF
Bahasa Arab 48 1.5 3 58.5

Tasmik 32 1.0 2 39
Perhimpunan 16 0.5 1 19.5
JUMLAH 784 25.0 50 955.5
Tindakan:
semua guru
4.3.4.5 Bilik-bilik Khas
4.3.4.5.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan
sempurna oleh guru yang diberi
tanggungjawab dalam Buku Panduan
Pengurusan Sekolah.
4.3.4.5.2 Bagi bilik khas mata pelajaran, bilik tersebut
hendaklah di bawah pemantauan Ketua
Panitia Mata Pelajaran tersebut.
4.3.4.5.3 Rekod penggunaan dan peraturan
penggunaan serta senarai jawatankuasa
hendaklah disediakan.
4.3.4.5.4 Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur
penggunaan perlu dipaparkan dengan jelas
bagi setiap bilik khas.

4.3.4.5.5 Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di


dalam keadaan yang kondusif, selamat dan
sesuai sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu
sendiri.
4.3.4.5.6 Pelan kebakaran dan direktori kecemasan
mesti disedia dan dipamerkan.
4.3.4.5.7 Jawatankuasa Pemantauan
Guru Besar.
Penolong Kanan Pentadbiran.
Penolong Kanan HEM.
Penolong Kanan Kokurikulum.
Penolong Kanan Petang
Tindakan: Penyelaras
Bilik Khas
4.3.4.6 Program Peningkatan Akademik
4.3.4.6.1 Semua program utama yang dilaksanakan
dalam P &P dibuat berketetapankan keperluan
panitia.
4.3.4.6.2 Ketetapan Kurikulum menyokong penuh
semua program peningkatan akademik yang
bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
4.3.4.6.3 Jawatankuasa kecemerlangan akademik
adalah penggerak bagi membantu semua
panitia dalam merancang dan melaksana
program akademik.
4.3.4.6.4 Panitia diminta mengemukakan kertas
cadangan yang relevan untuk program
akademik panitia berkenaan.
4.3.4.6.5 Penglibatan semua penolong kanan dan guru
bimbingan adalah wajib bagi penyelarasan
Program Akademik.
Tindakan:
semua guru
4.3.4.7 Perkembangan Staf (Kursus Dalaman)
4.3.4.7.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti
memberikan taklimat ringkas kepada Guru
Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran
apabila pulang berkursus dengan
mengemukakan minit curai.
4.3.4.7.2 Kursus dalaman hendaklah dilaksanakan oleh
guru berkenaan bagi memastikan segala
maklumat yang diterima disampaikan secara
berkesan.
4.3.4.7.3 Kursus dalaman tersebut perlu dihadiri oleh
pentadbir.
4.3.4.7.4 Bahan edaran kursus perlu diserahkan kepada
pihak sekolah. Guru boleh menyimpan salinan
untuk keperluan sendiri dan guru lain.
Tindakan:
semua guru
4.3.4.8 Perkembangan Staf (Latihan Personell)
4.3.4.8.1 Dirancang mengikut keperluan guru
berdasarkan laporan analisis matriks
kompetensi guru.
4.3.4.8.2 Setiap guru mesti menghadiri sekurang-
kurangnya tujuh (7) hari berkursus dalam
setahun.
4.3.4.8.3 Sekiranya guru menghadiri LADAP kurang
daripada tujuh hari setahun, guru perlu
kemukakan surat tunjuk sebab.
4.3.4.8.4 Lawatan penanda arasan boleh diadakan oleh
pihak sekolah atau panitia.
Tindakan:
semua guru
4.3.4.9 Kajian Tindakan
4.3.4.9.1 Semua Panitia mata pelajaran disarankan
membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
4.3.4.9.2 Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar
ke Pejabat Pendidikan Daerah Gombak untuk
dipanjangkan ke Jabatan.
Tindakan:
semua guru

4.3.4.10 Ketetapan Penggunaan Kertas Untuk PdP dan


Peperiksaan
Guru-guru dinasihatkan mengamalkan Ketetapan
penjimatan dengan menggunakan Font Century Gothic
10 bagi Tahap 1 dan Times New Roman 10 bagi Tahap
2 dan setup kertas left & right 0.5 dan top & bottom
pada 0.5.
4.3.4.10.1 Percetakan lembaran kerja dan kertas
soalan menggunakan mesin riso atau fotostat
yang disewa oleh pihak sekolah.
4.3.4.10.2 Lembaran kerja perlulah dihantar untuk
dicetak paling lewat 3 hari sebelum
digunakan. Oleh itu, guru perlu merancang
latihan murid lebih awal.
Tindakan:
semua guru

4.4 KPI Unit Kurikulum 2017


4.4.1 Peningkatan Prestasi UPSR 2017

PERKARA TAHUN 2016 TAHUN 2017


PERATUS 78
LULUS 68.65
GPS 2.95 2.70
6A 2 8
Jadual 9 : Peningkatan Prestasi UPSR 2017

4.4.2 Sasaran Mata Pelajaran UPSR 2017

PERKARA TAHUN 2016 TAHUN 2017


1) BAHASA MELAYU 99.08
PEMAHAMAN 98.11
2) BAHASA MELAYU 97.70
PENULISAN 96.72
3) BAHASA INGGERIS 88.48
PEMAHAMAN 87.98
4) BAHASA INGGERIS 85.35
PENULISAN 81.97
5) MATEMATIK 81.97 85.25
6) SAINS 96.17 96.77
Jadual 10 : Sasaran Matapelajaran UPSR 2017
4.4.3 Peningkatan Kualiti Guru 2017
4.4.3.1 Pada Tahun 2017, pihak sekolah mensasarkan 100%
guru mencapai tahap minimum kualiti guru melebihi
85% SKPM Standard 4.

