You are on page 1of 13

MODUL 1 ULANGKAJAI BERFOKUS

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016 3756/2


PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 2
Ogos/September
2 jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

1. Jawab semua soalan di Bahagian A dan dua soalan di Bahagian B.

2. Tulis jawapan anda pada Kertas Helaian Tambahan yang dibekalkan oleh
pengawas peperiksaan.

3. Bersama-sama dengan kertas soalan ini, tiap-tiap calon akan diberi alat tulis
perakaunan berikut:

Jurnal 2 helai

Lejar 4 helai

4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan
dalam kurungan.

5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang
telah dibuat. Kemudian tulis jawapan yang baru.

6. Tunjukkan kerja mengira. Ini membantu anda mendapatkan markah.

7. Mulakan jawapan bagi setiap soalan pada helaian yang baru.

8. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak dan 4 halaman tidak bercetak
BAHAGIAN A

[60 markah]

Jawab semua soalan.

1 (a) Namakan satu akaun kontra bagi akaun induk jualan dan satu akaun kontra bagi akaun
induk modal.

[2 markah]

(b) Hitung gaji pokok:

RM
Gaji kasar 3 800
Gaji bersih 3 400
Elaun dan Imbuhan 600
Potongan 400
[2 markah]

(c) Nyatakan akaun yang akan didebitkan dan dikreditkan berdasarkan urus niaga dibawah:

Urusniaga Akaun didebitkan Akaun dikreditkan

Membeli meja dan kerusi untuk


kegunaan pejabat daripada Kedai Perabot
Din secara kredit

[2 markah]

(d) i. Apakah kaedah mengira untung atau rugi bagi perniagaan yang tidak mengamalkan
sistem catatan bergu.

[2 markah]

ii. Kira untung atau rugi bersih berikut:

Modal Pada 1 Januari 2015 RM56 600

Modal Pada 31 Disember 2015 RM78 300

Ambilan 2015 RM1 400

Modal Tambahan 1 Jun 2015 RM 5 500

[2 markah]

2 Khalid dan James ialah rakan kongsi Perkongsian Bersepadu yang beroperasi di
Mersing. Berikut adalah maklumat yang di ambil dari bukunya pada 31 Disember 2015.

RM
Modal pada 1 Januari 2015:
Khalid 40 000
James 20 000
Akaun semasa pada 1 Januari 2015:
Khalid 2 700
James (Debit) 500
Ambilan:
Khalid (31 Disember 2015) 3 000
Khalid (30 Jun 2015) 4 000
James (1 April 2015) 2 000
Kenderaan (kos) 40 000
Susut nilai terkumpul kenderaan 4 000
Untung Kasar 20 515
Kadar bayaran 3 100
Sewa Diterima 6 000
Pinjaman Khalid (1 Julai 2015) 10 000
Insurans 3 600
Gaji pekerja 16 000
Penghutang 12 000
Pemiutang 10 953
Peruntukan hutang ragu 232
Tunai di bank 26 900
Tunaidi tangan 3 200

Ikatan perkongsian mereka menetapkan perkara berikut:


(i) Untung atau rugi dibahagikan mengikut nisbah 3:2 antara Khalid dan James
(ii) Faedah atas modal 6% setahun
(iii) Faedah atas ambilan 5% setahun
(iv) Khalid dibayar gaji tahunan RM15 500
(v) James dibayar elaun tahunan RM3500
(vi) Pinjaman daripada pekongsi dibayar faedah 4% setahun

Maklumat tambahan:
(i) Stok pada 31 Disember 2016 RM17 300

(ii) Ambilan tunai RM800 oleh Khalid pada 1 Oktober 2015 belum dicatatkan.

(iii) Gaji pekerja termasuk gaji dibayar kepada Khalid RM6 000

(iv) Kenderaan disusutnilaikan pada kadar 15% setahun mengikut kaedah baki
berkurangan
(v) Seorang penghutang didapati muflis, hutangnya sebanyak RM400 telah dihapuskan
sebagai hutang lapuk.
(vi) Peruntukan hutang ragu diselaraskan 2% daripada penghutang.

