You are on page 1of 18

SMK ...

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TINGKATAN 5

2020

BAHASA MELAYU 1103/2


Kertas 2
Ogos 2020
2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

BAHASA MELAYU

Kertas 2

PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini TERHAD dan Hak Cipta PP1103/2BP2020

Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja.

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 17 halaman bercetak

Markah penuh 110 markah


1
Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah

(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

Nota :

(i) Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

- nama khas
- perkataan berulang
- penggunaan kata depan di dan ke
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja
sebelum diperiksa.
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang
selebihnya tidak perlu diperiksa.
(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12


16
(iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv)Penutup/ 2
Kesimpulan
20
Jumlah Markah

Soalan 1: Rumusan

2
Pendahuluan (2 markah)

P1 Petikan membincangkan usaha-usaha/kaedah-kaedah/cara-


cara/tindakan/inisiatif-
inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah tempatan di
Malaysia/negara kita (2m)
P2 Rumusan membincangkan usaha-usaha/kaedah-kaedah/cara-
cara/tindakan/inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah
tempatan dan faktor-faktor yang menyebabkan pengangguran (2m)

P3 Rumusan/ Petikan membincangkan usaha-usaha/kaedah-kaedah/cara-cara/


tindakan/inisiatif-inisiatif meningkatkan kebolehpasaran siswazah tempatan
(1m)

Isi Tersurat (Usaha-usaha meningkatkan kebolehpasaran siswazah tempatan)


[4 hingga 12 markah]

S1 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu menstruktur program mereka dalam


elemen ilmu,nilai dan kemahiran .
(2m)
(jika calon menulis dua eleman sahaja terima)
S2 Kementerian Pendidikan juga seharusnya meningkatkan jumlah jam kredit bagi
mata pelajaran Bahasa Inggeris di IPT awam (2m)

S3 Kementerian Pendidikan juga melaksanakan program yang membolehkan


siswazah mempunyai kecekapan yang diperlukan oleh majikan (2m)

S4 Kerajaan amat menggalakkan setiap IPT membangunkan pusat keusahawanan


(2m)

S5 Kementerian Sumber Manusia juga telah menubuhkan 11 buah Jobs Malaysia


Centre(JMC)di seluruh negara (2m)

S6 JMC juga turut menjalinkan kerjasama dengan IPT bagi menyediakan pelbagai
latihan kemahiran (2m)

S7 Kerajaan telah pun melancarkan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) (2m)

S8 Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) juga telah menjalankan progam khas


langkah jangka pendek kepada 12000 daripada 20000 graduan (2m)

Isi Tersirat (Faktor-faktor pengangguran)


[4 hingga 12 markah]

T1 Sikap terlalu memilih sesuatu pekerjaan / inginkan pekerjaan yang bergaji tinggi

(2m)

3
T2 Pekerjaan yang ditawarkan itu tidak setaraf dengan kelulusan / bukan bidang
mereka semasa belajar di universiti (2m)

T3 Kelemahan dalam kemahiran komunikasi / tidak mempunyai keyakinan/masalah


penguasaan bahasa yang terhad
(2m)

T4 Majikan terlalu berhati-hati/cerewet menetapkan kriteria memilih graduan-


graduan/tenaga kerja/pekerja/tenaga buruh yang diperlukan/mahukan graduan yang
cemerlang atau pekerja yang berpengalaman (2m)

T5 Majikan lebih berminat mengambil pekerja asing kerana kadar bayaran upah
yang lebih murah
(2m)

T6 Selektif / sikap memilih tentang syarikat tempat untuk mereka bekerja/ruang kerja
yang selesa (2m)

T7 Pasaran/penawaran kerja yang terhad


(2m)

Penutup (2 markah)

K1 Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk meningkatkan


kebolehpasaran siswazah tempatan agar kesejahteraan negara terpelihara/
masalah pengangguran dapat diatasi
(2m)

Nota

Perkataan-perkataan yang dihitamkan wajib ada

4
(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang
dinyatakan dalam jadual yang berikut:

Markah
Peringkat Markah Isi Bahasa Huraian

- Kesinambungan isi baik


- Struktur ayat / tatabahasa baik
Baik 18 – 20 9 – 10 - Kosa kata luas
- Tanda bacaan / ejaan betul
15 – 17 7–9

- Kesinambungan isi masih baik


- Struktur ayat / tatabahasa
12 – 14 6–7 masih memuaskan
- Kosa kata masih memuaskan
Sederhana 8 – 11 4–6 - Tanda bacaan / ejaan juga
memuaskan

- Pada keseluruhannya dalam


Lemah 1–7 1–4 serba kekurangan / tidak
memuaskan

Nota :

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.