4.4.4 Pencapaian LINUS 2.0 Tahun 2017

LITERASI NUMERASI LITERASI


TAHUN BAHASA MATEMATIK BAHASA
2017 MELAYU INGGERIS
TAHUN 1 90% 90% 75%
TAHUN 2 95% 95% 88%
TAHUN 3 100% 100% 100%
TAHUN 4 - - 100%
Jadual 11 : Pencapaian LINUS 2.0 Tahun 2017
Tindakan:
Makluman

4.5 Pelan Strategik dan Taktikal Unit Kurikulum 2017

4.5.1 PKP membentangkan dan menjelaskan mengenai Pelan


Strategik dan Taktikal Unit Kurikulum 2017.
4.5.1 Semua panitia diminta merancang program-program yang
menjurus kepada pelan taktikal unit kurikulum.
Tindakan: Ketua
Panitia

4.5.2 Antara program-program yang dirancang ialah Ladap PdP


Abad 21, PLC-Perkongsian Ilmu & Lesson Study,
Pemantapan Program VLE Frog, Ladap i-THINK, Ladap
Pelaksanaan Headcount, Program The Champion dan
sebagainya lagi.
Tindakan:
makluman

4.6 Jadual Waktu 2017

4.6.1 PKP memaklumkan bahawa jadual waktu guru akan diedarkan


sebaik sahaja mesyuarat tamat. Guru-guru boleh mengambil
jadual waktu masing-masing sebelum pulang.
4.6.2 Semua guru perlu menandatangani borang penerimaan jadual
waktu.
4.6.3 Sekiranya timbul sebarang masalah berkenaan jadual waktu,
boleh merujuk kepada PKP atau PK Petang kemudian.
4.6.4 Untuk makluman semua guru, PKP telah menyediakan tapak
pengisian Jadual Waktu Guru (Persendirian) dan Kelas 2017 dan
telah diemelkan kepada semua guru.
4.6.5 Manakala Jadual Waktu Bilik Khas perlu disediakan oleh
Penyelaras Bilik Khas berkenaan.
4.6.6 Oleh itu, semua guru diminta melengkapkan Jadual Waktu
masing-masing dan membuat 3 salinan untuk dihantar kepada
PKP.
Tindakan:
semua guru

4.6.7 PKP menjelaskan, jumlah waktu setiap mata pelajaran


hendaklah mengikut Ketetapan Akta Pendidikan yang
berkuatkuasa semasa.
4.6.8 SK Sungai Pusu menggunakan sistem aSC (*) sebagai sistem
penjadualan guru.
4.6.9 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut
keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum
dan dilaksanakan di luar jadual waktu rasmi.
4.6.10 Bagi agihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada
guru opsyen dan mengikut kepakaran dan pengalaman
guru. Namun begitu, ianya tetap bergantung kepada keperluan
sekolah.
4.6.11 Sekiranya terdapat lebihan guru dalam sesuatu mata
pelajaran, agihan adalah mengikut keperluan mata pelajaran
yang diperlukan.
4.6.12 Guru diwajibkan mengajar mata pelajaran yang
diarahkan.
4.6.13 Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 32 waktu
seminggu tidak termasuk perhimpunan dan bergantung kepada
pengisian waran (ABM) layak bagi tahun semasa.
4.6.14 Pembahagian waktu mengajar guru adalah mengikut
Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) semasa serta keperluan sekolah
pada tahun tersebut.

Tindakan:
makluman

4.6.15 Pelaksanaan Amalan MMI (Guru Ganti / Relief)


4.6.15.1 Mana-mana guru yang tidak hadir ke sekolah
disebabkan mengambil Cuti Rehat Khas (CRK),
berkursus, bermesyuarat, berbengkel, taklimat atau
yang memerlukan guru berada di luar sekolah, perlu
merekod dan memaklumkan kepada Guru Besar atau
Penolong Kanan Pentadbiran (sesi pagi) atau Penolong
Kanan Petang (sesi petang).
4.6.15.2 Perkara tersebut hendaklah direkodkan oleh
guru tersebut dalam Buku Rekod Pergerakan Guru di
pejabat.
4.6.15.3 Guru juga perlu menyediakan bahan
tugasan/lembaran kerja untuk murid-murid dan
direkodkan dalam buku rekod Serahan Bahan agar guru
ganti dapat melaksanakan p&p dengan lancar.
4.6.15.4 Mana-mana guru boleh
dipertanggungjawabkan untuk mengganti kelas guru
tersebut.
4.6.15.5 Semua guru yang diarahkan mengganti kelas
guru yang tidak hadir perlu masuk ke kelas seperti
yang diarahkan.
4.6.15.6 Semua guru boleh diberi relief sehingga 5
waktu seminggu. Bagi Guru Bimbingan, relief
dibenarkan sehingga 10 waktu seminggu (mengikut
keperluan sekolah).
4.6.15.7 Pastikan guru menandatangani borang yang
disediakan (berdasarkan SPSK PK02 Pengurusan Jadual
Waktu).
4.6.15.8 Guru dikehendaki menampal slip yang diberi
dalam Buku Rekod Mengajar (RPH) pada hari tersebut.
4.6.15.9 Guru hendaklah mengajar mengikut modul
atau bahan yang disediakan oleh guru yang tidak hadir.
Sekiranya tiada bahan, guru boleh menggunakan bahan
rujukan atau latihan yang terdapat di bilik guru. Guru
juga boleh menggunakan buku teks sebagai bahan
rujukan. Pastikan murid-murid menjalankan p&p
sepanjang waktu tersebut. Sila rujuk dan patuhi arahan
MMI.
Tindakan:
semua guru
4.7 Senarai Jawatankuasa Kurikulum 2017

