You are on page 1of 13

SULIT 1103/2

SKEMA PEMARKAHAN
BAHASA MELAYU 2 SET 2

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah


(b) bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

(i) Panduan mengira perkataan:


Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
- nama khas
- perkataan berganda / berulang
- penggunaan kata sendi di dan ke
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja
sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang
selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Isi Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

(iii) Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup / 2
Kesimpulan

Jumlah markah 20

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ inisiatif/ tindakan


meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah
kepada masyarakat di Malaysia /di negara ini. 2

Rumusan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ inisiatif/ tindakan


meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah
kepada masyarakat dan manfaat-manfaatnya. 2

Petikan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ inisiatif/ tindakan


meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah
kepada masyarakat. 1

Petikan membincangkan langkah-langkah meningkatkan minat terhadap


pelaburan saham amanah kepada masyarakat. 0

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]

Langkah-langkah meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah kepada


masyarakat:
1. Pengurus-pengurus dana dengan menyuntik keyakinan baru
kepada orang ramai. 2
2. Perlu diberi pendidikan sepenuhnya tentang kegiatan saham amanah. 2
3. Agen-agen mereka perlu bersikap ikhlas dalam memberi penerangan. 2
4. Program susulan dengan para pelabur perlu ditingkatkan. 2
5. Para pengurus dana tidak seharusnya hanya mengejar keuntungan dan komisen
semata-mata. 2
6. Pengurus dana digesa agar memberi penekanan kepada usaha
Meningkatkan ilmu dan kemahiran pelaburan. 2
7. Murid-murid sekolah harus didedahkan dengan pengetahuan pelaburan. 2
8. Kempen kesedaran juga harus seiring dan dipertingkatkan. 2

Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]

Manfaat pelaburan saham amanah kepada masyarakat:


1. Melatih rakyat melabur sambil menyimpan
(memupuk sikap berjimat cermat). 2
2. Memberikan peluang kepada orang ramai untuk melabur
secara kecil-kecilan. 2
3. Memacu ekonomi negara agar berkembang lebih pesat. 2
4. Pelaburan yang berisiko rendah dari kerajaan. 2
(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Penutup

1. Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menggalakkan masyarakat


melabur dalam saham amanah agar menjamin
masa hadapan 2

2. Kesimpulannya, pelbagai pihak haruslah bekerjasama menggalakkan masyarakat


melabur dalam saham amanah supaya dapat melahirkan generasi yang berjimat-
cermat. 2

3. Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha menggalakkan


masyarakat melabur dalam saham amanah. 1

4. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar


kesejahteraanhidup manusia sentiasa terpelihara. 0

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam
jadual berikut:

Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian

18 20 9 10 Kesinambungan isi baik.


Baik 15 17 79 Struktur ayat / tatabahasa baik
Kosa kata luas
Tanda bacaan / ejaan betul

12 14 67 Kesinambungan isi masih baik


8 11 46 Struktur ayat / tatabahasa masih
Sederhana memuaskan.
Kosa kata masih memuaskan
Tanda bacaan / ejaan juga
memuaskan

Lemah 17 14 Pada keseluruhannya dalam


serba kekurangan / tidak
memuaskan

Nota
(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.
(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
(iii) Jika disalin bulat-bulat,perkataan demi perkataan,ayat demi ayat walau pun
jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak
dipotong.
[Markah bahasa maksimum: 10 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 2

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:


Soalan 2 (a) : 9 markah
Soalan 2 (b) : 9 markah
Soalan 2 (c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)


1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh
(50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman


1. Soalan 2 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat 2
Gramatis
- Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup 1
- Isi cukup tetapi ayat tidak gramatis
- Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 3
Gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis
- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan, ayat 0
Gramatis

3. Soalan 4 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 4
Gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan.ayat gramatis 0

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 2 (a) Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata kemalapan ketara


- keadaan yang tidak aktif/ tidak berkembang nyata/jelas kelihatan 2
- keadaan yang kabur dapat dilihat 1
- keadaan yang malap 0