(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat,
walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 perkataan, berikan 0
markah.
(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 perkataan, markah tidak dipotong.

[Markah bahasa maksimum : 10 markah]

5
Soalan 2

Markah penuh 35 dibahagikan kepada:

Soalan 2(a) : 9 markah


Soalan 2(b) : 9 markah
Soalan 2(c) : 8 markah
Soalan 2(d) : 9 markah

Perhatian bagi Soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri

2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap / sempurna

3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh
(50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat gramatis 2
- Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup 1
- Jawapan tidak tepat / salah 0

2. Soalan 3 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap / relevan dengan tugasan dan ayat 3
gramatis
- Isi cukup dan lengkap / relevan tetapi ayat kurang gramatis
- Isi tidak cukup / kurang lengkap tetapi ayat gramatis 2
- Isi tidak cukup / kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4
- Isi cukup dan lengkap / relevan, ayat kurang gramatis 3

6
- Isi tidak cukup / kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
- Isi tidak cukup / kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

Soalan 2(a) : Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata membina keupayaan

P1 Membangunkan/meningkatkan kebolehan/kemampuan (2m)


P2 Membangunkan keupayaan (1m)
P3 Membina kemampuan (1m)

[Maksimum: 2 markah]

(ii) Kepentingan melahirkan siswazah yang berkualiti:

P1 menyumbang kepada kekuatan modal insan yang diperlukan negara


P2 memenuhi tuntutan pekerjaan
P3 dapat melestarikan pembangunan negara pada masa hadapan

(Isi cukup: 2 isi)

[Maksimum : 3
markah]

(iii) Dua alasan sama ada untuk bekerja sendiri atau makan gaji,

Makan Gaji
P1 Pekerjaan lebih terjamin/selamat kerana…
P2 Mempunyai pelbagai keistimewaan contohnya skim pencen, elaun perumahan
dan lain-lain
P3 Peluang kenaikan pangkat lebih luas kerana…
P4 Ganjaran/imbuhan yang setimpal dengan beban tugas yang diberikan
P5 Peluang untuk mendapat tawaran biasiswa/mengikuti kursus dan latihan
untuk meningkatkan kemahiran

Bekerja sendiri
P1 Bebas/tidak terikat dengan sesiapa/waktu kerja fleksibel kerana semua kerja
dirancang sendiri
P2 Gaji/pendapatan yang lebih lumayan kerana setiap keuntungan yang diperoleh
menjadi milik sendiri
P3 Peluang bersama-sama keluarga lebih banyak kerana masa yang fleksibel
P4 Meningkatkan kreativiti dalam pekerjaan kerana tidak perlu terikat kepada
syarat-syarat tertentu.
P5 Kepuasan bekerja lebih tinggi kerana hasil usaha kita dapat dinikmati sendiri.
( 1 isi [alasan/huraian] =
2markah)
(1+1)

7
(Huraian lain boleh diterima sekiranya
sesuai)
(Isi cukup : 2 isi) [Maksimum : 4 markah]

Soalan (2b) – Petikan Prosa Moden – Cerpen

(i) Sebab kota besar sudah hilang nilai tradisi


P1 sarat dengan api prasangka
P2 runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa
P3 bercampur aduk pula bahasa dan pertuturannya
P4 manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaksuban dan
kepentingan diri masing-masing
(Isi cukup : 2 isi)

(Maksimum: 2 markah)

(ii) Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk memupuk
perpaduan

P1 penglibatan murid dalam aktiviti kurikulum/kem/motivasi/seminar


P2 penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum/perkhemahan sukan
P3 aktiviti gotong-royong/keceriaan kelas
P4 sambutan perayaan/sambutan kemerdekaan
P5 guru melibatkan murid dalam aktiviti pdpc/PAK 21

[Isi cukup : 2]

(Maksimum: 3 markah)

(iii) Satu persoalan yang terdapat dalam petikan

P1 – Persoalan kepentingan mengekalkan warisan budaya dan jati diri


Contohnya, ibu Mel mengingatkan Mel supaya tidak melupakan
agama dan bahasa kerana hanya itulah warisan yang masih ada
[1+1]

P2 – Persoalan sikap penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat


sesebuah Negara
Contohnya, pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan

8
perintah agar agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil
hingga menimbulkan rusuhan kaum
[1+1]

Satu persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen

K1 - Persoalan keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk menimba


kehidupan
Contohnya, Mel memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar
bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja lain
[1+1]

K2 – Persoalan kegigihan anak muda untuk mempelajari segala ilmu untuk


meneruskan kehidupan
Contohnya, Mel tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan
kehidupan sebelum berhijrah ke bandar
[1+1]