4.7.1 PKP memaklumkan senarai jawatankuasa kurikulum bagi tahun


2017
4.7.2 Semua guru diminta merujuk Buku Pengurusan 2017 yang telah
diedarkan kepada semua guru.
Tindakan:
Semua guru
4.7.3 Surat pelantikan kepada jawatankuasa kurikulum yang dilantik
akan diserahkan dalam masa terdekat.
4.7.4 Antara unit-unit kurikulum ialah :

Guru Kelas
Penyelaras Aliran
Ketua Panitia
Ketua Unit-unit Kurikulum
Setiausaha Peperiksaan
Mengikut Keperluan Sekolah
Tindakan: Setiausaha
Kurikulum

4.7.5 PKP menjelaskan mengenai peranan dan tugas setiap


jawatankuasa.
4.7.6 PKP mengharapkan kerjasama dan komitmen yang tinggi
daripada semua jawatankuasa yang dilantik supaya dapat
melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan
bertanggungjawab kerana pihak pengurusan menaruh
kepercayaan yang tinggi terhadap kebolehan guru.
Tindakan:
Semua guru

4.8 Pengurusan Panitia

4.8.1 Penyelarasan RPT dan RPH


4.8.1.1 Bagi memantapkan pengurusan panitia, semua
panitia mata pelajaran telah diingatkan agar membuat
penyelarasan mengenai perkara-perkara berikut:
1) RPT (perlu mengikut takwim sekolah dan sama bagi
guru mata pelajaran setiap aliran)
2) RPH (Format juga perlu sama bagi setiap mata
pelajaran dan mesti bermula pada hari pertama
persekolahan)
3) Font juga perlu diselaraskan
Tindakan: Ketua Panitia dan Ahli
Panitia semua mata pelajaran

4.8.2 Penyelarasan Jumlah Minggu PdP 2017


4.8.2.1 PKP menjelaskan bahawa jumlah minggu PdP bagi
tahun 2017 ialah 39 minggu.
4.8.2.2 Semua guru diminta merujuk Takwim PdP 2017 yang
telah diemelkan oleh PKP.
Tindakan:
Semua guru
4.8.3 Penyelarasan Latihan Murid
4.8.3.1 PKP mengingatkan semua guru Panitia dikehendaki
membincangkan dan membuat ketetapan mengenai
bilangan latihan murid setiap minggu bagi setiap mata
pelajaran dalam Mesyuarat Panitia Kali Pertama dan
memaklumkan kepada PKP untuk dimasukkan ke dalam
Dasar dan Ketetapan Kurikulum.
Tindakan: Ketua
Panitia

4.8.4 Perancangan Panitia 2017


4.8.4.1 PKP meminta semua Ketua Panitia membincangkan
Perancangan Panitia 2017 dalam mesyuarat Panitia kali
Pertama 2017.
4.8.4.2 PKP mengingatkan semua Panitia agar
melaksanakan program Panitia mengikut perancangan
yang telah dimasukkan ke dalam takwim sekolah.
4.8.4.3 Sekiranya berlaku pertindihan masa pelaksanaan
program tersebut dengan program lain, Ketua Panitia
perlu memaklumkan kepada PKP dan melaksanakan
program tersebut pada tarikh lain yang sesuai.
4.8.4.4 PKP mengharapkan agar semua perancangan Panitia
untuk Tahun 2017 dilaksanakan dengan jayanya demi
meningkatkan pencapaian dan prestasi murid SK
Sungai Pusu.
Tindakan: Ketua
Panitia

4.8.5 Program Peningkatan dan Intervensi Panitia


4.8.5.1 PKP mengingatkan semua Panitia agar melaksanakan
program peningkatan dan intervensi kepada murid yang
lemah.
4.8.5.2 Pelaksanaan program ini penting bagi membimbing
murid tersebut supaya dapat menguasai mata pelajaran
tersebut.
4.8.5.3 Bagi memastikan keberkesanan program intervensi
ini, bilangan murid perlu dikecilkan supaya guru dapat
memberi perhatian yang lebih kepada murid tersebut.
Tindakan: semua
ahli Panitia