[Maksimum : 2 markah]
(ii) Rungutan-rungutan : ( isi cukup 2 )
- penerangan yang tidak lengkap
- bimbingan yang tidak menyeluruh
- pendedahan cara menangani sesuatu risiko

[Maksimum : 3 markah]

(iii) Sebab-sebab : ( isi cukup 3 )


- kurang mendapat maklumat berkaitan pelaburan saham amanah
- kurang pengetahuan tentang amalan pengurusan kewangan terbaik
- persepsi negatif segelintir masyarakat tentang pelaburan
- media lebih banyak menyiarkan kegagalan pelaburan jika dibandingkan
kejayaan hasil pelaburan
- tidak memiliki kewangan yang kukuh
- kos hidup yang meningkat

[*Jawapan lain yang sesuai boleh diterima] [Maksimum : 4 markah]

Soalan 2 (b) - Drama

(i)
beliau baru selesai daripada kerja luar
hari itu beliau bercadang ingin berehat di rumah.

(ii)
mendapat maklumat yang kurang tepat berkenaan kelebihan program
PLKN
tidak memperoleh pendedahan / maklumat yang jelas tentang kelebihan
menyertai program PLKN
memikirkan bahawa aktiviti-aktiviti dalam program PLKN membebankan
dan memenatkan
merasakan program PLKN membuang masa dan tidak mendatangkan apa-
apa masalah
tidak mempunyai semangat patriotisme/ cinta akan negara dalam jiwa
Aiman.

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

(iii) Satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama :


nilai ketegasan - Contohnya, Khir Ghazali menolak permintaan anaknya, Aiman
untuk meminta bantuannya mendapat pepengecualian daripada terlibat
dalam program PLKN dengan tegas.

Satu nilai kemanusiaan dalam keseluruhan drama:


nilai baik hati- Contohnya, Encik Posmen telah menyerahkan surat tawaran
untuk menyertai program PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar
menerima tawaran itu.
nilai berfikiran positif. Contohnya; Encik Posmen menyatakan Aiman akan
mendapat banyak kemahiran dan pengalaman daripada program PLKN
nilai bertanggungjawab- Contohnya, Nek Sinah bertanggungjawab menjaga
makan dan minum Aiman dan menasihati Aiman tentang situasi keluarganya.
berfikiran rasional - Contohnya; Khir Ghazali bertindak rasional dan
berpendapat dengan menyertai PLKN, cuti sekolah Aiman dapat diisi dengan
aktiviti yang berfaedah. Bertindak rasional dengan menolak permintaan
anaknya untuk mendapatkan pengecualian untuk menyertai PLKN.

**Terima nilai-nilai lain yang relevan dengan drama

SOALAN 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional

I. Maksud rangkai kata sungguhlah tuan keramat.

- Tuan Sidi Arab benar-benar warak/ mulia/ hebat/ soleh/ suci 2m


- patutlah tuan Sidi Arab keramat 1m
- sungguhlah tuan hebat 1m
[maksimum: 2 markah]

II. Tindakan Tuan Sidi Arab ialah :


- Tuan Sidi Arab berdiri di hadapan Sultan Muzaffar Syah
- Tuan Sidi Arab menghalakan panah ke benua Siam
- Sambil menarik panah beliau menyeru nama Cau Pandan supaya mati
[maksimum: 3 markah]
[isi cukup: 2 isi]

III. kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan sesebuah negara:


- mampu merancang strategi pertahanan
- mengemas kini sistem persenjataan
- menaik taraf sistem radar keselamatan
- menggerakkan operasi ketenteraan
- melatih anggota menggunakan kaedah teknologi moden
[maksimum: 3 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 2 (d) Puisi Moden

i) Bermaksud tempat kejadian.


[2 markah]

ii) - Jebat memperjuangkan hak dan keadilan

- Jebat mendapat sokongan rakyat jelata


- Jebat berkorban demi sahabat
[3 markah]
iii) Dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut ialah

1. Persoalan menegakkan keadilan.

Huraian: Menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan


kezaliman dan penindasan demi menegakkan keadilan.

