You are on page 1of 2

MAL AYSIAKINI

BERITA

SKMM seru orang ramai lapor insiden unsur kaum, raja, agama
Bernama  |  Diterbitkan 17 Ogs 2019, 10:44 malam

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggesa orang ramai supaya tampil melaporkan
insiden atau kandungan berunsur 3R iaitu Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi Diraja) di media
sosial terus kepada suruhanjaya itu.

Dalam kenyataan hari ini, SKMM memaklumkan laporan itu boleh dibuat melalui aplikasi WhatsApp di talian
016-220 6262 atau e-mel kepada mediasosial@mcmc.gov.my.

Menurutnya, platform itu akan memudah dan mempercepatkan proses tindakan penguatkuasaan diambil
terhadap kandungan 3R dengan kerjasama pihak berkepentingan.

Orang ramai diminta mengambil tangkapan skrin dan pautan (URL) kepada kandungan yang tidak berhemah di
media sosial dan hantar ke talian atau e-mel berkenaan.

Iklan

Bagi kandungan negatif yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, mereka perlu mengambil tangkapan skrin
berserta nombor telefon individu bagi tujuan aduan, menurut MCMC.

Suruhanjaya itu seterusnya mengingatkan orang ramai agar mengamalkan sikap kesederhanaan ketika
mengulas mengenai isu sensitif bagi memelihara keharmonian dan kedamaian yang dicapai melalui
persefahaman yang dibina sejak 62 tahun lepas.

Ia menegaskan bahawa sebarang ulasan dan penyebaran kenyataan berunsur negatif serta mengancam
perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu dihentikan segera demi kepentingan bersama.

- Bernama

Related Reports
Polis tahan lelaki dakwa Orang Asli rogol Nora Anne
Amaran: Laman scam samar sebagai Malaysiakini
Mana-mana pihak hina tentera adalah musuh negara - Mat Sabu
ATM: Jangan jadikan kami bahan propaganda

508

You might also like