4.8.6 Penetapan Mesyuarat Panitia 2017


4.8.6.1 Mesyuarat Panitia perlu dilaksanakan 4 kali setahun.
4.8.6.2 PKP mengingatkan semua Ketua Panitia supaya
melaksanakan mesyuarat Panitia selepas Mesyuarat
Induk Kurikulum dilaksanakan.
4.8.6.3 Minit mesyuarat hendaklah siap dan diedarkan kepada
semua ahli dalam tempoh 7 hari. Ada bukti penerimaan
dan difailkan ke dalam fail panitia/unit masing-masing.
4.8.6.4 Format minit mesyuarat hendaklah mengikut ketetapan
dalam format SPSK.
4.8.6.5 Salinan setip minit mesyuarat hendaklah diserahkan
kepada Guru Besar dan PK Pentadbiran untuk
makluman dan tindakan.
4.8.6.6 Maklum balas mesyuarat hendaklah disediakan oleh
ahli mesyuarat selewat-lewatnya dua (2) minggu
sebelum mesyuarat yang akan datang.
4.8.6.7 Minit mesyuarat mestilah disemak oleh pengerusi
mesyuarat dan ditandatangani oleh pencatat minit.
4.8.6.8 Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali
dengan pelepasan dan kebenaran Guru Besar sahaja.
Sekiranya tidak hadir tanpa sebarang makluman, perlu
kemukakan surat tunjuk sebab kepada Guru Besar.
Tindakan: Ketua Panitia, Setiausaha
dan Ahli Panitia

4.8.7 Penetapan Headcount TOV, OTI & ETR Mata Pelajaran


4.8.7.1 PKP mengingatkan Ketua Panitia supaya membuat
penetapan TOV, OTI dan ETR Mata Pelajaran dan
dibincangkan dalam Mesyuarat Panitia Kali Pertama.
4.8.7.2 Berdasarkan TOV Peperiksaan Akhir tahun 2016,
keputusan murid Tahun 5 dan 6 amat membimbangkan.
4.8.7.3 Oleh itu, bagi meletakkan sasaran tahun 2017,
semua guru perlu mengkaji dan mengenal pasti setiap
murid yang diajar dengan membudayakan headcount
dalam menilai prestasi murid setiap kali selesai
ujian/peperiksaan.
4.8.7.4 Guru perlu menetapkan sasaran pencapaian setiap
murid berdasarkan TOV masing-masing.
4.8.7.5 Sasaran murid yang ditetapkan hendaklah melebihi
prestasi terbaik yang pernah dicapai oleh murid
tersebut.
4.8.7.6 Guru perlu mengupayakan murid dari Pra Sekolah
sehingga ke Tahun 5 untuk menghasilkan murid yang
cemerlang dan berkualiti.
4.8.7.7 Semua guru perlu menyediakan TOV dan ETR murid
masing-masing dan dimasukkan ke dalam Folder RPH
guru semasa PdP.
Tindakan:
semua guru

4.8.8 Analisis dan Post Moterm


4.8.8.1 PKP mengingatkan Ketua Panitia supaya
menyediakan analisis dan Post Mortem secara bertulis
setiap kali mendapat keputusan Peperiksaan
Pertengahan Tahun, Akhir Tahun dan Percubaan UPSR
mengikut format yang disediakan.
4.8.8.2 Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti
secara individu berdasarkan headcount murid.
4.8.8.3 Guru juga perlu membuat Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) dan analisis item bagi setiap soalan dalam
peperiksaan/ penilaian sumatif.
4.8.8.4 Setiap guru ada rekod murid cemerlang dan murid
kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya.
4.8.8.5 Maklumat terperinci murid berkenaan perlu
dimaklumkan kepada Guru Besar, PK Pentadbiran, PK
HEM dan Guru Bimbingan Kaunseling Sekolah melalui
Dialog Prestasi.
Tindakan:
Ketua Panitia dan Ahli Panitia

4.8.9 Pengurusan Kewangan Panitia


4.8.9.1 PKP mengingatkan bahawa Ketua Panitia
bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan
Tahunan bagi panitia masing-masing dan dibincangkan
serta diminitkan dalam mesyuarat panitia.
4.8.9.2 Ketua Panitia perlu memastikan panitia masing-
masing membelanjakan peruntukan PCG secara
berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
Tindakan:
Ketua Panitia

4.8.10 Sudut-sudut Panitia


4.8.10.1 PKP mengingatkan semua Panitia agar sentiasa
mengemaskini sudut panitia dari semasa ke semasa
dengan mempamerkan bahan-bahan pembelajaran
yang boleh membantu meningkatkan pengetahuan dan
prestasi murid.
Tindakan: semua
Panitia

4.8.11 Program Ladap Panitia & PLC


4.8.11.1 PKP memaklumkan bahawa program PLC boleh
diambil kira sebagai LADAP. Bilangan jam boleh
dikumpulkan dengan kiraan 6 jam bersamaan 1 hari.
4.8.11.2 PKP menjelaskan bahawa PLC merujuk kepada
sekumpulan pendidik yang bekerjasama secara
kolaboratif untuk meningkatkan prestasi murid.
4.8.11.3 Tujuan PLC ialah untuk meningkatkan pembelajaran
murid dan memperbaiki kualiti pengajaran guru.
4.8.11.4 Setiap Panitia mata pelajaran teras perlu
melaksanakan program PLC dalam panitia masing-
masing.
4.8.11.5 Antara program yang boleh dilaksanakan ialah:
1) Belajar Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian
(Lesson Study).
2) Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu
rancangan pengajaran, diikuti dengan
pengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat
penambahbaikan semasa sesi pengajaran.
3) Program Teaching and Coaching.
4) Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions)
Program Perkongsian Ilmu
Tindakan:
semua guru

4.9 Pencerapan

4.9.1 Standard 4 SKPM 2010


4.9.1.1 PKP menjelaskan bahawa semua guru akan dicerap oleh
pentadbir sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
4.9.1.2 Guru-guru boleh merujuk instrumen Standard 4 SKPM
dalam Buku Rekod Persediaan Mengajar bagi
merancang PdP berkesan seterusnya memperolehi
markah cemerlang apabila dipantau.