2. Persoalan kesetiaan terhadap negara.

Huraian : Setiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhadap negara yang


didiaminya. [1+1]

3. Persoalan pengorbanan diri untuk orang lain.

Huraian : Kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan


keadilan. [1+1]

Soalan 3

Markah penuh dibahagikan kepada:

Soalan 3(a) : 6 markah


Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markah
Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3 (a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.


2. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa tanda baca daripada keseluruhan
soalan
3. Frasa digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Frasa digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambahkan imbuhan, berikan 0 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetap sebenarnya lebih, tolak markah bagi setiap ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat , berikan pertimbangan sebagai satu
ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacaan.
9. Isi tidak jelas, tolak markah.

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Jawapan 3 (a) Bina Ayat

(i) olang-aling

Maksud: bergerak atau berayun ke kiri ke kanan

(ii) awan-gemawan

Maksud: pelbagai rupa awan

(iii) batu-batan

Maksud: pelbagai jenis batu

(iv) beli-belah

Maksud: membeli beberapa jenis barang keperluan sehari-hari

(v) calar-balar

Maksud: banyak garis yang tidak keruan, penuh dengan calar

(vi) hingar-bingar

Maksud: sangat bising, riuh-rendah

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (b) Menukar Ayat Ayat Pasif kepada Ayat Aktif

(i) Faiz Subri menjaringkan satu gol untuk membantu Kedah menewaskan Pahang 2-0
kelmarin.

(ii) Sepanjang 30 tahun menjadi warga pendidik, beliau telah menerima pelbagai
anugerah.

(iii) Pihak polis telah selesai menjalankan siasatan terhadap suspek kes buli baru-baru
ini.

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (c) Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

(i) Ejaan: e-mel Imbuhan: berkomunikasi

(ii) Ejaan: draf Imbuhan: merasmikan

(iii) Ejaan: jaket Imbuhan: ditempah

[Maksimum : 6 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Jawapan 3 (d) Kesalahan Kata atau Istilah dan Tatabahasa

(i) Tatabahasa: faktor-faktor lain Istilah/kata: ialah

(ii) Tatabahasa: jangan Istilah/kata: larang

(iii) Tatabahasa: akhir-akhir ini Istilah/kata: sekitar

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (e) Peribahasa

(i) - Lain orang, lain hatinya


- Lain mangkuk, lain cawan
- Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya

(ii) - Burung terbang, dipipiskan lada

(iii) - Gunting dalam lipatan


- Musuh dalam selimut

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 4

Markah penuh 15 markah

Panduan Pemarkahan bagi Soalan 4

Soalan 4(a)

i. Jawaban berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.


ii. Jawaban hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
iii. Beri 2 markah untuk setiap isi yang lengkap/jelas.
iv. Beri satu markah untuk satu isi yang kurang jelas/lengkap
v. Markah isi maksimum 4 markah
vi. Markah bahasa maksimum 3 markah
vii. Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah
viii. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
ix. Jika calon tidak menjawab 0 markah.

[ Maksimum: 7 markah ]

Soalan 4(b)

i. Jawaban berdasarkan dua buah novel yang dipelajari


ii. Jawaban hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
iii. Beri 1 markah untuk setiap pernyataan yang lengkap.
iv. Beri 2 markah untuk setiap huraian/contoh yang lengkap/jelas.
v. Beri 1 markah untuk huraian/contoh yang kurang lengkap.
vi. Markah isi maksimum 6 markah ( maksimum 3 markah bagi setiap novel ).
vii. Markah bahasa maksimum 2 markah.
viii. Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 2 markah
Sederhana : 1 markah
ix. Jika calon menjawab dan markah isi 0 beri 1 markah untuk bahasa
x. Jika calon tidak menjawab 0 markah.

[Maksimum: 8 markah]

Soalan 4(a) Tema

Novel Jendela Menghadap Jalan

Tema novel Jendela Menghadap Jalan ialah ketabahan seorang gadis dalam
menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan sewaktu menghabiskan cuti
persekolahan di kampung datuknya.

