You are on page 1of 7

Bab

Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja


2
> Sistem Catatan Bergu
Anda telah mempelajari pengembangan persamaan perakaunan seperti di bawah:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik


Apabila diambil kira untung bersih, persamaan akan menjadi seperti berikut:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Untung Bersih

Untung bersih pula dikembangkan seperti berikut:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil Belanja


Akhir sekali, persamaan ditulis seperti berikut:

Aset + Belanja = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil

Mengikut prinsip catatan bergu, setiap urusniaga akan memberi kesan kepada sekurang-
kurangnya dua akaun, satu akaun didebitkan, dan satu lagi akaun dikreditkan. Kedudukan
akaun sama ada di sebelah debit atau kredit merujuk kepada pengembangan terakhir
persamaan perakaunan.

Aset + Belanja = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil

Akaun-akaun Akaun-akaun
DEBIT KREDIT
> Pengenalan kepada debit dan kredit.

Debit dan Kredit adalah suatu sistem yang digunakan di dalam perakaunan untuk menjejak
pergerakan keluar dan masuk tunai (transaksi / urusniaga) dalam sesebuah akaun.
Urusniaga sesebuah akaun direkod menggunakan dua lajur; iaitu debit (lajur sebelah kiri)
dan kredit (lajur sebelah kanan). Mengasingkan debit dan kredit di dalam lajur yang
berasingan membolehkan setiap satunya direkod dan dijumlahkan secara berasingan.
Jumlah yang lebih kecil akan ditolak daripada jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan
baki akaun. Oleh itu, sesuatu akaun boleh mempunyai baki sama ada disebelah debit (kiri)
atau di sebelah kredit (kanan).

Istilah debit berasal daripada perkataan Latin debitum dan diringkaskan sebagai dt
manakala kredit berasal daripada perkataan Latin credere dan diringkaskan sebagai kt.

debitum that which is owing


credere to trust or believe
Rujukan: www.en.wikipedia.org/wiki/Debit
Rajah di bawah menunjukkan sebuah akaun T:
Nama Akaun
Debit Kredit

Catatan di sebelah kiri akaun Catatan di sebelah kanan akaun

Akaun aset dan belanja, yang Akaun liabiliti, ekuiti pemilik dan
mewakili sumber-sumber yang hasil, yang mewakili sumber-
digunakan oleh perniagaan, sumber dana bagi perniagaan,
merupakan akaun debit. merupakan akaun kredit.

Peningkatan baki dalam akaun Peningkatan baki dalam akaun


tersebut dibuat melalui catatan di tersebut dibuat melalui catatan di
sebelah debit, manakala pengurangan sebelah kredit, manakala
baki dibuat melalui catatan di sebelah pengurangan baki dibuat melalui
kredit. catatan di sebelah debit.

Berikut ialah persamaan perakaunan beserta contoh-contoh akaun:

Debit = Kredit
Ekuiti
Aset + Belanja = Liabiliti + + Hasil
Pemilik
Peningkatan Debit Peningkatan Kredit
Pengurangan Kredit Pengurangan Debit
Aset bukan Belanja Liabiliti bukan - modal Hasil kendalian
semasa kendalian dan semasa - modal dan bukan
- kenderaan bukan - pinjaman tambahan kendalian
- bangunan kendalian. bank - jualan
- perabot - belian - gadai janji - hasil
- alatan pejabat - sewa dibayar perkhidmatan
- gaji & upah - sewa diterima
- dan lain-lain - komisen
Aset semasa Kontra kepada Liabiliti semasa diterima
- tunai & bank ekuiti - pemiutang - dan lain-lain
- penghutang - ambilan - overdraf
- stok bank
- belanja - belanja
terdahulu terakru
- hasil terakru - hasil
terdahulu

Bagi merekod urusniaga mengikut sistem catatan bergu, adalah penting untuk anda:
a) Mengenalpasti nama akaun-akaun yang terlibat
b) Mengetahui sifat akaun-akaun tersebut sama ada ianya aset, liabiliti, ekuiti pemilik,
hasil atau belanja.
c) Mengenalpasti kesan urusniaga tersebut ke atas akaun-akaun yang terlibat (berlaku
peningkatan baki atau pengurangan baki).
> Merekod urusniaga mengikut sistem catatan bergu ke dalam Jurnal Am.