4.9.2 Jadual pencerapan


4.9.2.1 PKP memaklumkan bahawa Jadual Pencerapan boleh
dirujuk oleh semua guru dalam Instrumen Pencerapan
yang telah diedarkan.
Tindakan:
semua guru

4.10 Semakan Buku Rampaian Murid

4.10.1 Kriteria Pemantauan


4.10.1.1 PKP memaklumkan bahawa kriteria pemantauan
Buku Rampaian Murid adalah berdasarkan Borang
PK06/2 SPSK.
4.10.1.2 Oleh itu, semua guru perlu merujuk Borang PK06/2
SPSK untuk memastikan kriteria pemantauan dipatuhi.
4.10.1.3 Guru juga perlu memastikan buku kerja murid
digunakan secara maksima.

4.10.2 Rekod Semakan


4.10.2.1 Guru perlu merekodkan semakan buku hasil kerja
murid ke dalam borang PK06/1.

4.10.2.2 Borang PK06/1 yang telah dilengkapkan sehingga


25 latihan perlu diserahkan kepada PKP untuk
direkodkan.

4.10.3 Jadual Pemantauan


4.10.3.1 Buku Rampaian Murid akan disemak oleh pihak
pengurusan dua kali setahun bagi memastikan
penyemakan dilakukan secara konstruktif.
4.10.3.2 Semua guru akan menyerahkan secara rawak
sekurang-kurangnya 5 buah buku dari setiap kelas
yang diajar untuk semakan pentadbir beserta borang
semakan PK06/2.
4.10.3.3 PKP memaklumkan bahawa Jadual Pemantauan
boleh dirujuk oleh semua guru dalam Instrumen
Semakan Buku Rampaian Murid yang telah diedarkan.
Tindakan:
semua guru

4.11 Pengurusan Fail Rekod Mengajar

4.11.1 Pengisian Fail RPH


4.11.1.1 Semua guru perlu memastikan semua perkara yang
disenaraikan dalam senarai semak Fail RPH dimasukkan
dalam Fail RPH.
4.11.1.2 PKP memaklumkan bahawa semua guru boleh
mengambil fail RPH daripada Pn Mazlita.
4.11.1.3 Semua guru perlu membawa RPH dan RPT sewaktu
masuk ke kelas.
4.11.1.4 Semua guru perlu memastikan catatan refleksi
lengkap merangkumi maklumat seperti bilangan murid
yang menguasai dan tidak menguasai, objektif yang
telah dicapai daripada pembelajaran dan tindakan
penambahbaikan yang dilakukan.

4.11.2 Ketetapan Penghantaran Fail RPH


4.11.2.1 Semua guru perlu menghantar Fail RPH pada setiap
hari Jumaat mengikut Jadual Penghantaran RPH yang
telah diedarkan kepada semua guru.
4.11.2.2 Fail RPH perlu disemak dan ditandatangani oleh
pihak pentadbir setiap minggu.
4.11.2.3 Sekiranya gagal, surat amaran akan dikeluarkan
dan guru perlu mengemukakan surat tunjuk sebab
kepada Guru Besar.
4.11.2.4 Fail RPH juga akan disemak dari semasa ke semasa
dalam pemantauan 5 minit oleh pihak pentadbir ke
kelas-kelas.
Tindakan:
semua guru

4.12 LADAP KSSR Tahun 1

4.12.1 PKP mengingatkan guru yang telah menjalani kursus


LADAP KSSR Tahun 1 perlu membuat latihan dalaman kepada
guru-guru lain di sekolah.
4.12.2 Laporan pelaksanaan perlu diserahkan kepada PKP, Guru
Besar dan PPD.
4.12.3 Semua guru Tahun 1 yang mengikuti kursus pada tahun
2016 teleh pun selesai melaksanakan LADAP.
4.12.4 Namun begitu, Panitia boleh meminta guru-guru tersebut
melaksanakan LADAP sekali lagi sekiranya masih ada guru-guru
yang mengajar mata pelajaran Tahun 1 tetapi belum lagi
mengikuti LADAP tersebut.
Tindakan: guru-guru yang
berkenaan

4.13 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

4.13.1 Pengurusan PBS


4.13.1.1 PKP mengingatkan semua guru supaya memastikan
pelaksanaan PBS adalah mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh KPM.
4.13.1.2 PBS perlu dilaksanakan sepanjang tahun dalam
waktu PdP.
4.13.1.3 Maklumat pentaksiran perlu diisi dengan lengkap ke
dalam sistem offline (PPPM) mengikut arahan terkini.
4.13.1.4 Pelaporan hendaklah disediakan dalam bentuk hard
copy dan soft copy dan perlu diserahkan kepada SU
PBS untuk difailkan pada setiap akhir tahun tanpa
gagal.
4.13.1.5 Guru yang gagal menyerahkan laporan tersebut
boleh diambil tindakan.
Tindakan:
semua guru

