You are on page 1of 2

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATBM)

30 August 2014


PENGENALAN
Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu merupakan salah satu inisiatif strategik yang
turut terkandung dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi untuk mengiktiraf sumbangan individu
daripada golongan akademik dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Anugerah ini juga merupakan acara tahunan sempena Sambutan Bulan Bahasa
Kebangsaan Peringkat Sektor Pendidikan. Majlis penganugerahan tokoh ini akan
disampaikan semasa Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan
Peringkat Sektor Pendidikan Tahun 2014 yang dijadualkan pada bulan Oktober 2014.
Penganjuran Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu telah bermula sejak tahun
2012. Dalam tempoh tersebut, dua orang tokoh telah dinobatkan sebagai Tokoh
Akademik Bahasa Melayu yang telah dianugerahkan dengan nilai hadiah berjumlah
RM10,000 iaitu :
a. YBhg. Prof. Dato Seri Dr. Md. Salleh Yaapar (2012)
b. YBhg. Prof. Dato Dr. Mohd Yusuf Haji Othman (2013)

PENCALONAN
Maklumat permohonan berkaitan Pencalonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa
Melayu 2014 boleh dimuat turun melalui pautan seperti berikut :
a. Kriteria Pemilihan Calon (Lampiran A);
b. Syarat dan Peraturan Umum (Lampiran B); dan
c. Borang Pencalonan (Lampiran C).
Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 September 2014. Semua
permohonan/pencalonan perlu sampai sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh
tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini, boleh berhubung dengan urus
setia seperti berikut :
Puan Wan Marina binti Wan Mohd Nowalid
No. Telefon/e-mel : 03-8870 5096 / marina.nowalid@moe.gov.my
Puan Nor Liyana binti Mohd Bokti
No. Telefon/e-mel : 03-8870 5083 / liyana.bokti@moe.gov.my
Cik Lim Sue Yuen
No. Telefon/e-mel : 03-8870 5118 / limsueyuen@moe.gov.my

Urus setia Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2014
Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like