(vii) Sewa RM1200 sebulan diterima bermula 1 April 2015

(viii) Insurans dibayar untuk setahun dan berakhir pada 31 Mac 2016

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Penyata Untung Rugi dan Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31
Disember 2015. [13 markah]
(b) Akaun Semasa Pekongsi [5 markah]
(c) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2015. [7 markah]

3 Maklumat berikut diperoleh daripada buku akaun Perusahaan Makanan Ringan pada
31 Disember 2015.

RM RM
Baki-baki pada 1 Januari 2015:
Barang siap 22 560
Alat-alat kecil 1 200
Bahan Langsung 20 800
Kerja dalam proses:
Bahan Langsung 20 300
Buruh Kilang 5 650
Overhed Kilang 6 450

Belian bahan langsung 39 550


Belian alat-alat kecil 2 500
Jualan 155 900
Angkutan bahan langsung 1 580
Pulangan jualan 710
Gaji pekerja kilang 17 500
Kadar bayaran 2 500
Sewa kilang 4 800
Insurans 1 200
Kenderaan 40 000
Loji dan Mesin (kos) 60 000
Susut nilai terkumpul Loji dan mesin 9 000
Jentera kilang 30 000 `
Gaji tak langsung 8 200

Baki-baki pada 31 Disember 2015:


Barang siap 18 400
Bahan Langsung 12 380
Alat-alat kecil 800
Kerja dalam proses:
Bahan Langsung 12 880
Buruh kilang 6 460
Overhed kilang 5 250

Maklumat tambahan:

(i) Kadar bayaran dibahagi antara kilang dan pejabat mengikut nisbah 3:1.
(ii) Insurans dibayar untuk tempoh setahun bermula 1April 2015 dan dibahagikan antara
kilang dan pejabat mengikut nisbah 3:1.
(iii) Loji dan mesin disusutnilaikan 10% setahun atas kos.
(iv) Susut nilai Kenderaan 20% setahun atas kos. (Kenderaan digunakan untuk penghantaran
barang siap)
(v) Sewa kilang masih belum dibayar RM500
(vi) Gaji tak langsung termasuk gaji pejabat RM2 500
(vii) Jentera kilang dibeli pada 30 Jun 2015 dan disusut nilai dengan kaedah baki
berkurangan 20% setahun.
(viii) Gaji kerja lebih masa pekerja kilang yang berjumlah RM2 500 belum diselaraskan.

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Akaun Alat-alat kecil [2 markah]
(b) Penyata Kos Pengeluaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2015. [17 markah]
(c) Penyata Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 [4 markah]
(d) Berikan satu contoh kos tetap dan kos berubah. [2 markah]
BAHAGIAN B

[40 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

4.

4(a) Syarikat Sinar Gemilang Sdn. Bhd. mempunyai modal berdaftar yang terdiri daripada

900 000 unit 7% saham keutamaan bernilai RM2.00 sesaham dan 3 000 000 unit saham
biasa bernilai RM0.50 sesaham.

Syarikat telah menerbitkan sebanyak 500 000 unit 7% saham keutamaan dan 2 000 000
unit saham biasa pada nilai nominal dan telah dibayar penuh.

Makluman berkaitan dividen saham syarikat adalah seperti berikut:

2015

Jun 4 Syarikat ini telah mengumumkan untung sebelum diaudit sebanyak

RM500 000 dan telah membayar dividen interim saham keutamaan pada
kadar 3% dan dividen interim saham biasa RM0.30 sesaham.

Dis. 31 Untung bersih yang diperoleh oleh syarikat ialah RM800 000.

Lembaga pengarah telah mengisytiharkan dividen akhir kepada pemegang


saham keutamaan dan RM0.05 sesaham kepada pemegang saham biasa.