4.13.2 PPPM
4.13.2.1 Pihak sekolah juga perlu memastikan aspek
Penjaminan Kualiti 4P (Pementoran, Pemantauan,
Pengesanan, Penyelarasan) dilaksanakan mengikut
garis panduan Lembaga Peperiksaan.
4.13.2.2 Guru yang mempunyai pengalaman boleh diminta
melaksanakan pementoran dan kepada guru-guru yang
lain dalam panitia masing-masing.
4.13.2.3 Panitia diingatkan agar membincangkan
penyelarasan perekodan murid bagi tahun 2017.
Tindakan:
semua Panitia

4.13.3 Rekod Transit


4.13.3.1 Semua guru perlu menyediakan rekod transit dan
mencatat/merekodkan pentaksiran sebaik sahaja PdP
selesai. Rekod transit tersebut hendaklah disimpan
dalam Fail Rekod Mengajar dan dibawa semasa PdP.
Tindakan:
semua guru

4.14 Pelaksanaan Program JPN & KPM

4.14.1 Program The Champion


4.14.1.1 Program The Champion akan diteruskan pada tahun
2017 kerana program ini merupakan KPI Pengarah.
4.14.1.2 Pemilihan murid The Champion hendaklah
berdasarkan kepada keputusan TOV Tahun 5.
4.14.1.3 Berdasarkan keputusan tersebut, PKP memutuskan
jumlah murid bagi Program The Champion ini ialah
seramai 40 orang yang terdiri daripada semua murid
kelas 6 Cekal.
Tindakan:
semua guru Tahun 6

4.14.2 LINUS 2.0


4.14.2.1 Berdasarkan Laporan Pencapaian Murid LINUS
dalam Ujian Saringan 2 Tahun 2016, prestasi murid
Tahun 1 dalam Literasi Bahasa Melayu dan Matematik
masih belum mencapai peratus KPI yang telah
ditetapkan. Manakala bagi Literasi Bahasa Inggeris
pula, prestasi murid Tahun 2 dan 4 belum mencapai KPI
yang telah ditetapkan.
4.14.2.2 Hal ini disebabkan oleh masalah kesihatan seorang
murid yang telah mendapat surat pengesahan doktor.
Manakala seorang lagi murid mempunyai masalah
ketidakhadiran yang tegar.
4.14.2.3 Oleh yang demikian, guru-guru LINUS perlu
berusaha lebih keras pada tahun 2017 untuk
memastikan semua murid mencapai KPI yang
ditetapkan.
4.14.2.4 Guru-guru diingatkan agar mengenalpasti lebih
awal murid LINUS dalam kelas yang diajar dan segera
merujuk kepada guru Pemulihan.
4.14.2.5 Guru mata pelajaran juga perlu mengambil tindakan
yang sewajarnya untuk membimbing murid tersebut
bagi memastikan murid melepasi Ujian Saringan 1 & 2
yang dijalankan.
4.14.2.6 Guru-guru turut diingatkan agar mengenal pasti
murid-murid LINUS yang menghadapi masalah
kehadiran dan perlu rujuk dengan segera kepada PK
HEM atau PK Petang.
4.14.2.7 Semua guru perlu menggunakan pendekatan yang
sesuai dan menarik sewaktu melaksanakan p&p.
Gunakan bahan-bahan pembelajaran yang boleh
membantu menarik minat murid-murid.
4.14.2.8 Guru yang mengajar dalam kelas LINUS perlu
menyediakan 2 objektif pelajaran yang hendak dicapai
iaitu untuk murid arus perdana dan murid LINUS.
4.14.2.9 Guru-guru LINUS juga diingatkan agar
menggunakan pendekatan 'bridging' dalam p&p iaitu
kemahiran yang sama tetapi aktiviti untuk 2 kumpulan
yang berbeza iaitu murid arus perdana dan murid LINUS
seperti yang telah diperjelaskan sebelum ini.
Tindakan: semua
guru LINUS

4.14.3 i-THINK dan VLE FROG


4.14.3.1 PKP mengingatkan semua guru supaya
membudayakan i-Think dalam PdP.
4.14.3.2 Guru-guru juga diingatkan agar memasukkan
elemen i-think dalam penulisan RPH.
4.14.3.3 Guru-guru juga perlu bertindak lebih proaktif untuk
memastikan penggunaan VLE Frog ini dapat
dipertingkatkan.
4.14.3.4 PKP mengingatkan semua guru supaya
memanfaatkan penggunaan smartphone yang telah
diberi kepada semua guru untuk tujuan VLE Frog.
Tindakan:
semua guru

4.14.3.5 Jawatankuasa VLE Frog perlu merancang strategi


yang lebih berkesan lagi untuk meningkatkan
penggunaan VLE Frog pada tahun 2017 ini.
4.14.3.6 PKP mengharapkan agar program pembinaan site
pembelajaran dapat dirancang dan dilaksanakan
dengan lebih berkesan lagi pada tahun 2017.
Tindakan: Penyelaras
VLE Frog

