You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU AZIZAH

25200 KUANTAN PAHANG

KERTAS KERJA
PROGRAM ALUNAN BAHASA
(BICARA BERIRAMA)

1.0 Rasional
Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan
bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan
suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens.
Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang
bertindak sebagai konduktor. Program ini adalah bagi memastikan pencapaian
peningkatan dan penguasaan Bahasa Melayu dapat ditingkatkan untuk mencapai sasaran.
Program Bicara Berirama 2014 merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh
Panitia Bahasa Melayu bagi membantu kecemerlangan pelajar-pelajar dalam penguasaan
Bahasa Melayu. Diharap program bicara berirama ini menggalakkan dan meningkatkan
penguasaan serta penggunaan Bahasa Baku dan Bahasa Melayu yang indah dalam
kalangan murid-murid khasnya murid-murid sekolah rendah.

2.0 Objektif Program :


2.1
2.2
2.3
2.4
2.5

Memberi pendedahan dan pengalaman tentang program bicara berirama kepada


murid-murid SK Tunku Azizah.
Meningkatkan penguasaan serta penggunaan Bahasa Melayu Baku dan Bahasa
Melayu yang baik dalam kalangan murid-murid sekolah rendah khasnya.
Meningkatkan keyakinan diri dan menambah perbendaharaan kosa kata dalam
kalangan murid-murid SK Tunku Azizah.
Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang penggunaan Bahasa Melayu
dan memantapkan lagi penggunaan Bahasa Melayu sehari-hari.
Mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang bicara berirama dengan
penubuhan pasukan bicara berirama SK Tunku Azizah.

3.0 Tarikh Pelaksanaan dan Tempat :


3.1

Tarikh : Ogos November 2014


Tempat : Bilik Muzik SK Tunku Azizah

4.0 Bilangan Peserta Terlibat :


4.1
4.2

40 orang pelajar Tahun 4 SK Tunku Azizah.


Senarai nama peserta-peserta adalah seperti dalam lampiran.
( Rujuk Lampiran ).

5.0 Jawatankuasa Program :


5.1

Ahli Jawatankuasa Bicara Berirama :


1. Norreza Binti Mohd Taha
2. Latifah Binti Husin
3. Najibah Binti Baharom
4. Maziatul Emma Binti Mohd Salim
5. Zurinah Bt Abdul Latif

6.0 Anggaran Perbelanjaan :


6.1

Penubuhan Pasukan Bicara Berirama SK Tunku Azizah


a) Bayaran Jurulatih (1 orang)
b) Kos Cenderahati Guru Pembimbing

6.2

: 5 Jam x RM120
: 4 Orang x RM15
Jumlah

= RM600.00
= RM 60.00
= RM 660.00

Pakaian Seragam Pasukan Bicara Berirama SK Tunku Azizah


a) 40 Orang Murid

: 40 x RM50
Jumlah
JUMLAH KESELURUHAN

= RM2000.00
= RM 2000.00
= RM 2660.00

7.0 Harapan / Penutup :


Diharapkan agar program ini dapat memotivasikan pelajar-pelajar menjadi insan yang
terbilang dan bangsa yang dihormati dengan perubahan sikap ke arah yang lebih positif
seterusnya melonjakkan prestasi akademik ke tahap yang membanggakan. Selain itu,
program ini juga diharapkan akan dapat memberi dorongan dan motivasi serta mempunyai
penguasaan yang mantap dalam penggunaan Bahasa Melayu khasnya di kalangan muridmurid sekolah rendah.
Disediakan Oleh:

Disemak Oleh:

(NORREZA BINTI MOHD TAHA )


Penyelaras Program Bicara Irama
SK Tunku Azizah,
25200, Kuantan, Pahang.
Ulasan Guru Besar :

(LATIFAH BINTI HUSIN)


Ketua Panitia Bahasa Melayu
SK Tunku Azizah
25200, Kuantan, Pahang

( DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN )

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Tandatangan Guru Besar,

.
(PUAN HAZIZAH BINTI UJANG)
Guru Besar SK Tunku Azizah
25200, Kuantan, Pahang.

You might also like