Anda dikehendaki :

(i) Menghitung
(a) Modal dibenarkan [2 markah]
(b) Modal diterbitkan [2 markah]
(c) Modal belum diterbitkan [2 markah]
(d) Dividen interim [2 markah]
(e) Dividen akhir [2 markah]

(ii) Menyatakan maksud dividen interim. [2 markah]


4(b) Imbangan Duga Hafiz Trading yang disediakan pada 30 Jun 2016 adalah seimbang.
Sebelum menyediakan Penyata Kewangan beberapa kesilapan seperti berikut telah
dikesan:

(i) Wang yang diterima untuk hutang lapuk pulih RM350 telah digunakan untuk

perbelanjaan peribadi pemilik. Perkara ini belum direkod dalam mana-mana buku.
(ii) Belian perabot RM1 540 untuk kegunaan perniagaan telah direkod dalam Akaun

Belian.
(iii) Alat tulis terlebih catat RM100 manakala belanja am terkurang catat dengan
jumlah yang sama.
(iv) Komisen diterima RM100 secara tunai tersalah didebitkan dalam Akaun Komisen

Diterima dan dikreditkan dalam Akaun Tunai.

Anda dikehendaki menyediakan catatan pembetulan kesilapan dalam Jurnal Am


(abaikan keterangan)
[8 markah]

Soalan 5
a. Encik Ameer memulakan Kedai barang pakaian pada 1 April 2016. Dokumen urusniaga
Kedai Ameer sepanjang bulan April 2016 adalah seperti berikut:

Dokumen 1

Dokumen 2
Dokumen 3

Dokumen 4
Dokumen 5

Dokumen 6
Dokumen 7

Anda dikehendaki:

(a) Menyediakan catatan dalam buku-buku catatan pertama termasuk buku tunai.

(b) Tutup semua Jurnal Khas dan imbangkan Buku Tunai [ 12 markah ]

6 Cik Linda, pemilik Butik Pakaian Linda telah memulakan perniagaannya dua tahun yang
lalu dengan menjual pelbagai jenis pakaian di Johor Bahru. Berikut adalah maklumat
yang diperoleh daripada perniagaannya:

RM

Bank 35 000

Tunai 3 500

Perabot 16 000

Stok 18 000

Penghutang 6 500

Pemiutang 3 800
Bagi memperkembangkan perniagaannya, beliau ingin membuat pinjaman daripada RMB
Bank Berhad sebanyak RM50 000. Pihak bank telah meminta beliau untuk menyediakan
satu penyata belanjawan tunai perniagaannya untuk tempoh tiga bulan yang berakhir
30 November bagi tujuan tersebut.

Berikut adalah anggaran penerimaan dan pembayaran bagi tempoh tiga bulan berakhir
30 November 2016.
(i) 50% belian adalah secara tunai, 30% diberikan tempoh kredit sebulan dan bakinya
diberi tempoh kredit dua bulan.

Anggaran bagi tiga bulan pertama adalah seperti berikut:

RM

Belian sebenar Julai 20 000

Ogos 18 000

Anggaran belian: September 16 000

Oktober 19 000

November 17 000

(ii) Pinjaman daripada RMB Bank Bhd dijangka akan diterima pada Oktober 2016
berkadar 6% setahun dengan tempoh bayar balik selama 6 tahun. Ansuran bayaran
balik pokok dan faedah akan dibuat pada setiap awal bulan bermula bulan Oktober.

(iii) Anggaran perbelanjaan bulanan:

RM
Gaji pekerja 2 000
Sewa kedai 1 200
Susut nilai perabot 100
Kadar bayaran 500

(iv) Anggaran jualan bagi bulan September dan Oktober adalah RM25 000 dan
RM30 000 masing-masing dan meningkat 15% pada bulan November.
(v) Promosi dijalankan untuk dua bulan sekali. Perbelanjaan promosi untuk bulan
September adalah RM500 dan akan berkurang sebanyak 5% bagi promosi
seterusnya.
(vi) Komisen diterima dianggarkan sebanyak 2% daripada jualan bulan sebelumnya.

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai Butik Pakaian Linda bagi tiga bulan
berakhir 30 November 2016 (tunjukkan lebihan atau kurangan). [20 markah]

6 (b) Kedai Serbanika Amali telah menetapkan peruntukan hutang ragu ditetapkan 5% dari
penghutang. Berikut ialah maklumat penghutang dari bukunya.

Tahun Baki Penghutang (RM)

2013 4 000

2014 3 000

2015 7 000

Sediakan untuk tahun 2013 2014 dan 2015:


a. Akaun Peruntukan Hutang Ragu [6 markah]

b. Apakah perbezaan antara hutang lapuk dengan hutang lapuk terpulih [2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like