You are on page 1of 1

" 4 NOVEMBER - HARI BANTAHAN RAMPASAN KUASA SEDUNIA " : UTAMAKAN KESELAMATAN

ANDA !!!

Pakatan Kebangsaan Menyokong Kesahtarafan (Syariyyah) Dr.Muhammad Mursi sebagai


Presiden Mesir yang terdiri daripada gabungan beberapa parti dan NGO sebelum daripada ini
telah mengisytiharkan secara rasminya bahawa tarikh 04 November 2013 ini dipilih sebagai
tarikh keramat untuk " Hari Bantahan Rampasan Kuasa Sedunia ".

Justeru, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menjangkakan demonstrasi dan
bantahan pada hari tersebut merupakan antara kemuncak dan siri-siri tekanan terbesar yang
dikenakan kepada kerajaan kudeta. Dijangkakan jutaan rakyat akan berhimpun dan berarak di
seluruh dataran dan jalan-jalan utama di Mesir sebagaimana yang berlaku sebelum daripada
ini. Pusat-pusat pengajian juga tidak terkecuali daripada semangat kebangkitan rakyat ini
dalam menyatakan bantahan mereka terhadap kerajaan rampasan kuasa ini.

Walaupun begitu, pengajian di seluruh kuliah berlangsung sebagaimana biasa dan sehingga
setakat ini tiada sebarang makluman terhadap penangguhan pengajian di semua universiti di
Mesir sama daripada Al-Azhar mahupun selain daripadanya. Namun begitu, PMRAM
menasihatkan kepada seluruh anak-anak Malaysia di sini agar peka terhadap situasi politik
yang berlaku dan mempertingkatkan tahap keselamatan diri masing-masing terutamanya
apabila berada di kuliah dan luar daripada kuliah.

Sebentar tadi, PMRAM telah menghubungi pihak Keselamatan Mesir bagi mendapatkan
penjelasan dan nasihat daripada pihak beliau sebagai langkah dan persiapan awal untuk
berdepan dengan situasi esok. Namun, pihak Keselamatan Mesir tidak mengeluarkan arahan
yang agak besar kecuali menegaskan beberapa perkara untuk dipatuhi oleh semua anak-anak
Malaysia di sini iaitu :

1. Tidak melibatkan diri dalam sebarang pertikaian politik bersama rakyat Mesir sama ada
demonstrasi mahupun perarakan bantahan terhadap kerajaan sedia ada ini di kuliah
mahupun medan-medan serta jalan-jalan utama di seluruh Mesir. 2. Mengurangkan
pergerakan pelajar sama ada keluar muhafazah mahupun masuk ke Kaherah. 3. Menjauhkan
diri daripada menimbulkan sentimen politik dalam kalangan warga tempatan.

Oleh yang demikian, PMRAM mengharapkan agar seluruh rakyat Malaysia yang berada di
Mesir ini supaya mematuhi perkara tersebut demi memastikan keselamatan diri kalian
terjamin sepenuhnya. Manakala bagi para pelajar, pengajian berjalan sebagaimana biasa
namun perketatkan kawalan diri masing-masing dan jangan dekati diri daripada sebarang
demonstrasi serta menunjukkan sokongan kepadanya di kuliah terutamanya bagi
mengelakkan sesuatu perkara yang negatif terjadi pada diri anda.

"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"

Abdul Aziz Bin Ali Presiden, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2013.

Sumber : Web rasmi PMRAM

You might also like