K3 – Persoalan ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibu


Contohnya, Mel mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya
berhijrah kerana pada pendapat ibunya Mel masih belum cukup jati
diri untuk tinggal di bandar
[1+1]

K4 – Persoalan kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya


Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan Mel ke bandar kerana
bimbang Mel terpengaruh akan budaya negatif yang telah menular
dalam kalangan remaja di bandar
[1+1]

K5 – Persoalan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab


Contohnya, Mel telah menyerahkan naskhah-naskhah kitab lama
kiraman bonda kepada Munsyi
[1+1]

(Maksimum: 4 markah)

Soalan 2(c) Prosa Tradisional

(i) Bukti
P1 Berkata kepada Seri Betara dan Patih Gajah Mada untuk
mengalahkan
negeri Melaka
P2 berhasrat untuk menawan negeri Melaka dengan tangan mereka
9
sendiri
[2 markah]

( Maksimum: 2 markah)

(ii) Reaksi Patih gajah Mada

P1 tidak berpuas hati selagi negeri Melaka tidak dapat dimusnah


P2 teringat akan Petala Bumi
P3 segera menyuruh isteri Petala Bumi untuk bertanya tentang
kepulangan Kertala Sari dari Daha

[Isi cukup : 2]

(Maksimum: 3 markah)

(iii) Keistimewaan-keistimewaan Melaka

P1 kedaulatan keturunan raja-raja Melaka


P2 kebijaksanaan sultan/pemimpin/ketua negara/pembesar negara
P3 kehandalan/kegagahan dan kehebatan yang dimiliki oleh
pahlawan Melayu yang tiada tolok bandingnya
P4 penguatkuasaan undang-undang
P5 tindakan tegas/setimpal ke atas pesalah/penjenayah

[Isi cukup : 2]

( Maksimum: 3 markah)

2 (d) – Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)

(i) Maksud rangkap kedua


Pendengaran yang dijaga akan terhindar daripada berita/cerita yang tidak
baik/fitnah
(Maksimum: 2 markah)

(ii) Cara-cara yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk menghindarkan diri
daripada melakukan perkara yang tidak baik

P1 bijak memilih rakan


P2 kawalan kendiri terhadap media sosial
P3 berfikir panjang sebelum melaksanakan sesuatu perkara/rasional
P4 mengisi masa dengan perkara yang berfaedah/beriadah
P5 berkongsi masalah dengan orang yang lebih berpengalaman/ibu

10
bapa/guru/kaunselor/tokoh agama
P6 menghadiri majlis ilmu/ceramah/seminar/bengkel
P7 mendekatkan diri dengan Tuhan/berdoa/berzikir

[Isi cukup : 2]

( Maksimum: 3 markah)

(iii) Nilai

P1 Kebijaksanaan
Contohnya, kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata [1+]
P2 Kesederhanaan
Contohnya, kesederhanaan ketika menghadap rezeki [1+1]
P3 Kesabaran
Contohnya, kesabaran memelihara mata melihat perkara negatif [1+1}
( Maksimum: 4 markah)
Terima nilai yang disenaraikan sahaja

Peraturan Pemarkahan

Soalan 3

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3(a) : 6 markah

Soalan 3(b) : 6 markah

Soalan 3(c) : 6 markah

Soalan 3(d) : 6 markah

Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.


2. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada
keseluruhan soalan.
3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.

11
5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi
setiap ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan markah penuh 1
markah.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.
10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan, berikan 0 markah.

(a) Bina Ayat

i. duduk -

i. meletakkan badan bertumpu pada punggung


ii. tinggal atau diam
iii. letak tempat
iv. berada di suatu tempat
v. menyerang, mengalahkan, menakluk sesebuah negara
vi. cara sesuatu benda diletakkan

ii. terduduk -

i. terjatuh duduk
ii. duduk dengan tiba-tiba

iii kedudukan -

i. tempat tinggal / tempat yang didiami


ii. tempat letaknya
iii. keadaan atau selok belok
iv. taraf / martabat / darjat
v. cara sesuatu benda diletakkan

iv. penduduk -
i. orang yang menduduki sesuatu tempat / negeri

v. menduduki -

i. duduk di sesuatu tempat yang disediakan


ii. bertempat tinggal / mendiami / menghuni
iii. memasuki / mengambil sesuatu peperiksaan atau ujian
iv. mendapat atau menepati

12
v. menyerang / mengalahkan / menguasai sesebuah negara /
menakluk

vi. mendudukkan -

i. menempatkan / meletakkan
ii. mempersilakan / menyuruh duduk
iii. menjadikan bersuami/beristeri, mengahwinkan/menikahkan
(maksud bahasa klasik)