Jurnal Am adalah salah satu buku catatan pertama perakaunan, selain daripada Jurnal Khas
dan Buku Tunai. Kita akan terlebih dahulu menggunakan Jurnal Am untuk merekod bagi
membina kefahaman asas tentang perekodan mengikut sistem catatan bergu.

Format Jurnal Am adalah seperti di bawah:

Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Contoh urusniaga:

a. Urusniaga: Pemilik memulakan perniagaan dengan membawa masuk tunai di bank


RM10 000 dan kenderaan RM 20 000.
Analisis urusniaga:
- Bank (aset) meningkat RM10 000 - Debit Tentukan sama ada
- Kenderaan (aset) meningkat RM20 000 - Debit akaun didebit atau
dikreditkan
- Modal (ekuiti pemilik) meningkat RM30 000 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit


a. Bank 10 000
Kenderaan 20 000
Modal 30 000
(Memulakan perniagaan dengan
aset di atas)

Akaun kredit dijarakkan dari margin

b. Urusniaga: Membeli perabot pejabat RM1 500. Bayaran dibuat dengan cek.
Analisis urusniaga:
- Perabot (aset) meningkat RM1 500 - Debit
- Bank (aset) berkurang RM1 500 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit


b. Perabot 1 500
Bank 1 500
(Membeli perabot secara tunai)
c. Urusniaga: Membuat belian barang niaga (stok) bernilai RM1 000 dan dibayar dengan
cek.
Nota: Semua pembelian barang niaga (stok) akan direkodkan di dalam Akaun Belian,
bukan Akaun Stok.
Analisis urusniaga:
- Belian (belanja) meningkat RM1 000 - Debit
- Bank (aset) berkurang RM1 000 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit


c. Belian 1 000
Bank 1 000
(Membeli stok secara tunai)

d. Urusniaga: Membuat belian barang niaga (stok) bernilai RM4 000 secara kredit
daripada Kedai Borong Abu.
Analisis urusniaga:
- Belian (belanja) meningkat RM4 000 - Debit
- Pemiutang (liabiliti) meningkat RM4 000 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit


d. Belian 4 000
Kedai Borong Abu 4 000
(Membeli stok secara kredit)

Nota: Bagi urusniaga secara kredit, iaitu melibatkan penghutang atau pemiutang, gunakan nama
mereka sebagai nama akaun penghutang atau pemiutang tersebut.

e. Urusniaga: Membuat jualan barang niaga (stok) pada harga RM1 000, bayaran
diterima secara tunai.
Nota: Semua urusniaga jualan barang niaga (stok) akan direkodkan di dalam Akaun
Jualan, bukan Akaun Stok.
Analisis urusniaga:
- Tunai (aset) bertambah RM1 000 Debit
- Jualan (hasil) bertambah RM1 000 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit


e. Tunai 1 000
Jualan 1 000
(Menjual stok secara tunai)
f. Urusniaga: Membuat jualan barang niaga (stok) secara kredit kepada Yusri RM500.
Analisis urusniaga:
- Penghutang (aset) meningkat RM500 - Debit
- Jualan (hasil) meningkat RM500 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit


f. Yusri 500
Jualan 500
(Menjual stok secara kredit)

g. Urusniaga: Membayar bil elektrik, air dan telefon RM250 secara tunai.
Nota: Bil elektrik, air dan telefon digantikan dengan kadar bayaran.
Analisis urusniaga:
- Kadar bayaran (belanja) meningkat RM250 - Debit
- Tunai (aset) berkurang RM250 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit


g. Kadar Bayaran 250
Tunai 250
(Membayar bil-bil secara tunai)

h. Urusniaga: Pemilik membawa masuk komputer milik peribadi bernilai RM3 500 ke
dalam perniagaan.
Nota: Aset milik peribadi pemilik yang dibawa masuk untuk kegunaan perniagaan akan
direkod sebagai pertambahan dalam aset yang dibawa masuk dan juga modal.
Analisis urusniaga:
- Peralatan Pejabat (aset) meningkat RM3 500 - Debit
- Modal (ekuiti pemilik) meningkat RM3 500 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit


