You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROGRAM

HARI MATEMATIK SESI 2016


SJK T LADANG LANADRON

1.0 PENDAHULUAN

Pencapaian dan prestasi akademik murid selain bergantung kepada kemudahan yang
disediakan di sekolah, peranan ibu bapa dan murid-murid itu sendiri, ia juga dicorakkan
oleh panitia yang menguruskan organisasinya. Program Hari Matematik ini dilaksanakan
bagi mengisi sebahagian daripada keperluan murid-murid iaitu memupuk semangat
berpasukan dan cintakan ilmu seterusnya membentuk sahsiah murni seperti jujur, amanah
dan tekun berusaha.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Murid-murid menghayati ilmu matematik yang dipelajari semasa berada di dalam kelas.
2.2 Murid-murid berusaha meningkatkan kefahaman mereka dalam pembelajaran
matematik
masa hadapan.
2.3 Murid-murid dapat menimba pengalaman dan bersaing secara sihat sesama rakan.
2.4 Murid-murid tahu bahawa ilmu yang dipelajari di dalam kelas adalah sangat berguna
dalam kehidupan mereka yang sebenar.

3.0 MATLAMAT

3.1 Memupuk minat murid-murid terhadap pelajaran Matematik.


3.2 Membentuk murid yang seimbang dari segi JERIS seiring dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Negara.
3.3 Memupuk semangat berpasukan di kalangan guru-guru walaupun dari panitia pelajaran
yang berbeza.

4.0 SASARAN

4.1 Semua murid Tahun 1- 5

5.0 TARIKH/ MASA PROGRAM

5.1 Program ini akan dilaksanakan pada 25 Ogos 2016 pada pukul 10.00pagi.
6.0 SENARAI AKTIVITI

5.1 Sudoku (Tahap II)


5.2 Mancari Bentuk 2D ( Tahap I)
5.3 Kuiz (Tahap II)
5.4 Cepat Kira (Tahap I)
5.5 Meneka jumlah kacang

7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En M.Turuvangadam (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi Pn. M.Poongodi (GPK Kurikulum)

Naib Pengerusi 1 : Pn C.Sumaty (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 2 : En S.Jeganathan (GPK Hal Ehwal Murid)

Setiausaha : Pn. M.Revathy

AJK : Semua Guru SJKT Ladang Lanadron

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengarah Program: Pn. M.Revathy

Pengurus Pertandingan Sudoku :Pn A.Puspa, En C.Sugumaran,

Pn Santhe, Pn Amutha

Pengurus Pertandingan Mencari Bentuk 2D: Pn Suguna, Cik R.Mageshuary,

Pn Sasi Priya, En S.Jeganathan

Pengurus Pertandingan Kuiz: Pn M.Revathy, Cik Yashalini,

Pn M.Poongodi, Pn M.Kavitha

Pengurus Pertandingan Cepat Kira: En S.Varatharasan, Pn Clara,

En Sathish Kumar, Pn C.Sumaty

Buku Program : Cik Uma Mageswari

Sijil : Pn K.Banumathe, Cik Uma Devi


Fotografi : En. K.Ravindran, Pn M.Revathy

Disiplin/ Kawalan Murid : Pn. Thennarasi, En S.Varatharasan

7.0 TENTATIF AKTIVITI MINGGU MATEMATIK

TARIKH /MASA AGENDA


10.00 12.00 T/hari Meneka jumlah kacang
(Terbuka Kepada Semua murid dan
Guru)

10.00 - 11.00 pagi Tahap I


Mencari Bentuk 2D

Tahap II
Sudoku

11.00 - 12.00 T/hari Tahap I


Cepat Kira

Tahap II
Kuiz

12.00 -1.00 T/hari Majlis Penutup dan Penyampaian


Sijil

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Item Harga Seunit (RM) Bilangan Unit Jumlah (RM)


Fotostat 0.05 200 keping 10.00
Sijil 2.00 25 50.00
JUMLAH 60.00
(Sumber :)

9.0 PENUTUP
Dengan iringan doa dan harapan, semoga kertas kerja yang dibina ini dapat dijadikan
rujukan dan panduan sepanjang pelaksanaan program Hari Matematik pada tahun ini.
Aktiviti seumpama ini amat bersesuaian dijalankan agar murid-murid dapat
memaksimumkan bakat dan kebolehan mereka bukan sahaja dalam bidang akademik,
bahkan juga dalam semua aspek seperti kecergasan fizikal, kecerdasan emosi dan rohani
seterusnya dalam pergaulan. Komitmen dan usaha dalam kalangan guru sudah pasti sedikit
sebanyak memberikan impak positif ke arah pembangunan modal insan yang berdaya saing
pada masa hadapan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________ ___________________
(Pn M.Revathy )
Ketua Panitia Matematik

You might also like