[6 markah]

(b) Memisahkan / Mencerakinkan Ayat

(i) Di Malaysia hampir dua pertiga sumber air kita digunakan oleh sektor
pertanian.
(ii) Sektor pertanian adalah sektor yang banyak mencemarkan air
(iii) Sektor pertanian adalah sektor yang banyak membazirkan air
(iv) Tiada sistem pengurusan permintaan air bagi sektor ini
(v) Ladang – ladang penternakan haiwan menjadi punca pencemaran
(vi) Ladang – ladang penternakan hidupan akuatik dalam sangkar juga
menjadi punca pencemaran
[6 markah]

(c) Kesalahan Ejaan Dan Imbuhan :

berkerja - bekerja
berpeliseran - berpelesiran
beli belah - beli – belah
kenyataan - Ternyata
kematangan - mematangkan
hidup - kehidupan

[6 markah]

(d) Kesalahan Kata & Tatabahasa :

i. menghiris - memotong / menyiang


dimasak oleh saya - saya masak

ii. pada pukul tujuh pagi - pada pukul tujuh


menumpang - membonceng / menunggang

iii. mengindahkan - mengendahkan


mengejar terus - terus mengejar
[6 markah]

13
(e) Maksud peribahasa

- curi tulang

- bagai mencurahkan air ke daun keladi / bagai mencurahkan garam ke laut

- bagai telur di hujung tanduk

[6 markah]

Soalan 4 Novel

Markah penuh 15 markah

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4

Perhatian bagi soalan 4 (a)

(i) Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari.


(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(iii) Berikan 1 markah bagi konflik yang tepat.
(iv) Berikan 1 markah bagi setiap huraian yang lengkap dan jelas.
Jika nama watak utama salah, beri 0 markah untuk isi.
(v) Markah isi maksimum 4 markah.
(vi) Markah bahasa maksimum 3 markah.
(vii) Markah bahasa diberikan secara `impression`
Baik = 3 markah
Sederhana = 2 markah
Lemah = 1 markah

(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
(ix) Calon tidak menjawab 0 markah.

Perhatian bagi soalan 4 (b)

(i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.


(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(iii) Berikan 1 markah bagi setiap penyataan yang jelas dan betul.
(Rujuk novel)
(iv) Berikan 2 markah bagi setiap huraian (pengajaran) yang lengkap,
jelas, sesuai dan betul
(v) Markah isi maksimum 6 markah (satu novel 3 markah)
(vi) Markah bahasa maksimum 2 markah.
(vii) Markah bahasa diberikan secara `impression`
Baik = 2 markah
Lemah = 1 markah

14
(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
(ix) Calon tidak menjawab 0 markah.

SOALAN 4(a) Konflik ( 7 markah)

DI SEBALIK DINARA

1. Konflik : Konflik dalaman Farisha untuk menerima tawaran kerja di Soft


Lab yang bernilai RM 1.5 juta.
Cara penyelesaian : Farisha meminta sedikit masa untuk berfikir. Dia
mendapatkan pandangan dan berbincang dengan abangnya iaitu Azraai.
Farisha akhirnya menerima tawaran tersebut setelah Azraai bersungguh-
sungguh memintanya menerima tawaran tersebut.

2. Konflik : Konflik Farisha tidak dapat masuk ke dalam rumahnya kerana


sistem keselamatan pintu rumahnya telah ditukar oleh abangnya Azraai.

Cara penyelesaian : Farisha menelefon kawannya Shida yang sedang


bermain skuasy dengan JUJU supaya pulang ke rumah mereka untuk
membuka pintu.

3. Konflik : Konflik Farisha apabila mengetahui yang dirinya anak angkat


kepada keluarga Azraai

Cara Penyelesaian : Farisha tabah menghadapi situasi tersebut. Dia


menerimanya dengan hati yang yang terbuka. Dia meminta Azraai bercerita
lebih lanjut tentang ibu bapa kandungnya

4. Konflik : Konflik berkaitan dengan kesihatan abang angkat.

Cara Penyelesaian : Farisha sangat sedih akan kesihatan abang angkatnya,


Azraai yang mengalami sakit jantung. Farisha memeluk abangnya untuk
menenangkannya. Farisha mengingatkan abangnya agar tidak merahsiakan
sesuatu daripadanya.

SILIR DAKSINA

1. Konflik : Konflik dalaman Haiqal yang merindui ayah kandungnya

15
Cara penyelesaian : Haiqal mengambil keputusan untuk menjejaki
kehidupan arwah ayahnya di Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor
meskipun tanpa keizinan ibunya yang mahukan Haiqal mewarisi perniagaan
butik yang diusahakannya.