h. Peralatan Pejabat 3 500
Modal 3 500
(Pemilik membawa masuk
komputer ke dalam perniagaan)
i. Urusniaga: Pemilik membuat ambilan tunai RM100 untuk membayar tuisyen anaknya.
Nota: Pemilik mengambil tunai perniagaan untuk kegunaan peribadi (ambilan). Ambilan
merupakan kontra kepada ekuiti pemilik (mengurangkan modal), tetapi tidak direkod
terus ke dalam akaun modal. Sebaliknya Akaun Ambilan digunakan. Ini bertujuan untuk
mengesan jumlah ambilan yang telah dibuat oleh pemilik pada akhir tempoh
perakaunan.
Analisis urusniaga:
- Ambilan (kontra ekuiti pemilik) meningkat RM100 - Debit
- Tunai (aset) berkurang RM100 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit


i. Ambilan 100
Tunai 100
(Pemilik mengambil tunai untuk
kegunaan peribadi)

j. Urusniaga: Pemilik mengambil stok barang niaga RM200 untuk tujuan promosi
perniagaannya.
Nota: Pemilik mengambil stok untuk tujuan promosi (kegunaan perniagaan). Kos
barang RM200 akan dianggap sebagai belanja promosi dan bukan sebagai ambilan.
Akaun ambilan hanya digunakan untuk ambilan bagi tujuan peribadi.
Analisis urusniaga:
- Promosi (belanja) meningkat RM200 - Debit
- Belian (belanja) berkurang RM200 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit


j. Promosi 200
Belian 200
(Mengambil stok untuk promosi)

k. Urusniaga: Membuat pulangan barang niaga kepada Kedai Borong Abu RM100 kerana
tersalah jenama.
Nota: Di sini berlaku pulangan belian (rujuk urusniaga (d), belian kredit daripada Kedai
Borong Abu). Pulangan belian adalah kontra kepada belian (mengurangkan belian)
tetapi akan direkod ke dalam Akaun Pulangan Belian. Hutang perniagaan kepada Kedai
Borong Abu juga berkurang disebabkan pulangan ini.
Analisis urusniaga:
- Pemiutang (liabiliti) berkurang RM100 - Debit
- Pulangan Belian (kontra belian) meningkat RM100 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit


k. Kedai Borong Abu 100
Pulangan Belian 100
(memulangkan barang salah jenama)
l. Urusniaga: Yusri membuat pulangan barang bernilai RM 50 kerana rosak.
Nota: Di sini berlaku pulangan jualan (rujuk urusniaga (f), jualan kredit kepada Yusri).
Pulangan jualan adalah kontra kepada jualan (mengurangkan jualan) tetapi akan direkod
ke dalam Akaun Pulangan Jualan. Hutang Yusri kepada perniagaan juga berkurang
disebabkan pulangan ini.
Analisis urusniaga:
- Pulangan Jualan (kontra jualan) meningkat RM50 - Debit
- Penghutang (aset) berkurang RM50 - Kredit

Tarikh Butir Fol Debit Kredit


l. Pulangan Jualan 50
Yusri 50
(Yusri memulangkan barang kerana
rosak)

Cuba Sendiri!

Berikut ialah urusniaga bagi Perniagaan Sehati bagi bulan Oktober 20X8.

Okt 1 Memulakan perniagaan dengan tunai di bank RM20 000.


2 Membeli perabot pejabat RM2 000, komputer dan pencetak bernilai
RM3 000. Bayaran dibuat dengan cek.
4 Beli stok barang niaga bernilai RM5 000 secara kredit daripada Berjaya Ent.
7 Jualan tunai RM500.
10 Jualan secara kredit RM2 000 kepada Sri Maju.
14 Membawa masuk kenderaan peribadi ke dalam perniagaan bernilai
RM20 000.
15 Mengambil barang niaga bernilai RM100 untuk promosi kedai.
16 Memulangkan barang kepada Berjaya Ent RM50.
17 Belian stok RM1 000 secara tunai (bayaran dengan cek).
20 Sri Maju memulangkan barang bernilai RM100.
22 Membayar Berjaya Ent. RM2 500 dengan cek.
24 Jualan tunai RM1 500. Terimaan tunai dibankkan.
25 Membayar gaji pekerja RM1 000 dengan cek.
27 Membayar bil air, elektrik bernilai RM250 dengan cek. RM50 daripadanya
adalah untuk kediaman.
29 Jualan kepada Pandan Indah secara kredit bernilai RM1 800.
30 Seri Maju membayar semua hutangnya dengan tunai dan diberi diskaun tunai
RM50.

Rekodkan urusniaga di atas ke dalam Jurnal Am mengikut sistem catatan bergu.

You might also like