4.14.4 Program NILAM


4.14.4.1 Semua guru mata pelajaran Bahasa Melayu
diingatkan agar memastikan 100% murid membaca
dan merekodkan bacaan pada buku rekod NILAM.
4.14.4.2 Jadual NILAM untuk semua kelas telah pun
disediakan dan guru mata pelajaran Bahasa Melayu
diingatkan agar masuk ke Pusat Sumber mengikut
jadual yang disediakan.
4.14.4.3 Penyelaras PSS diminta menyediakan borang rekod
NILAM di Pusat Sumber bagi membolehkan guru-guru
mata pelajaran merekodkan jumlah buku yang dibaca
oleh murid-murid setiap kali masuk ke pusat sumber.
4.14.4.4 Program Bacalah Sayang akan dijalankan pada
tahun ini memandangkan waktu persekolahan telah
dianjakkan dari pukul 7.10 pagi kepada 7.20 pagi.
Tindakan:
Penyelaras PSS
4.14.5 PdP Abad ke-21
4.14.5.1 PKP mengingatkan semua guru bahawa pembelajaran
abad ke-21 merupakan salah satu daripada elemen
penting dalam usaha untuk mencapai hasrat KPM
dalam PPPM.
4.14.5.2 Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua
guru untuk melengkapkan diri dengan pedagogi-
pedagogi terkini dan memastikan pdp masing-masing
merujuk kepada p&p abad ke 21.
4.14.5.3 Guru tidak boleh lagi menggunakan kaedah lama
iaitu 'chalk and talk'.
4.14.5.4 Pastikan pdp lebih berpusatkan murid.
Perbanyakkan aktiviti berkumpulan dan galakkan murid
menggunakan kemahiran berfikir dan menyelesaikan
masalah.
4.14.5.5 Susunan kelas juga mestilah sesuai dengan pdp
abad ke 21.
4.14.5.3 Bagi memantapkan lagi pengetahuan dan
kemahiran guru dalam pdp abad ke 21 ini, pihak
sekolah telah bercadang untuk menjemput Pn Zainariah
bt Md. Nor ke sekolah untuk membuat perkongsian ilmu
tentang PdP Abad ke-21.
Tindakan:
semua guru

4.15 Teachers Data Plan 1Bestarinet-Smartphone YES


4.15.1 PKP memaklumkan semua guru telah menerima peranti
YES iaitu YES Altitude 4G LTE 1Bestari-Smartphone YES.
4.15.2 Pemberian ini merupakan hadiah daripada KPM kepada
semua guru di seluruh Malaysia.
4.15.3 Melalui peranti ini, setiap guru telah diberi jumlah data
sebanyak 4 GB sebulan oleh KPM.
4.15.4 Tujuan pemberian peranti ini adalah untuk memudahkan
guru mencari bahan pengajaran atas talian dalam penyediaan
laman VLE Frog.
4.15.5 Oleh yang demikian, PKP meminta semua guru agar
menggunakan 1Bestari-Smartphone YES yang diberi ini untuk
tujuan PdP dan bukan untuk tujuan lain.
Tindakan:
semua guru

4.16 Ketetapan Pengurusan Minit Mesyuarat/Minit


Curai/Laporan program 2017

4.16.1 PKP mengingatkan bahawa mulai tahun 2017,


pengurusan mesyuarat mesti mengikut garis panduan SPSK.
4.16.2 Semua guru yang keluar atas urusan mesyuarat atau
berkursus akan direkodkan dan terdapat catatan serahan
minit curai/ kursus dalaman kepada guru-guru.
4.16.3 Guru perlu melaksanakan kursus dalaman sebaik sahaja
selesai mengikuti kursus.
4.16.4 Setiap program unit kurikulum yang dilaksanakan di
sekolah juga akan direkodkan dan laporan program perlu
diserahkan kepada SU Kurikulum selewat-lewatnya 2 minggu
selepas selesai setiap program.
Tindakan:
semua guru

4.16.5 Tugasan merekod akan dilakukan oleh SU Kurikulum.


Tindakan: SU
Kurikulum

4.17 Persiapan Kelas dan Bilik-bilik Khas

4.17.1 PKP mengingatkan semua guru supaya membuat


persiapan kelas dan bilik khas mulai minggu ini.
4.17.2 Semua guru perlu memastikan kelas dan bilik khas telah
sedia untuk digunakan mulai hari pertama persekolahan.
4.17.3 Jadual waktu kelas yang telah ditandatangani oleh GB
hendaklah ditampal di hadapan kelas mulai hari pertama
persekolahan.
Tindakan: Semua Guru Kelas dan
Penyelaras Bilik Khas

4.18 Program Transisi Guru Penyayang Tahun 1 2017

4.18.1 PKP memaklumkan bahawa Program Transisi Guru


Penyayang Tahun 1 2017 ini akan dilaksanakan selama 3
minggu mulai 3 Januari hingga 19 Januari 2017.
4.18.2 Oleh itu, guru-guru perlu membuat persiapan untuk
melaksanakan program tersebut.
4.18.3 Taklimat program bersama semua guru Tahun 1 akan
diadakan pada hari Jumaat 30 Disember 2016. Kehadiran semua
guru Tahun 1 adalah wajib.
Tindakan: semua
guru Tahun 1
4.18.4 Penyelaras Tahun 1 perlu menyediakan kertas kerja
mengenai program tersebut.
4.18.5 PKP mengingatkan bahawa aktiviti yang boleh mencungkil
bakat murid perlu dijadikan pengisian dalam program transisi
tersebut bukan hanya lembaran kerja semata-mata.
Tindakan:
Penyelaras Tahun 1
4.19 Taklimat e-Operasi