Buktinya, semasa Lili berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi
ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu mengenai masalah yang dihadapinya. Lili
berusaha sedaya upaya menempuh dugaan dengan semangat yang kental.

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Lili tabah menghadapi karenah datuknya Haji Abdul Rahman yang mempertahankan
pengamalan perubatan tradisional yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai
penyakit walaupun disanggah oleh golongan muda.

Lili tabah menghadapi karenah datuknya yang tidak mahu menceritakan sejarah
jendela menghadap jalan.

Lili tabah menghadapi karenah ibunya yang menyuruh Lili menghabiskan cuti
persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan
tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya.

Peristiwa Lili pernah ditahan dan dikurung oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok
buruk, namun peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Lili untuk pulang ke
Kuala Lumpur sebaliknya cuba membantu adik-beradik ini.

Peristiwa Lili menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Dungun seorang diri
menunjukkan ketabahan dan kecekalan yang mula dipupuk dalam diri Lili.

Novel Songket Berbenang Emas

Tema Novel Songket Berbenang Emas ialah ketabahan/kecekalan seorang gadis


remaja menghadapi cabaran hidup.

Dahlia tabah menghadapi karenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap
tekanan perasaan.

Dahlia tabah menjaga adik-adiknya yang masih kecil kerana bapanya, Embong dirawat
di hospital akibat dipatuk ular tedung dan dia terpaksa berulang-alik ke hospital
melawat bapanya.

Dahlia tabah menghadapi desakan neneknya, Nek Kiah yang bercadang hendak
menjual tanah yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya atas alasan tidak
mampu membayar wang yang diminta oleh neneknya.

Dahlia tabah menghadapi pandangan negatif Aton dan Nek Kiah terhadap
keluarganya kerana ibunya Saleha kurang siuman dan dirawat di Hospital Permai.

Kecekalan Dahlia juga dapat dilihat melalui sikapnya yang gigih belajar demi mencapai
kejayaan. Sungguhpun belajar di tempat yang kurang selesa iaitu di pusat pemindahan
banjir namun dia gigih belajar sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim,
Setiausaha UMNO Bahagian Sri Gading.

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 4(b) Cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi

Novel Jendela Menghadap Jalan

Watak utama dalam novel ini ialah Lili.

Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta oleh ibunya supaya menghabiskan
cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili menurut
sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-pura gembira
walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia bercadang menghabiskan cuti
persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala Lumpur.

Konflik kepincangan rumahtangga Che Jah disebabkan sikap panas baran suaminya.
Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili mendapatkan bantuan Kak Mimah
menasihati Che Jah agar melaporkan kes keganasan rumah tangganya kepada pihak
polis supaya suaminya Seman dapat diheret ke muka pengadilan.

Konflik antara penduduk kampung tentang pemasangan kubah. Cara penyelesaian


konflik tersebut ialah Lili dan Danel berusaha memberi pelbagai cadangan kepada
penduduk kampung untuk berbincang dan bermesyuarat tentang masalah yang
dihadapi itu kemudian membuat keputusan agar kubah tersebut dipasang pada
bumbung masjid baharu yang bakal dibina di kampung itu.

Novel Songket Berbenang Emas

Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia

Konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek kiah berprasangka buruk
terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumah. Cara
penyelesaiannya Dahlia hanya mendiamkan diri sahaja semasa ditegur oleh Nek
Kiah

Konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar
dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital.
Cara penyelesaiannya Dahlia bertekad keluar dari asrama dan berulang-alik dari
rumah ke sekolah.

Konflik antara Dahlia dan Aton. Dahlia sentiasa dicemuh oleh Aton dan dipanggil
perempuan murahan kerana ada beberapa orang lelaki yang melawat rumahnya.
Aton juga sentiasa menyalahkan Dahlia atas kematian anaknya . Cara
penyelesaiannya, Dahlia dinasihati oleh ayahnya supaya sentiasa bersabar dan
tabah menghadapi dugaan Tuhan.

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT

You might also like