2. Konflik : Konflik Haiqal untuk menjejaki warisan arwah ayahnya

Cara Penyelesaian : Haiqal tetap meneruskan hasratnya untuk menjejaki


memori ayahnya walaupun Uminya tidak menyokong tindakan Haiqal untuk
pulang ke Johor kerana di Johor, Haiqal tidak mengenali sesiapa dan Haiqal
juga tidak mempunyai tempat bermalam. Uminya juga tidak akan memberikan
wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Johor.
3. Konflik : Konflik dalam diri Haiqal yang berminat dalam bidang
kesusasteraan namun tidak disokong oleh ibunya.

Cara Penyelesaian : Haiqal terpaksa berkeras dengan uminya untuk belajar


dalam bidang kesusasteraan di tingkatan enam walaupun uminya mahu
Haiqal meneruskan pelajaran dalam bidang ekonomi.

4. Konflik : Konflik Haiqal dalam usaha menjayakan satu majlis


persembahan tarian zapin . Peristiwa Lazim yang terlibat dalam
kemalangan menyebabkan dia terpaksa mencari penari zapin yang lain.

Cara penyelesaiannya : Haiqal memujuk Ong See Hwa untuk menari


bersama-samanya dalam satu majlis. Ong See Hwa menyatakan
persetujuannya menggantikan Lazim.

Soalan 4(b) Pengajaran Keberanian ( 8 markah)

DI SEBALIK DINARA

1. Kita mestilah berani dalam membuat keputusan agar memperoleh


kejayaan
- Farisha berani menerima tawaran daripada Soft Lab setelah Azraai
bersungguh-sungguh meminta Farisha menerimanya. Bagi Azraai, peluang
sebegini bukan datang selalu. Farisha perlu mengambil peluang ini kerana
dalam dunia perniagaan terdapat orang yang berani melabur dengan
banyak dan ada juga orang yang berani melabur sedikit. Atas nasihat
Azraai, akhirnya Farisha berani menerima tawaran Dr.Maxi dan Aqram.
- Azraai berani membawa Farisha keluar dari hospital apabila mendapat
tahu keselamatan Farisha terancam.

2. Kita haruslah berani mencipta sesuatu yang baharu dengan


menggunakan teknologi
- Karl berani dalam mencipta cyborg iaitu Aqram dan Alia. Sungguhpun
penciptaan Alia tidak begitu sempurna, namaun keberanian Karl
membatasi sifat ketakutannya dalam mencipta teknologi.

16
3. Kita mestilah berani menjalani kehidupan seharian
- Farisha berani bergerak seorang diri untuk ke KLIA dari Lapangan Terbang
Senai

SILIR DAKSINA

1. Kita perlulah berani menegakkan kebenaran agar dapat mengetahui


rahsia sebenar.
- Haiqal berani mempersoalkan tindakan uminya yang tidak mahu dia
menjadi seperti ayahnya. Haiqal tetap tidak berganjak daripada
keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya walaupun umi tidak akan
memberikan sebarang perbelanjaan kepada Haiqal. Ayah tirinya
memahami perasaan Haiqal dan menasihati Haiqal agar tidak berasa
bimbang akan masalah kewangan sepanjang dia berada di Johor.

2. Kita mestilah berani mempelajari atau mencuba sesuatu yang baharu


- Haiqal berani mempelajari tarian zapin yang selama ini tidak diketahuinya.
Dia berlatih bersungguh-sungguh hingga dia berjaya membuat
persembahan di hadapan orang ramai.

3. Kita mestilah berani mengemukakan pendapat demi kebaikan bersama.


- Haiqal berani menyuarakan pendapat dan pandangannya kepada Pak Cik
Bakar dan ketua kampung untuk menghidupkan kembali tarian zapin D’
Purnama yang suatu masa dahulu terkenal dengan tarian zapin jincatnya
dan pelbagai aktiviti budaya yang lain.

4. Kita mestilah berani menjalani kehidupan bersendirian


- Haiqal berani ke Johor seorang diri walaupun dia tidak mengenali sesiapa
di sana. Dia menaiki bas seorang diri dari Terengganu menuju ke Johor.

5. Kita haruslah berani mempertahankan keputusan atau prinsip hidup


- Haiqal berani mempertahankan keputusannya untuk ke Johor walaupun
hasratnya ditentang keras oleh umi. Haiqal juga berkeras untuk
meneruskan pelajarannya dalam bidang sastera walaupun umi mahukan
Haiqal mengambil bidang ekonomi.

17
18

You might also like