4.19.1 PKP mengingatkan semua guru supaya mengemaskini


maklumat dalam e-Operasi dari semasa ke semasa sekurang-
kurangnya 4 kali dalam setahun bagi memastikan maklumat
guru adalah yang terkini.
4.19.2 Pastikan maklumat penting seperti tarikh-tarikh
perkhidmatan sentiasa disemak dan dikemaskini.
4.19.3 Terdapat juga guru yang tidak mengendahkah atau
mengambil tindakan apabila diminta mengemaskini maklumat
masing-masing.
4.19.4 Guru-guru juga diingatkan bahawa maklumat eoperasi ini
sangat penting kerana maklumat-maklumat ini akan digunakan
untuk egtukar dan epangkat. Justeru itu, guru
bertanggungjawab untuk memastikan maklumat masing-masing
adalah betul dan tepat bagi mengelakkkan sebarang masalah
terutamanya dalam proses kenaikan pangkat masing-masing.
4.19.5 Sebarang permasalahan hendaklah dirujuk kepada PKP
dengan segera.
Tindakan:
semua guru

5 HAL-HAL LAIN

5.5 Portfolio PPB

5.5.1 PKP mengingatkan semua guru supaya melengkapkan portfolia


PPB masing-masing untuk tahun 2017 mengikut senarai semak
yang telah diberikan sebelum ini.
5.5.2 Pastikan segala efidens mengenai bidang tugas masing-masing
disimpan dalam fail tersebut bagi memudahkan semakan
dibuat.
5.5.3 Portfolio ini sangat penting terutamanya dalam proses
pengisian markah PBPPP yang memerlukan guru
mengemukakan evidens masing-masing dalam setiap bidang
tugas yang dilaksanakan serta setiap pencapaian yang
diperolehi.
Tindakan:
semua guru
5.6 Borang Keberhasilan 2017

5.6.1 PKP mengingatkan semua guru supaya berusaha mencapai


sasaran yang telah di sasarkan dalam Borang Keberhasilan
2017.
5.6.2 Semua guru perlu merancang dan melaksanakan tindakan yang
perlu dibuat terhadap murid yang tidak mencapai sasaran.
5.6.3 Sebarang masalah yang timbul, boleh merujuk kepada PKP.
Tindakan:
semua guru
5.7 Hari Pertama Persekolahan 2017

5.7.1 PKP mengingatkan semua guru supaya memastikan ;


5.7.1.1 Buku/ Fail RPH ditulis
5.7.1.2 Sesi PdP wajib bermula pada hari pertama
persekolahan
5.7.1.3 Data guru dilengkapkan
5.7.1.4 Peralatan di dalam kelas mencukupi
5.7.1.5 Buku Teks diedarkan kepada semua murid
5.7.1.6 PdP berjalan seperti biasa walaupun masa tersebut
adalah relif.
5.7.1.7 Jadual waktu kelas ditampal
5.7.1.8 Tiada kutipan bayaran atau sumbangan daripada
murid
Tindakan:
semua guru

5.8 Pelaksanaan Hari-hari Kebesaran Islam

5.8.1 PKP memaklumkan bahawa hari-hari kebesaran Islam seperti


Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Ihya Ramadhan,
sambutan Hari Raya Adilfitri dan sambutan Hari Raya Aidiladha
sangat digalakkan untuk dilaksanakan.
5.8.2 Walaubagaimanapun, pelaksanaan setiap program tersebut
hanya boleh dilaksanakan selama 2 waktu PdP sahaja sekiranya
melibatkan masa PdP. Perkara ini diputuskan dalam sukatan
pelajaran Pendidikan Islam (semakan 2017).
Tindakan: semua guru
Pendidikan Islam

5.9 Bahan-bahan Yang Diemel

5.9.1 PKP memaklumkan bahawa bahan-bahan panduan guru untuk


unit Kurikulum akan diemelkan kepada semua guru. Antaranya
ialah :
(a) Senarai semak kandungan folder
(b) Senarai semak penghantaran fail
(c) Takwim PdP 2017
(d) Rekod Prestasi Murid
(e) Format Laporan Program
(f) Rekod Pemantauan Program
(g) Borang Post Moterm Ujian dan Peperiksaan
(h) Borang Minit Curai
(i) Borang Teacher Sharing Session
(j) Visi
(k) Misi
(l) Muka depan Fail Rekod Mengajar
m) Tapak Jadual Waktu
n) Bahan PdPc Abad ke-21
o) Dokumen SPSK

5.9.2 Oleh yang demikian, semua guru perlu merujuk emel yang
dihantar dan mematuhi format yang telah disediakan untuk
penyelarasan.
Tindakan:
semua guru
6. PENUTUP

6.1. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua


guru yang hadir dan memberi perhatian yang penuh dalam
Mesyuarat Kurikulum Bil 1 2017.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh :

(PN LUTFIAH BT ABDUL HAMID)


Setiausaha Kurikulum
SK Sungai Pusu
Tarikh : 27 Disember 2016

You might also like